Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Gerrard berehat lebih lama

Posted: 04 Jun 2013 10:40 AM PDT

London: Steven Gerrard kini mengejar masa untuk cergas musim depan dan mungkin terlepas dua aksi penting kelayakan Piala Dunia bersama England.

Kapten Liverpool itu menjalani pembedahan bahu selepas kempen musim lalu berakhir.


Namun Pengurus England Roy Hodgson bimbang ketua pasukannya itu tidak dapat diturunkan menentang Moldova pada 6 September di laman sendiri dan saingan getir menentang Ukraine di tempat lawan, empat hari kemudian.

Gerrard, 33, yang terlepas aksi persahabatan menentang Republik Ireland dan Brazil, baru-baru ini dalam usaha untuk cergas bagi mengharungi jelajah pra-musim kelabnya.


Dia dijangka terpaksa berehat lapan minggu namun kini ada kemungkinan dia tersisih untuk tempoh lebih lama.


Rakan sepasukan Gerrard di Liverpool, Daniel Sturridge turut dipantau pengurusan kelab dan negara kerana mengalami kecederaan buku lali ketika seri 2-2 dengan Ireland di Wembley, minggu lalu.

Penyerang berusia 23 tahun itu menggunakan kasut khas yang memberikan perlindungan kepada kakinya dan mungkin memerlukan pembedahan jika masalahnya tidak bertambah baik.


Pertahanan Manchester United Chris Smalling turut tersisih dua aksi terakhir persahabatan England dan mencetuskan kebimbangan kepada Hodgson yang memandang tinggi bakat bekas bintang Fulham itu.

Kaki Smalling, 23, bakal dibedah dan mengejar masa untuk cergas sebelum musim baru bermula. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

50,000 peminat Barca rai Neymar

Posted: 04 Jun 2013 10:40 AM PDT

Madrid: Bintang baru juara Sepanyol, Barcelona, Neymar dari Brazil mendapat sambutan luar biasa peminat apabila seramai 50,000 orang membanjiri Nou Camp kelmarin.

"Saya amat gembira dan teruja untuk menjadi pemain Barca, bagaikan mimpi menjadi kenyataan," kata pemain berusia 21 tahun itu.


Bagaimanapun, dia yakin Pemain Terbaik Tahunan Dunia, Lionel Messi akan terus kekal sebagai pemain utama Barca.

"Bagi saya ada perkara lebih penting untuk kelab. Saya ke sini untuk membantu pasukan dan Messi akan terus kekal sebagai pemain terbaik dunia." Neymar tiba di ibu negeri Catalan pada jam 1 petang (waktu tempatan), terus dibawa bergambar di stadium dan menjalani dua ujian perubatan di hospital tempatan dan di gelanggang latihan.


Dia kemudian dibawa ke stadium untuk diumum secara rasmi sebagai pemain Barca yang diikat selama lima tahun hingga 2018.


Media Sepanyol melaporkan, perpindahan Neymar bernilai antara AS$51.7 juta (RM159.9 juta) hingga AS$64.6 juta (RM199.9 juta).

Sebagai melengkapkan acara, Neymar turun ke padang menghiburkan peminat dengan menunjukkan kemahirannya mengawal bola sebelum menyarung jersi Barcelona buat kali pertama, jersi yang tertulis nama Neymar Jr di belakang namun dia belum diberi nombor jersi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Siapa hebat?

Posted: 04 Jun 2013 10:39 AM PDT

Paris: Maria Sharapova dan Jelena Jankovic memperbaharui pertembungan sengit sejak zaman remaja, bermula dari Eropah hinggalah ke pusat latihan tenis Nick Bollettieri demi merebut slot separuh akhir Terbuka Perancis, hari ini.

Juara bertahan, Maria memiliki rekod kemenangan karier 7-1 ke atas Jelena tapi pertemuan pertama gelanggang tanah liat ini dijangka berlangsung sengit.


Mereka adalah dua bekas pemain remaja di Bollettieri. Maria datang ke pusat itu pada usia sembilan tahun manakala Jelena, 12 ketika berhijrah dari Belgrade untuk bekerjasama dengan jurulatih terkenal Amerika Syarikat (AS) itu.

Mereka juga adalah bekas pemain nombor satu dunia tapi Maria memiliki empat gelaran Grand Slam serta kemewahan berlipat ganda.


"Kami bertarung pada usia remaja sepanjang masa. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Kami kini berada dalam kumpulan sama," kata Maria mengingati semula detik manis bersama pemain Serbia itu di AS.


"Kami kerap menentang sesama sendiri dalam banyak kejohanan dan tahu satu sama lain dengan baik." Hubungan mereka bagaimanapun tidak dapat dipastikan kerana pernah dingin selepas dewasa meskipun kedua-dua kem tidak memperbesarkan isu itu.

Hari ini, Maria akan beraksi selaku pilihan selepas mara ke suku akhir tanpa mencicirkan sebarang set. Dia perlu mara ke final Sabtu ini untuk mengekalkan kedudukan nombor dua dunia.


Satu-satunya kemenangan Jelena ke atas pemain Russia itu dicipta pada gelanggang rumput di Birmingham pada final 2007. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Afrika Selatan idam Sukan Olimpik 2024

Posted: 04 Jun 2013 10:39 AM PDT

Tokyo: Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma semalam berkata, negaranya sangat gembira jika menjadi negara Afrika pertama bergelar tuan rumah Olimpik pada tahun 2024.

"Jika kami diberi peluang, kami pasti mengalu-alukannya," kata Zuma kepada pemberita di Kelab Kewartawanan Kebangsaan Jepun di Tokyo mengenai pandangan terhadap bidaan Afrika Selatan untuk menjadi tuan rumah temasya sukan itu sedekad lagi.


"Afrika Selatan pasti gembira menjadi tuan rumah Olimpik. Kami mempunyai kemudahan mencukupi untuk menganjurkannya." Pada 2010, Afrika Selatan menjadi negara Afrika pertama menganjurkan Piala Dunia bolasepak, membolehkan negara itu kembali dalam komuniti sukan antarabangsa selepas mengamalkan sistem aparteid yang dihapuskan pada 1994.

"Sejak 1994, kami sebahagian daripada dunia dan menjadi tuan rumah sejumlah acara terpenting dunia dan apabila bercakap mengenai Olimpik, anda pasti mengetahui kami turut cuba menjadi tuan rumah." Afrika Selatan menarik diri daripada bidaan hak tuan rumah Olimpik 2020 walaupun Durban dilihat negara pilihan kerana kerajaan Pretoria mendakwa banyak isu lain perlu diutamakannya.


Pada 2012, Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan melancarkan kaji selidik untuk membida Olimpik 2024.


"Kami pasti gembira jika jawatankuasa Olimpik memberi kami hak penganjuran," kata Zuma sambil menambah negaranya tanpa membuang masa terus meningkatkan usaha memenuhi tanggungjawab itu.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memilih tuan rumah Olimpik 2020 antara Tokyo, Istanbul dan Madrid pada 7 September. Bidaan untuk Olimpik 2024 bermula pada 2015 dan IOC akan memutuskan pemenangnya pada 2017. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Dimensi baru aksi England

Posted: 03 Jun 2013 10:34 AM PDT

Rio de Janeiro: Alex Oxlade-Chamberlain memberikan England 'tambahan dimensi' ketika membantu pasukannya seri 2-2 dengan Brazil di Maracana, kata pengurus Roy Hodgson.

Pasukan pelawat itu diperkotak-katik pada babak pertama tapi Oxlade-Chamberlain dan Wayne Rooney menjaringkan gol hebat selepas rehat sebelum Paulinho menyamakan kedudukan.


"Alex luar biasa. Jaringannya menakjubkan," kata Hodgson. "Permainan kami tampak semakin baik sebelum dia masuk tapi dia menambah satu lagi dimensi buat kami dan menjaringkan satu gol menarik." Joe Hart turut mempamerkan aksi mantap untuk menafikan tuan rumah pada pertemuan di Stadium Maracana yang baru dibuka semula dan sebaik saja Fred memecah kebuntuan selepas minit ke-57, tampak seperti Brazil akan muncul pemenang.

Namun kemasukan Oxlade-Chamberlain, 19, menjadi titik perubahan apabila dia menggantikan tempat Phil Jones di bahagian tengah, dengan Jones bergerak ke pertahanan kanan.


Senario itu memberikan England penampilan lebih positif dengan pemain remaja Arsenal itu menjaringkan gol enam minit selepas dimasukkan.


"Jones menjalankan tugas yang baik di bahagian tengah tapi dia seorang pertahanan bermain di tengah bukannya seorang pemain tengah tulen," kata Hodgson.

Foto

CHAMBERLAIN (tengah) meraikan jaringannya.

Keputusan seri itu hadir selepas England menewaskan Brazil 2-1 di Wembley, Februari lalu. Meskipun persembahan hambar pada babak pertama, Hodgson kecewa kerana pasukannya tidak meraih kemenangan kedua ke atas juara Piala Dunia lima kali itu.


"Sesetengah keputusan seri boleh dianggap sebagai kemenangan dan sesetengah keputusan seri boleh dianggap sebagai kekalahan. Kami kecewa selepas seri dengan Ireland dan saya kecewa hari ini kerana kami sekali lagi seri.

"Kami bermain baik pada babak kedua. Kami sepatutnya mampu mempertahankan kedudukan tapi dikejutkan dengan jaringan menarik. Kami tidak bermain seperti yang kami mahukan pada babak pertama dan Brazil memanfaatkannya. Jika anda lihat keseluruhan 90 minit, keputusan seri itu adil." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Sengat Azlan

Posted: 03 Jun 2013 10:00 AM PDT

Kuala Lumpur: Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman mempamerkan aksi cemerlang pada penampilan sulung dalam kategori JSB1000 Kejuaraan MFJ All Japan di Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun yang dilanda hujan lebat kelmarin.

Azlan yang beraksi atas tiket wildcard itu membuktikan dia bukan calang-calang pelumba apabila berjaya menamatkan perlumbaan 16 pusingan itu di tempat kelapan daripada 27 pelumba dengan masa keseluruhan 32 minit 19.190 saat.

Pelumba Jepun, Katsuyuki Nakasuga muncul juara keseluruhan 31'52.744s, diikuti Kosuke Akiyoshi dan Akira Yanagawa dengan 31'56.301s dan 31'58.320s.

"Saya tidak sangka dapat menghabiskan perlumbaan sulung di kalangan 10 terbaik. Saya bersyukur dan gembira," kata Azlan.

Foto

AZLAN menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.


"Perlumbaan amat sukar walaupun saya mempunyai pengalaman beraksi di litar Autopolis. Di samping itu, hujan lebat turut memperlahankan proses membiasakan diri dengan jentera Honda CBR1000RR dan ini memberi impak ketika sesi kelayakan apabila saya sekadar menduduki tempat ke-14.


"Begitupun, mekanik pasukan berjaya menyiapkan sebuah jentera mantap dan banyak membantu saya mendapatkan posisi baik di awal perlumbaan. Bagaimanapun, kami tersilap langkah memilih tayar jenis soft-compound yang hilang cengkaman sebaik permukaan litar mula kering hingga menyebabkan saya jatuh dari kedudukan keempat ke lapan pada beberapa pusingan terakhir."

Sementara itu, aksi cemerlang Azlan di litar Autopolis minggu lalu turut membakar semangatnya untuk menghadapi pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Muar, Johor pada 8 dan 9 Jun ini.

Maklumat lanjut sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di www.malaysiancubprix.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Fairuzizuan, Zakry intai juara Thailand

Posted: 03 Jun 2013 09:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif meletakkan sasaran untuk menjuarai Terbuka Thailand, sebagai persediaan terbaik ke Kejohanan Dunia.

Gandingan bebas yang tidak bernaung dengan mana-mana kelab itu berada dalam 'mood' baik selepas tapisan ketiga Persekutuan Badminton Dunia (BWF), minggu lalu, membolehkan mereka tersenarai sebagai gandingan keempat beregu Malaysia ke kejohanan paling berprestij itu.


Fairuzizuan-Zakry yang diletakkan selaku pilihan utama, hanya membuka cabaran esok, menentang gandingan Poland, Lukasz More-Wojciech Szkudlarczyk namun mereka dijangka mendapat tentangan sengit Bona Septano-Afiat Yuris Wirawan (Indonesia) di pusingan kedua.

Atas kertas, Fairuzizuan-Zakry seharusnya tiada masalah ke suku akhir namun jika layak, pilihan kelima dari Korea, Shin Baek Choel-Yoo Yeon Seong menanti mereka.


"Selepas dapat tahu layak ke Kejohanan Dunia, kami kembali bersemangat dan mensasarkan untuk menjuarai Terbuka Thailand," kata Zakry.


Begitupun Fairuzizuan lebih berhati-hati kerana sedar gandingan Korea mempunyai tahap permainan tinggi.

"Kami perlu fokus pada satu-satu perlawanan sebelum memikir untuk pergi lebih jauh. Gandingan Korea ini bukan calang-calang dan saya rasa peluang ke separuh akhir 50-50," kata Fairuzizuan.


Selain mereka, Gan Teik Chai-Ong Soon Hock serta pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) seperti Nelson Heg-Teo Ee Yi dan Chooi Kah Ming-Ow Yao Han turut mengambil bahagian.

Sementara itu, BAM juga menghantar pemain pelapis bimbingan Hendrawan ke kejohanan berstatus GP Emas ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Wajib menang

Posted: 03 Jun 2013 09:53 AM PDT

Kuala Lumpur: Malaysia akan membuka saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Taman Daya, Johor Bahru 29 Jun hingga 7 Julai dengan menentang Pakistan.

Tiada pilihan lain boleh dipilih anak didik Paul Revington kecuali menewaskan pasukan ranking kelima dunia itu kerana skuad negara perlu menang dua perlawanan untuk muncul juara Kumpulan B.


Sehari selepas itu pada 30 Jun, skuad negara berdepan Afrika Selatan, pasukan yang berada satu tangga di atas skuad negara iaitu ranking ke-12 sebelum menutup aksi di peringkat kumpulan menentang England (keempat dunia) pada 2 Julai.

Berdasarkan format baru Persekutuan Hoki Dunia (FIH), kesemua pasukan layak tetap berpeluang ke final kerana semua lapan pasukan yang beraksi di Taman Daya, akan beraksi di suku akhir dan keputusan di pusingan kalah mati lebih penting berbanding aksi di peringkat kumpulan.


Justeru Paul Revington perlu lebih bijak menggilirkan pemain bagi mengelak masalah kecederaan, kepenatan dan penggantungan seperti yang berlaku di Quilmes, Argentina Disember tahun lalu.


Ketika itu, Malaysia muncul juara Kumpulan A, namun apabila memasuki peringkat kalah mati, skuad negara tewas dan sekadar berada di kedudukan keempat selepas perlawanan klasifikasi.

Selain Malaysia, Pakistan, Afrika Selatan dan England dalam Kumpulan B, Argentina, Jerman, Jepun dan Korea pula bersaing dalam Kumpulan A.


Sementara itu, satu lagi pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia berlangsung di Rotterdam, Belanda pada 13-23 Jun ini membabitkan Australia, Belgium, Sepanyol dan Perancis dalam Kumpulan A, manakala India, Ireland, Belanda dan New Zealand, Kumpulan B.

Enam pasukan akan automatik layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda menerusi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Annuar puji ketegasan Khairy

Posted: 03 Jun 2013 09:52 AM PDT

Kuala Lumpur: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata, bidang sukan negara memerlukan menteri yang berani bersuara dan tegas seperti ditunjukkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya tindakan Menteri Belia dan Sukan yang baru itu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) baru-baru ini juga selari dengan tanggungjawabnya.


"Saya yakin pandangan Menteri Belia dan Sukan itu dibuat berdasarkan maklum balas diterima tanpa ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak mahupun individu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, semalam.

Pada masa sama Annuar yakin FAM bertindak mengikut peraturan dalam menangani isu berkenaan.


Khairy sebelum ini mempersoal tindakan FAM memberikan hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PNBP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Johor DT dan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu lalu, selepas PNBP gagal menangani aspek keselamatan ketika perlawanan asal di Stadium Darul Makmur, Kuantan empat hari sebelum itu.


Khairy juga mempersoal keputusan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada Pahang pada perlawanan itu.

Kenyataan Khairy menimbulkan rasa kurang senang Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM yang bertitah keputusan badan induk itu dibuat berlandaskan peraturan. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Peluang bukti kemampuan

Posted: 03 Jun 2013 09:51 AM PDT

Kelana Jaya: Tempoh latihan dua minggu skuad kebangsaan di Australia dilihat kritikal buat dua tonggak negara, Safiq Rahim dan Safee Sali untuk terus berada dalam perancangan ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal bagi mengharungi baki perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.

Dua tonggak yang menjulang kejayaan negara meraih Piala AFF 2010 itu kerap tidak berada dalam perancangan pengendali Johor Darul Takzim (DT), Fandi Ahmad dengan Safiq menjadi kapten skuad negara manakala Safee penjaring terbanyak kejohanan dwitahunan itu.


Safiq yang juga dianggap pakar sepakan percuma berkata, keputusan tidak menurunkannya secara kerap itu dibuat jurulatih dan fokusnya hanyalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemain.

"Saya tidak berani bercakap mengenainya kerana ia keputusan jurulatih. Sebagai pemain saya hanya menjalankan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin. Saya perlu memberi komitmen terbaik dalam latihan atau perlawanan jika diberi peluang.


"Apabila sudah menjalankan tanggungjawab diberikan, saya harap mendapat maklum balas positif," kata pemain berusia 26 tahun yang pernah dinobat pemain tengah terbaik pada anugerah AFF 2012 sebelum ini.


Walaupun sering diturunkan pada hujung perlawanan bersama Johor DT sepanjang musim ini, Safiq tetap disenaraikan Rajagobal untuk terus bersama skuad kebangsaan dan pemain itu berterima kasih kepada pengendali berusia 57 tahun itu yang masih mempercayai kemampuannya.

"Saya perlu membalas kepercayaan jurulatih dan berharap mampu memberikan aksi terbaik apabila diberi peluang." Safee yang pernah diangkat sebagai penyerang terbaik negara dan pemain tempatan pertama beraksi di Indonesia, berjanji memanfaatkan aksi persahabatan diatur di Australia.


"Memang ini peluang saya bermain dalam suasana perlawanan sebenar, saya akan mengambil kesempatan sebaik mungkin terutamanya bagi mendapatkan kembali tahap keyakinan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

No comments:

Post a Comment