Harian Metro: Arena |
- Mana wang pampasan?
- Vilanova kembali kerja
- Tae Se sertai Liga-K
- Katanec kendali skuad Slovenia
- Poyet idam aib Magpies
- Chelsea sah tawar tebus kontrak Ba
- Balotelli cetus kemarahan Mancini
- Blues tergamam
- Janji kekal lama di Anfield
- Ghaddar sah sertai Felda United
| Posted: 03 Jan 2013 08:44 AM PST KETIKA kehangatan musim baru makin dirasai, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih belum menerima bayaran pampasan perpindahan 'Pemain Paling Bernilai', Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo yang berhijrah ke Johor Darul Takzim. Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa, melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu itu dan mahu ia segera diselesaikan.
Katanya, walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh membenarkan pemain beraksi sebelum melunaskan pampasan, Kafa tidak memandang remeh isu bayaran pampasan perpindahan.
Annuar berkata, kontrak Mat Yo masih berbaki 13 bulan dengan nilai kira-kira RM400,000.
"Sepatutnya kita tidak perlu membuat tuntutan kerana sedia maklum pemain perlu membayar pampasan apabila berpindah ketika masih mempunyai kontrak. Bagaimanapun Kafa sudah membuat tuntutan tetapi tidak menerimanya hingga kini." Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 03 Jan 2013 08:40 AM PST MADRID: Jurulatih Barcelona, Tito Vilanova kembali bekerja lebih awal daripada jangkaan dan mengendalikan latihan buat kali pertama kelmarin sejak menjalani pembedahan tekak dua minggu lalu. Pengendali berusia 44 tahun itu memerlukan pembedahan kali kedua selepas pembedahan awal mengeluarkan tumor dari kelenjar air liurnya pada November 2011 dan penolong jurulatih, Jordi Roura mengisi tempatnya.
Ramai pemain skuad itu tidak hadir kerana beraksi buat pasukan Catalunya dalam satu perlawanan persahabatan menentang Nigeria, awal pagi semalam.
Penjaga gol, Victor Valdes menarik diri daripada perlawanan menentang Nigeria kerana kecederaan kaki dan berlatih berasingan.
Beliau diketepikan hingga tiga minggu selepas pembedahan pada 2011 sebelum kembali bertugas sebagai pembantu Pep Guardiola dan mengambil alih pasukan apabila rakan karibnya itu meletak jawatan hujung musim lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 03 Jan 2013 08:40 AM PST SEOUL: Penyerang Korea Utara, Jong Tae Se akan menyertai kelab Liga-K, Suwon Samsung minggu depan sekali gus muncul pemain keempat dari utara beraksi dalam liga utama Korea Selatan. Tae Se yang dilahirkan di Jepun namun berasal dari Korea Utara akan meninggalkan kelab divisyen dua Jerman, FC Cologne untuk bermain dengan kelab Liga-K itu, menurut laporan agensi berita Yonhap.
"Dia akan tiba Isnin ini bagi menjalani ujian perubatan." Suwon akan membayar Cologne 300,000 euro (RM1.9 juta) sebagai bayaran perpindahan dan gaji Tae Se sekitar 400 juta won (RM1.14 juta).
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Katanec kendali skuad Slovenia Posted: 03 Jan 2013 08:40 AM PST LJUBLJANA: Bekas pemain antarabangsa Yugoslavia, Srecko Katanec dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Slovenia buat kali kedua, menurut persatuan bola sepak negara itu kelmarin. Bekas pertahanan VfB Stuttgart dan Sampdoria berusia 49 tahun itu akan dilantik secara rasmi hari ini.
Katanec sebelum ini melatih Slovenia antara 1998 dan 2002, mengemudi bekas republik Yugoslavia itu ke pusingan akhir Kejohanan Eropah 2000 dan Piala Dunia 2002.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 03 Jan 2013 08:39 AM PST LONDON: Bekas pemain Uruguay, Gus Poyet yang pernah memenangi Piala FA bersama Chelsea menganggap kejohanan itu paling hebat di dunia dan minggu ini skuad kendaliannya, Brighton bersama kelab kerdil lain akan turun beraksi dengan misi untuk memalukan pasukan Liga Perdana. Anak buah Poyet yang bermain di Liga Kejuaraan (divisyen dua) akan beraksi pada pusingan ketiga kejohanan tertua dunia itu menentang pasukan elit, Newcastle United esok iaitu perlawanan yang diibaratkan pertembungan ulangan pusingan keempat tahun lalu yang dimenangi Brighton.
Perlawanan lain membabitkan pertembungan antara pasukan Liga Perdana pula menyaksikan Chelsea bertandang ke Southampton dan pendahulu Liga Perdana, Manchester United mempunyai misi ke West Ham esok manakala Swansea menanti kunjungan Arsenal, Ahad ini.
"Di Uruguay tidak ada kejohanan seperti ini dan Sepanyol pula ada Piala Raja Sepanyol namun Piala FA tetap yang terhebat di dunia." Sebagai pemain, Poyet membantu Chelsea memenangi Piala FA pada 2000 dan sejak itu kelab London itu muncul juara empat kali termasuk tahun lalu sekali gus membolehkan mereka mengumpul tujuh trofi kejuaraan.
"Kami memiliki ramai pemain yang boleh beraksi. Shinji Kagawa diturunkan menentang Wigan dan Tom Cleverley yang jarang diberi peluang, bersemangat untuk beraksi," kata Ferguson.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Chelsea sah tawar tebus kontrak Ba Posted: 03 Jan 2013 08:39 AM PST LONDON: Chelsea diberi lampu hijau untuk mengadakan perbincangan dengan penyerang Newcastle United, Demba Ba selepas mengemukakan tawaran bagi menebus kontrak pemain itu. Chelsea kini boleh berbincang dengan penyerang Senegal berusia 27 tahun itu selepas bersetuju dengan bayaran �7 juta (RM34 juta) yang terkandung dalam kontrak.
"Newcastle mengesahkan Chelsea sudah membuat tawaran rasmi bagi menebus kontrak Ba," umum Newcastle semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Balotelli cetus kemarahan Mancini Posted: 03 Jan 2013 08:39 AM PST MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini terbabit dengan pergaduhan di padang latihan dengan penyerang panas baran, Mario Balotelli, semalam. Media melaporkan, penyerang Itali, Balotelli mencetus kemarahan Mancini apabila didakwa sengaja melakukan terjahan keras ke atas pemain tengah, Scott Sinclair dan kedua-duanya bertengkar sebelum dileraikan.
Bulan lalu, Balotelli didenda �340,000 (RM1.66 juta) kerana tingkah laku di dalam mahupun di luar padang tapi Mancini berkata, sedia memberikannya satu lagi peluang.
Mancini makin menyampah dengan Balotelli yang merudum prestasinya musim ini namun menegaskan rakan senegaranya itu tidak akan dijual ketika pasaran perpindahan pemain bulan ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 03 Jan 2013 08:38 AM PST LONDON: Bekas pemain Chelsea, Shaun Wright-Phillips mengecewakan kelab lamanya apabila menjaringkan gol pada minit ke-78 sekali gus membantu Queens Park Rangers mengejutkan juara Eropah, Queens Park Rangers (QPR) pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam. Pemain berusia 31 tahun itu meledak gol tunggal perlawanan di Stamford Bridge dan kelab bimbingan Harry Redknapp kini hanya ketinggalan lima mata daripada zon selamat sekali gus menghalang Chelsea merampas kembali tangga ketiga daripada Tottenham.
Penjaga gol QPR, Julio Cesar bertindak cemerlang menyelamatkan cubaan Fernando Torres menakala jaringan Frank Lampard dibatalkan kerana ofsaid, namun Chelsea sememangnya beraksi di bawah tahap sebenar.
"Senario itu menyebabkan kami gagal mengatasi lawan yang beraksi dengan teratur," kata Benitez.
Papiss Cisse meledak gol Magpies pada minit kedua tapi Leighton Baines berjaya menyamakan kedudukan sebelum pemain gantian, Victor Anichebe menjaringkan gol kemenangan buat Everton.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Posted: 03 Jan 2013 08:37 AM PST LONDON: Liverpool menyempurnakan pembelian penyerang antarabangsa England, Daniel Sturridge dari Chelsea yang menandatangani kontrak jangka panjang. Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Chelsea dari Manchester City pada 2009 tapi gagal menyerlah di Stamford Bridge dan sekadar menjadi pemain gantian musim ini.
"Saya bukan hadir di sini untuk bermain selama beberapa tahun dan kemudian berhijrah.
"Dia juga dahagakan kemenangan dan pemain seperti inilah yang kami inginkan. Sturridge mungkin sedar ini peluang terbaiknya beraksi bersama kelab besar." Sturridge yang akan menggunakan jersi nombor 15 di Anfield, adalah pembelian pertama Liverpool pada musim perpindahan bulan ini dan nilai pembeliannya dilapor �12 juta (RM58.9 juta). - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| Ghaddar sah sertai Felda United Posted: 03 Jan 2013 08:36 AM PST TEKA-teki siapakah seorang lagi pemain import Felda United bagi mengharungi kempen Liga Super bermula 8 Januari ini akhirnya terjawab apabila bekas penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar sah menyertai pasukan berstatus kelab itu. Pemain berusia 29 tahun itu yang ditemui pada majlis memperkenalkan pegawai dan pemain Felda United malam tadi berkata, dia memilih kelab yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10 musim lalu kerana mahu membantu pasukan itu meraih keputusan lebih baik musim ini.
Ghaddar sudah menandatangani kontrak bersama Felda United selepas tamat saingan Liga Malaysia musim lalu sebelum pulang ke Lubnan.
Sebelum ini timbul persoalan mengenai status pemain Lubnan itu apabila dilihat menyaksikan sesi latihan Felda United di Bangi, Isnin lalu.
Felda United meraih keputusan positif ketika mengharungi perlawanan persahabatan di Bangkok baru-baru ini apabila berjaya menewaskan Bangkok United 3-1 dan seri 1-1 dengan BEC Tero Sasana. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/04 |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment