Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ketagih bulu kucing

Posted:

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.


Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

"Saya ketagih makan bulu kucing," katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan "bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri." Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya 'ikatan mesra'. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.


Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.


Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

Foto

LISA makan bulu kucing sejak 15 tahun lalu.

Foto

LISA menjilat haiwan peliharaannya.

"Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Bintang realiti bawa pulang cebisan tengkorak sendiri

Posted:

London: Seorang watak sampingan dalam siri realiti Britain, The Only Way Is Essex pulang dari melancong di Thailand bersama cebisan tengkorak dalam satu daripada bagasinya, lapor media semalam.

Lee Charie, 32, terjatuh dari balkoni ketika bercuti di Pulau Koh Tao menyebabkan kepalanya terhantuk kuat.


Akibat hentakan dari ketinggian hampir tujuh meter itu, satu pertiga daripada tengkorak Charie terpaksa dibuang bagi mengurangkan tekanan ke atas otak, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Walaupun doktor tidak yakin Charie mampu bertahan, dia keluar daripada keadaan kritikal dua hari kemudian dan menjalani rawatan rapi.


Kini, Charie yang masih dalam proses belajar berjalan pulang ke Britain bersama cebisan tengkoraknya.


Kata Charie, dia berharap tengkorak dipotong itu boleh dijadikan acuan membentuk kepingan logam sebelum dipasang di kepalanya. Kata Charie, dia kini dirawat di Hospital Addenbrooke di Cambridge.

"Apabila kepala saya sembuh lebih lanjut, doktor akan cuba memulihkan semula tengkorak saya," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Perangkap dengan racun dalam alat sulit

Posted:

Rio De Janeiro: Seorang wanita dituduh cuba membunuh suaminya dengan meletakkan racun dalam alat sulitnya sebelum meminta lelaki terbabit melakukan seks dengannya.

Lelaki berusia 43 tahun yang terkejut itu kini menyamannya atas cubaan membunuh.


Wanita dari Sao Jose do Rio Preto di Brazil itu meletakkan bahan bertoksik dalam kemaluannya sebelum menggoda suami untuk tidur bersama, lapor akhbar tempatan semalam.

Namun apabila dia meminta suaminya melakukan seks oral kepadanya, lelaki itu dikatakan enggan kerana menyedari ada bau aneh. Lelaki yang curiga itu kemudian membawa isterinya ke hospital, di mana doktor menjalankan ujian terhadapnya dan mendapati dia meletakkan bahan beracun dalam kemaluannya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Abai perintah berkurung

Posted:

Kaherah: Penunjuk perasaan Mesir mengabaikan perintah berkurung di bandar Port Said yang bergolak dengan menyerang balai polis selepas Presiden Mohamed Mursi menguatkuasakan darurat bagi menamatkan pertembungan berdarah yang setakat ini mengorbankan 52 orang.

Dua lelaki mati dalam pertempuran di bandar itu dalam kekacauan terbaru ketika orang ramai menyambut ulang tahun pertama kebangkitan rakyat.


Musuh Mohamed Mursi menolak gesaan rundingan, sebaliknya orang ramai turun ke jalan raya di Kaherah dan Iskandariah serta Port Said, Ismailia dan Suez - bandar pesisir Terusan Suez yang dikenakan perintah darurat sejak Ahad lalu.

Di Kaherah, penunjuk perasaan turut membakar beberapa kenderaan. Musuh politik Mohamed Mursi menuduh pemimpin gerakan Islam itu mengkhianati revolusi rakyat, sebaliknya kerajaan mendakwa penunjuk perasaan cuba menjatuhkan kerajaan dipilih secara demokratik melalui kaedah di luar demokrasi. Di Port Said, penunjuk perasaan menyerang balai polis selepas malam dan sumber berkata, beberapa anggota keselamatan cedera dalam insiden itu.


Sumber perubatan pula mendakwa, dua lelaki terbunuh dan 12 cedera termasuk 10 dengan kesan tembakan. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Iran selangkah takluk angkasa

Posted:

Teheran: Iran mengambil "langkah besar" dalam usaha menghantar angkasawan ke angkasa lepas menjelang 2020 selepas seekor monyet berjaya dilancarkan ke luar atmosfera Bumi, kata Menteri Pertahanan, Ahmad Vahidi, semalam.

Stesen televisyen al-Alam dan agensi berita lain melaporkan, monyet berkenaan selamat mendarat kelmarin selepas melalui perjalanan separa orbit dalam sebuah kapsul di ketinggian 120 kilometer.


Kata Ahmad, kejayaan itu adalah langkah pertama sebelum angkasawan Iran "menakluki angkasa" serta membuka jalan kepada usaha lain.

"Bagaimanapun, proses membawa manusia ke angkasa lepas adalah jalan yang panjang," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

65 mayat ditemui di Aleppo

Posted:

Beirut: Sekurang-kurangnya 65 mayat dengan kesan tembakan di kepala, ditemui dengan tangan terikat ke belakang di Aleppo, utara Syria, semalam.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi yang berpusat di Britain berkata, jumlah itu mungkin meningkat setinggi 80.


Kumpulan itu berkata, mayat berkenaan adalah sebahagian daripada mangsa 'pembunuhan beramai-ramai baru.' Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan pihak yang melakukan pembunuhan itu.

Gambar dimuatnaik di Internet oleh aktivis menunjukkan 12 mayat di tebing sebuah sungai kecil di daerah Bustan al-Qasr.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, sengketa bersenjata di Syria yang meletus sejak 22 bulan lalu sudah meragut lebih 60,000 nyawa.


Penentang berjaya memasuki Aleppo musim panas lalu tetap kemaraan mereka kini tersekat, menyebabkan penguasaan terhadap bandar raya itu terbahagi dua. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Bina dinding pemisah pekerja

Posted:

Riyadh: Pihak berkuasa Arab Saudi mengarahkan kedai yang mengambil pekerja lelaki dan wanita agar membina dinding pemisah bagi menguatkuasakan undang-undang konservatif negara itu, lapor akhbar tempatan semalam.

Arahan yang dikeluarkan Menteri Buruh, Adel Faqih itu turut mengutarakan pengesahan Ketua Suruhanjaya Akhlak dan Pengawalan Maksiat atau Mutawa, Abdullatif al-Sheikh. Ia menggariskan dinding pemisah tidak kurang daripada 1.6 meter perlu dibina bagi mengasingkan pekerja lelaki dan wanita.


Pada Jun 2011, pihak berkuasa mengarahkan kedai pakaian dalam untuk menggantikan jurujual wanita, kebanyakannya warga Asia dengan jurujual wanita Saudi. Arahan ini kemudian dilanjutkan kepada kedai kosmetik.

Wanita Saudi telah lama mengadu mereka rasa tidak selesa terpaksa membeli pakaian dalam daripada jurujual lelaki dan memilih pembantu jualan wanita.


Pada Disember lalu, Ketua Mutawa dengan lantang mengkritik Kementerian Buruh dengan mendakwa jurujual wanita tidak mempunyai persekitaran bekerja bersesuaian dan sesetengahnya turut diganggu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Pesakit minta gigi doktor dicabut

Posted:

Riyadh: Jawatakuasa Perubatan Syariah memaksa sebuah pusat perubatan membayar pampasan berjumlah SR30,000 (RM24,600) kepada seorang pesakit kerana cuai.

Pusat perubatan berkenaan yang pakar dalam pergigian, tersilap mencabut gigi geraham seorang pesakit wanita.


Pusat itu bagaimanapun enggan membayar pampasan kepada mangsa dan tidak mengendahkan rayuan keluarga pesakit itu sejak tujuh tahun lalu.

Doktor yang bertanggung jawab dalam kejadian itu sudah sekian lama tidak berkhidmat di pusat berkenaan.


Kes berkait dengan kesilapan perubatan oleh doktor gigi sering berlaku di Arab Saudi.


Dalam satu kejadian seorang pesakit menuntut supaya gigi seorang doktor dicabut selepas dia tersilap mencabut giginya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

Mahkamah India tolak pinda perbicaraan perogol

Posted:

New Delhi: Mahkamah Agung India semalam menolak permohonan untuk memindahkan perbicaraan lima lelaki yang dituduh merogol secara berkumpulan terhadap seorang pelajar di dalam sebuah bas di bandar raya ini.

Mahkamah dengan panel tiga hakim itu menolak petisyen yang mempertikai tertuduh tidak akan mendapat perbicaraan adil kerana peguam yang memfailkan kes berkenaan menarik diri untuk mewakili seorang defendan. Pakar undang-undang menyuarakan kebimbangan ekoran tekanan orang awam terhadap hakim dalam kes perbicaraan tertuduh yang didakwa merogol mangsa berulang kali di dalam bas yang bergerak pada 16 November lalu. Insiden itu mencetuskan bantahan keganasan dan cara India memberi layanan kepada wanita. Keluarga mangsa menggesa hukuman mati dijatuhkan kepada pesalah terbabit. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/30

No comments:

Post a Comment