Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kecewa lepas bedah

Posted: 21 Jun 2013 10:24 AM PDT

Las Vegas: Seorang lelaki yang pernah memiliki buah zakar seberat 63 kilogram kecewa selepas menjalani pembedahan membuangnya kerana ia menyebabkan dia kini hanya memiliki kemaluan yang kecil.

Wesley Warren Jr baru-baru ini menjalani pembedahan selama 13 jam untuk membuang kantung zakarnya selepas ia membesar melampau sehingga dia terpaksa memakai baju bertutup kepala sebagai seluar bagi menampung buah zakarnya.

Lelaki 49 tahun itu tidak boleh mengadakan seks dan mengalami kesakitan yang amat teruk.

Bagaimanapun, warga Amerika itu berkata, dia mungkin tidak boleh menjalinkan hubungan dengan wanita selepas pembedahan itu menyebabkan kemaluannya menjadi terlalu kecil.

Foto

WESLEY sebelum menjalani pembedahan membuang buah zakar.


"Saya tahu ramai orang yang menjangka saya akan meluahkan rasa gembira selepas menjalani pembedahan itu. Tetapi ia tidak semudah itu.


"Memang saya merasa selesa sekarang. Tetapi ada yang buruk berlaku. Saya kehilangan kelakian saya. Kini, saya langsung tidak berani menjalinkan hubungan dengan wanita.

"Saya umpama terselamat daripada kebakaran tetapi kini terpaksa berdepan dengan keadaan melecur yang amat teruk," katanya.

Wesley dari Las Vegas mula berdepan masalah kantung zakar besar selepas memicit kemaluannya ketika tidur pada Jun 2008. Dia kemudian mendapatkan rawatan untuk mengurangkan bengkak. Tetapi, kantung zakarnya terus membesar.

"Saya hanya boleh berjalan seperti kanak-kanak," katanya.

Jurujual itu menjalani pembedahan baru-baru ini. Tetapi sehingga sekarang masih belum dapat menjelaskan kos pembedahan itu.

Menurutnya, dia kini merancang menjual zakar gergasinya menerusi eBay untuk menjelaskan bil hospital.

"Saya sudah berbincang dengan pakar bedah di California dan sudah membawa zakar itu pulang. Saya mahu menjualnya," kata Wesley. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Bayi empat kaki selamat dibedah

Posted: 21 Jun 2013 10:03 AM PDT

Windhoek: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dari Namibia terpaksa menjalani pembedahan selepas dilahirkan dengan empat kaki.

Andrew Palismwe dari Caprivi memberikan tindak balas baik terhadap rawatan selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam bagi membuang dua kakinya di Hospital Kanak-Kanak Red Cross War Memorial di Cape Town, Afrika Selatan.


Bayi itu kini semakin pulih di Hospital Besar Windhoek di Namibia.

Dia dilahirkan dengan dua kaki tambahan di bawah perutnya pada 6 April lalu. Keadaan itu dikatakan akibat daripada kembar yang tidak wujud sepenuhnya. Pakar neonatologi hospital itu, Dr Clarissa Pieper berkata: "Ini adalah keadaan di mana kembar seiras melekat bersama akibat daripada embrio kembar yang tidak berpisah sepenuhnya, tetapi membentuk dua bayi yang membesar sesama sendiri. Dalam kes ini, bayi yang seorang lagi tidak membesar sepenuhnya." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Kim, Kanye namakan anak North West

Posted: 21 Jun 2013 10:02 AM PDT

Hollywood: Kim Kardashian dan Kanye West menamakan anak mereka North West, tetapi memanggil bayi baru lahir itu dengan singkatan Nori.

Bintang realiti televisyen itu melahirkan anak pertama mereka Sabtu lalu dan walaupun spekulasi sebelum ini menyatakan mereka memilih nama Kaidence Donda untuk anak perempuan mereka, pasangan berkenaan dilaporkan lebih gemar memilih nama arah.


Laman web gosip TMZ sudah melihat sijil kelahiran bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Beverly Hills, California, manakala laporan lain turut mengesahkan nama itu.

UsMagazine.com mengesahkan nama bayi terbabit sebagai North, sambil menambah bahawa pasangan itu akan memanggil anak mereka "Nori" sebagai nama gelaran.


Kedua-dua ibu dan bayi dikatakan dalam keadaan sihat walaupun Kim melahirkan lima minggu lebih awal.


Satu sumber berkata: "Bayi itu sangat cantik. Kanye dilamun cinta. Tarikh sebenar Kim, 32, melahirkan ialah 12 Julai sama dengan hari jadi ibu Kanye. Kebetulan itu menyeronokkan Kanye." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Budak jatuh tingkat 5 diselamat lima pekerja

Posted: 21 Jun 2013 10:02 AM PDT

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap tingkat lima sebuah bangunan di China berjaya disambut dan diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan itu semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik cemas itu apabila seorang pekerja penghantar di bandar Ninghai mendengar suara tangisan kanak-kanak perempuan dan bergegas ke arah suara itu sebelum mangsa jatuh ke tanah.


Ibu bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Qiqi itu meninggalkannya sendirian di rumah ketika dia sedang tidur.

Tetapi kanak-kanak itu bangun dan memanjat keluar ke birai tingkap.


Dia terjgelincir dan terjuntai setinggi 18.3 meter di atas jalan raya sebelum terjatuh.


Bagaimanapun, dua daripada lima pekerja penghantar tercedera ketika menyelamatkan mangsa.

Seorang cedera di leher ketika menyambut Qiqi, manakala seorang lagi terseliuh lengannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Ancam mogok lumpuhkan negara

Posted: 21 Jun 2013 09:59 AM PDT

Jakarta: Ketua kesatuan sekerja terbesar Indonesia semalam berjanji untuk mengadakan mogok yang akan melumpuhkan negara itu ketika ribuan pekerja berhenti bekerja semalam sementara polis bersiap sedia berdepan dengan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak.

"Kami boleh menguruskan tahap keselamatan di seluruh negara. Kami juga boleh menangani tunjuk perasaan di seluruh negara," kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Perundangan, Politik dan Keselamatan, Djoko Suyanto semalam.


Empat meriam air dan enam kenderaan berperisai dikerah untuk mengawal Kementerian Perusahaan Milik Negara daripada menjadi sasaran tunjuk perasaan. Dalam pada itu, ratusan anggota polis dan tentera sudah dikerah mengawal kawasan berkenaan.

Panggilan telefon ke syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Cikarang, berhampiran Bekasi menunjukkan ramai pekerja meninggalkan tempat kerja masing-masing sebelum solat Jumaat.


Presiden Persekutuan Kesatuan Sekerja Indonesia, Said Iqbal berkata, kawasan perindustrian di Bekasi, Cibitung dan Cikarang di Jawa Barat dilapor lumpuh selepas pekerja enggan meneruskan kerja mereka.


"Terlalu ramai anggota polis dan tentera mengawal tunjuk perasaan di syarikat Ejip, Hyundai, Lippo, Delta Silicon dan MM 2100 di Cikarang Bekasi kerana ribuan pekerja dijangka mogok dan berarak sehingga menutup jalan bagi membantah kenaikan harga minyak," katanya.

Said berkata, pekerja di zon perindustrian Pulogadung dan Karawang juga menyertai mogok itu.


Di Jakarta, Djoko berkata, beliau simpati dengan penunjuk perasaan, tetapi memberi amaran undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang menyorok minyak atau mencetuskan kekacauan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Manila sambung rundingan

Posted: 21 Jun 2013 09:59 AM PDT

Manila: Kerajaan Filipina semalam berkata, ia berharap untuk menyambung semula perbincangan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bulan depan.

Ketua perunding kerajaan, Miriam Ferrer dan rakan sejawatnya daripada Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Mohaqer Iqbal bersetuju dalam pertemuan singkat di Norway awal minggu ini untuk menyambung semula rundingan damai pada awal Julai, mebnurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan. Anggota panel kerajaan, Senen Bacani berkata, rundingan kali ini perlu membantu kerajaan mencapai usahanya untuk mencapai persetujuan mengenai syarat lanjut perjanjian damai tahun ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Dibaham buaya ketika mandi

Posted: 21 Jun 2013 09:58 AM PDT

Pontianak: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Rio menjadi korban buaya ganas ketika mandi bersama rakannya di sungai.

Mangsa yang mandi-manda di Sungai Pesaguan di Desa Pematang Gadung tiba-tiba diterkam dan diseret ke dalam air pada jam 4 petang kelmarin.


Ketua kampung, Iskandar Mulyadi berkata, mayat mangsa ditemui seorang penduduk pada jam 8.30 malam. "Kanak-kanak di desa ini biasa mandi di sungai itu kerana ia memang menjadi tempat mandi-manda penduduk di sini," katanya kepada detik.com semalam.

Iskandar berkata, mangsa maut selepas cedera di bahu, selain turut lemas diheret ke dasar sungai.


Sebelum haiwan itu menerkam mangsa, penduduk desa terbabit mendakwa ernampak kelibat reptilia berkenaan tiga hari sebelum kejadian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Senjata baru lawan Bashar

Posted: 21 Jun 2013 09:58 AM PDT

Beirut: Penentang Syria mendakwa menerima senjata baru yang boleh mengubah hala tuju pertempuran menentang tentera Presiden Bashar al-Assad.

"Kami menerima sejumlah senjata baru termasuk apa yang kami minta dan inginkan. Kami yakin dapat mengubah hala tuju perang ini," kata penyelaras politik dan media Tentera Pembebasan Syria (FSA) Louay Muqdad.


Menurutnya, kumpulan itu sudah mengagihkan senjata kepada pejuangnya di barisan depan dan ia akan dikuasai pegawai dan pejuang profesional FSA.

Louay bagaimanapun tidak menyebut jenis senjata yang diterima atau bila ia diterima.


Bagaimanapun, dia berkata, penghantaran senjata tambahan dijangka tiba dalam masa beberapa hari lagi.


"Senjata itu akan digunakan untuk memenuhi satu matlamat iaitu menentang rejim Bashar. Ia akan dikumpul semula selepas kejatuhan rejim itu. Kami sudah menyatakan demikian kepada rakan dan negara sahabat Syria yang membekalkan senjata itu," katanya.

Khamis lalu, Luoay berkata, kumpulan penentang memerlukan misil jarak dekat bumi ke udara yang dikenali sebagai MANPADS, peluru antikereta kebal, mortar dan peluru. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Saudi usir penyokong Hizbullah

Posted: 21 Jun 2013 09:57 AM PDT

Beirut: Arab Saudi semalam mengumumkan rancangan mengusir rakyat Lubnan yang menyokong Hizbullah, sekutu penting Presiden Syria Bashar al-Assad.

Amaran itu dibuat ketika peranan kumpulan militan Syiah Lubnan berkenaan dalam perang saudara Syria semakin menyerlah dengan bertempur bersama tentera Bashar dalam pertempuran penting awal bulan ini.


Arab Saudi ialah penyokong kuat penentang Syria yang sebahagian besarnya berfahaman Sunni.

Keputusan berkenaan menyusuli langkah Majlis Kerjasama Teluk yang dianggotai oleh Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, Oman dan Emiriah Arab Bersatu untuk bertindak terhadap anggota Hizbullah di Teluk dan mengehadkan urusan perniagaan dan kewangan mereka, Pengumuman mengenai rancangan Saudi itu dibuat oleh dutanya ke Beirut, Ali Awad Assiri dalam wawancara dengan televisyen Lubnan, "Ini adalah keputusan serius dan akan dilaksanakannya secara terperinci," kata Ali tanpa menghuraikan secara terperinci rancangan itu. Hizbullah berkata, ia tidak ada urusan di negara Teluk itu. Bagaimanapun, terdapat lebih setengah juta rakyat Lubnan bekerja di negara berkenaan termasuk puluhan ribu di Arab Saudi, sebahagiannya menetap di negara itu sejak puluhan tahun lalu. Ramai di kalangan mereka berfahaman Syiah. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

Taliban rai pembukaan pejabat baru di Qatar

Posted: 21 Jun 2013 09:56 AM PDT

Kandahar: Kumpulan Taliban, semalam meraikan pejabat barunya di Qatar sebagai bukti kejayaan mereka di medan tempur.

Mereka bagaimanapun berikrar akan berjuang hingga semua sekutu tentera Amerika Syarikat (AS) meninggalkan Afghanistan. Pembukaan pejabat di Qatar itu dilihat sebagai langkah pertama ke arah rundingan damai apabila misi tempur tentera Nato diketuai AS berakhir tahun depan.


Namun, Kabul menuduh kumpulan itu berlagak sebagai kerajaan.

Perbincangan rundingan antara AS dan pegawai rasmi Taliban ditangguhkan dan AS menekankan pejabat itu tidak boleh berfungsi sebagai kedutaan untuk kumpulan itu.


"Kami mengalu-alukan pembukaan pejabat Taliban di Qatar dan kami gembira dengannya," kata pejuang Taliban tempatan di daerah Zherai di selatan Kandahar, Mullah Ehsanullah kepada media melalui telefon.


"Dengan penubuhan pejabat ini, kami ingin mengadakan rundingan dengan masyarakat antarabangsa seperti negara bebas dan berdaulat.

"Kami ingin mencapai matlamat menewaskan AS dan membebaskan negara kami daripada penjajahan," katanya.


Taliban menggunakan nama nama Emiriah Islam Afghanistan ketika mengumumkan pembukaan pejabat itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/22

No comments:

Post a Comment