Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


Kehilangan besar badminton

Posted:

Legenda badminton negara, Datuk Eddy Choong (Ewe Beng) menghembuskan nafas terakhir di Pulau Pinang.

Hajat terakhir Eddie, 83, adalah ke London untuk menonton Siri Super Seluruh England, kejohanan yang tidak pernah terlepas ditonton secara langsung sejak tidak lagi aktif sebagai atlet.


Rata-rata tokoh sukan tanah air menyifatkan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar sukan badminton negara.

"Beliau banyak menyumbang kepada negara, apa lagi badminton Pulau Pinang (BAPP). Sebagai pemain tersohor era 1950-an, beliau juga membantu persatuan negeri, ketika saya mengenalinya dalam Persatuan Badminton Pulau Pinang. Saya berkerja dengannya ketika beliau menjadi Naib Presiden, manakala saya menerajui Jawatankuasa Penyelaras Kejurulatihan," kata Setiausaha BAPP, Tony Tan Gim Hin.


"Kehilangan besar untuk negara. Beliau adalah atlet yang mengorbankan hayatnya untuk berbakti kepada negara, amat sukar dicari ganti," Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.


"Apa yang saya tahu, beliau banyak menyumbang kepada negara, menyumbang reputasi badminton Malaysia dan dunia dan saya anggap beliau sebagai 'hero' Malaysia," kata Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam.

Sementara bagi dua bekas atlet terkemuka negara di dua era berbeza, Datuk James Selvaraj dan Rashid Sidek, mendiang seorang yang amat positif dan mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya.


"Saya kenal beliau, antara pemain terhebat dunia dan menang dua gelaran Seluruh England dalam dua kategori berbeza pada satu edisi. Amat jarang kita dapat bakat sebegini dan pemergiannya amat menyedihkan. Beliau selalu memberi semangat kepada orang di sekeliling terutamanya atlet yang bermain selepas eranya," kata James.

"Pada eranya, dia amat hebat dan kita tidak boleh bandingkan dengan era sekarang. Beliau meletakkan nama Malaysia pada tahap tertinggi ketika bergelar pemain, selepas itu sering menyumbang nasihat untuk pemain meniti kejayaan.


"Saya pernah ingat pesanan beliau, 'tiada jalan singkat untuk berjaya, sebagai atlet kami perlu menempuh setiap liku-liku yang merintang'.


"Beliau amat gemar bercakap, memberi nasihat kepada semua orang yang ditemuinya sehingga digelar 'talking machine'," kata Rashid sambil berkata mendiang mahu atlet zaman sekarang berusaha keras kerana banyak kemudahan yang diperoleh.


Sebagai pemain, Eddy muncul juara empat kali perseorangan dan tiga kali beregu lelaki Seluruh England. Tahun 1953 adalah tahun permulaan paling hebat buat beliau apabila muncul juara perseorangan dan beregu lelaki Seluruh England dan Scotland, perseorangan, beregu lelaki dan campuran Terbuka Denmark, Perancis serta Ireland.


Malah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut memberi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Eddy Choong (hingga 2007) dan Anugerah Pemain Harapan Tahunan Eddy Choong (bermula 2008) BWF.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Bafana Bafana bangkit

Posted:

Afrika Selatan bangkit dua kali untuk mengikat Maghribi 2-2 pada saingan Kumpulan A sekali gus layak ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Skuad Bafana Bafana berkongsi lima mata dengan Cape Verde tapi perbezaan jaringan menyaksikan tuan rumah kekal di tangga teratas kumpulan berbanding Cape Verde yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Angola di Port Elizabeth.


Issam El Adoua dan Abdelilah Hafidi meledak gol Maghribi tapi May Mahlangu dan Siyabonga Sangweni (gambar) menyamakan kedudukan sekali gus menyaksikan Manghribi tersingkir seawal pusingan pertama buat kali keempat berturut-turut.

"Kami bangga kerana berjaya melepasi objektif pertama. Saya harus berterima kasih kepada pemain serta penyokong," kata jurulatih Afrika Selatan, Gordon Igesund yang hanya mempunyai masa selama lima bulan untuk mempersiapkan pasukan.


"Maghribi bagus. Saya tidak mahu menyatakan kesilapan yang dilakukan pemain tapi kami tidak sepatutnya melepaskan dua gol itu. Kini kami perlu mengharungi dua lagi perlawanan untuk melangkah ke final," katanya.


Rakan sejawatnya, Rachid Taoussi berkata: "Saya amat kecewa tapi kami sudah mempamerkan persembahan sebenar dan saya puas hati.

"Keputusan di Piala Negara-Negara Afrika agak memberangsangkan dan kami kini bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia 2014. Objektif utama adalah edisi 2015 Piala Negara-Negara Afrika iaitu ketika Maghribi menjadi tuan rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Cape Verde lakar sejarah

Posted:

PORT ELIZABETH: Jurulatih Cape Verde, Lucio Antunes menyanyi gembira selepas pasukannya melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Angola sekali gus menempah tiket ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Antunes berhenti bercakap mengenai perlawanan pada sidang media dan menyanyi beberapa rangkap lagi Biografi Criolo, lagu kegembiraan Cape Verde dalam dialek Portugis yang menjadi bahasa percakapan kepulauan itu.


"Ia adalah lagu tradisi. Saya dedikasi lagu ini kepada semua rakyat," katanya selepas perlawanan kumpulan A.

Antunes mengalunkan lagu itu yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh, bukan hanya kerana lagu itu tapi juga kejutan yang dilakukan Cape Verde untuk layak ke suku akhir pada penampilan pertama di kejohanan itu.


Selepas menjaringkan dua gol dalam tempoh 14 minit terakhir, pasukan itu menyertai tuan rumah Afrika Selatan ke suku akhir.


"Kami mencapai objektif meskipun tahu amat sukar untuk melakukannya namun kami akan teruskan.

"Kami tahu apa yang berlaku pada perlawanan antara Afrika Selatan dan Maghribi (2-2), itulah sebabnya saya arahkan pemain untuk menyerang hingga ke hujung perlawanan dan ia berhasil. Hujan menandakan kami dirahmati." Jurulatih Angola, Gustavo Ferrin yang melakukan lima pertukaran selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Afrika Selatan pada perlawanan sebelumnya, mempertahankan pemilihan pemain.


"Satu-satunya pilihan yang kami ada, menyerang dan saya melaksanakan taktik yang betul," katanya. "Perlawanan itu berakhir dengan dramatik dan saya kecewa kerana kami tewas." -Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Peluang City rapat jurang

Posted:

Selepas ketinggalan tujuh mata kepada pendahulu Liga Perdana, Manchester United pertengahan bulan ini, Manchester City boleh merapatkan jurang itu kepada dua mata andai menewaskan Queens Park Rangers, awal pagi esok.

United pula boleh mengembalikan kelebihan itu andai menewaskan Southampton, awal pagi Khamis namun kunjungan City ke gelanggang pasukan tercorot liga tampak memberi kelebihan kepada mereka untuk meraih tiga mata sekali gus menambah bahang perebutan gelaran.


City menewaskan Stoke City, 1-0 Sabtu lalu untuk mara ke pusingan kelima Piala FA namun kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila kapten, Vincent Kompany (gambar) terpaksa dikeluarkan pada babak pertama kerana kecederaan betis.

Juara Inggeris itu mengetepikan Kompany daripada skuad menentang QPR menyebabkan pengurus, Roberto Mancini hanya memiliki dua pemain pertahanan tengah senior, Matija Nastasic dan Joleon Lescott.


Kempen QPR terus hambar apabila diaib kekalahan 2-4 di laman sendiri Sabtu lalu di tangan pasukan Liga Satu, Milton Keynes Dons pada kempen Piala FA.


Kelab London itu ketinggalan lima mata daripada zon selamat dengan baki 15 perlawanan musim ini dan pengurus Harry Redknapp bakal menurunkan semua pemain utama bagi berdepan City selepas membuat sembilan pertukaran menentang MK Dons.

United menyaksikan pertembungan di Loftus Road awal pagi esok dengan penuh minat kerana keputusan itu penting bagi menentukan kejayaan mereka musim ini.


Skuad kendalian Alex Ferguson menewaskan Fulham, 4-1 pada perlawanan Piala FA, Sabtu lalu dan berpeluang mengulangi kejayaan memenangi tiga piala pada 1998-99 apabila menentang Real Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara.

"Paling penting bagi saya ketika ini adalah memenangi tiga piala," kata penyerang Mexico, Javier Hernandez yang meledak dua gol.


"Kami berpeluang cerah dalam Piala FA dan kini mengharungi dua perlawanan liga. Selepas itu liga berehat untuk perlawanan antarabangsa dan bersambung kembali sebelum menentang Real Madrid." Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang menyaksikan anak buahnya menumpaskan pasukan divisyen dua, Brighton and Hove Albion, 3-2 pada Piala FA, Sabtu lalu berkata, jadual padat memaksa beliau menggilirkan pemain.


"Kami menentang Liverpool awal pagi Khamis ini, Stoke pada Sabtu dan kemudian pemain dilepaskan bagi tugasan antarabangsa," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Milan berjaya ikat Balotelli

Posted:

London: AC Milan akhirnya berjaya membawa Mario Balotelli dari Manchester City. Juara Liga Perdana itu dijangka membuat pengumuman penjualan penyerang panas baran itu sekitar harga £17 juta (RM81.3 juta) hari ini.

Difahamkan, Milan juga bakal menyenaraikan bekas pemain tengah Tottenham Hotspurs, Kevin-Prince Boateng dalam jual beli itu.


Penyerang Itali, Balotelli dilapor mengadakan parti khas untuk rakan rapatnya malam kelmarin.

Dia didakwa berkata, akan terbang ke San Siro dan memberikan hadiah kenangan meninggalkan kontroversi di Etihad.


City tidak menjual Balotelli demi mendapatkan harga tinggi mengatasi bayaran yang dibuat kepada Inter £22 juta (RM105.3 juta) pada Ogos 2010.


Namun hubungan antara Balotelli dan pengurus City, Roberto Mancini tidak mungkin dapat dipulih dan Milan bakal menjadi harapan City untuk mengurangkan kerugian yang dilabur ke atas penyerang berusia 22 tahun itu.

Malah ejen Mino Raiola berusaha keras memastikan perpindahan itu menjadi kenyataan.


"Kebenaran mengenai Mario? Tanya soalan lain kerana saya tiada jawapan hingga 31 Januari kerana segala-galanya mungkin.

"Namun pinjaman tidak diterima pengarah." Malam kelmarin, Naib Presiden Milan, Adriano Galliani berkata: "Pada hari ini, 99.5 peratus dia tidak datang ke sini. Bursa saham ditutup hingga esok." Namun 24 jam sebelum itu, Galliani berkata, "99.9 peratus" berakhir.


Begitupun heboh di Itali memperkatakan Balotelli akan menyertai Rossoneri tidak lama lagi.


Jurulatih Milan, Massi Allegri berkata: "Balotelli milik City. Jika dia ke mari, saya akan fikir bagaimana menguruskannya." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Amukan mesin gol

Posted:

Lionel Messi meledak empat gol untuk Barcelona manakala Cristiano Ronaldo mencipta hatrik untuk Real Madrid ketika kedua-dua pasukan mencatat kemenangan pada saingan La Liga semalam menjelang pertembungan saingan separuh akhir Piala Raja-Raja pertengahan minggu ini.

Messi menambah koleksi gol selepas 21 perlawanan musim ini kepada 33 dan 202 secara keseluruhan ketika membantu Barcelona meraih kemenangan 5-1 di tempat sendiri ke atas Osasuna yang beraksi 10 orang sementara Ronaldo melepasi rekod 300 gol untuk kelab dan mengumpul 21 gol ketika membantu Real menewaskan Getafe, 4-0 di Bernabeu.


Pemain Terbaik Tahunan itu muncul pemain pertama meledak jaringan dalam 11 perlawanan berturut-turut La Liga dan pada usia 25 tahun, dia sudah meledak 200 gol liga.

Penyerang antarabangsa Argentina itu membuka jaringan pada minit ke-11 di Nou Camp hasil hantaran cantik Xavi.


Messi bertindak bijak memperdaya penjaga gol Osasuna, Andres Fernandez sebelum menyepak masuk bola ke gawang lawan.


Pelawat yang menduduki tangga ketiga tercorot dengan 18 mata, menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi pemain tengah, Raoul Loe. Messi kemudian meletakkan Barcelona di depan sekali lagi sebelum Daniel Alves melorongkan bola kepada Pedro yang menyempurnakan gol ketiga Barcelona lima minit sebelum babak pertama berakhir. Messi melengkapkan hatrik pada minit ke-56 sebelum meledak gol keempat dua minit kemudian.

"Yang penting kami berjaya melepasi halangan kali ini kerana ramai lebih gemar memperkatakan mengenai pertemuan dengan Real. Real menanti Barcelona pada separuh akhir Piala Raja-Raja, melupakan aksi hambar sebelum ini dengan Ronaldo menemui rentak sebenar.


Mourinho yang meraikan hari jadi ke-50, Sabtu lalu tidak menurunkan beberapa pemain utama dalam kesebelasan utama termasuk Xabi Alonso dan Sami Khedira manakala penjaga gol, Casillas tidak beraksi kerana patah tangan pertengahan minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Cavani resahkan Juventus

Posted:

Milan: Edinson Cavani (gambar kanan) menjaringkan gol ke-18 untuk memimpin senarai penjaring Serie A musim ini dan membantu Napoli mengurangkan perbezaan mata kepada tiga mata dengan pendahulu Juventus sekali gus mengakhiri rekod tanpa kalah Parma di laman sendiri, kelmarin.

Juventus mensia-siakan peluang melebarkan kedudukan kepada lapan mata apabila seri di Genoa apabila mereka dinafikan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan, Sabtu lalu.


Keputusan itu memberi insentif kepada Napoli merapatkan kedudukan tapi skuad bimbingan Walter Mazzarri bertungkus lumus mengatasi Parma yang berusaha keras mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri.

Napoli membuka jaringan pada minit ke-20 menerusi Marek Hamsik namun pertahanan mereka, Paolo Cannavaro tertampan hantaran lintang Nicola Sansone ke gawang sendiri untuk Parma menyamakan kedudukan.


Pada minit ke-85, Cavani berjaya melepasi perangkap ofsaid dan menggelecek Mirant sebelum menjaringkan gol kemenangan.


Napoli kini di tangga kedua dengan 46 mata, tiga mata di belakang Juve dan tiga mata di depan Lazio yang menewaskan Chievo, 1-0 di Stadium Olimpik.

AC Milan pula bernasib baik apabila menang tipis 1-0 ke atas Atalanta, hasil jaringan Stephan El Shaarawy di babak pertama selepas menerima hantaran lintang M'Baye Niang.


Kemenangan ke-11 itu menyaksikan Milan melonjak ke tangga ke-11, 12 mata di belakang Juve menakala Fiorentina pula tewas 1-2 kepada Catania.

Inter Milan kini ketinggalan sembilan mata di belakang Juve selepas terikat 2-2 dengan Torino di San Siro, keputusan seri ke-10 dalam kempen ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Stadium Piala Dunia 2014 pertama siap dibina

Posted:

Rio De Janeiro: The Arena Castelao menjadi stadium pertama siap dibina untuk Piala Dunia Brazil 2014, menganjurkan dua perlawanan pertama kelmarin.

Kehadiran penjaring terbanyak Piala Dunia, Ronaldo menyaksikan dua perlawanan itu di stadium yang dirasmikan Presiden, Dilma Rousseff bulan lalu bagaimanapun hanya menyaksikan satu gol berjaya dijaringkan.


Fortaleza and Sport seri 0-0 sebelum Bahia mengalahkan Ceara, 1-0 menerusi gol bekas pemain tengah Brazil dan Manchester United, Kleberson.

Perlawanan itu dihadiri Ronaldo, Menteri Sukan Brazil, Aldo Rebelo, Setiausaha Agung Fifa, Jerome Valcke dan Presiden Konfederasi Bola Sepak Brazil, Jose Maria Marin.


Tarikan lebih terarah kepada bekas jurulatih Brazil, Dunga yang mengendalikan perlawanan pertama bersama Internacional di Caxias.


Juara Brazil, Fluminense seri 1-1 dengan Botafogo pada perlawanan pertama 'classico' di kejohanan Carioca (Rio) musim ini.

Fluminense yang juga juara Carioca mendahului menerusi pemain sayap Wellington Nem selepas melakukan gerakan satu-dua dengan Bruno pada minit ke-38.


Botafogo bangkit menyamakan kedudukan selepas rehat apabila bekas pemain antarabangsa Belanda, Clarence Seedorf yang tampil sebagai pemain gantian melakukan hantaran lintang buat pertahanan tengah Bolivar menanduk masuk bola ke gawang.

Bintang Brazil, Neymar menyelamatkan Santos daripada mengalami kekalahan dengan menyempurnakan sepakan penalti, gol keempat peribadi dalam tiga perlawanan untuk seri 1-1 dengan Bragantino dalam kejuaraan Paulista (Sao Paulo).


Neymar yang membantu Santos merangkul gelaran Paulista tiga tahun terakhir ini dikekang hebat pemain lawan dan gagal mengulangi kehebatan dipamer pada perlawanan sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Misi padam duka tahun lalu

Posted:

Novak Djokovic (gambar) meletakkan sasaran untuk melengkapkan karier Grand Slam yang sukar dicapai tahun ini di Terbuka Perancis selepas meneruskan penguasaannya dalam acara tenis lelaki di Terbuka Australia.

Enam gelaran Grand Slam pada usia 25 tahun, pemain nombor satu dari Serbia boleh dimaafkan kerana menganggap ia mudah tapi selepas merangkul gelaran keempat di Melbourne, fokusnya kini tertumpu di Roland Garros, Mei ini.


Djokovic melepasi halangan suku akhir dan separuh akhir di Paris dua musim berturut-turut namun tumpas di tangan Rafael Nadal pada perlawanan akhir tahun lalu dan ingin memperbaiki keputusan itu.

"Saya mahu menjuarai Terbuka Perancis. Saya mara final tahun lalu dan berdepan perlawanan hebat menentang Rafa tapi dia sentiasa menjadi pilihan di atas permukaan itu dan sentiasa menjadi pemain terakhir yang perlu ditewaskan di tanah liat," kata Djokovic.


"Tapi jika saya terus bermain dengan baik, kekal sihat, saya mempunyai peluang." Ia rutin yang sama buat Djokovic apabila menewaskan Andy Murray dalam pertarungan empat set bagi membolehkannya menjulang trofi kemenangan dan membawa pulang wang tunai AS$2.5 juta (RM7.5juta) dan kemudiannya terus ke lapangan terbang, mengelak daripada menyertai parti selepas memberi komitmen kepada media.


Djokovic perlu segera pulang ke Serbia bagi menghadapi saingan Piala Davis menentang Belgium.

"Banyak perkara menyeronokkan akan berlaku minggu depan dan saya harap mampu menyesuaikan diri dengan gelanggang tanah liat dalam dewan, beraksi dalam Piala Davis yang sentiasa sukar.


"Tapi, kini tumpuan saya adalah terhadap trofi ini, menikmatinya selagi boleh. Mudah-mudahan saya mempunyai masa untuk pulih dan bersedia menghadapi perlawanan itu." Kemenangan di Terbuka Australia pada 2011 dan 2012 meniup semangat buat Djokovic yang melengkapkan 145 kemenangan dan hanya 18 kali tewas sepanjang dua musim dan menamatkan aksi kedua-dua tahun itu sebagai pemain nombor satu.

Nadal kini berehat panjang akibat kecederaan lutut, dan peluang Djokovic merealisasikan impian muncul juara di Paris mungkin menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Sepanyol buat Denmark terkedu

Posted:

Barcelona: Tuan rumah, Sepanyol memenangi Kejohanan Bola Baling Dunia buat kali kedua selepas menewaskan juara Eropah, Denmark 35-19 pada perlawanan akhir berat sebelah.

Denmark yang mara ke akhir dengan rekod tanpa kalah dilihat tergamam dari awal hingga akhir apabila Sepanyol mempamerkan aksi mengagumkan untuk mengulangi kejayaan 2005.


Skuad Scandinavia itu yang menumpaskan Sepanyol [ada separuh akhir Euro 2012 meletakkan harapan tinggi untuk menjulang gelaran dunia buat kali pertama selepas muncul juara pada 1967 dan 2011 apabila tewas kepada juara Olimpik, Perancis dalam waktu tambahan.

Namun mereka tidak mampu mengulas corak permainan pantas dipamer Sepanyol dan terpaksa bergelut untuk melakukan serangan balas dengan penjaring terbanyak kejohanan, Anders Eggert Jensen turut tersentak. Sepanyol mendahului pada separuh masa pertama, 18-10 dan harapan Denmark kembali memberi saingan di Stadium Palau San Jordi berkubur apabila tuan rumah menjaringkan lapan gol tanpa balas selepas waktu rehat untuk membuatkan 13,000 peminat menjerit kegembiraan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

No comments:

Post a Comment