Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Racun ikan pontianak

Posted: 03 Jun 2013 09:25 AM PDT

Ludington: Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh 'ikan pontianak' yang menghisap darah ikan lain.

Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.

Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.

Meskipun berasal dari Lautan Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi terusan laluan kapal.

Foto

LAMPREI mempunyai mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam.

Foto

LAMPREI dewasa boleh mencapai tiga kaki panjang.

Foto

DUA lamprei menghisap darah seekor ikan trout.


Menjelang lewat 1940-an, penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.


Usaha memerangi lamprei menelan belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.

Populasi ikan itu berkurangan 90 peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa menjejaskan spesies lain.

Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang mengalir ke Tasik Michigan.

"Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di tasik ," kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.

Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.

Lamprei laut biasanya digelar 'ikan pontianak' kerana ia menghisap darah ikan lain. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Sindiket pelacuran guna voodoo tumpas

Posted: 03 Jun 2013 09:08 AM PDT

Barcelona: Polis Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket menyeludup wanita Nigeria dan memaksa mereka melacur dengan melecurkan mangsa dengan besi panas serta sihir.

Kumpulan itu mendera mangsa dan mengancam mereka dengan sihir untuk memaksa mereka menjual tubuh.


Enam orang termasuk seorang wanita yang dipercayai ketua kumpulan, ditahan selepas seorang mangsa mendedahkan kegiatan mereka kepada pihak berkuasa.

"Sindiket menguasai mangsa mereka, termasuk menggunakan ancaman dan keganasan fizikal serta pelbagai amalan sihir. Mangsa cedera teruk akibat dilecur besi panas," kata polis.


Kumpulan berkenaan didakwa menyasarkan wanita di Benin City, Nigeria, yang berdepan dengan masalah membesarkan anak selepas kematian suami dan bapa. Mereka membawa wanita terbabit melalui jalan darat ke Maghribi sebelum diseludup dengan menaiki bot kayu ke Sepanyol dan dipaksa melacur di Barcelona dan Malaga.


Sering kali mangsa dibawa ke tempat pemujaan dan diarah meninggalkan barangan mereka. Dengan cara demikian, ia akan memberi kuasa kepada tukang sihir untuk mengawal mangsa dari jauh.

Mangsa dipaksa membayar 'hutang' masing dan menyertai kumpulan pelacur. Mangsa hanya menuruti arahan itu kerana bimbang nasib malang menimpa mereka jika ingkar. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Seks untuk gred: profesor dijel

Posted: 03 Jun 2013 09:07 AM PDT

Singapura: Hakim Republik ini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lima bulan kepada bekas profesor undang-undang kerana menerima khidmat seks dan hadiah seorang pelajar sebagai pertukaran gred yang baik.

Kes itu satu daripada beberapa perbicaraan rasuah melanda negara di Asia Tenggara itu yang mempunyai reputasi memupuk birokrasi yang bersih.


Tey Tsun Hang dipecat daripada Universiti Nasional Singapura minggu lalu selepas disabitkan dengan enam pertuduhan rasuah membabitkan apa disifatkan mahkamah sebagai tingkah laku "tidak wajar" bagi seorang pendidik kanan.

Ketua hakim daerah, Tan Siong Thye menjatuhkan hukuman kepada lelaki berusia 42 tahun itu lima bulan penjara dan mengarahkan dia membayar denda SG$514. Tey bercadang untuk membuat rayuan dan dijangka dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan lanjut. Tey didakwa Julai tahun lalu kerana menerima seks, pakaian ditempah khas, iPod, pen mahal dan makan malam di restoran Itali daripada seorang pelajar berusia 21 tahun yang mempunyai hubungan intim dengannya. Pelajar itu turut memberitahu polis bahawa dia menjalani pengguguran selepas hamil dengan anak Tey.


Tan mengkritik Tey pada sidang pagi semalam mengatakan dia "jelas sekali" mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan memberitahu "pembohongan berulang kali" selepas perbuatannya terbongkar. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

34 penulis blog rancang demo

Posted: 03 Jun 2013 09:05 AM PDT

Singapura: Penulis blog Singapura merancang satu perhimpunan dan 'Internet Blackout' minggu ini bagi membantah undang-undang baru yang kontroversi dikatakan mereka akan menyekat kebebasan bersuara, kata penganjur semalam.

Gabungan 34 penulis blog terkemuka bergelar 'Bebaskan Internet Saya' akan melancarkan perhimpunan itu pada Sabtu, seminggu selepas undang-undang mengejutkan itu berkuatkuasa pada 1 Jun lalu mensyaratkan laman web baru termasuk dioperasikan Yahoo berpangkalan di Asagar mendapatkan lesen daripada pentadbir rasmi media negara itu.


Penulis blog berkenaan juga akan menggantikan laman web mereka dengan skrin hitam memaparkan kata-kata #Freemyinternet selama 24 jam pada Khamis.

"Ada keperluan untuk melakukan bantahan fizikal ini kerana banyak dialog dengan kerajaan sejak lima tahun lalu mengenai liberalisasi dan pembatalan pengawalan Internet sebenarnya diakhiri secara bertentangan," kata jurucakap kumpulan itu Choo Zheng Xi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Militan letup diri depan balai polis

Posted: 03 Jun 2013 09:05 AM PDT

Poso (Indonesia): Seorang suspek militan Islam yang menunggang motosikal meletupkan dirinya di halaman balai polis di Indonesia semalam, mencederakan seorang pekerja binaan, kata pihak berkuasa.

Pengebom berani mati dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek pengganas di negara itu melancarkan serangan selepas menyerbu ke ibu pejabat polis di Poso, bandar di Pulau Sulawesi yang terkenal dengan serangan militan. Ia serangan berani mati pertama di Indonesia yang telah melaksanakan kempen menentang kumpulan pengganas Islam selama lebih sedekad sejak September 2011 apabila seorang pengebom mencederakan puluhan orang dalam serangan gereja di Jawa Tengah.


"Seorang lelaki menceroboh ke halaman balai polis menunggang motosikal sebelum meletupkan dirinya," kata jurucakap polis tempatan, Soemarno sambil menambah tiada sesiapa terbunuh selain penyerang. Menurutnya, penyerang merempuh masuk melalui pintu pagar di halaman balai polis itu dan meletupkan bahan letupan di kawasan laman terbuka dekat sebuah masjid. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Tiga maut dihempap batu

Posted: 03 Jun 2013 09:04 AM PDT

Bangkok: Pihak berkuasa Thai berkata, tiga pekerja kilang memecah batu terbunuh dan empat lagi cedera selepas batu besar menghempap mereka ketika tanah runtuh di wilayah barat Thailand.

Gabenor Petchburi, Monthian Thongnit semalam berkata, pihak berkuasa mengisytiharkan kawasan itu zon bencana dan mengarahkan penutupan sementara semua kilang memecah batu di pergunungan di daerah Khao Yoi, Petchburi

Menurutnya, hujan lebat kelmarin melembutkan tanah di sekitar pergunungan granit itu dan menyebabkan tanah runtuh.

Empat pekerja tempatan dan seorang warga Myanmar turut cedera dan sudah dibawa ke hospital.


Monthian berkata, pihak berkuasa akan menuntut mayat pekerja terbabit sebaik keadaan selamat memasuki kawasan itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

119 hangus di pusat sembelih

Posted: 03 Jun 2013 09:02 AM PDT

Beijing: Satu kebakaran berlaku di rumah sembelihan haiwan yang berkunci di timur laut China membunuh sekurang-kurangnya 119 orang semalam dengan beberapa lagi masih tidak dapat dikesan, kata kerajaan tempatan dan media kerajaan.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan di laman siber ekoran jumlah kematian yang tinggi.


Kebakaran berlaku sejurus selepas waktu Subuh dekat Dehui di Jilin, kata kerajaan tempatan di laman rasmi mikroblog miliknya.

Lebih 300 pekerja berada dalam premis itu ketika kebakaran berlaku dan pekerja melaporkan tiba-tiba mendengar bunyi dentuman sebelum melihat asap hitam, lapor agensi berita kerajaan Xinhua. "Kira-kira 100 pekerja berjaya menyelamatkan diri dari premis itu yang pagarnya berkunci ketika kebakaran.


"Sktruktur dalaman premis pasang siap yang rumit dan laluan keluar yang sempit menambahkan kesukaran kerja menyelamat," lapor Xinhua.


Bilangan sebenar mangsa dan juga punca kebakaran masih belum dipastikan.

Kerajaan Jilin berkata, 54 orang cedera dan dikejarkan ke hospital.


Orang ramai menggunakan laman media sosial untuk menyuarakan kemarahan mereka ekoran kejadian kebakaran itu dan jumlah kematian yang tinggi. "Adakah tempat ini tidak selalu diperiksa pihak berkuasa keselamatan kebakaran?, tulis seorang pengguna perkhidmatan seperti Twitter yang popular di China, Sina Weibo. "Pegawai kanan perlu dipecat kerana kejadian ini," tulis seorang lagi.

Gambar yang disiarkan oleh media kerajaan menunjukkan kepulan asap menjulang dari bangunan rendah yang panjang, di mana bumbungnya hampir rentung keseluruhannya dengan jentera bomba dan kenderaan penyelamat lain diparkir di depannya.


Jilin sebahagian besarnya adalah wilayah pertanian dan pusat penanaman penting jagung serta kacang soya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

India sumber migran utama ke Australia

Posted: 03 Jun 2013 09:01 AM PDT

Sydney: India menjadi sumber utama migran kekal ke Australia buat kali pertama mengatasi China, dedah laporan kerajaan semalam.

Menggambarkan pertumbuhan penting warga Asia ke Australia, tujuh sumber negara 10 teratas sepanjang 2011 hingga 2012 adalah dari rantau itu, kata penyelidikan Migration Trend Australia.


"Antara 1996 hingga 2011, populasi penduduk Australia kelahiran luar negara meningkat lebih 40 peratus mencapai enam juta," kata Menteri Imigresen, Brendan O'Connor.

"Ini lebih dua kali ganda kadar penduduk kelahiran Australia dan penting dalam menangani cabaran demografik populasi yang menua.


"Dengan penekanan utuh kerajaan terhadap migrasi berkemahiran, pertumbuhan penting memastikan paras tenaga buruh Australia mencukupi." Bilangan migran kekal dari India adalah 29,018 pada 2011 hingga 2012, meningkat 12.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.


China berada di tangga kedua apabila masalah visa menyaksikan kejatuhan dari 29,546 kepada 25,509.

Pada tempoh sama, ketibaan warga Britain melonjak kepada 25,273 dari 23,931 dengan Filipina dan Afrika Selatan, masing-masing empat dan lima. Laporan itu menunjukkan bahawa dalam tempoh 15 tahun lalu bilangan penduduk Australia kelahiran India meningkat empat kali ganda manakala penduduk kelahiran China tiga kali ganda.


Bagaimanapun, Britain menjadi menjadi tempat kelahiran utama migran dengan 1.18 juta menjadikan negara itu kediaman mereka daripada jumlah keseluruhan populasi 23 juta itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/04

Putera Saudi bazir RM60j di Disneyland

Posted: 03 Jun 2013 09:00 AM PDT

Paris: Seorang putera Arab Saudi membelanjakan 15 juta euro (RM60.3 juta) selama tiga hari berseronok di Disneyland dekat Paris untuk meraikan penerimaan ijazahnya, kata kumpulan yang menjalankan operasi taman tema itu semalam.

Putera Fahd al-Saud menempah seluruh kawasan taman tema itu pada 22 hingga 24 Mei lalu untuk 60 tetamu sahaja. Acara keraian termasuk majlis khas membabitkan 'karakter Disney' yang jarang dilakukan," kata Euro Disney kepada media.

Kakitangan keselamatan khas ditugaskan untuk putera itu, seorang daripada pelanggan utama taman tema berkenaan.

Taman tema itu menarik 16 juta pengunjung tahun lalu tetapi Euro Disney tidak membuat sebarang keuntungan sejak ia dibina 20 tahun lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

Ibu bayi haram didenda

Posted: 03 Jun 2013 08:59 AM PDT

Beijing: Rancangan sebuah bandar raya China mendenda ibu mempunyai anak luar nikah mencetuskan kritikan bahawa polisi itu satu diskriminasi dan boleh mendorong kepada peningkatan kes buang bayi.

Seorang pakar semalamberkata, ia kali pertama kanak-kanak luar nikah menjadi bahan penalti satu majlis perbandaran negara itu yang fleksibel terhadap cara menguatkuasakan polisi pengawalan populasi di China.


Ia dibuat sehari selepas operasi menyelamatkan bayi baru lahir milik ibu muda yang tidak berkahwin dari saluran paip najis di timur China mendorong perbincangan mengenai stigma yang dihadapi ibu tunggal.

"Jika polisi itu diluluskan, mungkin ada lebih banyak "bayi najis" kerana apabila ibu tidak mampu menangani kos membela anak, mereka mungkin memikirkan untuk membuang bayi mereka," kata Chen Yaya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/03

No comments:

Post a Comment