Harian Metro: Global |
- Robot mimik emosi budak
- Cruise tolak menari Gangnam
- Rasuah seks berleluasa
- Tiga parah kena letupan bom
- Sembunyi 3,000 pil syabu dalam kemaluan
- Hari jadi 30 Februari
- KPA kesan 675 kes baru AIDS/HIV
- Cekup ketua penjara
| Posted: 10 Jan 2013 11:25 AM PST Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak. Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan berkerut.
Dalam klip video dimuat naik di YouTube, Diego-San yang dicipta menyerupai budak berusia setahun mempamerkan pelbagai emosi, termasuk gembira, sedih, terkejut, keliru dan marah.
Mereka memasang kamera berdefinisi tinggi pada Diego-San bagi membolehkan robot berkenaan 'melihat' semua gerakan dan emosi manusia. Sejenis bahan dikenali sebagai frubber digunakan bagi menghasilkan kulit fleksibel Diego-San serta beberapa robot lain yang pernah mereka cipta.
Ekspresi muka bahagian penting bayi berkomunikasi dan membantunya menjalin hubungan dengan orang lain. Robot bayi itu dinaik taraf daripada versi asal.
|
| Posted: 10 Jan 2013 11:15 AM PST Seoul: Aktor terkenal, Tom Cruise, menolak peluang mencuba kemahirannya menari Gangnam Style semalam, walaupun dia menjadi tokoh idaman paling utama pencipta fenomena itu. Tahun lalu, penyanyi rap Korea Selatan, PSY (yang mencipta tarian Gangnam Style) berkata, individu paling diingini untuk menari Gangnam Style ialah Cruise.
"Saya gembira dengan kejayaannya dan semua orang suka," katanya.
|
| Posted: 10 Jan 2013 11:13 AM PST Jakarta: Agensi anti rasuah Indonesia berkata, amalan penggunaan seks sebagai suapan di negara itu berlaku dengan meluas dan menyeru pihak berkenaan menguatkuasakan peruntukan yang menganggap aktiviti berkenaan sebagai jenayah. Menurut Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) itu, peruntukan itu ada dalam Undang-undang Antirasuah 2001. Jurucakap KPK, Johan Budi berkata, agensi itu percaya 'hadiah' dalam bentuk seks boleh dianggap sebagai rasuah atau sekurang-kurangnya imbuhan dan kegagalan melaporkannya boleh dihukum penjara. "Berdasarkan undang-undang, imbuhan termasuk seks dianggap rasuah jika ia diberi kepada seseorang atas kapasiti sebagai penjawat awam.
Kata Johan, KPK sedar pengamal rasuah menggunakan seks sebagai sogokan untuk mendapat apa yang diingini. "Kami masih menyiasat sebarang laporan yang membabitkan seks," katanya kepada wartawan. Sementara itu, sejak Disember dua tahun lalu, KPK sudah mengharamkan penjawat awam menerima sebarang tiket percuma daripada Persekutuan Bola Sepak Asia kerana ia juga boleh dianggap sebagai rasuah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. - JAKARTA POST Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| Posted: 10 Jan 2013 11:12 AM PST Narathiwat: Tiga wanita dan seorang remaja lelaki cedera apabila seorang lelaki bersenjata api melepaskan tembakan di sebuah bar karaoke sebelum meletupkan bom pada motosikal di Muang, Narathiwat, petang kelmarin. Jurucakap polis berkata, kejadian tembak-menembak itu berlaku kira-kira jam 6.50 petang di Jalan Khok Khian.
"Mangsa adalah tiga wanita pekerja bar karaoke itu serta seorang remaja lelaki berusia 14 tahun," katanya kepada wartawan. Semua mangsa dirawat di Hospital Ratchanakarin.
|
| Sembunyi 3,000 pil syabu dalam kemaluan Posted: 10 Jan 2013 11:12 AM PST Bangkok: Dua wanita ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang bersama lebih 3,000 pil syabu yang disembunyikan dalam kemaluan mereka, kata polis semalam. Menurut jurucakap polis, pihak berkuasa menerima maklumat mengenai sejumlah dadah yang cuba diseludup ke Bangkok dari Chiang Rai.
"Pemeriksaan pada badan mereka membolehkan pihak berkuasa menemui 3,473 pil syabu yang dibungkus dalam kondom dan disimpan dalam kemaluan mereka," katanya.
|
| Posted: 10 Jan 2013 10:48 AM PST Bangkok: Penolong ketua kampung di daerah Aryanyaprathet, Sa Kaeo yang mempunyai tarikh hari jadi yang tidak wujud iaitu pada 30 Februari akur dengan tekanan selepas diselar seorang menteri Kabinet, meletakkan jawatan semalam. Timbalan ketua kanan daerah Aranyaprathet, Viroj Aksorndee mendedahkan bahawa Sangwien Khuncharoen, 53, menyerahkan kepadanya surat perletakan jawatan sebagai penolong ketua kampung, desa 3 tambon Khlong Thapchan.
|
| KPA kesan 675 kes baru AIDS/HIV Posted: 10 Jan 2013 10:47 AM PST Jakarta: Komisi Penanggulangan AIDS (KPA) di agensi kesihatan Tangerang mengenal pasti sekurang-kurangnya 675 kes baru AIDS/HIV dalam bahagian pertama tahun lalu, kata pihak berkuasa semalam. Pengurus KPA, Hady Irawan berkata, pejabatnya mengumpul data dari Januari hingga September mengikut kategori umur dan pekerjaan. Mereka menemui peningkatan ketara jangkitan dalam kumpulan usia 24 hingga 45 tahun.
"Angka itu hanya sedikit daripada jumlah sebenar yang mungkin lebih besar. "Bukan setiap orang rela untuk menjalani ujian," katanya kepada wartawan. Statistik itu belum disenaraikan dalam data dikumpul antara September hingga Disember, bererti angka untuk sepanjang tahun pasti lebih buruk. Data daripada agensi kesihatan Tangerang menunjukkan 1,515 orang di daerah itu hidup dengan HIV tahun lalu.
|
| Posted: 10 Jan 2013 10:46 AM PST Riau: Polis di daerah Hulu di sini semalam menahan ketua keselamatan penjara Pasir Pangairan kerana memiliki serbuk meth atau dikenali sebagai syabu di kediamannya. Ketua Polis Hulu Rokan, Adjutan Komisioner Kanan Yudi Kurniawan berkata, suspek ditahan dalam serbuan di kediamannya selepas pihak berkuasa menerima laporan rasmi daripada Ketua Warden penjara, Maizar ekoran jual beli dadah yang semakin meluas di penjara berkenaan. - kompas.com Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment