Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bayi lahir dalam ketuban

Posted: 05 Jun 2013 11:41 AM PDT

Athens: Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.


Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.


Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.


Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.

Foto

BAYI itu dilahirkan bersama dengan pundi ketuban yang masih belum pecah.

Foto

JESSICA Alba bersama anaknya, Haven.

Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.


Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai 'pecah ketuban.' Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.


Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.


Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.


"Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: 'Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar," kata Jessica.


Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Komando tentera laut AS tukar jantina

Posted: 05 Jun 2013 11:14 AM PDT

Seorang anggota komando tentera laut Amerika Syarikat yang pernah mendapat pujian kerana khidmatnya, mengejutkan rakannya dengan misi terbaru menjadi seorang wanita.

Chris Beck yang pernah menganggotai Kumpulan Enam Pasukan SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat itu, mendedahkan bahawa dia kini ialah Kristen Beck.


Anggota komando itu yang berkhidmat selama 20 tahun mengesahkan dia kini menjalani rawatan hormon dan merancang menjalani pembedahan jantina.

Beck pernah dikerah 13 kali dalam misi Kumpulan Enam Navy SEAL yang menjadi terkenal selepas membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.


Dia dikerah tujuh kali dalam misi pertempuran dan dikurniakan pingat Purple Heart dan Bintang Gangsa.


Beck bersara daripada tentera pada 2011, beberapa bulan sebelum anggota pasukan berkenaan menyerang tempat persembunyian Osama. Dia yang kini berusia 46 tahun dan bekerja sebagai perunding ketenteraan di Tampa mengambil keputusan untuk mengumumkan secara terbuka mengenai naluri kewanitaannya apabila memuat naik gambar baru profilnya di laman Linkedin dengan berpakaian sebagai wanita.

"Saya meninggalkan segala bentuk kepura-puraan saya dan memaklumkan kepada dunia mengenai identiti baru saya sebagai wanita," katanya dalam laman itu.


Dia mula menjalani rawatan hormon tiga bulan lalu. Dia juga menerima rawatan laser untuk menanggalkan bulu pada muka. Dalam biografinya, Beck menceritakan mengenai satu misinya apabila dia terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki Afghanistan untuk bergaul dengan anggota Taliban yang membenci wanita.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Masalah cinta jadi punca

Posted: 05 Jun 2013 11:12 AM PDT

Mumbai: Aktres Bollywood, Jiah Khan, 25, yang ditemui mati tergantung di apartmennya Isnin lalu dikatakan tertekan dan kecewa dengan hubungan cintanya.

Polis memberitahu wartawan, teman lelaki Jiah, Suraj Pancholi, anak pasangan pelakon Aditya Pancholi dan Zarina Wahab disoal selama tiga jam, semalam.


Suraj orang terakhir berbual dengan Jiah pada malam 3 Jun lalu. Polis mengesahkan mereka berbual menerusi telefon berulang kali dengan panggilan terakhir pada 22.53 malam (waktu tempatan, selama dua minit.

Bedah siasat menunjukkan Jiah menggantung diri antara jam 11 dan 11.30 malam sejurus selepas bercakap dengan Suraj. Mayatnya ditemui ibunya. Suraj dilapor memberitahu polis, mereka bahagia dengan hubungan cinta mereka selama setahun selepas berkenalan menerusi laman sosial. Ibu Jiah, Rabea Khan dipetik polis sebagai berkata, anaknya tertekan sejak dua bulan lalu kerana hubungan dengan Suraj memandangkan dia tidak mempunyai sumber kewangan.


Pengarah filem, Ram Gopal Varma, yang memberi peluang kepada Nafisah atau nama sebenar Jiah untuk melancarkan karier lakonannya di Bollywood menerusi filem Nishabd pada 2007 berkata, dia terkejut dengan berita kematian itu.


"Dia tertekan mengenai kariernya dan takut mengenai masa depannya kerana tidak berlakon sejak tiga tahun lalu," kata Ram.

"Kali terakhir saya bertemu Jiah dia berkata, setiap orang di sekelilingnya membuat dia merasakan dirinya gagal. Meskipun mendapat sanjungan dalam Nishabd dan berjaya dalam filem Ghazni dan Houseful, dia tidak bekerja. "Saya tidak pasti alasan yang menyebabkan perkara itu. Tetapi Jiah begitu tertekan mengenai kariernya dan takut menghadapi masa depannya," kata Ram dalam laman Twitternya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Eza dijel tujuh bulan

Posted: 05 Jun 2013 11:11 AM PDT

Jakarta: Pelakon Eza Gionino, semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan menganiayai penyanyi, Ardina Rasty, Bagaimanapun, Eza akan menjalani hukuman lebih singkat selepas mahkamah mengambil kira tempoh ditahan sebelum ini.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Yonisman SH mendapati pelakon filem Putih Abu-Abu itu bersalah melakukan kekerasan ke atas Ardina.


"Mahkamah mendapati Eza Gionino terbukti melakukan penganiayaan berulang kali ke atas mangsa," kata Yonisman ketika mengumumkan keputusannya.

Hukuman itu lebih berat daripada yang diusulkan oleh pendakwa raya yang sebelum ini mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pelakon berusia 23 tahun itu selama lima bulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Menara berputar Dubai siap dibina

Posted: 05 Jun 2013 11:11 AM PDT

Dubai: Menara Infiniti, menara berputar tertinggi dunia yang berharga Dh1 bilion (RM840 juta) di Dubai Marina sudah siap dibina.

Pemajunya, Cayan Investment and Development, syarikat pemaju hartanah di Arab Saudi berkata, ia menerima sijil tamat pembinaan daripada Majlis Perbandaran Dubai dan akan merasmikan menara itu Isnin depan.


Menara 75 tingkat setinggi 310 meter itu menara berputar paling tinggi di dunia, kata presiden syarikat, Ahmed M Al Hatti.

Dubai sudah mempunyai beberapa menara tertinggi dan terkenal di dunia termasuk Burj Khalifa (828 meter), menara tertinggi dunia, Menara Princess (414 meter), menara kediaman tertinggi di dunia dan JW Marriott Marquis (355 meter), hotel tertinggi di dunia.


Menara Infiniti direka Skidmore Owings and Merrill, syarikat yang turut mereka Burj Khalifa.


Dengan lengkungan 90 darjah dari atas ke bawah, penghuni menara itu akan mempunyai pandangan panoramik Palm Juemirah atau Dubai Marina.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Letak mayat di motel

Posted: 05 Jun 2013 11:08 AM PDT

Nonthaburi: Seorang lelaki ditahan atas dakwaan membunuh seorang wanita selepas lelaki terbabit cuba mencuri barangan mangsa. Suspek turut menyembunyikan mayat mangsa di sebuah motel, kata Ketua Polis Nonthaburi, Thanayuth Wuthijarasthamrong semalam.

Thanayuth berkata, suspek Tasanai Saengsri, 26, mengaku membunuh seorang promoter produk berusia 23 tahun, Pornphan Phromajarn Isnin lalu dalam kereta mangsa di tempat letak kenderaan yang terpencil di Tesco Lotus, cawangan Bang Kapi. Tasanai memberitahu polis pada awalnya dia ingin mencuri barangan berharga wanita itu bagi menjualnya untuk membayar wang pendahuluan motosikal.


Menurut keterangan suspek, dia meluru ke kereta Pornphan sebaik saja mangsa menekan alat kawalan jauh keretanya selepas keluar dari pasar raya. Apabila kedua-duanya berada dalam kenderaan itu, mangsa melawan dan menjerit minta tolong, jadi, suspek menikamnya di leher dengan pisau. Menurutnya, mangsa mengalami pendarahan yang banyak, dia memutuskan untuk memandu kereta mangsa ke motel di daerah Bang Kruai. Dia biasa ke motel itu bersama teman wanitanya ketika menjadi rekrut tentera.

Suspek berkata, dia mengangkat mayat mangsa ke dalam bilik dan meninggalkannya di sana. Kemudian dia melarikan diri dengan teksi selepas gagal menghidupkan kereta mangsa.


Suspek ditahan selepas kakitangan motel mengekorinya ke teksi setelah menyedari terdapat kesan darah di baju suspek sebelum melaporkan insiden itu kepada polis.


Suspek ditahan di kediamannya di daerah Bang Phli, Samut Prakan ketika bersama dengan teman wanitanya.

Thanayuth berkata, pembunuh meninggalkan kereta mangsa, kesan darah dan bukti lain di motel itu. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

KPK diarah siasat Wiendu

Posted: 05 Jun 2013 10:58 AM PDT

Jakarta: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata, Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) perlu menyiasat dakwaan rasuah terhadap Timbalan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Wiendu Nuryanti.

"Dakwaan salah laku (di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan) sudah dilaporkan kepada penguatkuasa undang-undang dan dalam kes ini ialah KPK, sebagaimana disarankan presiden sebagai badan yang mempunyai kuasa untuk menangani isu ini," kata jurucakap presiden Julian Aldrin Pasha di Istana Kerajaan semalam. Dia membuat kenyataan itu selepas menemani Menteri Pendidikan dan Kebudayaan M Nuh yang dipanggil oleh Susilo.


Nuh enggan memberi komen terhadap dakwaan itu mengatakan: "Semuanya ditangani KPK dan saya baru memberikan laporan lisan kepada presiden." Menurut Nuh, Wiendu membuat kenyataan bertulis dan satu salinan turut diserahkan kepada presiden.

"Sesiapa pun jika mereka didapati bersalah perlu bertanggungjawab," katanya tanpa memberi ulasan lanjut. Nuh sebelum itu menyerahkan laporan siasatan jemaah pemeriksa kementeriannya kepada KPK terhadap salah guna belanjawan 2012 lembaga pengarahan Kementerian Kebudayaan. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

Polis serbu 3 ladang ganja

Posted: 05 Jun 2013 10:55 AM PDT

La Trinidad, Benguet: Ganja sekurang-kurangnyabernilai dua juta peso (RM147,258) dibakar selepas polis Ifugao menyerbu tiga ladang tanaman itu di sitio Puwal, barangay Tulludan, bandar Tinoc di Ifugao pagi semalam.

Polis mencabut dan membakar 2,000 tanaman ganja di ladang seluas 500 meter persegi; 6,000 tanaman ganja di ladang berkeluasan 1,500 meter persegi dan 2,400 lagi di ladang 600 meter persegi.


Lembaga Dadah Berbahaya menganggarkan ganja yang dimusnahkan itu bernilai 2.08 juta peso (RM153,149).

Bagaimanapun, tiada peladang ditahan dalam serbuan itu, kata jurucakap polis Cordillera Superintendan Davy Limmong. - Philippines Inquirer

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/06

No comments:

Post a Comment