Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Dengar dentuman kuat

Posted: 25 Jun 2013 02:52 PM PDT

Putrajaya: "Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat," kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam.

Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ.


Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan.

"Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan.


"Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. "Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini. "Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh," katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam.

Foto

SEBAHAGIAN bumbung bangunan kuarters kerajaan Presint 15 yang diterbangkan ribut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Jenayah bekas koperal

Posted: 25 Jun 2013 02:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Berbekalkan pengalaman bekerja sebagai anggota polis berpangkat koperal, seorang lelaki yang ditahan kerja bersama dua rakan jenayahnya menyamar sebagai penjawat awam pelbagai agensi untuk melakukan aktiviti jenayah di kawasan Cheras.

Taktik penyamaran mereka terbongkar awal pagi semalam hasil tindakan pantas Ketua Polis Balai Salak Selatan Baru, Inspektor Azmi Hashim bersama tiga anggota selepas mendapat maklumat daripada seorang pengurus kedai memproses ayam di Sungai Besi.


Dalam serbuan mengejut ke atas kumpulan suspek yang mengatur pertemuan berjumpa dengan mangsa di Taman Sungai Besi Indah jam 7 pagi semalam, ketiga-tiga suspek ketika itu menyamar sebagai pegawai jabatan imigresen dapat dicekup.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata ketika kejadian mangsa berada di kedainya sebelum didatangi tiga lelaki yang menggelar diri sebagai pegawai imigresen sebelum memeriksa premis itu.


Katanya, mereka kemudian meminta pengurus premis itu untuk berjumpa dengan mereka di sebuah stesen minyak berdekatan sejam kemudian dan kesempatan itu diambil mangsa untuk menghubungi Balai Polis Salak Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Parang kena topi keledar

Posted: 25 Jun 2013 02:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang wanita bernasib baik apabila parang dilibas lelaki yang ingin menyamun terkena pada topi keledar dipakainya dalam kejadian di Taman Batu Muda, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 23 tahun baru turun dari motosikalnya untuk membuka pintu pagar rumah sewanya.


Menurut sumber, tiba-tiba lelaki membawa parang menghampirinya menyebabkan mangsa menjerit ketakutan.

"Melihat mangsa menjerit, suspek melibas parang dipegang ke bahagian kepala, mangsa terselamat kerana masih memakai topi keledar," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

Pengerusi SPR terima kepala ayam

Posted: 25 Jun 2013 02:45 PM PDT

Putrajaya: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menerima satu bungkusan mengandungi nota ugutan dan kepala ayam yang sudah berbau di pejabatnya, di Ibu Pejabat SPR di sini, kelmarin.

Nota ugutan bertulis 'letak jawatan atau...505' dan kepala ayam yang dibungkus didalam plastik lut sinar itu diletakkan di dalam sebuah bungkusan berbentuk empat segi yang diterima seorang kakitangan SPR, jam 2.30 petang.


Bungkusan dialamatkan kepada Aziz Yusof beralamat di Tingkat 4 bangunan SPR dihantar menerusi Pos Laju oleh pengirim beralamat di Kelana Jaya, Selangor.

Sumber berkata, kakitangan SPR menerima bungkusan itu daripada pembantu tadbir di Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) SPR, sebelum memaklumkan kepada Abdul Aziz mengenai isi kandungan bungkusan itu.


Menurutnya, Abdul Aziz kemudian meminta kakitangan berkenaan membuat laporan polis, dan laporan dibuat di Balai Polis Presint 7, di sini pada hari sama.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

'Tak dapat tahan air mata'

Posted: 25 Jun 2013 02:43 PM PDT

Kuala Terengganu: Bapa saudara mangsa, Zakaria Abdul Wahab, 39, berkata dia bersama ibunya, Asmah Abd Rahman, 60, serta adik-beradik lain bergegas dari rumah mereka di Kota Tinggi, Johor ke HSNZ selepas dimaklumkan mangsa didera bapa tirinya.

Katanya, sebaik tiba di HSNZ, ibunya dan adik-beradik lain tidak dapat menahan air mata selepas melihat keadaan anak saudara yang kurus serta mempunyai kesan luka dan parut di seluruh badan.


"Ibu saya tidak dapat menahan sebak melihat keadaan cucu yang pernah dijaganya sejak lahir sehingga berusia tiga tahun itu penuh dengan luka di kaki dan kelaparan.

"Ketika berusia tiga tahun, anak saudara saya itu kemudian dijaga ibunya yang membuat keputusan berpindah ke Terengganu tidak lama selepas suaminya yang juga adik saya meninggal dunia.


"Selepas berpindah, ada beberapa ahli keluarga kami menghubungi bekas adik ipar, namun semakin lama hubungan kami semakin renggang dan dia seperti mengasingkan diri daripada keluarga kami," katanya.


Sementara itu, seorang jiran mangsa di Taman Perumahan Gong Badak, di sini, yang enggan dikenali berkata, dia bersama jiran lain pernah mendengar tangisan sayu kanak-kanak itu, tetapi hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu campur tangan dalam masalah rumah tangga orang lain.

"Kami pernah cuba tolong, tetapi mangsa bukan saja enggan menerima makanan yang diberi, malah meminta kami pulang kerana bimbang dimarahi ibu dan bapa tiri sekiranya diketahui kelak.


"Saya sendiri kurang mengenali dan tidak pernah melihat dengan jelas wajah ibu mangsa sepanjang lebih dua bulan mereka menyewa di rumah berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/26

No comments:

Post a Comment