Harian Metro: Global |
- Bukan lagi paling gemuk
- Ahli Parlimen India dituduh merogol dibelasah penduduk kampung
- Aktiviti porno kanak-kanak dibongkar
- Mahasiswa dirogol bergilir-gilir dalam bas: 5 lelaki berdepan hukuman mati
- Bapa buat aduan gambar anak disalah guna dalam Facebook
- Kastam rampas gading gajah lebih RM4j
- 8 maut angkara amuk di Filipina
- Wanita patah tulang belakang dihempap lelaki terjun bangunan
- Murid kritikal dicabul guru
- Thailand hilang gelaran pengeksport utama beras dunia
| Posted: 04 Jan 2013 09:54 AM PST LONDON: Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram. Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur. Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: "Perjalanan saya masih jauh."
Mason, 51, mengaku: "Saya malu digelar lelaki paling gemuk di dunia kerana sedar saya yang menyebabkan diri saya dalam keadaan seperti itu. "Kini, saya yakin akan menjadi orang paling berjaya melangsingkan badan di dunia. Tetapi, perjalanan saya masih jauh. "Saya mahu mencapai antara 88 hingga 95 kilogram, berat badan yang sihat untuk seseorang dengan ketinggian 1.98 meter. "Saya bangga kerana dapat menunjukkan kepada orang lain yang mempunyai masalah berat badan mengenai apa yang boleh mereka capai," katanya. Mason pernah satu ketika makan makanan 20,000 kalori sehari, kira-kira 10 kali ganda daripada tahap yang disyorkan. Dia kini mengubah amalan pemakanannya kepada sayur dengan jumlah yang kecil. Lelaki itu sekarang seberat 152 kilogram selepas kehilangan dua per tiga daripada beratnya dulu sama berat dengan tiga petinju heavyweight. "Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, berat bedan saya perlu stabil selama dua tahun sebelum mereka menimbang untuk menjalankan pembedahan membuang kulit saya yang menggeleber. "Tetapi saya mahu menjalani pembedahan itu secepat mungkin kerana ia akan membolehkan saya bergerak lebih bebas dan membantu menurunkan lebih banyak berat badan saya," katanya. Mason berkata, dia menghadapi masalah kecelaruan makan kesan daripada dibuli ketika zaman kanak-kanak. Masalah itu bertambah buruk dengan kematian bapanya pada 1986. Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding depan rumahnya dan menggunakan forklif untuk mengusungnya masuk ke ambulans apabila dia perlu menjalani pembedahan hernia ketika berat badannya 355 kilogram. - TS Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Ahli Parlimen India dituduh merogol dibelasah penduduk kampung Posted: 04 Jan 2013 09:50 AM PST NEW DELHI: Sorang tokoh politik India dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa merogol seorang wanita di rumah mangsa pada jam 2 pagi, semalam. Anggota Parlimen dari Parti Kongres bagi negeri Assam, Bikram Singh Brahma, dituduh merogol seorang wanita di Kampung Santipura di daerah Chirang sebelum ditangkap oleh penduduk kampung. Kejadian itu adalah jenayah seks terbaru di India yang baru-baru ini dikejutkan dengan kes rogol beramai-ramai pelajar berusia 23 tahun. Enam lelaki kini dibicarakan berhubung kes itu.
Dia dikatakan melawat Kampung Santipura di sempadan Bhutan apabila memasuki rumah wanita itu dan merogol mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Aktiviti porno kanak-kanak dibongkar Posted: 04 Jan 2013 09:48 AM PST WASHINGTON: Satu operasi polis antarabangsa membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak membawa kepada penahanan 245 orang dan berjaya menyelamatkan 123 kanak-kanak kebanyakannya di Amerika Syarikat (AS), kata agensi keselamatan negara itu semalam. Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Dan Kastam AS, John Morton, berkata 23 suspek ditahan di enam negara berasingan.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi mengenal pasti individu yang memiliki, memperdagangkan atau menghasilkan bahan lucah membabitkan kanak-kanak. "Antara kanak-kanak yang diselamatkan, 45 orang berusia bawah 12 tahun, termasuk tiga daripadanya belum mencapai usia tiga tahun," katanya.
Operasi itu dinamakan Bunga Matahari sebagai mengenang ulang tahun pertama siasatan polis Denmark terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merancang untuk merogol budak berusia 11 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Mahasiswa dirogol bergilir-gilir dalam bas: 5 lelaki berdepan hukuman mati Posted: 04 Jan 2013 09:48 AM PST NEW DELHI: Lima lelaki yang didakwa merogol seorang mahasiswa universiti selama berjam-jam dalam sebuah bas ketika kenderaan itu dipandu di sekitar ibu negara India, kini berdepan tuduhan membunuh, merogol serta beberapa tuduhan lain. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mati. Pendakwa, Rajiv Mohan, memfailkan tuduhan berkenaan semalam.
Kertas tuduhan tidak didedahkan dan Rajiv memohon supaya perbicaraan itu dijadual hari ini dijalankan secara tertutup. Tertuduh dikenali sebagai Ram Singh seorang pemandu bas; adiknya, Mukesh Singh (tukang cuci bas di syarikat sama); Pavan Gupta, (penjaja buah-buahan); Akshay Singh (tukang cuci bas) dan Vinay Sharma (jurulatih kecergasan).
Semua tertuduh tidak hadir di mahkamah.
Rancangan itu mendapat sokongan bapa mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Bapa buat aduan gambar anak disalah guna dalam Facebook Posted: 04 Jan 2013 09:47 AM PST THIRUVANANTHAPURAM (India): Seorang bapa membuat aduan kepada polis selepas pengguna Internet menyebarkan sekeping gambar di Internet dengan mendakwa dia adalah mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi, semalam. Gambar yang dikaitkan dengan mahasiswa mangsa rogol dalam bas pada 16 Disember lalu dilaporkan tersebar pantas di Facebook. Nama dan identiti mangsa sebenar dirahsiakan polis daripada media selaras dengan undang-undang melindungi mangsa daripada pandangan serong masyarakat. Jurucakap polis di Kerala berkata, gambar yang tersebar di Internet itu adalah palsu dan menyebabkan tekanan kepada individu terbabit. "Kami mengarahkan Facebook memadamkan gambar berkenaan dan membantu mengesan dalang yang menyebarkannya," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Kastam rampas gading gajah lebih RM4j Posted: 04 Jan 2013 09:46 AM PST HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong semalam berkata, lebih satu tan gading gajah bernilai kira-kira AS$1.4 juta (RM4.3 juta) dari Kenya dirampas dalam kejayaan ketiga terbesar sepanjang tempoh kurang dari tiga bulan. Menurut Jabatan Kastam Hong Kong, 779 gading gajah seberat 1.3 tan itu dipotong dan disembunyikan dalam lima kotak kayu bersama kepingan batu di dalam kontena ditanda sebagai "batu seni reka." Rampasan itu dibuat kelmarin.
"Kami memeriksa kontena berkenaan untuk menyiasat sama ada wujud barangan berisiko tinggi," katanya. Bagaimanapun, kastam enggan menyatakan ke mana kargo berkenaan dijadual dihantar, tetapi ia melalui Malaysia sebelum dikesan di Hong Kong.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| 8 maut angkara amuk di Filipina Posted: 04 Jan 2013 09:46 AM PST KAWIT (Filipina): Seorang lelaki yang bersenjata pistol separa automatik membunuh lapan orang dan mencederakan 11 yang lain dalam amuk akibat pengaruh dadah di kawasan setinggan dekat ibu negara Filipina semalam, kata pihak berkuasa. Insiden itu yang berakhir apabila polis menembak mati lelaki terbabit, sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai pengawalan senjata api yang longgar di negera berkenaan selepas minggu ini bermula dengan dua kanak-kanak mati akibat terkena peluru sesat ketika malam sambutan tahun baru. Dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan tujuh tahun, selain wanita hamil antara tujuh yang terkorban dalam insiden amuk itu, menurut polis di bandar Kawit di pinggir Manila, tempat pembunuhan berlaku.
Penduduk bersembunyi dalam kediaman mereka dan di taman apabila suspek, bekas ahli politik tempatan, Ronald Bae, merayau di jalan sempit dan sebuah pasar sebelum melepaskan tembakan dengan pistol separa automatik .45.
Seorang lagi mangsa ialah Alberto Fernandez, 56, yang ditembak ketika berdiri di halaman rumahnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Wanita patah tulang belakang dihempap lelaki terjun bangunan Posted: 04 Jan 2013 09:45 AM PST BANGKOK: Seorang lelaki yang mengalami kemurungan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan pusat beli-belah dan menyebabkan seorang wanita cedera parah apabila dihempap lelaki terbabit. Menurut polis, Komsan Jupamattang, 36, melompat dari tingkat atas pusat beli-belah di daerah Bangkae di sini semalam. Kepalanya terpusing 180 darjah kesan daripada terjunannya itu.
Polis berkata, Jupamattang, meletakkan motosikalnya di ruang parkir tingkat tiga bangunan itu sebelum membunuh diri. - Bangkok Post Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Posted: 04 Jan 2013 09:45 AM PST JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa serangan seksual berulang kali dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi di Hospital Persahabatan, di Rawamangun, Jakarta Timur semalam. Pengerusi Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) Arist Merdeka Sirat berkata, kes cabul itu belum dilaporkan kepada polis. "Kami akan membuat laporan polis hari ini (semalam) agar siasatan lanjut dapat dilakukan," katanya.
"Kami mendapati ada kesan kecederaan di vagina dan rektum mangsa apabila kami ingin memberikan rawatan untuk serangan sakit dihidapinya," kata Pengarah hospital terbabit, Priyanti Soepandi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| Thailand hilang gelaran pengeksport utama beras dunia Posted: 04 Jan 2013 09:44 AM PST BANGKOK: Thailand kehilangan gelarannya sejak tiga dekad lalu sebagai pengeksport beras utama di dunia tahun lalu, jatuh di belakang India dan Vietnam. Vietnam kelmarin mengumumkan eksport berasnya tahun lalu mencapai 7.6 juta tan, meningkat 10 peratus berbanding tahun sebelumnya. Eksport beras India tahun lalu mencecah 9.5 juta tan, menurut angka Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.
Daripada 6.9 juta tan itu, sebanyak 1.7 juta didaftar mengikut perjanjian kerajaan dengan kerajaan yang dipertikai persatuan sektor swasta.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/05 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment