Harian Metro: Global |
- Jutawan sapu jalan
- 2 pencuri bodoh ditahan
- Dituduh cuba upah 'polis kanibal' untuk culik wanita
- Isteri SBY diusul jadi calon Presiden
- Ibu sudah restu hubungan Jupe, Castano
- Letupan angkara 'pengganas'
- Sarjan rogol budak dipenjara
- Israel bimbang intifada baru
- Lelaki Saudi digesa kahwin wanita tempatan
- Tentera Zionis ganggu jemaah solat di Masjid Al-Ibrahimi
| Posted: 05 Jan 2013 01:03 PM PST Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras. Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.
"Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya," kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.
"Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu," kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.
|
| Posted: 05 Jan 2013 12:50 PM PST Sydney Dua pencuri ditangkap selepas memasuki sebuah restoran KFC menerusi lubang yang mereka gali, bukan kedai barang kemas yang mereka sasarkan, dalam satu cubaan merompak. Ia adalah kali ketiga mereka cuba merompak kedai barang kemas itu.
Namun, mereka sempat melarikan kotak simpanan wang yang mengandungi duit AS$50 (RM160). Mereka akhirnya menebuk lubang dengan memecahkan dinding bilik air di belakang blok barisan kedai dan merangkak masuk, tetapi keluar di restoran KFC berkenaan.
|
| Dituduh cuba upah 'polis kanibal' untuk culik wanita Posted: 05 Jan 2013 12:30 PM PST New York Seorang lelaki New Jersey menawar untuk membayar RM15,000 kepada lelaki yang digelar 'polis kanibal' untuk menculik seorang wanita dan menghantar kepadanya untuk dirogol. Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menahan Michael Vanhise (gambar), 23, dan menuduhnya bersekapat untuk melakukan penculikan bersama-sama Gilberto Valle III, anggota polis New York yang ditangkap Oktober lalu dan dituduh bersekongkol untuk menculik, menyeksa, memasak dan memakan wanita.
Dalam e-melnya pula, Valle menggesa Vanhise supaya tidak bimbang.
Vallenhise yang digelar 'polis kanibal' dituduh menyasarkan wanita yang nama mereka ditemui dalam fail bernama 'Menculik dan memasak wanita' pada komputernya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06 |
| Isteri SBY diusul jadi calon Presiden Posted: 05 Jan 2013 12:29 PM PST Selepas mencadangkan penyanyi dangdut terkenal, Rhoma Irama untuk menjadi calon presiden bagi pilihan raya akan datang, Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) kini juga mahu mengusulkan isteri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bertanding merebut jawatan berkenaan. PKB berpendapat, kini adalah era bagi wanita untuk menjadi pemimpin.
"Yang menariknya, namanya disebut oleh setiap orang yang berbahas mengenai pemilihan calon yang paling layak menyebut namanya.
"Kerana itu PKB yakin, jika beliau sudah memutuskan untuk bertanding, peluang terpilih pasti tinggi," katanya kepada wartawan.
"Sebagai wanita, dia pasti akan menjadi tarikan kuat," kata Faisol.
|
| Ibu sudah restu hubungan Jupe, Castano Posted: 05 Jan 2013 12:28 PM PST Jakarta Beberapa bulan lalu, selebriti, Julia Perez membakar gaun pengantin yang sudah disiapkan untuk majlis perkahwinannya dengan pemain bola sepak kelahiran Argentina, Gaston Castano. Dia bertindak demikian kerana kecewa tidak mendapat restu daripada ibunya.
Bagaimanapun, Jupe enggan tergesa-gesa untuk membuat gaun pengantin yang baru. Dia hanya akan menempahnya beberapa hari menjelang hari perkahwinannya itu tidak lama lagi. -AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06 |
| Posted: 05 Jan 2013 12:28 PM PST Damsyik berkata, letupan bom di sebuah stesen minyak yang sesak semalam dilakukan "pengganas" istilah digunakan pihak berkuasa negara itu merujuk kepada pejuang antikerajaan. Letupan itu berlaku ketika orang ramai berbaris untuk membeli minyak - bahan yang semakin sukar diperoleh di Syria sejak negara itu dilanda konflik 21 bulan lalu.
Ia adalah serangan ke atas stesen minyak kedua berlaku di ibu negara Syria pada minggu ini.
Laporan al-Ikhbariya membayangkan serangan berlaku di kawasan dikuasai kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad. Sebahagian besar Barzeh didiami masyarakat menganut fahaman Sunnah, selain sekumpulan etnik minoriti.
|
| Posted: 05 Jan 2013 12:27 PM PST Las Vegas Seorang anggota tentera udara Arab Saudi dipenjara di Las Vegas atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang budak lelaki ketika kedatangan 2013 diraikan di bandar raya itu. Mazen Alotaibi berpangkat sarjan dalam pasukan tentera itu turut menghadapi tuduhan menculik dan memaksa mangsa.
Media semalam melaporkan, mangsa yang belum berusia 14 tahun dipaksa Mazen masuk ke sebuah bilik di Hotel Circus Circus sebelum dirogol.
"Dokumen pengenalan Mazen menunjukkan dia bertugas di San Antonio-Lackland berhampiran San Antonio, Texas," katanya. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06 |
| Posted: 05 Jan 2013 12:27 PM PST Israel merancang meningkatkan penangkapan rakyat Palestin di Tebing Barat bagi menghalang pertelingkahan kecil dan kekacauan berubah menjadi intifada atau kebangkitan baru. Satu sumber keselamatan rejim Zionis itu berkata: "Israel yakin intifada baru akan berlaku. Kerana itu keputusan diambil di kalangan pihak berkuasa keselamatan untuk meningkatkan kegiatan perisikan dan menangkap anggota Hamas atau aktivis yang menentang Israel. Ia sudah bermula dan akan berterusan." Tentera Israel menyerbu Jenin di Tebing Barat baru-baru ini untuk memburu mereka yang disyaki pejuang Palestin hingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk yang melontar mereka dengan batu dan bom api, kata sumber.
Selasa lalu, tentera Israel yang menyamar penduduk Palestin menyerbu Kampung Tamoun, menangkap seorang anggota Jihad Islam. Puluhan penduduk Palestin cedera ekoran pertempuran yang berlaku selepas itu.
Jenin berada di bawah penguasaan Pihak Berkuasa Palestin yang memerintah secara terhad Tebing Barat menerusi perjanjian damai sementara dengan Israel.
|
| Lelaki Saudi digesa kahwin wanita tempatan Posted: 05 Jan 2013 12:26 PM PST Menteri Hal Ehwal Sosial Arab Saudi, Yousuf Al-Othaimeen berkata semalam, jumlah rakyat Saudi yang berkahwin dengan warga asing belum menjadi satu kebiasaan. Beliau bagaimanapun menggesa lelaki negara berkenaan mengahwini wanita tempatan kerana ikatan budaya dan tradisi bukan kerana harta mereka.
Beliau juga menggesa badan kebaikan negara berkenaan yang menyokong perkahwinan lelaki dan wanita muda tempatan supaya memberi keutamaan kepada bimbingan rumah tangga mereka.
|
| Tentera Zionis ganggu jemaah solat di Masjid Al-Ibrahimi Posted: 05 Jan 2013 12:24 PM PST Ramallah Pihak berkuasa Palestin semalam mengecam tindakan Israel di Masjid Al-Ibrahimi di Hebron, Tebing Barat. Menteri Hal Ehwal Wakaf dan Islam Palestin, Mahmoud Al-Habbash berkata, rejim Zionis menghalang azan sebanyak 52 kali sejak Disember lalu dengan alasan mengganggu penduduk di penempatan Yahudi berhampiran.
Pada masa sama, katanya, tentera Zionis itu membenarkan penduduk Yahudi memasuki masjid itu secara bebas dengan alasan yang tidak kukuh.
Masjid itu dibahagikan kepada bahagian Islam dan Yahudi oleh jawatankuasa khas rejim Israel selepas pembunuhan beramai-ramai pada 1994 yang dilakukan di masjid berkenaan oleh seorang Yahudi.
Mahmoud berkata, dasar Israel terhadap masjid itu adalah sebahagian daripada keganasan rejim itu di Tebing Barat dan bandar Arab di Israel. Sumber tempatan berkata, penduduk Palestin yang menetap berhampiran bahagian Yahudi masjid itu dipaksa mendengar muzik Ortodoks Yahudi setiap hari.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment