Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


'Wanita' burqa rompak kedai

Posted: 07 Jun 2013 09:43 AM PDT

London: Perompak berpakaian burqa menyerbu sebuah pusat beli-belah terkenal, Selfridge malam tadi dan merompak jam tangan berjenama dan barang kemas.

Kumpulan enam orang itu yang bersenjatakan kapak dan tukul besi memecahkan kabinet pameran di bahagian barang kemas pusat beli-belah itu yang terletak di Oxford Street.


Mereka melarikan jam tangan bernilai £10,000 (RM50,000) dan barang kemas bernilai ratusan ribu paun ketika kakitangan dan pelanggan bertempiaran lari kerana ketakutan.

Perompak itu kemudian melarikan diri dengan menaiki skuter. Bagaimanapun, satu daripadanya tergelincir menyebabkan dua perompak itu jatuh.


Seorang daripadanya berpura-pura mendakwa rakannya yang cedera adalah isterinya. Kedua-dua mereka ditangkap orang ramai. Pelayan piza, Mohamed Hussein, 29, dan seorang penjaga pub duduk di atas mereka sehingga polis tiba.


"Saya di luar restoran piza tempat saya bekerja dan melihat sebuah basikal berenjin dengan dua orang terjatuh. Pembonceng di belakang memakai burqa dan tidak memakai topi keledar. "Saya tahu mereka penjenayah kerana mengecam skuter mereka ketika telefon bimbit kawan saya dicuri beberapa hari lalu. Lelaki di belakang memekik 'Tolong bantu isteri saya.' Tetapi saya pasti dia bukan wanita. " Saya menjerit meminta seseorang memanggil polis, menyebabkan seorang perompak itu mula melarikan diri," kata Mohamed. - Daily Mail

Foto

KAPAK yang ditinggalkan perompak.

Foto

RUANG pameran barang kemas yang dipecahkan perompak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Paris bergaduh sebelum cuba bunuh diri

Posted: 07 Jun 2013 09:32 AM PDT

Los Angeles: Anak Michael Jackson cuba membunuh diri selepas bertengkar dengan anggota keluarga.

Paris, 15, dilapor menjerit: "Saya harap bapa saya ada di sini. Dia memahami saya," dalam pertengkaran itu.

Remaja berkenaan mengelar pergelangan tangannya dan makan pil secara berlebihan selepas menuduh penjaganya tidak membenarkan dia menjalani kehidupannya sendiri.

Mereka melarang dia menonton konsert rock Marilyn Manson dan kemudian menyekatnya daripada menggunakan Internet sebelum menyuruhnya memasuki bilik selepas dia 'mengamuk.'


Keluarga itu, sebelum ini semakin bimbang mengenai perubahan sikap Paris dan tindakan yang membahayakan dirinya.


Paris semakin taksub dengan penyanyi rock Kurt Cobain dan Marilyn Manson hingga mendorong dia mengubah gaya rambut dan berpakaian terdedah.

Satu sumber berkata: "Paris merasakan tidak seorang pun dalam keluarga itu memahaminya dan dia rasa terpinggir dan kesunyian.

"Ketika pertengkaran Selasa lalu, dia mengatakan bapanya lebih memahaminya dan tahu bagaimana perasaan menjadi dewasa."

Paris menjadi sasaran pembuli di sekolah dan individu mengejinya di Internet.

Dia juga dijadual memberi keterangan dalam kes saman keluarga Jackson berjumlah AS$40 juta (RM120 juta) terhadap AEG, promoter konsert terakhir bapanya yang didakwa menjadi punca kematian Michael pada 2009.

Paris memberikan kenyataan kepada peguam keluarga itu bulan lalu: "Setiap hari saya teringatkannya dan menangis."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Burung robotik 'ejen perang'

Posted: 07 Jun 2013 09:30 AM PDT

Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) telah membangunkan burung robotik yang realistik sehingga dapat memperdaya kawanan burung sebenar dan helang untuk menyerangnya di udara membolehkan ia menjadi ejen perang masa depan yang tidak dapat dikesan.

Robo-Raven dibangunkan dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Maryland, termasuk saintis berasal dari India. Ia meluncur, melayang dan mengibaskan sayap seperti burung sebenar. Pengawalan penuh setiap sayap membolehkan aksi aerobatik ekstrim yang belum dapat dilakukan burung mekanikal lain sebelum ini, dakwa penyelidik dari Makmal Penyelidikan Tentera AS. Bagaimanapun, kemampuannya bersembunyi pada pandangan biasa dan badannya yang ringan paling menyeronokkan penyelidik.


"Ia sudah menarik perhatian burung di kawasan ini yang cuba menyembunyikan kehadiran mereka," kata jurutera mekanikal dengan Direktorat Teknologi Kenderaan di Aberdeen Proving Ground, John Gerdes.

Robo-Raven lebih senyap berbanding helikopter dan ia boleh menghampiri musuh tanpa mendedahkan kehadirannya. Ia diperbuat daripada gentian karbon. Kerangka geometrinya yang kompleks lebih pendek daripada dua kaki dan lebih ringan daripada tin soda.


Gerdes, calon doktor falsafah mula membina Robo-Raven pada 2008 sebagai sebahagian penyelidikan siswazah di Makmal Pembuatan Lanjutan Maryland yang memfokus kepada pembangunan aplikasi teknologi.


Manakala profesor kejuruteraan mekanikal, Dr SK Gupta mula menghasilkan burung robotik dengan kibasan sayap sejak hampir sedekad lalu. Gupta dan pelajar pascasiswazahnya bersama profesor kejuruteraan mekanikal Hugh Bruck, kali pertama berjaya mempamerkan burung dengan kibasan sayap pada 2007. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Isteri, anak diarah bercuti agar dia dapat kahwin lagi

Posted: 07 Jun 2013 09:30 AM PDT

Dubai: Seorang lelaki dari Ras Al-Khaimah membeli tiket kapal terbang untuk isteri dan tiga anaknya sebelum meminta wanita itu pergi bercuti dengan anak mereka. Apabila si isteri pulang ke rumah, dia mendapati suaminya bersikap pemurah kerana mahu berkahwin lagi.

Wanita itu memberitahu pusat panduan keluarga bandar raya itu bahawa dia tidak marah dengan perkahwinan suaminya, tetapi sedih kerana melayannya sebagai wanita bodoh.


"Dia kata dia tidak berasa sedih walaupun suaminya berkahwin dengan perempuan lain. Dia hanya sedih kerana lelaki itu melayannya seperti wanita lurus bendul. Katanya, dia dan anak mereka terlepas perkahwinan suaminya serta tidak dapat memberikan restu ketika perkahwinan itu," lapor akhbar harian berbahasa Arab, AlKhaleej, memetik kenyataan pengerusi pusat itu, Jassim al-Makki. Jassim berkata, wanita itu juga mengadu bahawa suaminya tidak lagi adil kepada dirinya dan anak mereka kerana berat sebelah terhadap isteri barunya.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini kerana wanita itu kelihatan sangat memahami...dia hanya ingin kehidupan yang bahagia untuk diri sendiri, anak-anak, suami dan isteri baru lelaki itu," katanya. - Gulf News

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Wanita bunuh, makan otak bayi

Posted: 07 Jun 2013 09:29 AM PDT

San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.

Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez "terlalu kejam" untuk didedahkan sepenuhnya.


Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

'Saya mahu balas dendam'

Posted: 07 Jun 2013 09:28 AM PDT

Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam. Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun.


Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, "Saya mahu balas dendam," lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik pretasi seksualnya dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS mereka.

Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya dengan menulis di blog. Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.


Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Rampas 16,000 telefon dalam sinki

Posted: 07 Jun 2013 09:27 AM PDT

Semarang: Pegawai kastam dan eksais, Selasa lalu menggagalkan percubaan menyeludup lebih 16,000 telefon bimbit ke negara ini dianggar bernilai 4.5 milyar rupiah (RM1.4 juta) yang disembunyikan dalam kontena berisi sinki dapur. Percubaan menyeludup itu bakal menyebabkan negara kerugian 560 juta rupiah (RM176,684).

Ketua Pengarah Lembaga Kastam dan Eksais Jawa Tengah dan Jogjakarta, Nazar berkata, barangan seludup itu terdiri daripada 522 BlackBerry 8520s, empat BlackBerry 9670s, 15,510 telefon bimbit XCCM dan 17 kotak aksesori telefon bimbit.


Kontena 40 kaki itu memuatkan beratus-ratus kotak berisi sinki dapur dan pada awalnya di hantar dengan APL Florida yang berlepas dari China pada 11 Mei sebelum dipindahkan ke MV Kota Taman di Singapura pada 16 Mei lalu. Ia tiba di Pelabuhan Tanjung Emas, Semarang pada 22 Mei lalu.

Barangan itu diimport oleh PT CJT Semarang yang sudah mengimport 20 kontena berisi barangan sama dalam tempoh sebulan.


Nazar berkata, syarikat itu dikategorikan Lembaga Kastam dan Eksais sebagai pengimport berisiko tinggi atau milik kategori laluan merah sambil menambah barangan importnya selalu diperiksa secara terperinci. "Pada 28 Mei lalu, pegawai kami menemui telefon bimbit dalam satu daripada kontena, manakala dokumentasi hanya menyebut 887 sinki dapur," katanya.


Pemeriksaan kastam mendapati 40 peratus penghantaran mengandungi kotak berisi telefon bimbit. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

Indonesia bina pangkalan tentera baru

Posted: 07 Jun 2013 09:26 AM PDT

Batam: Tentera laut Rabu lalu memulakan pembinaan pangkalan Marine Corps di Pulau Setokok, empat kilometer dari Pulau Batam di wilayah Pulau Riau.

Pangkalan itu akan menempatkan batalion infantri ke-10 bagi mengukuhkan keselamatan sempadan.


Ketua Tentera Laut, Laksamana Muda Marsetio berkata, penempatan batalion marin itu diarahkan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk mengukuhkan keselamatan pulau di sempadannya.

"Secara strategiknya, Indonesia negara kepulauan terbesar di dunia, jadi kami perlu bina batalion yang kuat," katanya. Pulau Riau bersempadan dengan Laut China Selatan dan negara lain seperti Malaysia dan Singapura. Kemungkinan terjadi konflik sempadan pada masa depan," katanya. - tribunenews.com

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

3 pusat judi dekat balai polis: 5 pegawai dipecat

Posted: 07 Jun 2013 09:26 AM PDT

Pathum Thani: Lima pegawai kanan polis di balai polis Khlong 5 di daerah Khlong Luang dilucut jawatan mereka selepas ketua polis daerah mengetuai serbuan di tiga pusat perjudian 200 meter dari balai polis itu.

Ketua Polis daerah Khlong Luang Kamnan Suwit Khamdi petang kelmarin mengetuai 40 sukarelawan di bawah Jabatan Pentadbiran Wilayah menyerbu tiga rumah kedai di projek hartanah Pronpisam di tambon Khlong 6. Mereka menahan 118 kaki judi dan merampas peralatan, termasuk meja judi, buah dadu, kad dan tiket pertaruhan bola sepak serta wang tunai 169,000 baht (RM17,072). Pusat perjudian itu berdekatan dengan Universiti Teknologi Rajamangala, Thanyaburi dan beberapa universiti swasta. Kebanyakan kaki judi ialah pelajar universiti dan sesetengahnya masih memakai uniform mereka.


Selepas penahanan itu, Ketua Polis Kebangsaan, Jeneral Adul Saengsingkaew pagi semalam mengarahkan pemindahan segera Kolonel Montri Jiamburastret, superintendan balai polis Khlong 5 untuk bertugas di ibu pejabat Polis Diraja Thai. Empat lagi pegawai kanan turut dipindahkan bertugas di pejabat polis Wilayah 1.

Jawatankuasa penyiasatan dibentuk bagi menimbangkan tindakan disiplin jika didapati pegawai berkenaan bersalah ekoran cuai menjalankan tugas.


Bulan lalu, tiga superintendan polis di Pathum Thani dipindahkan jawatan lebih rendah kerana mereka gagal menangani pelbagai jenayah serius di daerah itu. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/08

No comments:

Post a Comment