Harian Metro: Global |
- Warga Asia sambut tahun baru dengan meriah
- 3 sekeluarga mati di air terjun
- Iran lancar ‘perang siber’
- 30 mayat mangsa seksa ditemui
- Obama janji kekang keganasan senjata api
- Terowong air elak banjir
- Kereta curi mungkin untuk serangan Tahun Baru
- Warder dibunuh banduan cuba lari dari penjara
| Warga Asia sambut tahun baru dengan meriah Posted: 31 Dec 2012 09:49 AM PST CANBERRA: Krisis kewangan? Kemelesetan? Tidak di Asia, tempat pertama di dunia yang menyambut kedatangan tahun baru 2013 dengan penuh ghairah. Myanmar yang semakin demokratik mengadakan pengiraan detik kedatangan tahun baru buat kali pertama. Jakarta merancang sambutan jalanan terbesar, sesuai dengan peningkatan ekonomi Indonesia. Di Sydney, orang ramai berkhemah sejak malam Ahad lalu di pantai pelabuhan untuk berada di tempat paling bagus ketika 1.5 juta orang dijangka berkumpul untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berpusat di Jambatan Pelabuhan Sydney.
Bagaimanapun, di New Delhi, semangat untuk menyambut tahun baru dicemari dengan kematian seorang mangsa rogol, Sabtu lalu. Hotel, kelab dan persatuan penduduk di ibu negara India itu memutuskan untuk membatalkan sambutan berkenaan, sebaliknya meminta orang ramai membakar lilin sebagai memperingati mangsa. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| 3 sekeluarga mati di air terjun Posted: 31 Dec 2012 09:48 AM PST JOHANNESBURG: Sepasang suami isteri yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 bersama-sama anak perempuan mereka, mati selepas terjatuh ketika menyeberang sebuah air terjun di Afrika Selatan. Pasangan berkenaan bersama anak mereka berusia belasan tahun itu dipercayai berpegangan tangan ketika jatuh dari ketinggian 30 meter di air terjun berkenaan yang terletak di kawasan pedalaman, Jumaat lalu. Menurut akhbar Beeld, mereka yang terbunuh itu ialah Pieter Prinsloo, 38, isteri, Adele, 34 dan anak mereka, Shante, 13, dari Benoni, berhampiran Johannesburg. Mereka ditemui oleh pasukan penyelamat beberapa jam selepas terjatuh dari Air Terjun Rietfontein.
"Mereka tiba sehari selepas Krismas. Keluarga itu keluar bersiar-siar dan menemuii ajal di air terjun berkenaan. "Amat menyedihkan kerana ketiga-tiga keluarga itu mati bersama," kata Botha. Menurut laporan akhbar Beeld, Prinsloo dan Adele adalah pasangan kekasih sejak kecil dan bercuti kerana meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 semalam. Keluarga itu dipercayai meraikan Krismas di rumah mereka di Benoni sebelum bercuti bersama anak mereka. Kakitangan rumah peranginan itu meminta bantuan kira-kira jam 10 malam apabila keluarga itu tidak pulang. Kawasan tragedi itu adalah antara yang paling sibuk di Afrika Selatan pada musim cuti. - DM Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Iran lancar ‘perang siber’ Posted: 31 Dec 2012 09:45 AM PST TEHERAN: Tentera Iran menjalankan apa yang digelar sebagai latihan perang siber untuk kali pertama ketika unit tentera laut Republik Islam itu menggerakkan 'serangan' di Selat Hormuz, lapor media semalam. Memetik pegawai kanan Tentera Laut Iran, Laksamana Amir Rastegari, akhbar harian berbahasa Inggeris negara itu melaporkan, serangan disasarkan ke atas rangkaian komputer pasukan pertahanan dalam usaha menerobos rangkaian berkenaan.
Teheran menyalahkan Amerika Syarikat dan Israel atas serangan berkenaan. Menurut Teheran, kerajaan menubuhkan unit siber tentera dan awam bagi mengatasi serangan berkenaan. Unit tentera laut Pengawal Revolusi bekerjasama dalam latihan ketenteraan di Selat Hormuz serta Teluk Oman sejak minggu lalu. Pegawai tentera Iran berkata, latihan itu bertujuan mempamerkan kemampuan pertahanan tentera laut negara itu serta menyampai mesej keamanan serta persahabatan kepada negara serantau. Menurut media, beberapa kapal selam mengambil bahagian dalam latihan yang turut menguji sejumlah peluru berpandu itu. Bagaimanapun, tentera mendakwa, latihan itu bukan bertujuan menutup Selat Hormuz yang menjadi laluan strategik kepada perdagangan petroleum seluruh dunia. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 31 Dec 2012 09:45 AM PST BEIRUT: Tiga puluh mayat dengan kesan seksaan dan sukar dikenali ditemui di Barzeh, utara Damsyik, yang menjadi lokasi lazim pertempuran di antara tentera dan pejuang antikerajaan, kata sebuah pertubuhan pemantau semalam. Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, berdasarkan keadaan mayat berkenaan, mereka menjadi mangsa penderaan pihak tertentu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Obama janji kekang keganasan senjata api Posted: 31 Dec 2012 09:44 AM PST WASHINGTON: Presiden Barack Obama berjanji "melakukan apa yang terdaya" mengekang keganasan senjata api melalui pakej perundangan tahun depan. Dalam temu bual dengan stesen televisyen NBC semalam, Obama menyatakan keraguannya kepada cadangan Persatuan Raifal Kebangsaan untuk meletakkan pengawal bersenjata di semua sekolah bagi mengelak tragedi di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, berulang. Sebaliknya, Obama berikrar untuk bersama majoriti rakyat Amerika Syarikat (AS) merangka agenda bagi mengehadkan keganasan senjata api.
"Saya fikir ada sebahagian besar pemilik senjata api bertanggungjawab di luar sana yang mengakui bahawa kita tidak boleh membiarkan seseorang yang bermasalah psikologi memiliki senjata seperti pemuda di Newtown itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| Posted: 31 Dec 2012 07:49 AM PST JAKARTA: Gabenor Jakarta, Joko "Jokowi" Widodo berkata, pihak pengurusan bandar raya itu akan meneruskan rancangan membina terowong saliran gergasi bawah tanah untuk mengelakkan banjir dari terus berlaku. "Saya akan mendedahkan kajian (mengenai terowong saliran itu), Rabu depan," katanya seperti yang dipetik oleh kompas.com. Sebelum ini, Jokowi pernah berkata, pihak pengurusan merancang untuk membina terowong bawah tanah yang digelar "terowong pelbagai guna" dari Jalan MT Haryono di timur Jakarta ke Pluit di utara Jakarta, tahun depan. Katanya, Kementerian Kerja Raya sudah membuat kajian merancang membina terowong itu, yang juga boleh digunakan sebagai jalan bawah tanah.
Katanya, kos projek yang bernilai Rp16 trilion (RM5.1 bilion) itu diambil daripada bajet bandar dan pelabur. - JP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| Kereta curi mungkin untuk serangan Tahun Baru Posted: 31 Dec 2012 07:49 AM PST YALA: Pasukan keselamatan di selatan Thailand diarah mencari enam kenderaan dicuri yang mungkin akan digunakan dalam serangan bom oleh anggota pemisah Islam, terutama ketika cuti Tahun Baru. Menurut agensi perisikan pasukan keselamatan di selatan, tiga daripada enam kenderaan curi itu didaftarkan di wilayah Songkhla, dua di Yala dan satu di Pattani. Sumber perisikan berkata, kenderaan itu disyaki dicuri oleh anggota militan baru-baru ini. Pegawai keselamatan dan pengurusan tempatan diberi arahan untuk mencari terutama enam kenderaan dicuri itu dan melakukan pemeriksaan di jalan bandar dan luar bandar di tiga wilayah sempadan selatan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| Warder dibunuh banduan cuba lari dari penjara Posted: 31 Dec 2012 07:49 AM PST RATCHABURI : Seorang warder penjara Khao Bin ditikam hingga mati selepas dijadikan tebusan selama tiga jam oleh tiga banduan ketika cuba melarikan diri, kelmarin. Dua daripada tiga banduan itu kemudian ditembak mati oleh pihak berkuasa. Warder Suthep Joisriket ditikam dijantung ketika polis berunding dengan banduan yang cuba melepaskan diri itu, kata polis. Pesuruhjaya Polis Wilayah 7, Hanpol Nitwibul berkata, mangsa turut dikelar di leher dan di satu pergelangan tangan.
Banduan yang bersenjatakan pisau dan objek tajam, menangkap warder ketika dia cuba menghalang mereka. Mereka membawa mangsa ke dalam bangunan yang sedang dalam pembinaan. Banduan dari Zon Keenam dikenali sebagai Suthirak Sangarthit dan Prasit Sansabai, kedua-duanya dipenjara atas kesalahan membunuh, dan Ronnachai Sriparnkaew, seorang pesalah dadah yang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Beratus-ratus pegawai polis, termasuk polis rusuhan diarahkan ke penjara itu untuk mengawal keadaan sementara polis perunding berbincang dengan banduan untuk melepaskan mangsa. Hanpol berkata, pada kira-kira jam 6 petang, banduan Suthirak, 49, bersetuju untuk menyerah diri tetapi Ronnachai dan Prasit enggan berbuat demikian dan mahu bebas dari penjara. Sebaik saja Suthirak menyerah diri, polis berkata, dua banduan itu menikam Suthep menyebabkan polis bertindak dengan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mereka. - BP Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/31 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment