Harian Metro: Global |
- Kembar dipisah tapi tak boleh berpisah
- 60 penonton pertunjukan bunga api maut
- 413 cedera ketika rai tahun baru
- Kerajaan digesa wujud tabung bantu drebar teksi mangsa keganasan
- 121 wartawan terbunuh
- Lelaki cuba letak bom dekat kediaman suspek kes rogol
- 5 suspek rogol didakwa
| Kembar dipisah tapi tak boleh berpisah Posted: 01 Jan 2013 08:30 AM PST LONDON: Kali pertama melihat imbasan dalam rahimnya, si ibu ternampak dua janin saling berpegangan tangan dan pasangan kembar itu mungkin tidak mempunyai harapan untuk hidup. Doktor memberitahu Angie Benhaffaf bahawa ada kemungkinan seorang daripada anaknya akan selamat, tetapi seorang lagi akan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Kini, selepas pembedahan yang berjaya memisahkan mereka, anak kesayangan Angie itu membuktikan mereka sebenarnya 'tidak boleh dipisahkan.' Selepas tiga tahun lahir, keakraban antara Hassan dan Hussein begitu kukuh sehinggakan mereka tetap berpegangan tangan ketika tidur - sama seperti ketika mereka belum dipisahkan melalui pembedahan. Malah, jika duduk bersama, keadaan mereka juga sama seperti ketika mereka bercantum dari dada hingga ke tulang punggung. Di sebalik keadaan itu, Hassan dan Hussein memang tidak banyak berbeza berbanding kanak-kanak normal lain.
"Memerhati mereka sangat mengasyikkan," katanya.
Kata Angie, percantuman anaknya bermakna mereka berkongsi hampir segala-galanya, termasuk organ hati dan urat saraf di sekeliling jantung.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| 60 penonton pertunjukan bunga api maut Posted: 01 Jan 2013 08:27 AM PST ABIDJAN: Kira-kira 60 orang maut akibat terpijak dan terhimpit di bandar raya utama Ivory Coast, Abidjan, ketika pertunjukan bunga api berlangsung bagi menyambut kedatangan 2013, kata pegawai penyelamat, semalam. Menurut jurucakap itu, selain 60 yang maut, ada kira-kira 200 lagi cedera.
Katanya, orang ramai berkumpul di situ untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Sumber lain berkata, insiden berlaku kerana orang terlalu ramai bertumpu serentak ke pintu masuk.
Media melaporkan, punca kejadian belum diketahui, tetapi ia berlaku ketika orang ramai mula bergerak untuk pulang. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| 413 cedera ketika rai tahun baru Posted: 01 Jan 2013 08:25 AM PST MANILA: Lebih 400 orang cedera terkena mercun ketika sambutan malam tahun baru di Filipina, menurun 17 peratus daripada tahun sebelumnya, tetapi masih tinggi untuk menjadikannya sebagai satu daripada pesta menyambut kedatangan 2013 paling ganas di Asia. Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona semalam berkata, seramai 413 yang cedera itu, termasuk seorang kanak-kanak yang terkena peluru sesat di kepalanya dilepaskan seseorang tidak dikenali ketika kemuncak temasya tahun baru di bandar Caloocan, di pinggir Manila. Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu masih kritikal.
"Nampaknya dia mungkin tidak dapat diselamatkan," katanya.
Kebanyakan rakyat Filipina yang dipengaruhi oleh tradisi Cina, mempercayai kebisingan sambutan tahun baru menghalau roh jahat dan nasib malang. Namun, mereka terlalu mempercayai kepercayaan karut itu, meletupkan mercun yang besar dan melepaskan tembakan ke udara bagi menyambut tahun baru walaupun menghadapi risiko ditahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| Kerajaan digesa wujud tabung bantu drebar teksi mangsa keganasan Posted: 01 Jan 2013 08:25 AM PST BANGKOK: Kementerian Pengangkutan digesa mewujudkan tabung bagi membantu pemandu teksi yang menjadi mangsa keganasan penumpang. Jabatan Pengangkutan Darat di kementerian terbabit perlu bertanggungjawab mewujud dan menguruskan tabung itu, kata pemandu teksi berusia 42 tahun, Surasee Wattanapong yang juga bekas ahli Kesatuan Buruh Pihak Berkuasa Aliran Massa Bangkok. Dia berkata demikian selepas tiga penumpang menyerang pemandu teksi wanita berusia 53 tahun, Boonchuay Thongtae dengan kejam di daerah Thawi Watthana minggu lalu.
Boonchuay masih dirawat di hospital. Polis telah menahan dua daripada suspek dan masih memburu suspek ketiga yang dipercayai terbabit dalam serangan itu. - BP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:24 AM PST BRUSSELS: Jumlah kematian yang besar di zon perang seperti Syria dan Somalia menjadikan 2012, satu daripada tahun berdarah untuk wartawan apabila 121 terbunuh, kata kumpulan wartawan antarabangsa, semalam. Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) yang berpangkalan di Brussel berkata, angka itu meningkat daripada 107 wartawan dan petugas media lain yang terbunuh dalam serangan disasarkan, letupan bom dan insiden berbalas tembakan pada 2011. Jumlah kemalangan jiwa yang besar adalah akibat kegagalan sistematik kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memenuhi tanggungjawab antarabangsa mereka untuk melindungi dan merealisasikan hak asas wartawan, kata kumpulan itu. "Jumlah kematian untuk tahun 2012 adalah satu lagi indikmen terhadap kerajaan yang memberikan perkhidmatan secara lisan untuk melindungi wartawan, tetapi gagal menghentikan pembunuhan mereka," kata Presiden IFJ, Jim Boumelha dalam satu kenyataan. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| Lelaki cuba letak bom dekat kediaman suspek kes rogol Posted: 01 Jan 2013 08:24 AM PST NEW DELHI: Polis India semalam menahan seorang lelaki yang cuba meletak sebutir bom buatan sendiri dekat kediaman seorang daripada suspek kes rogol berkumpulan dan bunuh. Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di lorong sempit Ravi Dass Camp, kawasan setinggan di barat daya Delhi, di mana empat daripada enam suspek tertuduh tinggal, kata pegawai polis di bilik kawalan bandar raya itu. Alat berkualiti rendah itu diisi dengan bahan letupan yang biasa digunakan untuk mercun.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:23 AM PST NEW DELHI: Polis India semalam berkata, mereka akan mendakwa secara rasmi lima daripada enam suspek dengan tuduhan membunuh ekoran kematian seorang wanita berusia 23 tahun yang diperkosa dalam sebuah bas di New Delhi, baru-baru ini. Suspek keenam dalam kes yang mencetuskan kemarahan rakyat negara itu berusia di bawah 18 tahun dan seorang juvana. Polis mengarahkan ujian tulang terhadap suspek keenam bagi mengesahkan umurnya. Di bawah undang-undang India, seorang juvana tidak boleh didakwa dengan tuduhan membunuh.
Kes itu mencetuskan bantahan di seluruh India dan meningkatkan persoalan mengenai sikap sambil lewa polis terhadap penjenayah seksual.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/02 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment