Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dolce, Gabbana dipenjara 20 bulan

Posted: 20 Jun 2013 08:37 AM PDT

Milan: Pasangan pereka fesyen terkemuka dari Itali, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana, dihukum penjara 20 bulan selepas mahkamah mendapati mereka bersalah mengelak cukai sebanyak £350 juta (RM1.7 bilion).

Pengasas jenama Dolce & Gabbana itu didakwa gagal mengisytiharkan royalti mereka sebanyak £860 juta (hampir RM4.3 bilion).


Berdasarkan keterangan, hakim mendapati Dolce, 55, dan Gabbana, 51, menggunakan sebuah syarikat di Luxembourg bagi mengelak pihak berkuasa Itali mengenakan cukai ke atas mereka.

Bukti menunjukkan kedua-dua pereka fesyen itu menyembunyikan perolehan masing-masing di luar Itali selama beberapa tahun. April lalu, mereka turut didenda bersama seorang akauntan sebanyak £340 juta (RM1.7 bilion) dalam kes berkaitan.


Menurut undang-undang Itali, seseorang yang didapati bersalah atas tuduhan jenayah secara automatik diberi sekurang-kurangnya dua kali rayuan.


Di peringkat akhir perbicaraan, pelaksanaan hukuman penjara kurang dari dua tahun atas kesalahan tidak ganas biasanya digantung.

Foto

DOLCE (kanan) bersama Gabbana.

Foto

JENAMA Dolce & Gabbana mula dipasarkan sejak 28 tahun lalu.

Dolce & Gabbana adalah syarikat fesyen terkemuka yang diasaskan di Milan pada 1985.


Antara selebriti yang sering mengenakan pakaian jenama itu ialah Kylie Minogue dan Kate Moss.

Sabitan itu dibuat beberapa hari sebelum syarikat terbabit membuka kedai baru di New Bond Street di London. Kes itu disiasat sejak 2008 sebagai sebahagian daripada usaha pihak berkuasa Eropah mengesan individu yang culas membayar cukai.


Pada 2011, Dolce dan Gabbana didapati tidak bersalah atas tuduhan pemalsuan cukai apabila seorang hakim lain mendapati bukti dikemukakan pihak pendakwa tidak mencukupi. Selepas keputusan itu dirayu ke mahkamah tertinggi Itali, pendakwa berjaya membuka semula kes berkenaan dengan menggugurkan dakwaan pemalsuan, sebaliknya mengemukakan tuduhan mengelak cukai. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Wanita berang campak perempuan simpanan suami ke dalam gaung

Posted: 20 Jun 2013 08:24 AM PDT

Lima: Gara-gara berang tertipu dengan hubungan sulit, seorang wanita mencampakkan perempuan simpanan suaminya ke dalam gaung sejurus selepas kecurangan itu terbongkar.

Ibu kepada empat anak, Lissette Lupo Mamani dilaporkan mengintip jejak suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan Sandra Bruna Morales, 25.


Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan bagaimana suami Lissette, Renzo Zanabria Huanca lari lintang-pukang sebaik saja isterinya menyergah mereka di Arequipa, Peru, semalam.

Lissette pula terus membelasah Sandra sebelum mengheret rambut wanita terbabit ke gaung berhampiran. Lissette kemudian menolak Sandra ke situ.


Bagaimanapun Sandra bernasib baik kerana terjatuh hanya setinggi enam meter dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sandra kemudian dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan.


Tidak dapat dipastikan sama ada Lissette akan didakwa atas tindakannya itu. Sementara itu ketika ditemui media, Lissette berkata, dia tidak ingat insiden berkenaan kecuali ketika dia menarik rambut kekasih suaminya. Huanca pula mendakwa, dia bertemu Sandra untuk menamatkan hubungan sulit mereka dan mahu kembali kepada Lissette. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Bina taman al-Quran

Posted: 20 Jun 2013 08:14 AM PDT

Dubai: Dubai akan memiliki sebuah taman dengan tanaman dan pokok yang disebut dalam kitab suci al-Quran.

Jabatan Projek Am Majlis Perbandaran Dubai mengumumkan rancangan untuk membina Taman al-Quran di Al Khawaneej.


Semua tanaman disebut dalam kita suci itu dan boleh didapati di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditanam dalam taman seluas 60 hektar seperti pokok buah tin, delima, zaitun, jagung, daun bawang, bawang putih, bawang, kacang dal, barli, gandum, halia, labu, tembikai, asam jawa, pokok bidara, anggur, pisang, timun dan basil.

"Terdapat 54 spesies tanaman disebutkan dalam al-Quran. Kami akan menanam 35 daripadanya di taman itu," kata pengarah jabatan, Mohammed Noor Mashroom.


Menurutnya, 15 spesies ditanam dalam rumah hijau sementara baki 20 di luar.


Taman itu mempunyai terowong yang mempamerkan mukjizat digambarkan dalam al-Quran dalam bentuk imej dan bahan audio.

Taman tema itu bertujuan mendidik orang ramai mengenai al-Quran dan mukjiatnya, kata Mohammed. "Pokok ini dijangka mendorong pengunjung memikirkan mengenai alasan namanya muncul dalam al-Quran. Kami berharap untuk menarik kunjungan daripada pihak sekolah ke taman itu," katanya.


Taman itu juga akan dilengkapi dengan trek, laluan berbasikal dan kawasan berpasir, pawagam di luar, air pancut, taman padang pasir, wadi palma serta sebuah tasik.

Kos membina projek itu dianggarkan berjumlah Dh27 juta (RM22 juta) berdasarkan tender ketika ini. Peringkat pertama membabitkan pembinaan trek dan bangunan perkhidmatan sudah siap dibina sementara kerja melaksanakan projek kedua akan bermula bulan depan.


Ia akan siap sepenuhnya menjelang September 2014. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Bil telefon cecah RM80,000 dalam 24 jam

Posted: 20 Jun 2013 08:13 AM PDT

Sri Lanka: Seorang pelanggan mencatatkan rekod apabila bil telefonnya mencecah Rs3.2 juta (RM80,000) dengan menggunakan kemudahan perantuan dalam masa kurang 24 jam.

Syarikat telefon bimbit itu mengemukakan aduan terhadap pelanggan itu kepada Biro Siasatan Penipuan Colombo dengan mendakwa suspek mencatatkan jumlah bil yang tinggi dengan menerima 571 panggilan selepas syarikat terbabit menawarkan kemudahan rayauan dengan bayaran RM249.


Peguam pelanggan itu memberitahu mahkamah bahawa kad SIM ditawarkan kepada pelanggannya diberikan kepada seorang anggota keluarga yang menetap di Itali dan anak guamnya tidak pernah menggunakan kad itu.

"Kerana itu, anggota keluarganya perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan itu," kata peguam.


Bagaimanapun, syarikat terbabit bertegas menyatakan ia menawarkan kemudahan rayauan kepada pelanggan dengan persetujuan pelanggan itu tidak akan menyerahkan kad SIM itu kepada pihak ketiga. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Delhi naik usia bersara guru kepada 65 tahun

Posted: 20 Jun 2013 08:12 AM PDT

Delhi: Pihak berkuasa wilayah Delhi bersiap sedia untuk menaikkan usia bersara guru sekolah kerajaan daripada 62 kepada 65.

Nota Kabinet berkait dengan perkara itu sudah disiapkan dan sumber kerajaan berkata, langkah itu mungkin diluluskan dalam mesyuarat Kabinet Delhi.


Langkah itu yang akan memberi faedah kepada 300,000 guru dilaksanakan hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya tempatan di Delhi.

Menteri Pelajaran negeri, Kiran Walia berkata, keputusan menaikkan usia bersara sudah sekian lama dituntut oleh guru.


"Dengan menaikkan usia bersara bermakna sekolah di negeri ini mempunyai lebih ramai guru berpengalaman," kata Walia.


Pegawai kanan kerajaan Delhi berkata, fail untuk proses itu sudah disediakan dan ia mungkin diluluskan minggu depan.

Pemimpin kanan Parti Kongres berkata, tindakan itu akan memberi keuntungan kepada parti berkenaan menjelang pilihan raya memandangkan jumlah guru yang ramai di Delhi dan hakikat bahawa guru turut mempengaruhi pengundi. - HT

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Penyamun langgar mayat

Posted: 20 Jun 2013 08:11 AM PDT

Wellington: Seorang perompak yang memecah masuk sebuah rumah gelap gelita terlanggar mayat yang tergantung menyebabkan dia terkejut menjerit sekuat hati sehingga jiran terjaga dari tidur.

Lelaki itu ditahan selepas dia menelefon polis pada awal pagi semalam untuk melaporkan penemuan menyeramkan di Hamilton, Pulau Utara, lapor akhbar New Zealand.


Inspektor Greg Nicholls berkata, ia kes paling aneh pernah ditemui sepanjang 28 tahun berkhidmat dan yakin kejadian itu akan mengubah gaya hidup perompak itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

8,000 pekerja untuk Ramadan

Posted: 20 Jun 2013 08:08 AM PDT

Jeddah: Lebih 8,000 pekerja, termasuk wanita digerakkan ke dua masjid utama sebagai persediaan Arab Saudi menyambut kedatangan Ramadan tahun ini.

Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais berkata, pekerja terbabit akan memastikan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mampu menampung kedatangan pengunjung dan jemaah umrah mulai Isnin depan.
"Bidang tugas mereka akan turut mengambil kira projek pelebaran di bahagian utara Masjidil Haram," katanya.

Menjelang kedatangan Ramadan pada minggu kedua bulan depan, Abdul Rahman berkata, projek pelebaran di tingkat bawah bahagian utara Masjidil Haram dijangka siap sepenuhnya.
"Bagaimanapun, di tingkat satu dan dua, hanya 20 peratus sudah siap," katanya.
Melalui pelan yang disediakan pihaknya, Abdul Rahman berkata, seramai 540,000 umat Islam boleh menggunakan kemudahan di dalam dan luar bahagian utara Masjidil Haram pada satu-satu masa.

"Untuk kemudahan pengunjung, kami juga menyediakan papan tanda standard dan elektronik di situ," katanya.
Kerja-kerja menaik taraf bahagian utara itu, katanya, turut mengambil kira gaya seni bina khas Masjidil Haram.

Sebuah kawasan tawaf khas untuk jemaah kurang upaya turut disediakan dengan keluasan 12 meter dan setinggi 13 meter.
"Kawasan tawaf sementara itu dibina sebanyak dua tingkat dengan dilengkapi dua pintu masuk dan pintu kecemasan," katanya.
Mengenai kemudahan bekalan air, Abdul Rahman berkata, kelengkapan itu dijangka siap tidak lama lagi.
"Ia membabitkan 5,384 kemudahan air, 4,336 tempat berwuduk, 1,872 mesin air minuman, 250 set kipas dan 272 kipas siling," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Bayi baru lahir dijumpai di koridor hospital

Posted: 20 Jun 2013 08:07 AM PDT

Al-Ahsa: Suasana di Hospital Raja Fahd di Hofuf gempar apabila kakitangan menemui seorang bayi baru lahir yang ditinggalkan di bahagian koridor pusat perubatan itu, lapor akhbar al-Watan semalam.

Menurut saksi, bayi terbabit ditinggalkan di tingkat empat wad wanita selepas waktu melawat berakhir.


"Pemeriksaan dilakukan doktor mendapati bayi itu dilahirkan beberapa jam sebelum dipercayai diletakkan di situ," katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua langkah perlu termasuk pemeriksaan kesihatan ke atas bayi berkenaan sudah dijalankan.

"Pihak agensi kebajikan juga dimaklumkan mengenai kemungkinan meletakkan bayi tersebut di bawah penjagaan mereka," katanya. - SG

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Sektor tani dijangka alami masalah pekerja

Posted: 20 Jun 2013 08:06 AM PDT

Madinah: Tarikh akhir pengampunan untuk buruh asing memperbaharui permit kerja masing-masing pada 3 Julai ini dijangka memberi kesan besar kepada beberapa sektor, termasuk pertanian.

Ketua Jawatankuasa Pertanian di Dewan Perdagangan Dan Industri Madinah, Hamid Aisah al-Faridi berkata, menjelang musim menuai tidak lama lagi sektor pertanian akan mengalami kekurangan tenaga kerja.


"Kesan itu akan dirasakan dengan ketara sebaik saja tempoh pengampunan itu tamat," katanya. Menggesa pihak berkuasa mencari inisiatif bagi memenuhi permintaan buruh secepat mungkin, Hamid berkata, musim menuai kali ini berlanjutan sehingga 45 hari.

Katanya, jika masalah kekurangan tenaga kerja tidak diatasi, usaha petani sepanjang tahun ini akan menjadi sia-sia. Menurut Hamid, seorang pekerja diperlukan bagi setiap lima pokok kurma.


"Dalam keadaan sekarang, pengambilan pekerja sementara mungkin dapat mengatasi sebahagian daripada masalah dihadapi.


"Pada masa sama, petani diharap dapat bekerjasama bagi mengatasi kekurangan ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

Kereta mewah seludup hashish

Posted: 20 Jun 2013 08:05 AM PDT

Rijal Almaa: Polis menggagalkan cubaan menyeludup hashish selepas menahan sebuah kereta mewah yang mencurigakan, semalam.

Jurucakap polis berkata, anggota keselamatan mengesan kereta itu dinaiki satu keluarga tempatan.


Selepas menghentikan kenderaan itu, polis melihat lelaki yang memandu kereta tersebut kelihatan gementar.

"Apabila kereta itu diperiksa, tiada sebarang bahan larangan ditemui, tetapi anggota polis menemui lapan bungkusan hashish disembunyikan di sebalik pakaian seorang wanita," katanya. - AN

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/20

No comments:

Post a Comment