Harian Metro: Setempat |
- Mesin kilang kejuruteraan meletup
- Sebab isteri sikap dingin
- Selamat RM7.08b
- Terjun flat untuk ‘tamat derita’
- Leuniey suntik semangat Apek
| Mesin kilang kejuruteraan meletup Posted: 31 Dec 2012 10:45 AM PST MERU: "Mesin membuat barangan elektronik yang sedang digunakan tiba-tiba meletup menyebabkan semua pekerja berhampiran lari dan tidak sempat menyelamatkan barang seperti dompet, telefon bimbit dan barangan berharga lain," kata seorang pekerja mengenai kebakaran sebuah kilang memproses barang kejuruteraan di Jalan Haji Salleh, di sini, petang semalam. Pekerja yang enggan dikenali itu berkata, ketika kejadian jam 4 petang, pekerja kilang itu dikejutkan dengan letupan sebuah mesin yang beroperasi.
"Tapi, saya bersyukur kerana rakan sekerja sempat menyelamatkan diri dan tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti kecederaan dan kehilangan nyawa," katanya.
"Seramai 24 anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Pinang, Pelabuhan Klang dan Kota Raja terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu berikutan kebakaran yang agak serius," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 31 Dec 2012 10:45 AM PST GEORGETOWN: Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.
Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.
"Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.
Mangsa dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani, dekat sini Jumaat lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 31 Dec 2012 10:38 AM PST KUALA LUMPUR: Sejumlah RM7.08 bilion harta benda penghuni di ibu negara berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBPWPKL) daripada musnah dalam kebakaran sepanjang 2012 dan jumlah kematian akibat bencana terbabit turut menurun. Jumlah kerugian dicatatkan sepanjang tahun lalu pula adalah RM94.05 juta berbanding RM98.81 juta tahun sebelumnya. Pengarah JBPWPKL, Khirudin Drahman berkata, nilai harta yang tinggi dapat diselamatkan itu disebabkan beberapa faktor terutama peningkatan tahap kesedaran masyarakat ibu kota mengenai kebakaran. "Pada 2011 jumlah harta diselamatkan adalah RM722 juta dan tahun lalu menunjukkan peningkatan, manakala jumlah kematian menurun iaitu lapan mangsa pada 2011 kepada enam pada tahun lalu. "Statistik kematian dalam kes khidmat menyelamat dan kemanusiaan seperti mangsa kemalangan, lemas dan lain-lain turut berkurangan daripada 71 mangsa pada 2011 kepada 56 mangsa pada tahun lalu," katanya di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Terjun flat untuk ‘tamat derita’ Posted: 31 Dec 2012 10:37 AM PST PETALING JAYA: Tertekan dengan penderitaan pelbagai penyakit dialami, seorang wanita warga emas nekad terjun dari tingkat 11, Blok Satu, Flat Desa Mentari, di sini, semalam. Tindakan mangsa dikenali sebagai Javaraja Vellion, 62, terjun dari rumah disewanya bersama seorang lagi rakan serumah yang juga warga emas berusia 60 tahun disedari jiran yang ternampak kelibat wanita itu terjun jam 7.15 pagi.
"Wanita terbabit menghidap pelbagai penyakit dan sering mengalami kemurungan kerana tidak tahan menanggung derita akibat penyakitnya itu.
"Sepasukan unit forensik bergegas ke tempat kejadian dan wanita terbabit disahkan mati akibat lehernya patah.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 31 Dec 2012 10:36 AM PST KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan dan Kelantan, Khairul Fahmi Che' Mat, 23 yakin prestasinya sebagai pemain bola sepak akan lebih cemerlang kerana mempunyai isteri yang pastinya memberikan suntikan semangat kepadanya. Khairul Fahmi atau Apek yang bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar atau Leuniey, 21, Jumaat lalu, berkata walaupun ketika Piala AFF Suzuki sebelum ini dia hanya menjadi pemain simpanan, ia bukan alasan untuk dia berasa terpinggir.
"Saya yakin akan menerima suntikan semangat lebih hebat daripada isteri untuk bermain lebih cemerlang berbanding sebelum ini, sama ada untuk pasukan Kelantan atau kebangsaan," katanya selepas majlis resepsi perkahwinannya di sini, malam kelmarin.
Menurut Apek, dia akan terus memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain bola sepak, tetapi pada masa sama tetap memberi perhatian kepada isterinya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment