Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jilat bebola mata

Posted: 13 Jun 2013 09:06 AM PDT

Charlotte Amalie: Satu perbuatan pelik menjilat bebola mata bergelar 'oculolinctus atau worming', mempunyai beberapa penyokong termasuk Elektrika Energias, pelajar sains alam sekitar berusia 29 tahun di Kepulauan Virgin AS.

"Teman lelaki saya mula menjilat biji mata saya beberapa tahun lalu dan saya sukakannya. Saya tidak lagi bersamanya, tetapi saya masih suka orang lelaki menjilat bebola mata saya," katanya kepada he Huffington Post. "Saya sukakannya kerana ia mengasyikkan seperti menghisap ibu jari kaki." Menurutnya, perbuatan itu menaikkan syahwat.


"Tetapi, saya tidak meminta sesiapa saja melakukannya. Lelaki yang saya suka dan dia tidak fikir perbuatan itu pelik. Setakat ini, belum ada yang menolak," katanya.

Menjilat bebola mata sudah diamalkan sejak pertengahan 2000 dan pencarian mudah di YouTube memaparkan ratusan video mengenainya.


Bagaimanapun, pakar mata bimbang amalan bahaya itu semakin popular di kalangan remaja khususnya selepas laporan berita mengatakan murid sekolah rendah di Jepun cuba melakukannya hingga menyebabkan kes sakit mata merah atau dikenali sebagai 'conjunctivitis' berlaku.


Dalam satu bilik darjah murid berusia 12 tahun, satu pertiga mengakui melakukan 'worming'. Pihak berkuasa hanya menyedari sesuatu berlaku apabila beberapa murid yang dijilat matanya datang ke sekolah keesokan harinya memakai pelekat mata, lapor ShanghaiList.com. - Daily Mail

Foto

AMALAN menjilat mata yang popular dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Lelaki nekad henti guna gergaji

Posted: 13 Jun 2013 08:57 AM PDT

Rio de Janeiro: Seorang peladang yang memotong kayu dengan gergaji bulat elektrik berikrar tidak akan menyentuh alat itu lagi selepas mata pisaunya tertanggal dan terbenam ke dalam perutnya.

Gregory Steinmedc, 56, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang mengerikan itu.

Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya.

Peladang Brazil dari Campian Mission itu dibawa ke sebuah hospital di Santa Rosa dan memeranjatkan doktor kerana alat itu tidak terkena bahagian penting tubuhnya.


Steinmedc memberitahu wartawan tempatan bahawa dia tidak akan menggunakan alat itu lagi.


"Saya tidak akan gunakan alat itu lagi. Saya janji dan akan memegang janji itu. Alat itu memang bahaya."

Peladang terbabit menggunakan gergaji bulat itu untuk memotong kayu api di kediamannya.

Dia segera meminta bantuan isterinya, Freda yang pernah belajar ilmu pertolongan cemas ketika sewaktu kursus memandu.

Steinmedc berkata, hospital Santa Rose terletak dua jam dari kediaman mereka dan dia terpaksa menahan sakit kerana gergaji itu masih melekat di perutnya.

Pembedahan mengeluarkan alat itu memakan masa lebih dua jam. Menurut pakar bedah, Maurice Romano luka dialami Steinmedc ialah sedalam 10cm, tetapi tidak mengenai sebarang organ utama. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Kaki temberang dijel lima hari

Posted: 13 Jun 2013 08:56 AM PDT

Beijing: Seorang lelaki China yang mendakwa mempunyai makhluk asing dalam peti sejuknya dipenjarakan kerana menipu.

Li Kai berkata, dia menemui makhluk angkasa yang terkena kejutan elektrik dan menyimpannya dalam peti sejuk bagi mengawetnya.

Dakwaan itu mencetuskan kegemparan di Internet apabila dia memuat naik foto makhluk asing itu di laman sosial.

Tetapi, penipuannya itu menyebabkan dia dipenjarakan selepas polis menahannya kerana 'mengggangu norma sosial.'


Li sebelum ini mendakwa ternampak lima makhluk asing termasuk satu yang terkena renjatan elektrik dan ditangkap menggunakan perangkap arnab selepas mengekori mereka di sepanjang Sungai Kuning.


Li berkata, dia mengutip mayat makhluk asing itu dan membawanya pulang dan menyimpannya di peti sejuk bekunya.

Tetapi, selepas disoal siasat polis, Li berkata, dia mendapat ilham untuk mereka cerita itu daripada filem Paul oleh Simon Pegg.

"Saya menonton filem Paul. Saya sukakan makhluk asing bernama Paul dalam filem itu, jadi saya mereka cerita sendiri berdasarkan watak itu," katanya.

Li dipenjara selama lima hari kerana mereka pembohongan dan menimbulkan kekacauan, kata polis. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Thailand kian hilang sabar

Posted: 13 Jun 2013 08:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Thailand semalam berkata, ia semakin hilang sabar terhadap keganasan berterusan di selatan negara itu.

Ketua Majlis Keselamatan kebangsaan, Paradorn Pattanatabut memberitahu wartawan pada pusingan ketiga sidang damai dengan kumpulan pejuang wilayah itu, beliau memerlukan 'maklumat konkrit' mengenai keganasan yang sudah meragut lebih 5,500 nyawa sejak 10 tahun lalu.

"Ia bagi membolehkan saya menjawab kepada rakyat Thai. Agenda kami ialah mengurangkan keganasan khususnya dalam bentuk jangka waktu atau dalam bentuk kawasan.

"Hari ini, kami perlu mendapatkan fakta jelas mengenai keganasan itu," kata Paradorn, ketua perunding Thai ke sidang berkenaan sebelum rundingan bermula.


Rundingan damai itu yang dilancarkan pada 28 Mac lalu setakat ini gagal mengekang keganasan.


Pihak berkuasa Thai baru-baru ini mencadangkan idea menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, Paradorn berkata, keputusan mengenainya tidak mungkin dicapai dalam rundingan pusingan kali ini yang akan memberi tumpuan kepada keganasan.

Selepas dua pusingan rundingan damai sejak Mac lalu, pertumpahan darah setiap hari mencetuskan persoalan sejauh mana pemimpin pejuang menguasai anggota militan yang radikal.

Bagaimanapun, seorang wakil Thai menyuarakan keyakinan, semalam mereka yang menyertai rundingan damai itu mewakili semua kumpulan pejuang.

"Semua kumpulan kinibersama. Mereka berunding dengan kami," kata Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan, Nipat Thonglek. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Syor dakwa pengawal pantai

Posted: 13 Jun 2013 08:53 AM PDT

Manila: Polis Manila mengesyorkan supaya dakwaan jenayah difailkan terhadap pengawal pantai terbabit dengan insiden menembak nelayan Taiwan di perairan yang menjadi perebutan.

Pengumuman itu dibuat selepas ketegangan tercetus apabila ketua pengawal pantai di Manila menegaskan kapal nelayan itu cuba merempuh bot pengawal pantai dan kakitangannya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.


"Biro Penyiasatan Nasional (NBI) menyarankan agar dakwaan jenayah dan pentadbiran difailkan terhadap mereka," kata Setiausaha Kehakiman Leila de Lima.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Pegawai terima rasuah seks dijel 6 bulan

Posted: 13 Jun 2013 08:52 AM PDT

Singapura: Seorang hakim, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada bekas ketua khidmat kecemasan kerana menerima tawaran seks daripada seorang wanita sebagai balasan kontrak perniagaan.

Kesalahan rasuah membabitkan pegawai kanan kerajaan jarang berlaku di republik ini yang bangga kerana berdepan hanya beberapa kes rasuah berbanding sesetengah negara jirannya.

Bekas pesuruhjaya Pasukan Pertahanan Awam Singapura, Peter Lim didapati bersalah kerana menerima khidmat seks oral pada Mei 2010 daripada seorang wanita yang mahukan kontrak kerajaan.

Hakim mahkamah daerah Hamidah Ibrahim yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan berkata, hukuman ringan "tidak wajar kerana ia memperkecilkan kesalahan rasuah".


"Setiap salah laku membabitkan penjawat awam memberikan pandangan negatif terhadap perkhidmatan awal secara menyeluruh," katanya.


Lim kekal bebas daripada ikat jamin sementara menunggu rayuan. Dia menjadi pesuruhjaya agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap khidmat kecemasan dan menyelamat termasuk pasukan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Warga Britain diculik sehari dibebas

Posted: 13 Jun 2013 08:51 AM PDT

Banda Aceh: Seorang pekerja Britain yang diculik di wilayah Aceh dibebaskan tanpa dicederakan selepas sehari ditawan, kata polis dan pihak berkuasa kedutaan semalam.

Malcolm Primrose ditahan Selasa lalu sekumpulan lelaki bersenjata yang mengarahkan keretanya berhenti ketika dipandu ke tempat kerjanya di Lubuk Pempeng, sebuah kamopung di timur Aceh kira-kira jam 11 pagi.


Penculik mengikat pemandu warga tempatannya sebelum melarikan Primrose dengan kereta mereka.

Primrose berusia awal 60-an menghubungi isterinya yang juga rakyat tempatan keesokan hari meminta wang tebusan dituntut penculik, kata jurucakap polis daerah, Gustav Leo. Pada awalnya, mereka meminta 1 milyar rupiah (RM313,250), tetapi dalam perbualan dengan isteri mangsa kemudian menaikkan tebusan kepada 5 milyar (RM1.5 juta).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Rakyat Iran pilih presiden baru hari ini

Posted: 13 Jun 2013 08:49 AM PDT

Dubai: Kempen pilihan raya presiden Iran berakhir semalam, sehari sebelum rakyat negara itu mengundi memilih pengganti Mahmoud Ahmadinejad.

Kumpulan konservatif sehingga semalam gagal mencapai kata sepakat untuk membuat pilihan dan kemungkinan menyebabkan undi mereka berpecah, sekali gus memberi peluang untuk ulama fahaman sederhana Hassan Rohani menang.

Bagaimanapun, siapa juga yang menang, ia dijangka tidak akan mengubah dasar program nuklear Iran atau sokongannya kepada Presiden Syria Bashar al-Assad.

Pemimpin Agung Ayatollah Ali sudah pun menyuarakan hasratnya untuk tidak mengubah isu besar itu.


Bagaimanapun, semua calon kecuali seorang iaitu ketua perunding nuklear, Saeed Jalili menyokong pendekatan lebih bertolak ansur untuk mengadakan rundingan dengan kuasa dunia.


Presiden boleh mempengaruhi dasar luar dengan pilihan untuk berkunjung ke luar negara.

Pilihan raya hari ini ialah yang pertama sejak 2009 apabila puak reformis mendakwa berlaku penipuan bagi memastikan pemilihan semula Mahmoud, sekali gus mencetuskan bantahan terbesar sejak revolusi Islam pada 1979. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Rawatan beri kesan baik pada Nelson Mandela

Posted: 13 Jun 2013 08:48 AM PDT

Johannesburg: Nelson Mandela bertindak balas dengan baik terhadap rawatan diberikan, kata kerajaan Afrika Selatan semalam.

Bekas presiden yang uzur itu berada di hospital untuk hari keenam kerana jangkitan paru-paru.


Dalam satu kenyataan, anggota Kabinet menyatakan harapan agar ikon antiapartheid itu cepat sembuh dan gembira selepas mendapat tahu Mandela memberi tindak balas baik terhadap rawatan diberikan. Tokoh negara berusia 94 tahun itu dimasukkan ke hospital di Pretoria pada awal pagi Sabtu lalu ekoran sakit paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama. Presiden Jacob Zuma memberitahu rakyat kelmarin bahawa Mandela bertindak balas lebih baik terhadap rawatan selepas detik sukar beberapa hari lalu.

Ia adalah rawatan keempat Mandela di hospital sejak Disember lalu hingga mencetuskan kebimbangan bahawa tokoh disayangi "di Negara Pelangi" itu mungkin sudah berada di penghujung usianya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

Penyokong bergaduh, 16 orang cedera

Posted: 13 Jun 2013 08:47 AM PDT

Kaherah: Pergaduhan antara penyokong dan penentang pemimpin parti Islam, Presiden Mohamed Morsi mencederakan 16 orang di bandar pelabuhan Iskandariah di utara negara itu.

Penganjur pergerakan pembangkang yang berkempen agar Morsi digulingkan berkata, kumpulan mereka diserang penyokong presiden malam kelmarin.


Khaled el-Qadi dan Shereef el-Gamal dari pergerakan Tamarod (pemberontak) berkata, serangan berlaku di daerah Abu Suleiman dan dua aktivis serta empat penduduk turut cedera. Pegawai Ikhwanul Muslimin, parti yang diketuai Morsi, Anas al-Qadi bagaimanapun, memberikan kenyataan berbeza. Dia berkata, enam anggota Ikhwanul Muslimin dan empat penjaga setor cedera dalam serangan oleh aktivis Tamarod. Pergaduhan itu berlaku beberapa jam selepas parti Islam itu meningkatkan ketegangan dengan menggesa demonstrasi dilakukan pada 21 Jun bagi menangani perhimpunan besar-besaran Tamarod yang dijadual akhir bulan ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13

No comments:

Post a Comment