Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Tin, Myo, Parman dikehendaki

Posted: 10 Jun 2013 09:50 AM PDT

Shah Alam: Lagi warga asing diburu Polis Selangor berhubung kejadian bunuh di beberapa daerah sekitar negeri ini sejak dua bulan lalu.

Kali ini, dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki Bangladesh yang menghilangkan diri selepas dipercayai terbabit dengan kes bunuh membabitkan dua lelaki Myanmar dan seorang wanita Indonesia pada April dan Mei lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, suspek pertama yang diburu dikenali sebagai Tin Than Maung, 36, dipercayai terbabit dengan kejadian bunuh rakan senegaranya berusia 24 tahun di sebuah bilik di Subang Jaya pada 26 April lalu.

Mohd Adnan berkata, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja sebagai pembaiki pendingin udara ditemui berlumuran darah dalam bilik sewanya dengan kesan tikaman di dada kanan. "Suspek yang juga rakan serumahnya kemudian melarikan diri sejurus kejadian dan usaha mengesannya masih dijalankan polis sehingga kini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.


Beliau berkata, dalam kejadian berasingan, lelaki yang dikenali sebagai Myo Tun, 33, diburu polis kerana terbabit dengan kejadian bunuh rakan senegaranya selepas berlakunya pergaduhan antara mereka di Sungai Buloh, 7 Mei lalu.


Dalam kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa berusia 37 tahun dan bekerja di sebuah kilang besi mati selepas bergaduh dengan suspek.

Foto

MOHD Adnan menunjukkan tiga wajah suspek warga asing yang diburu.

"Siasatan polis mendapat maklumat suspek menetap di Kampung Seri Indah, Sungai Buloh, namun suspek menghilangkan diri sejurus kejadian," katanya.


Katanya, dalam kejadian hari sama, seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai penjual sayur ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian rusuk kanan dan belakang badannya di hadapan rumah sewanya di Jalan Besar Seri Kembangan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, polis kini memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai Parman, 30-an yang dipercayai mempunyai hubungan dengan mangsa.


"Polis masih menyiasat hubungan suspek yang diburu dengan mangsa dan tidak menolak kemungkinan mereka adalah suami isteri atau pasangan kekasih. "Polis masih tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya kerana mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

Rampas kereta di lampu isyarat

Posted: 10 Jun 2013 09:47 AM PDT

Ampang: Dua beradik perempuan melalui detik hitam apabila mereka bukan saja disamun, ditumbuk, malah si adik turut 'diculik' dua lelaki yang melarikan kereta kakaknya sebelum diselamatkan polis, awal pagi kelmarin.

Lebih malang lagi, si adik berusia 33 tahun itu difahamkan turut dicabul suspek dalam kereta berkenaan sebelum kakaknya berusia 38 tahun berjaya mendapatkan bantuan polis yang kemudian mengejar suspek sejauh dua kilometer dan menahan mereka.


Menurut sumber, sebelum kejadian jam 4 pagi itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

"Sebaik mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah, dua lelaki menghampiri kereta mereka lalu membuka pintu pemandu.


"Seorang suspek merampas beg tangan mangsa yang diletakkan bersebelahan menyebabkan berlaku pergelutan," katanya.


Sumber berkata, suspek menumbuk perut wanita terbabit lalu menariknya keluar daripada kereta sebelum kedua-dua lelaki terbabit melarikan kereta berkenaan.

Katanya lagi, adik mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut dilarikan bersama kereta itu.


Namun, kejadian itu tidak berpanjangan selepas mangsa mendapatkan bantuan orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, adik mangsa berjaya diselamatkan polis dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk membuat laporan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

'Amal tiga Qul'

Posted: 10 Jun 2013 09:46 AM PDT

Shah Alam: "Sihir boleh disampaikan melalui pelbagai cara tanpa disedari mangsa. Sekiranya melalui minuman, mangsa tidak akan sedar dia disihir kecuali selepas merujuk kepada pengamal perubatan Islam,".

Itu kata Pengamal Perubatan Tradisional Islam Al-Banjary Nor Azman Md Derus ketika diminta kejadian menimpa Nurul yang mendakwa dirinya dikawal seorang lelaki digelar Abang Aji selepas dibacakan jampi dan diberi minum air penyeri wajah. Nor Azman berkata, perubatan berasaskan Islam adalah jalan yang terbaik untuk mengubati mangsa sihir dan setiap umat Islam perlu menyiapkan diri dengan mengamalkan ayat al-Quran tertentu bagi mengelakkan disihir.


"Paling mudah, surah tiga Qul mampu menjadi benteng terbaik untuk mengelakkan mana-mana individu terkena perbuatan sihir sama ada dipukau atau melalui makanan," katanya.

Nor Azman menasihatkan mangsa sihir segara merawat sihir berkenaan sebelum ia menjadi semakin buruk sehingga membahayakan nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

Koma diserang mat rempit

Posted: 10 Jun 2013 09:45 AM PDT

Ipoh: Seorang juruteknik kini bertarung nyawa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas cedera parah di kepala, muka dan dada akibat diserang sekumpulan mat rempit ketika berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, awal pagi kelmarin.

Mangsa, B Pathmaraj, 28, dari Simpang Pulai, dekat ini, kini koma dipercayai dipukul dengan topi keledar oleh puluhan mat rempit yang menyamunnya berhampiran Jalan Raja Di Hilir, di sini. Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakan dikatakan menaiki kereta untuk pulang ke rumah selepas minum di sebuah restoran di Greentown, di sini, kira-kira jam 4 pagi.


Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, kereta dipandu Pathmaraj dikepung sekumpulan mat rempit yang kemudian bertindak menyamun dan memukul mangsa.

Rakan mangsa, K Yogan, 32, berkata, dia bersama Pathmaraj serta seorang lagi rakan terkejut apabila tingkap kereta diketuk sekumpulan mat rempit ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.


Menurutnya, dia dan mangsa terpaksa menurunkan cermin kereta kerana bimbang diserang mat rempit berkenaan.


"Secara tiba-tiba, seorang mat rempit meminta kami menyerahkan telefon bimbit jika tidak mahu dicederakan.

"Bimbang dicederakan, kami terus menyerahkan telefon bimbit sebelum mereka beredar. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, mereka kembali semula mengepung kami dengan kumpulan lebih ramai," katanya ketika ditemui di pekarangan HRPB, di sini, semalam.


Katanya, suspek bertindak lebih ganas apabila menendang pintu kereta selain memaksa mereka menyerahkan barangan berharga lain termasuk wang tunai.

Yogan berkata, dia dan Pathmaraj serta seorang lagi rakan enggan menuruti kemahuan kumpulan mat rempit itu sebelum mereka bertindak memukulnya.


"Kami bertiga diserang dan dipukul dengan topi keledar sebelum semua cermin tingkap kereta dipecahkan, malah mereka turut memanjat bumbung kereta.


"Pathmaraj cuba menyelamatkan diri, namun gagal dan dibelasah hingga tidak sedarkan diri," katanya. terpaksa keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri, tetapi dia berjaya ditangkap sekumpulan mat rempit itu sebelum dibelasah teruk. Saya dan seorang rakan lain tidak berani keluar sebaliknya berada di tempat duduk masing-masing," katanya.


Katanya, dia bersama rakan keluar dari kereta setengah jam kemudian selepas suspek beredar dari lokasi kejadian.


Yogan berkata, dia terus mendapatkan mangsa dan mendapati rakannya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selain cedera teruk di kepala.


Menurut Yogan, Pathmaraj dibawa ke HRPB kira-kira jam 5 pagi sebelum menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala jam 8 pagi ini (semalam). Bagaimanapun, Pathmaraj masih tidak sedarkan diri selain dilaporkan kritikal.


Sementara itu, bapa mangsa, M Balakrishnan, 60, yang ditemui semalam melahirkan kekesalan terhadap apa yang berlaku dan meminta pihak polis bertindak segera menyiasat insiden menimpa anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

Polis buru penyamun RM200,000

Posted: 10 Jun 2013 09:44 AM PDT

Sitiawan: Polis giat memburu tiga penyamun bersenjatakan pistol yang merompak RM200,000 dari seorang ahli perniagaan bergelar Datuk petang Jumaat lalu.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung berkata, kumpulan penjenayah bersenjatakan pistol dan parang itu dipercayai menggunakan modus operandi dengan mengekori sebelum menyerang hendap mangsa yang baru melakukan pengeluaran wang dalam jumlah besar.


Menurutnya, suspek yang gemar tampil memakai topi itu dipercayai menjadikan ahli perniagaan yang mahu mengeluarkan wang di bank sebagai sasaran utama kegiatan.

"Ada kemungkinan mereka menetapkan mangsa yang mahu dijadikan sasaran dan menanti peluang melakukan rompakan. Suspek dianggap berbahaya berikutan turut mempunyai senjata api.


"Bagaimanapun, suspek sehingga kini belum melepaskan sebarang tembakan atau mencederakan mangsa," katanya.


Dalam kejadian jam 3.15 petang Jumaat lalu, seorang ahli perniagaan dirompak tiga lelaki di depan sebuah bank di Ayer Tawar di sini.

Difahamkan, penjenayah yang menaiki sebuah kereta model Audi menahan kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa yang juga pengusaha ladang kelapa sawit sebelum mengacu parang kepada mangsa.


Walaupun mangsa memiliki pistol, ketiga-tiga perompak itu pantas melarikan wang yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan pacuan empat roda itu. Mangsa berusia 48 tahun kemudian melepaskan tiga das tembakan iaitu dua ke arah kereta suspek, manakala satu das lagi ke arah seorang suspek, tetapi tersasar.

Ketiga-tiga suspek yang memakai topi besbol melarikan diri menghala ke arah Ipoh. Siasatan awal polis percaya kereta digunakan penjenayah itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Mangsa difahamkan baru mengeluarkan wang berkenaan untuk urusan pembayaran gaji pekerja dan perniagaan sawit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrin Mohamad di talian 019-5152917.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/11

No comments:

Post a Comment