Harian Metro: Setempat |
- Batu terjulur keluar siling
- Desak selesai masalah pemilikan tanah 193 penduduk
- Lawat mengejut sekolah 'panas'
- Skrip filem Kanang disemak
- Berlapar buru komunis
| Posted: 04 Jan 2013 02:24 PM PST BESTARI JAYA: Kira-kira 80 penghuni Taman Pancaran, Ijok, dekat sini, kini dihantui kebimbangan selepas bumbung rumah mereka seperti tidak stabil hingga ada antaranya runtuh menyebabkan nyawa mereka kini terancam. Setakat ini, hanya dua rumah mengalami kerosakan teruk kerana konkrit di bahagian siling mula runtuh.
"Mulanya saya terdengar seperti guruh dan bunyi kuat sedangkan ketika itu cuaca terang-benderang lalu saya menyangka jiran sedang memindahkan barang.
"Rupa-rupanya bukan rumah saya sahaja, malah satu deret rumah di sini mengalami masalah sama apabila struktur bumbung mula condong, sekali gus mengancam keselamatan penghuni.
Sementara itu, seorang lagi penghuni, A Selvakuna, 51, berkata, ketika kejadian, dia tiada di rumah dan terkejut sebaik melihat orang ramai memenuhi laluan masuk ke lorong kawasan rumahnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Desak selesai masalah pemilikan tanah 193 penduduk Posted: 04 Jan 2013 02:22 PM PST TANJUNG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah pemilikan tanah 193 penduduk di Kampung Seri Tiram Jaya, di sini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penduduk mengadu tidak memperoleh geran tanah yang dimohon mereka pada 2004 walaupun pembayaran premium tanah sudah dibuat pada 2008.
"Ketika BN memerintah kerajaan negeri, penduduk diberikan Borang 5A (permohonan tanah) dengan tujuan membantu mereka yang miskin meningkatkan taraf hidup.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Lawat mengejut sekolah 'panas' Posted: 04 Jan 2013 02:21 PM PST KUALA LUMPUR: Polis disaran menjalankan lawatan mengejut ke sekolah 'panas' di seluruh Malaysia bagi mengatasi masalah pembabitan remaja belasan tahun dalam geng samseng yang aktif melakukan jenayah. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Profesor Datuk Dr Mohammad Ali Hassan berkata, tindakan itu boleh dilakukan selepas polis mengenal pasti sekolah yang disyaki mempunyai pelajar terbabit aktiviti berunsur 'gangsterism' "Polis boleh mengambil langkah awal dengan mengadakan lawatan secara rawak dari masa ke masa. Mereka juga boleh meletakkan buku rekod lawatan untuk tujuan itu.
"Apabila individu terbabit dikenal pasti, langkah seterusnya untuk memulihkan pelajar bermasalah ini akan lebih mudah," katanya ketika dihubungi, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Posted: 04 Jan 2013 02:21 PM PST KUCHING: Watak utama filem berjudul Kanang anak Langkau terpaksa diganti manakala skrip filem berkenaan mungkin disemak semula berikutan kematian Pahlawan Negara, Datuk Temenggong Kanang anak Langkau, kelmarin. Mendiang Kanang, 68, sepatutnya memegang watak utama filem berkenaan dengan penggambaran dijangka bermula bulan depan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa bulan lalu.
"Sebelum ini, ada perbincangan antara saya dan mendiang (Kanang) mahu terbabit secara langsung dalam pengkisahan filem ini. Penggambaran filem ini mengambil masa tiga hingga empat bulan dan akan ditayangkan pada 16 September depan sempena Hari Malaysia.
Mayat mendiang Kanang kini dipindahkan dari HUS ke Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Batu 7, di sini, bagi membolehkan orang kenamaan, kaum keluarga, sahabat-handai serta rakyat Sarawak memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Pahlawan berhampiran Taman Budaya, Kuching. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Posted: 04 Jan 2013 02:20 PM PST KUCHING: "Saya dan mendiang pernah tidak makan tiga hari. Saya serta rakan lain terselamat kerana dia (mendiang) memberi semangat kepada kami," kata Koperal (B) Ranjit Singh, rakan seperjuangan mendiang Datuk Temenggong Kanang anak Langkau. Ranjit, 63, bersama Kanang antara anggota yang membentuk 8 Renjer di Melaka pada 1974 sebelum dipindahkan ke Ipoh dan terbabit dalam banyak pertempuran yang tercatat dalam sejarah.
"Ketika bertugas, Kanang sangat serius, dia sangat bersemangat dan tidak takut mati kerana ketika itu, kami menjalankan operasi di kampungnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment