Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jejaki laluan tentera bergajah

Posted: 09 Oct 2014 11:30 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Riyadh: Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abraha yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.

Tukar rumah dengan iPhone 6

Posted: 09 Oct 2014 11:24 AM PDT

Detroit: Seorang tuan rumah yang terdesak bersedia menukar rumahnya dengan telefon pintar iPhone 6.

Lelaki itu yang menetap di Austria dan tidak pernah melawat rumah di Michigan City juga bersedia menyerahkan rumah dua tingkat dan tiga bilik itu kepada mereka yang sanggup memberinya iPad 32GB.

Dia membeli hartanah itu empat tahun lalu pada harga AS$40,000 (RM130,000) dengan harapan dapat meraih keuntungan jika dijual balik.

Tetapi dia gagal menjual semula rumah itu sejak mencubanya beberapa bulan lalu, termasuk dengan meletakkan harga serendah AS$3,000 (RM10,000) kerana kejatuhan nilai hartanah di kawasan berkenaan.

Foto

RUMAH di Michigan City yang ingin ditukar dengan iPhone 6 atau iPad 32GB.


Cukai tanah terkumpul untuk rumah itu yang kosong sejak 2010 kini berjumlah AS$12,000 dan perlu dijelaskan oleh pemilik baru.


Ejen hartanah, Larry Else berkata, walaupun dilengkapi besmen dan garaj serta terletak tidak jauh dari bandar Detroit, rumah di kawasan berkenaan sukar dijual.

Menurut Else, ada pemilik rumah di kawasan itu juga yang gagal menjual rumahnya sanggup menukar hartanah itu dengan sebuah kereta Chevy keluaran 1994. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Bunuh, noda mayat emak

Posted: 09 Oct 2014 11:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Texas: Sebuah mahkamah di sini semalam diberitahu bagaimana seorang remaja belasan tahun membunuh ibunya dengan tukul besi dan kemudian memperkosa mayat mangsa.

Elaun untuk anak dara Swaziland jauhi seks

Posted: 09 Oct 2014 11:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.

Kerja tiga hari saja

Posted: 09 Oct 2014 11:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Mexico City: Carlos Slim, taikun Mexico yang juga orang paling kaya di dunia mencadangkan supaya dilakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem keseimbangan kehidupan dan bekerja yang akan menyaksikan waktu bekerja hanya tiga hari seminggu.

Jutawan Hong Kong rugi RM4.18 juta

Posted: 09 Oct 2014 11:13 AM PDT

Hong Kong: Sekumpulan lelaki memecah masuk ke rumah jutawan hartanah Cecil Chao dan melarikan barangan lebih HK$10 juta (RM4.18 juta).

Chao yang terkenal sebagai lelaki yang menawar hadiah HK$1 billion kepada lelaki yang berkahwin dengan anak perempuan lesbiannya, tidak mengesahkan jumlah sebenar kerugian yang ditanggungnya.

Bagaimanapun, siasatan awal menunjukkan, antara yang yang hilang ialah enam barangan antik, lima jam dan 20 barangan kemas.

Perompak itu menggunakan besi sepanjang dua meter untuk memanjat masuk ke rumah Chao menerusi tingkap.

Sumber polis berkata, sistem keselamatan rumah berkenaan tidak berfungsi ketika kejadian.

Chao hanya mengulas ringkas mengenai rompakan itu sebelum keluar dari rumah berkenaan bersama-sama teman wanitanya dengan menaiki Rolls-Royce.

Rumahnnya adalah kediaman jutawan Hong Kong ketiga dirompak dalam masa empat hari.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Sembelih keldai jika bekas suami mati

Posted: 09 Oct 2014 11:13 AM PDT

Riyadh: Seorang wanita ditegur selepas memberitahu seorang ulama dalam rancangan televisyen bahawa dia bernazar menyembelih keldai jika bekas suaminya yang kejam meninggal dunia.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Umm Mohammed menelefon Sheikh Abdullah Al Mutlaq - anggota Jawatankuasa Agung Ulama - ketika satu rancangan televisyen yang melihatnya menjawab soalan penonton.

"Saya bernazar menyembelih keldai sebagai tanda syukur dibebaskan selama-lamanya daripada kekejamannya.
"Dia terlalu zalim terhadap diri saya serta anak-anak kami," katanya.

Namun Sheikh Mutlaq menjawab: "Perbuatan itu tidak diterima dalam Islam. Kamu perlu memaafkan bekas suami dan mendoakan Tuhan mengampunkannya. Jadilah orang lebih baik daripadanya.

"Namun jika anda masih mahu memenuhi nazar itu kelak, sembelihlah kambing untuk fakir miskin," katanya ketika dalam rancangan televisyen berkenaan, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Pasangan kahwin menerusi radio

Posted: 09 Oct 2014 11:12 AM PDT

Cixi (China): Seorang pengantin perempuan di wilayah Zhejiang yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya menerusi radio apabila mereka menyedari dia tidak akan sempat tiba di majlis itu pada masa yang ditetapkan.

Yan Mengxia berlepas dari rumahnya jam 1 petang minggu lalu untuk perjalanan sejauh 300 kilometer ke Yongkang, tempat perkahwinan itu dilangsungkan.

Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya kerana cuti hari kebangsaan, tunangnya tidak putus-putus menelefon sebuah stesen radio untuk mengetahui keadaan lalu lintas.

Majlis itu dijadual berlangsung jam 4 pertang tetapi Yan tidak juga tiba.


Bagaimanapun, mereka diselamatkan stesen radio itu yang menawarkan majlis itu diadakan secara langsung menerusi gelombang udara. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Suami tak sampai-sampai

Posted: 09 Oct 2014 11:11 AM PDT

Sumenep, Jawa Timur: Seorang pengantin lelaki adalah antara mangsa tragedi bot karam yang setakat ini menyaksikan 19 maut dan 22 masih hilang.

Bot berkenaan ditimpa bencana ketika dalam perjalanan ke Bali.

Bakal isteri lelaki terbabit tiada bot kayu berkenaan ketika ia mengalami kerosakan enjin.

Jiran mangsa, Ainur Rasyid berkata, pengantin perempuan berada di Bali dan menunggu kedatangan bakal suaminya.

Foto

PENYELAMAT menarik naik mayat seorang mangsa bot karam di Selat Madura, semalam.


"Majlis kenduri sepatutnya bermula petang Isnin," katanya.


Bapa pengantin lelaki - dikenali sebagai Ahmad Yani - serta beberapa anggota keluarganya juga berada dalam bot malang berkenaan.

Semalam penyelamat menemui dua mayat wanita dewasa menjadikan jumlah rasmi kematian akibat tragedi itu menjadi 19 orang.

Tiga daripada mangsa yang disahkan itu ialah kanak-kanak.

Ketua operasi mencari dan menyelamat, Asnawi, berkata ada seramai 49 orang di dalam bot berkenaan dan hanya lapan berjaya diselamatkan oleh nelayan kelmarin.

Tragedi berlaku kira-kira 3 kilometer dari Pulau Raas.

Kata Asnawi, sehingga petang semalam 22 orang masih hilang dan semua penumpang adalah rakyat Indonesia.

Bot malang itu bertolak pada jam 8 pagi Isnin dan sepatutnya tiba di Bali tengah hari kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

MUI kecam Jupe mahu hamil melalui tabung uji

Posted: 09 Oct 2014 10:50 AM PDT

Jakarta: Rancangan Julia Perez mendapatkan zuriat melalui proses tabung uji di Malaysia mendapat kecaman daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Ketua Jawatankuasa Dakwah MUI, Cholil Nafis berkata, tindakan Julia itu bercanggah dengan ajaran Islam.

"Itu haram! Kehamilan boleh dilakukan jika ada hubungan nikah.

Sperma yang akan digunakan itu haram andainya diperoleh melalui proses klon atau zina," katanya.


Minggu lalu Julia berkata, dia akan ke Pulau Pinang untuk menjalani proses mendapatkan zuriat melalui kaedah dalam makmal.


Julia yang belum berkahwin mengaku mempunyai sprema penderma yang enggan didedahkan identitinya.

Kata Cholil, walaupun Julia mengetahui siapa yang mendermakan sperma untuk disenyawakan dengan telurnya, Islam masih melarang.

"Jika bukan melalui proses pernikahan, ia adalah haram," katanya.

Undang-undang Indonesia menetapkan setiap pasangan yang ingin mendapatkan bayi tabung uji mesti menyerahkan sijil nikal bagi membuktikan sesuatu pasangan adalah suami isteri.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


UPSR dilanda ribut

Posted: 09 Oct 2014 03:24 PM PDT

Kudat: Malang berganda kepada 37 murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan, dekat sini, apabila terpaksa bertempiaran menyelamatkan diri ketika sedang khusyuk menjawab peperiksaan ulangan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kencang, semalam.

Berikutan kejadian itu, dua murid berusia 12 tahun cedera ringan dengan seorang cedera di paha terkena kipas dan papan lapis yang terjatuh manakala seorang pengawas peperiksaan terkena kayu di kepalanya.


Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung yang menempatkan empat bilik darjah dan bilik pentadbiran sekolah diterbangkan angin kencang manakala cermin kenderaan dipercayai milik guru besar sekolah itu pecah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan peperiksaan UPSR disambung semula di bilik guru.


Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, ketika kejadian 37 murid sedang menduduki peperiksaan itu dan tiga pengawas UPSR di blok sekolah papan berkenaan.


"Ketika semua murid sedang menjawab peperiksaan, tiba-tiba bumbung Blok B sekolah berkenaan terbang dipercayai akibat angin kencang. Murid diarah keluar kerana bimbang kejadian buruk.

Foto

SILING bilik peperiksaan UPSR di SK Panudahan, Kudat runtuh dipukul ribut.

"Bagaimanapun, dua murid dan seorang pengawas peperiksaan UPSR cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, sebaik keadaan pulih, semua murid dipindahkan ke bangunan bersebelahan dan mereka meneruskan menjawab soalan di bilik guru.

Menurutnya, pihaknya sedang mengenal pasti peralatan yang rosak di empat kelas yang menempatkan 90 murid itu.


Difahamkan, ketika kejadian guru besar serta sembilan lagi guru berada di bilik guru iaitu blok bersebelahan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

DVD aiskrim

Posted: 09 Oct 2014 02:49 PM PDT

Kuala Lumpur: Taktik licik peniaga asing menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak dengan menyembunyikannya di dalam peti aiskrim di sebuah kedai runcit di Jalan Silang di sini dipercayai sejak tahun lalu, terbongkar apabila diserbu kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan 18 pegawai dan penguat kuasa Bahagian Kawalan Filem (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN), jam 2 petang kelmarin.


Bagi mengaburi pihak berkuasa, peniaga yang turut menjual barangan runcit lain dikatakan hanya mempamerkan contoh salinan atau gambar filem di depan premis tanpa sebarang papan tanda perniagaan itu.

Pengarah BKF KDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Sharifah Rohaiza Syed Rozali berkata, seorang lelaki warga India berusia 27 tahun disyaki penjaga premis ditahan.


"Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 6,606 DVD filem dan 84 DVD lucah kebanyakannya filem Bangladesh dan India dianggarkan bernilai RM67,250 yang dirampas untuk tindakan lanjut," katanya, semalam.


Menurut beliau, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 18 (4) (a) dan Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002.

Bagi kesalahan memiliki filem lucah (Seksyen 5) itu, individu yang disabitkan bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun. Manakala kesalahan mengikut Seksyen 18 memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.


Kata Sharifah, pihaknya memandang serius aktiviti haram seumpama itu terutama membabitkan warga asing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan negara ini.

"Selain menjalankan operasi dan pemantauan bagi mengekang perkara itu daripada berleluasa di sekitar ibu negara, orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat mengenainya bagi membolehkan tindakan dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Simpati sudah hilang

Posted: 09 Oct 2014 02:17 PM PDT

Kuala Lumpur: "Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu," kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.

Menurutnya, sebelum itu dia menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dari tempat kerjanya di Setiawangsa bersama anak hingga ke KL Sentral sebelum menukar tren ke ERL untuk ke Salak Tinggi.

Katanya, sepanjang perjalanan menaiki ERL itu tren dipenuhi orang ramai berikutan waktu pulang kerja dan dari KL Sentral dia berdiri hingga ke stesen Bandar Tasek Selatan.

Foto

WAN Noor Shila duduk di lantai ERL bersama anaknya berusia setahun.


"Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Ibu jari putus dibelit tali pengikat lembu

Posted: 09 Oct 2014 02:14 PM PDT

Bachok: "Saya terkejut apabila lembu itu tiba-tiba agresif dan saya cuba tarik tali yang mengikatnya, namun saya berasa sakit sebelum terlihat satu jari saya melekat pada tali berkenaan," kata penternak lembu, Mohd Subri Mohamed, 49.

Mohd Subri dari Kandis, di sini menceritakan insiden ibu jari tangan kirinya putus akibat dibelit tali pengikat lembu ketika cuba memindahkan haiwan ternakan terbabit ke dalam lori, tiga hari sebelum Aidiladha lalu.


Kejadian pada Khamis minggu lalu itu menyebabkan Mohd Subri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kandis tangan kiri kudung satu jari selepas gagal disambung semula.

Menurutnya, lembu itu dijual kepada seorang pembeli di Kampung Kijang, Pengkalan Chepa untuk dikorbankan sempena Aidiladha yang lalu, namun dia 'dikorbankan' terlebih dulu apabila ibu jari tangan kiri putus.


"Ketika itu jam 7 malam dan saya bersama dua rakan memindahkan lembu untuk dihantar kepada pembeli yang menjalankan ibadat korban.


"Lembu betina itu yang terakhir dimasukkan ke dalam lori, tetapi ia tiba-tiba bertindak luar kawalan mengakibatkan tali pengikat pada lehernya membelit ibu jari saya.

Foto

Illias (kanan) melihat ibu jari kiri Mohd Subri yang putus akibat direntap lembu peliharaan.

"Saya tak sempat buat apa-apa ketika itu kerana rentapan lembu betina berkenaan terus menyebabkan jari saya putus serta-merta," katanya ketika ditemui di Taman Cempaka, Kandis, di sini, petang kelmarin.


Beliau terdahulu menerima kunjungan Penyelaras Parlimen Bachok Datuk Illias Hussin.

Bercerita lanjut, Mohd Subri berkata, selain putus jari, beliau turut mengalami luka kecil di muka dan beraya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama empat hari.


Katanya, reda dengan kejadian berlaku dan tidak serik untuk terus memelihara lembu yang kini berjumlah 50 ekor sejak diusahakan tiga tahun lalu.


Dalam pada itu, Illias berkata, dia segera melawat Mohd Subri sebaik diberitahu mengenai kejadian menimpanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Wanita potong tangan guna tiga pisau

Posted: 09 Oct 2014 02:00 PM PDT

Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya.


Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian.

Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah.


Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu.


"Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus.

"Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka," katanya, semalam.


Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya.


Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan jam 11 pagi, semalam.


Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Jangan melatah

Posted: 08 Oct 2014 11:30 AM PDT

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana mempertikaikan penundaan tarikh suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan itu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

Selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Kuala Terenggau, Jumaat lalu mereka sepatutnya bertemu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu ini dalam perlawanan timbal balik, tetapi ditukar kepada 17 Oktober ini.

Sambil meminta PBSNT jangan cepat melatah, Tunku Ismail berkata permohonan untuk menunda perlawanan itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dibuat berlandaskan peraturan sedia ada yang termaktub di bawah Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Justeru, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menggesa Terengganu supaya menerima keputusan FAM itu dengan hati terbuka.

Foto

TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Foto

HARISS (kiri) terlibat dalam perlawanan antarabangsa.


"Jadi saya harap pihak terbabit usah cepat melatah kerana permohonan kami tidak melanggar undang-undang.


"Kita ikut ketetapan FIFA dan saya ingin menegaskan penundaan perlawanan bukan kerana Hariss Harun yang mewakili Singapura. FIFA sudah mengeluarkan jadual membabitkan perlawanan antarabangsa dan kita kena patuh.

"Dalam undang-undang FIFA ada menyatakan jika berlaku pertembungan jadual perlawanan maka kita ada hak untuk membuat rayuan tanpa melanggar apa jua undang-undang dan FAM menerima permohonan itu berdasarkan fakta yang kukuh," katanya dalam sidang media semalam.

"Selain itu, aksi perlawanan sebenarnya ditetapkan FAM pada 18 Oktober dan saya mengarahkan kerja baik pulih Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dijalankan untuk persiapan saingan Piala AFC tahun depan dan sudah pasti penambahbaikan itu tidak dapat disiapkan jika perlawanan diteruskan Sabtu ini."

Tunku Ismail berkata, keputusan FAM membenarkan perlawanan itu ditunda tepat dan tidak melanggar peraturan FIFA manakala permohonan PBNJ pula dilakukan secara profesional.

Beliau berkata ketetapan badan induk bola sepak dunia itu turut menetapkan jika ada pemain dari kelab terbabit dalam apa jua perlawanan maka pertandingan liga tempatan harus dihentikan buat sementara.

"Seandainya Johor DT layak ke separuh akhir maka jadual kami akan lebih ketat kerana terpaksa membuat persiapan singkat.

"Jadi, saya rasa perasaan tidak puas hati itu tak patut timbul," kata Tunku Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Keputusan FAM tunda aksi tak masuk akal'

Posted: 08 Oct 2014 11:25 AM PDT

Kuala Terengganu: "Seperti perlawanan bola sepak antara kampung,"

Itu pandangan dan nada meluat diluahkan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perubahan tarikh saingan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini ditunda kepada 17 Oktober hanya disebabkan seorang pemain import Johor DT tidak dapat beraksi.

Beliau berkata, keputusan tidak masuk akal dan pelik serta tidak bermaruah itu jelas memperlihatkan badan induk bola sepak negara itu mudah tunduk dengan desakan selain tidak ada prinsip sekali gus menimbulkan pelbagai soalan yang perlu diperjelaskan ketika pemain Terengganu dan penyokong setia sudah bersedia untuk bertandang ke Johor, Sabtu ini.

"Saya ingin buka mata dan timbulkan persoalan kepada FAM, jika mereka membenarkan permohonan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk merombak tarikh disebabkan seorang pemain import tidak dapat beraksi pada tarikh berkenaan, adakah FAM membenarkan juga permohonan Terengganu bagi mengekalkan tarikh berkenaan?

Foto

PERTEMBUNGAN Johor DT (jersi merah) dengan Terengganu pasti ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan.


"Ini persoalan yang FAM perlu jawab kerana perubahan tarikh ini bukan hanya membabitkan PBSNT tapi ribuan peminat setia Terengganu yang sudah menempah bas, tiket kapal terbang dan penginapan selain sudah memohon cuti untuk bertandang ke Stadium Larkin," katanya.


Menurutnya, bagi PBSNT pula, ini bukan kali pertama tiket kapal terbang dan urusan berkaitan terpaksa diubah kerana sebelum ini jadual asal perlawanan pada 18 Oktober.

"Tapi jika FAM meneruskan permohonan PBNJ itu, ia bermakna kali kedua PBSNT terpaksa meminda tarikh yang sudah tentu membabitkan kewangan tinggi.

"Dalam soal ini, siapa yang mahu menanggung semua kos perjalanan dan penginapan terutama peminat yang sudah membuat persiapan awal, tidakkah FAM berfikir mengenai soal ini atau mereka hanya melihat sebelah pihak," katanya yang mahukan FAM mengekalkan tarikh 11 Oktober.

Selain itu, Wan Ahmad Nizam berkata, ketika perbincangan untuk meminda tarikh itu dibuat, FAM tidak langsung memanggil wakil PBSNT untuk sama berkongsi idea bagi mencapai kata sepakat, sebaliknya hanya menghantar surat bagi memaklumkan perubahan tarikh berkenaan.

"Berdasarkan keputusan ini jelas memperlihatkan FAM berat sebelah dan tidak adil selain tidak mempunyai pendirian tetap yang boleh menyebabkan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya.

Sementara itu, Pengurus PBSNT Marzuki Sulong mengakui kem Terengganu terkejut dengan surat FAM semalam berhubung perubahan tarikh itu hanya disebabkan Hariss mewakili negaranya.

Menurutnya, bagi memastikan perancangan awal pasukan dan peminat Penyu yang akan bertandang ke Johor tidak tergendala, PBSNT sudah menghantar surat bantahan dan rayuan kepada FAM meminta jadual perlawanan pada Sabtu ini dikekalkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Usah putus asa

Posted: 08 Oct 2014 11:22 AM PDT

Kuala Lumpur: "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul." Itu perumpamaan paling tepat yang boleh digambarkan mengenai situasi sebenar dalam kem Selangor untuk cuba mengubah keputusan 0-4 bagi berpihak kepada mereka menjelang pertemuan suku akhir kedua bertemu FELDA United di Stadium Mini Temerloh, malam esok.

Pemain utama skuad Merah Kuning sepanjang musim ini, Andik Vermansyah, 22, mengakui tugasan menggunung bakal ditempuhi di Temerloh, Pahang terutama dalam memburu lima atau sekurang-kurangnya empat gol tanpa bolos untuk cuba mengheret tuan rumah ke penentuan sepakan penalti.

"Kalau dilihat dari segi angka, memang kami mempunyai tugas sangat berat di sana. Namun masih ada 90 minit untuk menterbalikkan keputusan agar berpihak kepada kami.

"Paling penting sekarang setiap pemain mesti berusaha sedaya upaya dan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

Foto

ANDIK (tengah) gesa rakan beraksi bermati-matian.


"Jika bermain dengan sepenuh hati, saya rasa mungkin kami boleh dapat lima atau empat gol. Berbekalkan latihan baik sepanjang minggu ini, saya masih percaya kami punyai peluang mara ke separuh akhir Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.


Andik yang digelar 'Messi Indonesia' melihat kekuatan dimiliki FELDA lebih tertumpu kepada aksi empat tonggak import yang mampu mengubah sesuatu keputusan perlawanan berpihak mereka.

Lantas, pemain kelahiran wilayah Jember, Indonesia itu menggesa agar pergerakan awang import The Fighters diawasi dan dikawal ketat pada aksi kedua itu.

"Apa saya nampak, mereka (FELDA) digerakkan pemain luar yang cukup pantas dan bijak menghidu peluang terutama di depan gawang gol.

"Jika kami dapat mengekang pergerakan penyerang import mereka dan kami bermain bersungguh-sungguh, saya rasa kami boleh mencipta kejutan. Saya berharap, penyokong Selangor dapat mendoakan kami untuk meraih kemenangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

FELDA ada senjata rahsia robek lawan

Posted: 08 Oct 2014 11:18 AM PDT

Bangi: Wira FELDA United yang meledak hatrik ketika memalukan juara 32 kali Piala Malaysia pada aksi suku akhir pertama di Shah Alam, Ndumba Makeche dijangka dikawal ketat barisan pertahanan Selangor dalam aksi timbal balik di Stadium Mini Temerloh, malam esok.

Walaupun begitu, ia tidak mencemaskan pengendali FELDA Irfan Bakti Abu Salim yang kelihatan tenang dan cukup yakin sepanjang sesi latihan biarpun menyedari pergerakan tonggak import dari Zambia itu akan dirantai menjelang perlawanan hidup mati pasukan pelawat.

Justeru, jurulatih berusia 63 tahun itu mengharapkan senjata sulit yang juga rakan segandingan Makeche di jentera serangan Edward Junior Wilson dapat merobek benteng Selangor buat menambah jaringan sekali gus mengesahkan laluan FELDA ke peringkat separuh akhir.

"Saya tetap akan menurunkan kesemua pemain import dalam aksi kedua itu nanti.

Kemungkinan pergerakan dia (Makeche) akan dikawal sepanjang 90 minit.

"Tapi saya masih ada Wilson yang mampu meledak dalam perlawanan itu nanti.

Saya tidak gusar, malah yakin dengan kemampuan penyerang itu menggegar jika ruang diberikan kepadanya malam esok," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, Wilson yang ditemui ketika sesi latihan terakhir semalam sebelum The Fighters itu bertolak ke Temerloh pada tengah hari ini, menanam tekad untuk mencipta hatrik jika khidmatnya digunakan dalam aksi itu nanti.

Penyerang kelahiran Liberia yang mampu bertutur dengan loghat Indonesia itu, sudah merekodkan lima jaringan sepanjang kempen Piala Malaysia dan 15 jaringan dalam saingan Liga Perdana bersama FELDA musim ini.

"Dalam setiap apa jua pertandingan, sasaran saya ingin menyumbangkan jaringan buat pasukan.


Jika diturunkan pada perlawanan itu, saya mahu mencari tiga gol sama seperti dia (Makeche).

"Tapi apa yang lebih penting, kami melangkah ke separuh akhir dan itu matlamat utama," katanya dalam loghat Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Azizon motivasi terbaik The Cops

Posted: 08 Oct 2014 11:17 AM PDT

Seremban: Ketangkasan penjaga gol Azizon Abd Kadir menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya penyerang Pahang wajar menjadi motivasi terbaik buat pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika turun beraksi pada suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 17 Oktober ini.

Jurulatih pasukan itu Mohd Fauzi Pilus berharap Azizon dapat terus memperagakan aksi lebih baik untuk mempertahankan kubu pasukan.

Menurutnya, biarpun kejayaan sesebuah pasukan bukan bergantung kepada seseorang pemain tetapi kecekapan Azizon tidak dapat dinafikan.

"Azizon antara pemain berpengalaman dalam skuad kami musim ini dan sumbangannya dalam mempertahankan kubu pasukan tidak boleh dinafikan, lebih-lebih lagi dalam aksi suku akhir pertama menentang Pahang, tempoh hari.


"Saya berharap dia dapat terus mempamerkan prestasi terbaik untuk membantu kami mara ke separuh akhir," katanya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Beri menteri kuasa

Posted: 08 Oct 2014 11:16 AM PDT

Kuala Lumpur: Gesaan bekas atlet angkat berat negara Roswadi Abdul Rashid agar pindaan dibuat terhadap Akta Pembangunan Sukan Negara supaya Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar memiliki kuasa istimewa terhadap persatuan sukan, dilihat suatu idea baik dalam usaha mengembalikan peranan menteri secara menyeluruh.

Menurut pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, jika cadangan itu dapat dilaksanakan mengikut sistem yang betul dan profesional sudah pasti setiap persatuan juga akan dipantau dengan lebih dekat oleh menteri berkaitan yang tidak hanya melepaskan tanggungjawab itu kepada Majlis Sukan Negara (MSN) semata-mata.

"Bagi saya itu cadangan baik daripada bekas atlet itu. Tidak semestinya seorang menteri itu wajib mempunyai kuasa mutlak ke atas persatuan, cuma jika ada sedikit kuasa istimewa kepada setiap persatuan sukan di Malaysia mungkin mereka (presiden persatuan) akan lebih bermotivasi menjalankan tugas.

"Contohnya seperti situasi yang berlaku kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang merudum teruk sejak di bawah kendalian Datuk Ahmad Ismail. Bayangkan sukan sepak takraw yang dicipta negara kita sekarang lebih mundur daripada pasukan Korea Selatan mahupun India yang senang-senang saja menewaskan kita.

Foto

KHAIRY seharusnya memiliki kuasa istimewa terhadap persatuan sukan.


"Tapi, apabila peminat sukan dan rakyat negara ini yang mahukan Datuk Ahmad berundur, beliau buat tak tahu saja.


"Menteri pula tak boleh nak berbuat apa-apa, sekadar mampu menegur. Jika Akta Pembangunan Sukan itu dapat dipinda sedikit, saya rasa menteri boleh mengambil tindakan sama seperti rombakan yang beliau akan lakukan ke atas MSN," katanya kepada Arena Metro, semalam.

Menerusi pendedahan Arena Metro semalam, pemenang pingat gangsa dalam acara angkat berat pada dua temasya Sukan Komanwel di Manchester 2002 dan Melbourne 2006, Roswadi Abdul Rashid menyeru agar Khairy meminda Akta Sukan dengan memberi lebih kuasa kepada menteri.

Di samping itu, Roswadi juga mencadangkan khidmat dan buah fikiran bekas atlet negara tidak diabaikan begitu saja.

Pada dua temasya sukan terbesar dunia ukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Incheon 2014, kontinjen negara mempamerkan persembahan merosot apabila gagal mencapai sasaran ditetapkan MSN.

Malah, pungutan lima emas, 14 perak dan 14 pingat gangsa menyaksikan kontinjen negara menduduki tangga ke-14 keseluruhan berbanding edisi di Guangzhou, China, empat tahun lalu. Ketika itu kontinjen negara menduduki tangga ke-10 keseluruhan apabila membawa pulang sembilan emas, 18 perak dan 14 pingat gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Perlu ada tiga kriteria

Posted: 08 Oct 2014 11:15 AM PDT

Kuala Lumpur: Jika Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhasrat mencari Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) baru, nasihat Datuk Wira Mazlan Ahmad (gambar) harus diambil kira.

Mazlan yang juga bekas Ketua Pengarah MSN menyenaraikan tiga kriteria yang harus diambil kira Khairy jika berhasrat mencari pengganti kepada Datuk Seri Zolkples Embong.

"Paling mustahak individu berkenaan harus tahu mengenai perancangan jangka pendek dan panjang," katanya yang kali terakhir memegang jawatan Ketua Pengarah MSN pada 2005.

Jelasnya, perkara kedua paling mustahak, mekanisme untuk menjayakan segala perancangan.

Foto
Foto

MAZLAN (tengah) ketika mengetuai kontinjen negara di Sukan Komanwel 1998.


"Kedua-dua ciri itu harus dilengkapkan dengan kriteria ketiga, iaitu pemantauan terhadap perancangan yang sudah dibuat," katanya yang pernah mengendalikan kontinjen negara di Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur yang menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat keseluruhan kejohanan dengan 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa.


Dalam masa yang sama Mazlan mengakui menteri perlu mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kedudukan Ketua Pengarah dalam MSN.

Kelmarin, kedudukan Zolkples dilihat terjejas kerana gagal di Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Inchoen apabila tidak mencapai sasaran pingat emas.

Ini kerana dikhabarkan KBS berhasrat untuk mengadakan pengambilan secara terbuka untuk posisi itu.

Menurut sumber, langkah mengiklan jawatan Ketua Pengarah MSN belum pernah dibuat Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

Seandainya Khairy sudah mempunyai calon baru yang dirasakan sesuai, besar kemungkinan 2015 MSN bakal berubah wajah dari sudut kepimpinan.

Zolkples sebelum ini mengakui bahawa beliau gagal ketika kontinjen negara tidak mencapai sasaran meraih lapan emas apabila hanya membawa pulang lima emas di Incheon baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Lutut Liu Ying makin pulih

Posted: 08 Oct 2014 11:11 AM PDT

Kuala Lumpur: Pakar beregu campuran, Goh Liu Ying mengakui semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kanan dan kiri Mei lalu.

Pemain kelahiran Alor Gajah itu berkata, keadaannya sekarang semakin bagus dan dia sudah menjalani proses pemulihan fasa baru apabila dibenarkan melakukan lompatan serta beberapa lagi pergerakan sukar.

"Keadaan saya sudah tidak lagi teruk, setakat ini fisioterapi saya Sandra Fiedler berpuas hati dengan perkembangan terbaru," katanya.

Liu Ying, 25, mengalami kecederaan 'miniscus' lutut kanan dan tisu koyak pada anterior cruciate ligament (ACL) di kedua-dua belah lututnya.

Foto

LIU Ying (kanan) tak sabar kembali berlatih.


"Selepas bedah saya terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan apabila sedikit sembuh saya sudah menjalani latihan ringan di bawah pengawasan Sanra.


"Sekarang saya berasa tidak sakit lagi terutama ketika berjalan kerana lutut kembali mencengkam seperti biasa," katanya yang sebelum ini bergandingan dengan Chan Peng Soon dalam acara beregu campuran.

Pemenang pingat emas acara beregu campuran Sukan Asia 2010 Guangzhou itu berkata, dia akan kembali beraksi pada Januari tahun depan.

"Bagaimanapun, awal tahu itu masih lagi peringkat percubaan kerana mereka akan melihat keadaan saya terlebih dulu sama ada sudah bersedia untuk beraksi dalam kejohanan lebih kompetitif.

"Memang tangan saya ini berasa gatal untuk memegang raket, tambahan melihat rakan seperjuangan berlatih di gelanggang," katanya.

Liu Ying mengakui sebaik menjalani tempoh pemulihan dia akan sentiasa melihat rakan sepasukan berlatih bagi membangkit semangat untuk beraksi semula dengan pasukan kebangsaan.

"Saya perlu bersedia tahun depan kerana menjelang Mei akan beraksi untuk memungut mata melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

"Mereka tidak akan membenarkan saya beraksi di peringkat Siri Super sehingga saya betul-betul bersedia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

'Cukuplah 14 tahun'

Posted: 08 Oct 2014 11:08 AM PDT

Kuala Lumpur: Bukan menyerah kalah tetapi mahu ubah haluan, itulah jawapan yang diberikan pelumba berbasikal trek negara, Mohd Edrus Yunos yang menimbang hasrat untuk bersara selepas Piala Asia 2014 Bangkok, bermula esok.

Edrus, 27, mengakui kejohanan itu penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan selepas 14 tahun berbakti dengan meraih beberapa kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Bukan saya menyerah kalah, tapi mahu cuba cara lain pula dalam hidup saya, iaitu mahu mendidik pelumba remaja," katanya yang sebelum ini baru pulang dari Sukan Asia 2014 Incheon.

Jelasnya, bidang kejurulatihan terutama dalam acara pecut menjadi pilihannya namun masih belum pasti sama ada akan membantu John Beasley untuk pasukan senior atau peringkat remaja bersama bekas pelumba kebangsaan, Junaidi Mohamad Nasir.

Foto

EDRUS mahu ubah haluan.


"Kenangan manis bersama pasukan kebangsaan tidak akan saya lupakan terutama dapat meraih emas di peringkat Asia dan juga Asia Tenggara.


"Bagaimanapun sebelum bersara, saya sempat melakukan catatan peribadi terbaik dalam acara pecut 10.18 saat ketika di Sukan Asia baru-baru ini," kata pelumba kelahiran Perak itu.

Ditanya sama ada Beasley akan membawanya menjadi pembantu di Melbourne, Edrus menjelaskan buat masa ini dia dijangka melatih pelumba di Kuala Lumpur terlebih dulu.

"Saya tidak kisah menjadi pembantu jurulatih dengan pasukan mana sekali pun, apa yang saya harap pelumba gigih berlatih dan jangan mudah putus asa.

"Saya juga tidak akan melupakan kenangan manis menjadi pelumba trek yang berpangkalan di Melbourne sejak 2007 dan saya harap program itu diteruskan kerana sangat manfaat buat pelumba," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

KOM tak hantar atlet bertanding jika gagal capai sasaran

Posted: 08 Oct 2014 11:06 AM PDT

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil tindakan drastik bagi memulihkan pencapaian atlet olahraga kebangsaan berikutan prestasi hambar dalam beberapa temasya sukan antarabangsa baru-baru ini.

Tindakan itu termasuk meletakkan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jurulatih, manakala atlet yang gagal capai sasaran ditetapkan, tidak dibenarkan bertanding di luar negara lagi.

Presiden KOM Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, setiap jurulatih dan atlet perlu mengubah pemikiran dan mencapai KPI yang ditetapkan badan induk olahraga negara itu.

"Selepas ini jika atlet atau jurulatih tidak mencapai KPI, kita tidak akan hantar mereka bertanding di luar negara.

Mereka perlu ada sasaran untuk terus meningkat bukan setakat mendapat pendedahan saja, kita perlukan keputusan!.

"Bagi jurulatih, kalau gagal kita perlu gantikan dengan mereka yang lebih layak, jika kita masih di pemikiran lama, sampai bila-bila, kita akan terkebelakang," katanya.

Zainal Abidin berkata, KOM sudah merombak semula program pembangunan atlet elit dan pelapis olahraga dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia.


Katanya, Pengarah Teknikal KOM Robert Ballard sudah pun menyediakan kertas kerja berhubung program berkenaan yang menggabungkan atlet elit dan pelapis, di samping menukar sistem kejurulatihan sedia ada.


"Kita ada ramai atlet berbakat, tapi banyak faktor lain yang menyebabkan usaha kita terbantut, misalnya aspek kewangan yang tidak mencukupi, pemikiran atlet dan jurulatih yang masih di takuk lama serta kekurangan infrastruktur," katanya.

Pada Sukan SEA di Myanmar, tahun lalu, skuad olahraga gagal mencapai sasaran lima pingat emas apabila sekadar meraih empat, enam perak dan tiga pingat gangsa.

Pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini, prestasi skuad olahraga terus merosot.

- BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Hampir mati tercekik

Posted: 08 Oct 2014 10:04 AM PDT

Kinshaha: Seorang remaja yang berdepan dengan kemungkinan mati tercekik kerana ketumbuhan sebesar biji bola sepak pada rahangnya berjaya di selamatkan selepas menjalani pembedahan.

Grace, 17, dari Republik Demokratik Congo mungkin mati jika ketumbuhan pada tulang rahangnya terus membesar.

Ketumbuhan itu membesar dari tengah tulang rahangnya, hasil pembentukan sel yang biasanya membentuk enamel gigi.

Bagaimanapun, Grace boleh bercakap dan makan tetapi tepaksa berhenti sekolah kerana malu.

Foto

KEADAAN Grace sebelum menjalani pembedahan.

Foto

GRACE dikelilingi pasukan perubatan yang menjalankan pembedahan ke atasnya.


Sebuah hospital kebajikan, Mercy Ships menawarkan bantuan menjalankan pembedahan selama empat jam untuk membuang ketumbuhan itu, rahang bawah dan giginya selepas hospital tempatan gagal membantu.


Grace menderita akibat ketumbuhan itu sejak 10 tahun lalu.

"Ia mula bengkak sedikit saja tetapi lama-kelamaan ia membesar.

"Kami ke hospital tetapi doktor tidak tahu apa yang hendak dilakukan," kata Grace.

Ibunya, Christine berkata, pihak hospital tempatan hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Penderitaan yang dialami Grace itu disiarkan di Internet dan seorang pembaca mengesyorkan dia meminta bantuan Mercy Ships yang mengendalikan hospital kapal terbesar di dunia - Africa Mercy - yang menyediakan perkhidmatan kecemasan secara percuma kepada pesakit yang amat memerlukan.

Kehidupan Grace berubah sama sekali selepas pembedahan itu.

Dengan keyakinan baru yang diperolehnya, Grace berharap untuk mengikuti kursus perubatan dan menjadi jururawat supaya dapat membantu mereka yang menghadapi masalah sepertinya pada masa depan.

"Saya ingin bekerja secara sukarela dengan Mercy Ship, untuk membantu orang ramai," katanya.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Cengkerik hidup dalam telinga

Posted: 08 Oct 2014 09:53 AM PDT

Villupuram (India): Seorang pesakit yang mengadu mengalami gatal luar biasa terkejut apabila mendapati seekor cengkerik hidup di dalam telinganya.

Doktor di Pusat Kajian Villupram, Tamil Nadu mengeluarkan serangga berukuran dua inci dari telinga lelaki yang dirahsiakan namanya menggunakan penyepit.

Sebaik doktor memasukkan penyepit di dalam telinga, cengkerik itu cuba merangkak lebih dalam, tetapi doktor berjaya menariknya keluar dan pesakit berkenaan dilapor selamat.

Menurut doktor, serangga berkenaan tidak boleh menyengat bahagian dalaman telinga tetapi ia boleh mengakibatkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan. - Agensi

Foto

CENGKERIK yang dirakam di dalam telinga seorang lelaki di India sebelum ia dikeluarkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Heroin disangka gula-gula

Posted: 08 Oct 2014 09:51 AM PDT

Selbyville (AS): Seorang kanak-kanak berusia empat tahun membawa 249 bungkusan heroin ke pusat jagaan kanak-kanak dan mengagihkan dadah kelas A itu seperti gula-gula kepada beberapa rakannya.

Seorang pengasuh menelefon polis selepas melihat kanak-kanak berkenaan membelek bungkusan itu.

Ibu budak itu, Ashley Tull, 30, ditangkap dan dituduh memiliki dadah di samping tiga tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak.

Polis di Delaware berkata, ujian yang dilakukan terhadap kandungan bungkusan itu mengesahkan ia heroin.

Foto

ASHLEY.

Foto

HEROIN yang dirampas daripada anaknya.


Kanak-kanak itu dikatakan tersilap membawa beg berisi heroin selepas beg yang biasa dibawanya dikoyakkan kucing keluarganya.


Menurut polis, kanak-kanak berkenaan menyangka bungkusan itu gula-gula yang dibekalkan ibunya.

Ashley yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia sembilan tahun dan seorang lagi anak perempuan berumur 11 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$6,000 sementara anaknya diletakkan di bawah penjagaan seorang anggota keluarganya (RM19,600) - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Warga emas mati kejar biri-biri korban terlepas

Posted: 08 Oct 2014 09:47 AM PDT

Yanbu: Seorang lelaki warga Asia berusia 50-an mati kerana sesak nafas selepas mengejar seekor biri-biri yang terlepas sebelum sempat di sembelih sempena Aidiladha, Isnin lalu.

Menurut sumber, warga emas berkenaan dikatakan sedang mengasah pisau dan bersiap untuk mengikat haiwan itu berhampiran rumahnya di Yanbu, bandar pelabuhan Laut Merah di barat Saudi.

Namun, biri-biri berkenaan tiba-tiba melarikan diri.

"Ia lari ke sebuah taman besar dan lelaki itu tidak berhenti mengejarnya.


"Setelah sekian lama mengejar, lelaki berkenaan kemudian rebah dan mati," lapor akhbar Sabq. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Seni makhluk halus

Posted: 08 Oct 2014 09:46 AM PDT

Ngawi, Jawa Timur: Perkahwinan antara Bagus Kodok Ibnu Sukodok dengan 'isteri' pilihannya semalam tidak sukar menarik perhatian ramai kerana sifatnya yang luar biasa.

Tidak seperti perkahwinan biasa, Bagus Kodok memilih makhluk halus - bernama Peri Roro Setyowati - sebagai pasangannya.

Tidak hanya itu, majlis mengikut adat Jawa itu diadakan di rumah seniman bernama Bramantyo Prijosusilo di Desa Sekaralas di daerah Widodaren, Ngawi itu juga dijadikan sebagai suatu karya seni.

Tanpa kelibat si isteri, majlis itu dimulakan dengan upacara dikenali sebagai midodareni dan diakhir dengan bedhol manten.

Foto

BAGUS Kodok


Bramantyo berkata, sepanjang proses perkahwinan itu dia tidak akan menggunakan lampu elektrik, sebaliknya hanya obor dan lampu minyak tanah.


"Majlis ini tidak boleh hanya dilihat sebagai upacara biasa, sebaliknya dipandang dalam kerangka seni, iaitu seni kejadian yang digabungkan dengan tradisi Jawa," katanya.

Menurut Bramantyo, seni kejadian memperluaskan panggung menjadi ruang dan waktu.

Pada ruang dan waktu tertentu, katanya, seniman akan memunculkan suatu peristiwa.

"Kali ini saya hadirkan sebuah perkahwinan adat Jawa melalui suatu upacara," katanya.

Tinjauan media pagi semalam mendapati, pengantin lelaki Bagus Kodok, 63, sedang dimandikan bersendirian mengikut tradisi Jawa dan tetamu mulai tiba.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Jokowi dituduh rasuah

Posted: 08 Oct 2014 09:44 AM PDT

Jakarta: Pembangkang Indonesia bercadang menyiasat dakwaan salah laku Joko Widodo (Jokowi) ketika bakal presiden itu bertugas sebagai Gabenor Jakarta serta Datuk Bandar Solo.

Pembantu kanan Prabowo Subianto, Hashim Djojohadikusumo berkata, mereka akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyiasat serta mengambil tindakan ke atas Jokowi yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober ini.

Kata Hashim, antara kes yang dimaksudkan ialah dakwaan rasuah membabitkan pembelian bas buatan China bernilai RM402,4 juta pada tahun ini.

Kes itu sudah disiasat Peguam Negara Indonesia sebelum ini dan media melaporkan sekurang-kurangnya dua pegawai kerajaan tempatan disyaki bertanggungjawab.

Jokowi memenangi pemilihan presiden mengalahkan Prabowo pada Julai lalu dan terus berdepan pelbagai halangan daripada musuh politiknya.

Selepas gagal mencabar keputusan itu di mahkamah, kem Prabowo merancang pelbagai strategi bagi mengelak Jokowi dilantik sebagai presiden ketujuh Indonesia.

Hashim berkata, parlimen juga akan meneliti keraguan dalam peruntukan belanjawan pendidikan bandar Solo ketika Jokowi menjadi datuk bandar di situ.

Foto

JOKOWI


- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Kerajaan bawa pulang Mayang

Posted: 08 Oct 2014 09:43 AM PDT

Jakarta: Kementerian Luar Thailand sedang berusaha membawa pulang mayat Mayang Prasetyo yang dibunuh serta dikerat-kerat oleh kekasihnya di Brisbane, Australia, minggu lalu.

Pengarah bantuan perundangan kementerian itu, Tatang Budie Utama Razak berkata, pegawainya sudah pergi ke Bandar Lampung di Lampung untuk bertemu waris Mayang.

Katanya, keluarga Mayang memohon supaya mayat mangsa pembunuhan itu dibawa pulang untuk dikebumikan.

Tatang juga berkata, Kedutaan Indonesia di Canberra bekerjasama dengan polis Queensland yang menyiasat kes pembunuhan ngeri itu.


Mayang, 27, ditemui mati di dalam apartmen didiaminya bersama seorang tukang masak, Marcus Peter Volke, 28, minggu lalu.


Sebahagian daripada tubuh Mayang - lahir sebagai lelaki dan diberi nama Febri Andriansyah - ditemui dalam bekas di atas dapur, manakala yang lain di tong sampah.

Volke kemudian ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Kedua-dua mereka dipercayai bertemu kali pertama ketika bekerja sebagai tukang masak di sebuah kapal pesiaran antarabangsa.

Tatang berkata, pegawainya sedang mendokumentasi pelbagai maklumat daripada keluarga Mayang kerana ia boleh membantu siasatan polis Australia.

Sementara itu sumber berkata, Mayang pulang melawat keluarganya di Lampung pada bulan lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Subsidi minyak Indonesia habis tahun ini

Posted: 08 Oct 2014 09:42 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]
Jakarta: Syarikat petroleum milik kerajaan, Pertamina, mengesahkan bekalan minyak subsidi akan habis menjelang akhir tahun ini.

Siasat dakwaan 2 'pembunuh'

Posted: 08 Oct 2014 09:41 AM PDT

Bangkok: Pertubuhan Amnesty International (AI) menggesa kerajaan menyiasat dakwaan polis menyeksa dua suspek yang dilaporkan mengaku membunuh sepasang pelancong Britain di pulau peranginan Thailand bulan lalu.

Memetik kenyataan pasukan peguam Kedutaan Myanmar AI berkata, selain pengakuan suspek, ada beberapa sumber mendakwa pihak berkuasa menggunakan kekerasan ke atas pekerja dari Myanmar yang ditangkap bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Pihak berkuasa Thailand mesti memulakan siasatan bebas dan telus terhadap dakwaan penyeksaan serta layanan buruk polis.

"Tekanan kuat untuk menyelesaikan kes yang menarik perhatian dunia tidak sepatutnya menyebabkan berlaku pelanggaran hak asasi manusia serta perbicaraan adil," katanya.

Foto

DUA suspek kes bunuh pelancong Britain.


Pasangan pelancong Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, ditemui mati berhampiran sebuah banglo pesisir pantai di Koh Tao pada 15 September lalu.


Selepas ramai ditahan dan disoal siasat, polis akhirnya mengumumkan dua pekerja Myanmar mengaku membunuh pelancong terbabit.

Bagaimanapun, polis menafikan suspek didera dan pihak berkuasa mendakwa memiliki bukti DNA bagi mengukuhkan kes.

Polis berkata, suspek berusia 21 tahun dan berasal dari negeri Rakhine, Myanmar. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

300 cedera, satu terbunuh

Posted: 08 Oct 2014 09:40 AM PDT

Beijing: Ribuan anggota pasukan penyelamat dihantar ke barat daya China semalam selepas gempa bumi kuat mengakibatkan seorang maut dan 300 lain cedera dengan lebih 100,000 kehilangan tempat tinggal.

Agensi berita kebangsaan Xinhua melaporkan, gegaran 6.0 magnitud itu berlaku di wilayah Yunnan - berhampiran sempadan Myanmar dan Laos - lewat kelmarin.

Gempa berkenaan menyebabkan beberapa sekolah mengalami kerosakan teruk namun tiada kecederaan murid disebabkan kejadian berlaku waktu malam.

Akhbar Xinhua memetik seorang pegawai tempatan sebagai berkata, 100 sekolah rosak manakala kira-kira 1.8 juta kaki persegi bangunan turut memerlukan pembaikpulihan.

Foto

SEKUMPULAN penduduk berehat di tempat pemindahan sementara yang dibina untuk mangsa gempa bumi, semalam.


Pembinaan sekolah adalah isu sensitif di China, yang melihat lebih 5,000 murid maut selepas sekolah mereka runtuh dalam gempa bumi di wilayah Sichuan pada 2008.


Punca keruntuhan itu dikaitkan dengan pembinaan bangunan menggunakan bahan murah selain dilihat turut mempunyai unsur rasuah ketika pembinaannya.

Sementara itu, dalam kejadian semalam hanya seorang mangsa dilaporkan maut.

Lebih 124,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka disebabkan gempa bumi itu.

Namun disebabkan cuaca agak kering di rantau itu sejak beberapa hari lalu, risiko tanah runtuh dilihat agak rendah.

"Banyak rumah yang runtuh dan kami masih menyiasat jumlah mangsa dalam kejadian ini.

"Buat masa ini gegaran susulan masih dapat dirasai," kata seorang pegawai tempatan.

Pusat gempa dikenal pasti di Jinggu, 85 kilometer dari bandar Pu'er yang turut terkenal kerana ladang tehnya.

Gegaran turut dirasai di ibu negeri Yunnan, Kunming.

Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, gempa bumi itu menyebabkan bangunan bergegar malah ada bandar yang kehilangan bekalan elektrik dan hubungan telekomunikasi.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/09

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Sambut raya, buat doa selamat

Posted: 07 Oct 2014 12:45 PM PDT

Kota Kinabalu: "Meskipun Aidiladha sudah berlalu, saya bercadang menyambut hari raya bersama suami dan akan mengadakan majlis doa selamat bersama keluarga," kata Leftenan Komander Fazilah Makun, isteri kepada Leftenan Azri Bakar yang ditemui selamat bersama enam kru CB204, kelmarin.

Fazilah berkata, cadangan itu bagi membolehkan dia merasai sambutan Aidiladha bersama suami selepas tidak sempat merayakan bersama Ahad lalu, berikutan kejadian kehilangan CB204.


Katanya, selain menyambut Aidiladha bersama, dia juga akan mengadakan majlis doa selamat bersama ibu bapanya dan keluarga mentua di rumahnya di Sepanggar.

"Selain doa selamat, saya juga akan menyediakan sambal goreng makanan kegemaran Azri untuk dimakan bersama keluarga," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Menurutnya, sebaik suaminya tiba esok (hari ini) dia akan meluahkan rasa syukur kerana suaminya selamat.


Fazilah berkata, sehingga jam 4 petang semalam, dia masih belum dapat berhubung dengan suaminya namun diberitahu dalam perjalanan pulang.

Foto

BINTARA Kanan, Charles Cristopher Muni dibawa ke hospital selepas diselamatkan.

Foto

HELIKOPTER Super Lynx bersedia berlepas dari Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar.

"Saya hanya dapat mengetahui perkembangan suami dan kru lain melalui rakan setugas dan tentera laut, namun masih belum dapat bercakap dengannya," katanya.


Bot tempur CB204 daripada model CB90 milik TLDM itu dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam pelayaran dari Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar dekat sini, ke Terumbu Layang-Layang, jam 11.15, Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru

Posted: 07 Oct 2014 12:31 PM PDT

Kota Kinabalu: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun di Kundasang Ranau, malam kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang guru, Masina Samadi, 50, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek berusia antara 17 dan 28 tahun itu ditahan antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di kampung yang sama dengan mangsa.


"Hasil maklumat, anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dibantu anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan semua suspek.

"Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa," katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke institut kewangan di sekitar bandar raya, di sini, semalam. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.


"Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.


"Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu," katanya. Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, Jumaat lalu, Masinah, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

PDRM kenal pasti 'bakal' militan

Posted: 07 Oct 2014 12:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti individu yang merancang mahu ke luar negara bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan bersedia melakukan tangkapan pada bila-bila masa apabila mempunyai cukup bukti.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata melalui risikan dan pemantauan PDRM, individu terbabit didapati ingin menyertai IS di Syria dan Iraq namun jumlah mereka yang terbabit dengan kumpulan itu belum boleh didedahkan.


"Saya beri ingatan dan amaran kepada mereka yang merancang ke Syria dan Iraq, kami (PDRM) sudah mempunyai butir-butir dan maklumat mengenai mereka dan tindakan akan diambil sekiranya mereka tetap mahu menjadi anggota kumpulan IS," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, semalam.

Beliau berkata segala maklumat mengenai warga Malaysia yang terbabit dengan kumpulan IS turut diserahkan kepada Polis Antarabangsa (INTERPOLl) dan Pasukan Polis ASEAN (Aseanapol) untuk pemantauan dan tindakan lanjut.


Khalid berkata mereka yang bertanggungjawab dalam merekrut individu dari kalangan rakyat Malaysia menjadi anggota kumpulan IS turut dalam pemerhatian PDRM dan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi.


Ditanya mengenai susulan pendedahan akhbar Harian Metro mengenai terdapat segelintir penceramah asing yang didakwa menjalankan kegiatan merekrut anggota militan, Khalid berkata sekiranya mempunyai maklumat ia perlu dilaporkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Kalau ada bukti (kegiatan penceramah asing rekrut anggota militan) beri kepada kami (PDRM) dan kami akan menjalankan siasatan," katanya.


Mengulas mengenai siasatan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Khalid berkata ia sudah memasuki peringkat akhir dan akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Khalid turut menyaksikan majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08

PM lahir rasa syukur

Posted: 07 Oct 2014 12:27 PM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah pada Ahad lalu ditemui selamat termasuk tujuh kru kapalnya.

"Alhamdulillah. Berkat doa semua," katanya menerusi akaun Twitternya, semalam.


Perdana Menteri mengulas Twitter Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang memaklumkan penemuan berkenaan.

Abdul Aziz menggunakan akaun @ChiefofNavy petang kelmarin mengemas kini status "Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16." Akaun @ChiefofNavy turut menyatakan komander bot itu Leftenan Azri Bakar membuat panggilan melalui radio memaklumkan semua anak kapal CB204 selamat, namun berada dalam keadaan lapar.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/08