Harian Metro: Global |
- Macam Thunderbird
- Satu tangan jaga anak
- 13 dibunuh polis
- Terowong canggih seludup dadah ditemui
- 4 maut dalam insiden tebusan
- Bapa mahu nama anak didedah
- 5 pengganas terbunuh
- Polis Filipina temui bom di luar balai
- Gunung Rinjani ditutup untuk pendaki
| Posted: 06 Jan 2013 01:39 PM PST CALIFORNIA: Sebuah kapal yang akan merevolusikan pengangkutan kargo didedahkan. baru-baru ini. Ia kelihatan seperti pesawat dalam siri televisyen, Thunderbird 2.
Prototaip ini yang dinamakan Dragon Dream berwarna hijau, sama seperti jet pengangkut Penyelamat Antarabangsa yang dikendalikan Virgil Tracy dalam siri kegemaran ramai zaman 60-an itu.
THUNDERBIRD 2 yang asal. Ini adalah permulaan kepada penyelesaian pengangkutan global secara menegak, mungkin untuk 100 tahun akan datang. - Daily Mail Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| Posted: 06 Jan 2013 01:34 PM PST London: Andy, 36, bimbang dia tidak akan memperoleh anak kerana kecederaan teruk yang dialami selepas terpijak jerangkap samar dipasang Taliban di Afghanistan. Tetapi, dia kini berbahagia menjadi bapa yang penyayang kepada William Alexander, menukar lampin, memberi makan dan menyarungkan pakaian kepada bayi itu hanya menggunakan satu tangan.
"Saya tidak terkejut. Apa saja masalah yang dihadapinya, dia akan mencari jalan untuk menanganinya." Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| Posted: 06 Jan 2013 01:34 PM PST Polis Filipina membunuh 13 ahli kumpulan penjenayah dalam tembak-menembak semalam - kejadian ketiga dalam tempoh beberapa hari ketika gesaan menyeluruh supaya kawalan senjata lebih ketat dikenakan di negara itu. Insiden itu tercetus selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua kenderaan cuba merempuh sebuah pos pemeriksaan polis berhampiran bandar Atimonan.
Sebanyak 10 senjata api dirampas daripada kumpulan terbabit, termasuk sepucuk raifal M16.
Data kerajaan menunjukkan, hampir 600,000 orang memiliki senjata api secara haram di seluruh Filipina. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| Terowong canggih seludup dadah ditemui Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST Tijuana: Pihak berkuasa Mexico semalam berkata, mereka menemui satu terowong 'canggih' yang mungkin mahu digunakan untuk menyeludup dadah dan pendatang di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico. Pintu masuk ke terowong berkenaan yang masih dalam pembinaan terletak di sebuah gudang kira-kira 300 meter dari sempadan antara bandar Mexicali di Mexico dan Calexico, California, kata Ketua Polis Mexicali, Marco Antonio.
Pihak berkuasa menemui terowong itu selepas mendapat maklumat daripada orang tidak dikenali. Seorang lelaki ditahan di tempat kejadian. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST Aurora (Colorado): Empat orang, termasuk penyerang bersenjata, terbunuh semalam dalam insiden tebusan di Aurora - bandar yang pernah menyaksikan seramai 12 orang mati dan 58 cedera akibat satu serangan di panggung wayang Julai lalu. Jurucakap polis berkata, selepas hampir enam jam berunding, penjenayah terbabit ditembak mati apabila dia melepaskan tembakan dari tingkap di tingkat dua sebuah rumah bandar yang menjadi kubunya.
|
| Posted: 06 Jan 2013 01:33 PM PST New Delhi: Bapa mahasiswa yang mati selepas dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas Disember lalu mahu nama anaknya didedahkan kepada umum supaya dapat menjadi inspirasi kepada mangsa keganasan seksual lain. Bercakap kepada akhbar Britain, Sunday People, semalam lelaki terbabit berkata dia berharap seluruh dunia mengetahui nama anaknya.
"Saya berbangga dengan apa yang dilakukannya," katanya.
Insiden itu mencetuskan bantahan meluas di India serta negara jirannya.
|
| Posted: 06 Jan 2013 01:32 PM PST Lima lagi suspek pengganas dikaitkan dengan rancangan pengeboman di Poso, di tengah Sulawesi baru-baru ini terbunuh dalam serbuan polis antipengganas nasional, Skuad Densus 88 di dua kawasan di Nusa Tenggara Barat kira-kira 24 jam selepas dua yang lain dibunuh di selatan Sulawesi. Dua daripada suspek terbunuh Jumaat lalu kira-kira jam 7 waktu tempatan apabila polis menyerbu sebuah tempat persembunyian di Sila Rato, wilayah Bima, Nusa Tenggara Barat.
Mayat mereka akan dihantar ke Jakarta segera untuk bedah siasat.
Suspek diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua bulan. Agensi berita Antara melaporkan lima suspek pengganas itu melarikan diri dari Poso beberapa minggu lalu untuk bersembunyi di Bima dan Dompu di Nusa Tenggara Barat.
Polis turut menemui lokasi dipercayai kem latihan untuk memasang bom di Dompu dan merampas 1.5 inci bom paip, termasuk paku dan urea nitrat. Beberapa orang turut ditahan dalam serbuan itu.
|
| Polis Filipina temui bom di luar balai Posted: 06 Jan 2013 01:32 PM PST KIDAPAWAN (Filipina): Polis Filipina semalam berkata, sebutir bom dimatikan di luar balai polis utama di bandar raya selatan negara itu yang sering menjadi sasaran serangan kumpulan pemberontak Islam pada masa lalu. Pegawai penyiasat Ryan Batilo berkata, bom yang mengandungi dua wayar mortar 60 milimeter yang disambung pada bateri dan telefon bimbit itu ditemui seorang anggota polis dekat pagar balai polis di Kidapawan, ibu negara wilayah Cotabato Utara.
Polis berkata, bulan lalu mereka menerima maklumat kemungkinan rancangan pengeboman oleh militan Islam di sesetengah bandar raya di selatan negara itu. - MT Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| Gunung Rinjani ditutup untuk pendaki Posted: 06 Jan 2013 01:32 PM PST Lombok: Gunung berapi Rinjani yang berketinggian 3,726 meter di sini akan ditutup kepada pendaki selama tiga bulan mulai 10 Januari ini hingga 31 Mac depan ekoran cuaca buruk. "Huan lebat menyebabkan laluan ke gunung berapi itu basah, licin dan berkabus. Ia bahaya untuk pendaki," kata Ketua Taman Negara Gunung Rinjani, Agus Sudiono di Mataram semalam sebagaimana dipetik daripada kompas.com.
Pihak berkuasa taman negara itu akan meningkatkan penyeliaan semua laluan pendakian gunung itu, termasuk Senaru di Lombok utara dan Sembalun di Lombok timur. Gunung Rinjani adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinci di Sumatera. Ia menarik kunjungan ribuan pendaki tempatan dan luar negara setiap tahun. - kompas.com Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/07 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment