Harian Metro: Setempat |
- Jaga kebas motosikal
- RM26,000 habis lebur
- JAIS terima maklumat
- Polis ada petunjuk baru buru tahanan
- 'Hati berdebar-debar dengar suami cedera'
| Posted: 09 Jan 2013 12:55 PM PST Kuala Lumpur: Akibat cuai meninggalkan motosikal tanpa mematikan enjin ketika masuk seketika dalam kedai membawa padah kepada seorang tukang cat apabila motosikalnya dilarikan seorang pengawal keselamatan di Jalan Hang Lekiu, di sini kelmarin. Difahamkan, mangsa berusia 50 tahun itu meninggalkan motosikalnya dalam keadaan tergesa-gesa sebelum masuk dalam kedai untuk membeli barang.
Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam, kenderaan itu dikesan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) ketika membuat rondaan mengesan nombor pendaftaran palsu di Jalan Imbi, jam 7.30 malam.
"Lelaki terbabit ditahan sebelum dia mendakwa kononnya motosikal berkenaan dipinjam daripada rakannya," katanya, semalam.
"Selain itu, dia turut memiliki rekod dikehendaki polis atas kesalahan dadah dan laporan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Posted: 09 Jan 2013 12:51 PM PST Kuala Lumpur: Bukan saja impian untuk mengerjakan umrah musnah, malah sepasang suami isteri berputih mata apabila wang simpanan RM26,000 lesap selepas terpedaya dengan pelaburan pemasaran bertingkat (MLM). Pasangan terbabit yang mahu dikenali sebagai Fuad, 39, dan Hanim, 44, mendakwa mengenali sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) sejak beberapa bulan lalu melalui kenalannya.
Menurutnya, tertarik dengan tawaran dan keuntungan berlipat kali ganda dijanjikan lelaki itu jika menyertai pelaburan dan semakan melalui laman web mendapati syarikat terbabit wujud menyebabkan mereka bersetuju menjadi ahli.
Hanim berkata, dia bersetuju dan memperkenal tiga rakan sekerja kepada lelaki itu untuk melabur menyebabkan mereka turut kerugian RM2,000 hingga RM16,000.
Sementara itu, Fuad berkata, dia yang mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kemudian berjumpa sendiri dengan pengasas syarikat MLM itu di Johor untuk mengetahui keadaan sebenar.
|
| Posted: 09 Jan 2013 12:50 PM PST Putrajaya: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah menerima maklumat mengenai kegiatan satu keluarga mualaf yang dipercayai memeluk Islam hanya untuk menerima sumbangan wang tunai orang ramai. Pengarahnya, Datuk Marzuki Husin berkata, JAIS sudah menerima maklumat kegiatan keluarga itu dan nama mereka sudah berada dalam rekod saudara baru.
"Saya juga meminta pihak kariah memeriksa latar belakang mana-mana individu atau keluarga yang datang ke masjid untuk memeluk Islam dengan merujuk kepada Jais kerana kami mempunyai rekod saudara baru," katanya yang dihubungi, semalam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10 |
| Polis ada petunjuk baru buru tahanan Posted: 09 Jan 2013 12:49 PM PST Georgetown: Polis sudah mempunyai petunjuk baru dan yakin dapat menahan tahanan reman yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth dekat sini, Isnin lalu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berdasarkan petunjuk itu, pihaknya yakin dapat menahan empat daripada tujuh tahanan reman berkenaan yang kini masih berada di negeri ini.
"Semua pegawai dan juga anggota kini bertungkus-lumus untuk mengesan tahanan reman berkenaan dan secara taktikalnya, kita percaya dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Menurut Abdul Rahim, beliau mengakui kejadian itu berpunca daripada kecuaian anggota polis dan mereka bakal dikenakan tindakan tatatertib.
"Dalam kes ini, kita dapati anggota bertugas tidak mengikut peraturan dan ada kecuaian berlaku hingga menyebabkan tahanan reman terbabit meloloskan diri," katanya.
|
| 'Hati berdebar-debar dengar suami cedera' Posted: 09 Jan 2013 12:48 PM PST Seberang Jaya: "Hati saya berdebar-debar ketika suami menghubungi menyatakan dia mengalami kecederaan ketika mengiringi sekumpulan tahanan reman kira-kira jam 10.30 pagi semalam (Isnin lalu). "Ketika itu, saya dan anak-anak hanya mampu berdoa supaya suami terselamat," kata Kamariah Zakaria, 42, isteri kepada Koperal Muhammad Sharifuddin Ali, 47, yang cedera ketika bergelut dengan sembilan tahanan reman yang meloloskan diri dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), kira-kira 30 meter dari susur keluar Pantai Bersih, Bagan Ajam, Isnin lalu.
Dia yang sudah berkhidmat selama 28 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi cuti sakit lima hari.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Balai Seberang Jaya, Sarjan Mejar Hashim Abd Rani.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment