Harian Metro: Arena |
- ‘Buktikan 10 terbaik’
- Serena pamer aksi cemerlang
- Cedera tulang selangka punca Maria tarik diri
- Kitajima umum pertunangan dengan vokalis Girl Next Door
- Cabaran 2013
- Tak minat Cole, Sneijder
- Jaringan Watanabe buat Osaka putih mata
- Cudicini kini milik LA Galaxy
- Balotelli bukan untuk dijual!
- ‘Saingan masih terbuka’
| ‘Buktikan 10 terbaik’ Posted: 01 Jan 2013 08:21 AM PST MUNGKIN agak mengejutkan pengiktirafan diterima Rozaimi (gambar kanan bawah) Abdul Rahman apabila dipilih sebagai 10 pemain terbaik Asia 2012 oleh ESPN baru-baru ini memandangkan pemain muda negara itu bukanlah pemain kebangsaan berbanding pemain lain yang berada dalam senarai itu. Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana pemain tempatan lebih mendapat pengiktirafan pihak luar sedangkan dia gagal mendapat tempat menyarung jersi Harimau Malaya.
Bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah tidak mahu mempertikaikan pemilihan pengendali negara itu yang tidak menyerapkan Rozaimi dalam skuad Piala AFF 2012 sebaliknya mahu pemain itu membuktikan dia sememangnya berhak mendapat tempat dalam skuad Harimau Malaya selepas ini.
Menerusi laporan yang disiar laman web sukan terkenal, ESPN, Rozaimi berada di tangga kesembilan senarai pemain terbaik Asia 2012 yang menyaksikan pemain Emiriah Arab Bersatu, Omar Abdul Rahman menjadi pilihan pertama manakala bintang Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa kedua.
Malah aksi penyerang itu berjaya mencuri tumpuan jurulatih kelab Thailand, BEC Tero Sasana, Andrew Ord yang mahu mendapatkan khidmatnya namun gagal kerana dia dipinjamkan oleh Sabah kepada Selangor bagi kempen Piala Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:16 AM PST BRISBANE (Australia): Serena Williams membuktikan penguasaan di Kejohanan Antarabangsa Brisbane apabila membenam pemain Perancis, Alize Cornet, 6-2, 6-2. Pada hari yang menyaksikan pilihan kelima dan keenam, Sara Errani dan Petra Kvitova kecundang, Serena mempamerkan aksi cemerlang untuk menundukkan Alize dalam tempoh sejam.
Pilihan ketiga dari Amerika Syarikat (AS) sebelum itu mengatasi rakan senegara, Varvara Lepchenko pada pusingan pertama.
Manakala dalam undian lelaki, bintang Uzbekistan, Denis Istomin menumpaskan pilihan kelapan dari Slovakia, Martin Klizan, 6-1 6-2 manakala pilihan ketujuh, Jurgen Melzer dari Austria menewaskan pemain kelayakan dari AS, Denis Kudla, 2-6, 6-4, 6-4.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Cedera tulang selangka punca Maria tarik diri Posted: 01 Jan 2013 08:16 AM PST BRISBANE (Australia): Juara bertahan Terbuka Perancis, Maria Sharapova terpaksa menarik diri daripada menyertai Kejohanan Antarabangsa Brisbane kerana mengalami kecederaan tulang selangka kanan. Maria menghantar imbasan kecederaan dialami kepada doktornya di New York yang menyarankan dia tidak berlatih untuk sekurang-kurangnya seminggu.
Ini tahun kedua berturut-turut Maria menarik diri daripada menyertai kejohanan itu tanpa menyertai sebarang perlawanan.
"Saya mempunyai pengalaman dan penting untuk saya sihat sepenuhnya bagi menghadapi kejohanan besar seperti Terbuka Australia berbanding menyertai pertandingan membabitkan banyak perlawanan ketika tahap kesihatan tidak membenarkan," kata pemain berusia 25 tahun yang turut menarik diri daripada pertandingan pertunjukan di Korea Selatan, minggu lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Kitajima umum pertunangan dengan vokalis Girl Next Door Posted: 01 Jan 2013 08:15 AM PST TOKYO: Juara empat kali temasya Sukan Olimpik dari Jepun, Kosuke Kitajima mengumumkan pertunangannya dengan penyanyi pop berusia 27 tahun. Kitajima, 30, berkata, dia sudah mengenali Chisa selama dua tahun dan 'mampu memberi tumpuan kepada karier yang lebih kompetitif disebabkan oleh sokongannya'.
Dalam satu kenyataan yang disiar dalam laman web kumpulan itu, Chisa memohon peminatnya turus memberi sokongan dan memberi jaminan akan meneruskan kariernya sebagai penyanyi.
Chisa turut hadir di London ketika temasya Olimpik berlangsung yang menyaksikan Kitajima gagal mempertahankan gelarannya. Dia menamatkan saingan di tempat kelima dalam acara 100m dan keempat 200m namun berjaya merangkul perak dalam acara 400m rampaian berganti-ganti. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:13 AM PST DOHA: Pemain tengah Brazil, Lucas Moura sudah bersedia menghadapi cabaran bersama kelab barunya, Paris Saint-Germain. PSG berjaya mengatasi Manchester United dan Real Madrid untuk mengikat Lucas, 20, antara pemain paling berbakat dalam skuad Brazil yang berhijrah dari Sao Paulo pada musim panas lalu dan menandatangani kontrak empat tahun setengah.
"PSG mempunyai misi yang jelas. Pengarah Sukan, Leonardo membantu saya membuat keputusan kerana saya boleh saja menghabiskan baki kontrak dengan bekas pasukan di Brazil.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:12 AM PST DOHA: Pengarah Sukan Paris Saint-Germain, Leonardo pada Isnin berkata bahawa kelab terbabit tidak berminat untuk mendapatkan pemain sayap Inter Milan, Wesley Sneijder atau pertahanan Chelsea, Ashley Cole. "Kami tidak pernah bercakap dengan Ashley Cole, tidak pernah berhubung dengannya. Carlo Ancelotti (jurulatih PSG) adalah jurulatihnya di Chelsea, itu cerita sebenar yang menjadi punca desas desus ini," kata Leonardo.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Jaringan Watanabe buat Osaka putih mata Posted: 01 Jan 2013 08:12 AM PST TOKYO: Hirofumi Watanabe menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membantu Kashiwa Reysol menewaskan Gamba Osaka, 1-0 pada final Piala Emperor sekali gus menempah tempat ke saingan Liga Juara-Juara AFC. Kemenangan itu menjadi episod balas dendam terbaik buat Kashiwa yang tewas kepada lawan sama dengan jaringan sama pada final empat tahun lalu.
"Sejak Naoya Kondo cedera, saya berazam untuk menjuarai Piala Emperor dan layak ke Liga Juara-Juara AFC," kata Watanabe.
Penjaga gol Takanori Sugeno, seorang daripada tiga pemain pasukan yang tewas empat tahun lalu memastikan Osaka tidak membolosi gawangnya kali ini.
"Ia hasil kerja keras dan pengorbanan diberi pemain dan saya amat gembira bagi mereka. Lawan kami amat kuat, namun berjaya mengekang jentera serangan mereka," katanya. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:11 AM PST LONDON: Penjaga gol Itali, Carlo Cudicini akhirnya akan beraksi di Amerika Syarikat (AS) selepas kelabnya, Tottenham Hotspur bersetuju menjual pemain itu kepada Los Angeles Galaxy. Bekas pemain Chelsea berusia 39 tahun itu menyertai Spurs pada 2009 namun gagal merebut posisi penjaga gol utama di White Hart Lane dengan kehadiran Brad Friedel dan Hugo Lloris.
"Dia menyertai kami dari Chelsea pada Januari 2009 dan membuat 37 penampilan. Kami harap Cudicini menikmati masa depan yang baik." Perpindahan ke LA bakal menyaksikan Cudicini kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukan di Spurs, Robbie Keane, seorang daripada anggota pasukan Galaxy yang muncul juara Piala MLS bersama David Beckham. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| Posted: 01 Jan 2013 08:11 AM PST MANCHESTER: Mario Balotelli akan kekal di Manchester City memandangkan pemilik kelab, Sheikh Mansour adalah peminat nombor satunya. Jendela perpindahan pemain kembali dibuka pagi semalam dengan AC Milan sedia membuat bidaan kepada pemain bermasalah dari Itali itu.
"Balotelli dibeli dengan pelaburan besar dan ini bukan kelab yang membuang duit sesuka hati. Balotelli pasti kekal namun masa depannya bergantung kepada dirinya," katanya.
"Hubungan saya dengan dia sentiasa baik. Saya sukakannya kerana sudah lama kami bersama dan melihat dia membesar. "Namun hubungan profesional kami berbeza dan saya sudah memaklumkan kepadanya apa yang saya mahu daripadanya." Pemain tengah, Samir Nasri tidak akan beraksi apabila memulakan hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas kelabnya memutuskan tidak mahu merayu kad merah dilayangkan terhadapnya akibat menghantuk kepala pemain Norwich, Sebastien Bassong. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| ‘Saingan masih terbuka’ Posted: 01 Jan 2013 08:11 AM PST LONDON: Frank Lampard mendakwa kebangkitan Chelsea sejak akhir-akhir ini membuatkan saingan merebut gelaran Liga Perdana kembali terbuka. Lampard, 34, menjaringkan dua gol ketika membantu Chelsea menewaskan Everton, 2-1di Goodison Park sekali gus melonjakkan skuad Blues ke tangga ketiga.
Empat kemenangan liga berturut-turut meletakkan skuad kendalian Rafael Benitez yang beraksi kurang satu perlawanan hanya 11 mata di belakang pendahulu Manchester United.
"Ia hanya boleh berlaku jika kami mencatat kemenangan namun andai kami mempamerkan prestasi seperti dalam perlawanan liga, kami boleh melakukannya. Kami perlu mengekalkan prestasi dan sikap seperti ini." Dua gol jaringan Lampard di Everton menghangatkan lagi perbualan mengenai masa depan pemain tengah itu apabila belum menerima tawaran baru meskipun kontraknya bakal tamat hujung musim ini.
Cech terpaksa digantikan pada babak pertama menentang Everton selepas mengalami kecederaan otot paha.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/01 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment