Harian Metro: Global |
- 900kg ganja dalam sardin beku
- Gigit zakar jiran sampai berdarah
- Kawasan perkuburan Islam diconteng Nazi
- Usaha selamat mangsa sukar
- Perusuh bakar balai polis
- Ketua samseng didenda 64 sen, penjara 4 bulan
- Militan maut bom dipegang meletup
- Masa depan jadi tanda tanya
- Pesawat Presiden Bolivia disyaki bawa Snowden dipaksa mendarat
- Amah saji teh dicampur air kencing
| Posted: 03 Jul 2013 08:55 AM PDT Madrid: Apabila polis Sepanyol merampas kontena berisi ikan sardin beku di Marbella kelmarin, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku. Perasaan syak mereka terbukti betul apabila mereka membuka kontena dan menemui 900 kilo ganja yang dianggar bernilai RM18 juta tersembunyi di bawah ikan beku itu. Operasi itu yang dinamakan Maria membawa kepada penangkapan 14 suspek penyeludup dan rampasan dadah itu.
Dari situ, ia dihantar ke sebuah vila mewah di Marbella, selatan Sepanyol, tempat polis melancarkan serbuan dan merampas sardin berkenaan.
DADAH yang disorok dalam ikan sardin. |
| Gigit zakar jiran sampai berdarah Posted: 03 Jul 2013 08:46 AM PDT London: Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi. Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.
Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya "tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya." "Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi," katanya.
Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu "tidak menyenangkan" untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.
"Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.
|
| Kawasan perkuburan Islam diconteng Nazi Posted: 03 Jul 2013 08:45 AM PDT London: Selepas masjid, kini kawasan perkuburan Islam menjadi sasaran serangan kumpulan berhaluan pelampau di Btritain. Anggota kumpulan berkenaan baru-baru ini menconteng lambang swastika, 'pembunuhan Lee Rigbny,' dan 'kuasa kulit putih' pada empat batu nesan di tanah perkuburan umat Islam di New Port, Wales Selatan.
Setiausaha Persatuan Islam Wales, Mubarak Ali, menyelar perbuatan itu dan menggesa masyarakat Islam di Wales bertenang dan tidak bertindak membalas dendam.
|
| Posted: 03 Jul 2013 08:41 AM PDT Blang Mancung (Indonesia): Penyelamat semalam terpaksa berdepan kesukaran melepasi tanah runtuh dan laluan terhalang untuk tiba ke tempat mangsa gempa bumi di wilayah Aceh yang membunuh sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk beberapa kanak-kanak yang terkorban apabila sebuah masjid runtuh. Lebih 200 orang turut cedera di kawasan pedalaman dan pergunungan Aceh apabila gempa bumi sekuat 6.1 magnitud berlaku kelmarin dan menyebabkan banyak bangunan ranap selain bencana tanah runtuh, Di Kampung Blang Mancung, Aceh Tengah, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut apabila sebuah masjid runtuh ketika mereka membaca al-Quran.
Bagaimanapun, sehingga semalam tiada mayat lain ditemui di situ.
Subhan berkata, mereka berdepan masalah kekurangan bekalan makanan dan air bersih.
|
| Posted: 03 Jul 2013 08:40 AM PDT Sumatera Selatan: Perusuh membakar dua balai polis di wilayah ini selepas polis menembak mati seorang lelaki disyaki perompak. "Dua balai polis, satu di daerah Rupit dan satu di Rawas Ulu, dibakar," kata jurucakap polis Sumatera Selatan, Djarod Padakova, semalam.
Serangan berlaku kelmarin, sehari selepas pasukan polis Indonesia meraikan ulang tahun ke-67. Balai polis di Rupit pernah musnah selepas dibakar April lalu berikutan pertelingkahan mengenai penubuhan sebuah kawasan pilihan raya baru.
HH dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam beberapa rompakan.
Polis turut merampas pistol buatan sendiri daripada mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital.
|
| Ketua samseng didenda 64 sen, penjara 4 bulan Posted: 03 Jul 2013 08:40 AM PDT Jakarta: Ketua samseng yang pernah menguasai Tanah Abang, Hercules Rozario Marshal, bakal bebas seminggu lagi selepas dihukum penjara selama empat bulan dan denda 64 sen kerana menghasut rusuhan antipolis di Kembangan, Jakarta Barat. Mahkamah Daerah Jakarta Barat membuat penghakiman itu, semalam.
Hakim Kemal Tampubolon berkata, defendan disabitkan kesalahan mengugut untuk mencederakan anggota keselamatan. Rakan Hercules, M Sidik yang juga bekas pemimpin Forum Komunikasi Betawi (Forkabi) turut dikenakan hukuman sama. Hercules mengetuai rusuhan di Kembangan dengan merosakkan tingkap kedai sebagai membantah arahan polis membubarkan kumpulan samsengnya yang berselindung di sebalik nama Gerakan Rakyat Indonesia Baru.
|
| Militan maut bom dipegang meletup Posted: 03 Jul 2013 08:39 AM PDT Manila: Seorang lelaki disyaki militan mati selepas bom yang dibawanya dengan motosikal meletup. Jurucakap tentera, Carlito Galvez berkata, motosikal yang dinaiki suspek, Reynald Sapilin musnah dalam kejadian di ladang getah berhampiran bandar Lamitan di Pulau Basilan, yang pernah dikuasai kumpulan Abu Sayyaf.
Menurut jurucakap itu, Sapilin dilihat memegang bom berkenaan yang disembunyikan dalam beg galasnya apabila ia meletup. - AP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
| Posted: 03 Jul 2013 08:38 AM PDT Kaherah: Masa depan Mesir kini menjadi tanda tanya selepas Presiden Mohamed Mursi enggan meletak jawatan, beberapa jam selepas tempoh diberi tentera untuk beliau berundur berakhir, semalam. Ketika waktu untuk Mohamed Mursi "memenuhi tuntutan rakyat" semakin hampir berakhir pada jam 4.30 petang (10.30 malam tadi), sumber berkata, pegawai atasan tentera berkumpul untuk menyertai mesyuarat tergempar. Dalam ucapan disiar stesen televisyen pagi semalam, Mohamed Mursi berkata, dia dipilih secara bebas untuk membawa negara bermasalah itu menjadi lebih baik berbanding setahun lalu dan bertekad untuk melaksanakan tugas berkenaan. "Satu-satunya alternatif untuk menghormati kesahihan perlembagaan presiden adalah pertumpahan darah yang berlanjutan," katanya. Sementara itu, komander kanan tentera bertemu semalam dan bersumpah untuk mempertahankan Mesir dengan nyawa mereka.
"Kami bersumpah kepada Tuhan akan berkorban dengan darah demi Mesir dan rakyatnya menghadapi semua pengganas, pelampau dan orang jahil," kata mereka. Tentera dijangka mengeluarkan kenyataan apabila tempoh 48 jam diberikan kepada Mursi berakhir. Satu mesej dipos melalui Twitter rasmi Mohamed Mursi menggesa tentera supaya berundur. "Presiden bertegas bahawa dia mempunyai mandat melalui perlembagaan dan menolak sebarang usaha mengatasinya.
|
| Pesawat Presiden Bolivia disyaki bawa Snowden dipaksa mendarat Posted: 03 Jul 2013 08:37 AM PDT Vienna: Bolivia mendakwa Austria bertindak melampau apabila memeriksa kapal terbang Presiden Evo Morales semalam dan menyalahkan Washington kerana memaksa pesawat itu mendarat di Vienna gara-gara mengesyaki ia dinaiki bekas ejen perisik AS, Edward Snowden. Pesawat Morales terkandas beberapa jam di lapangan terbang selepas Portugal dan Perancis tiba-tiba membatalkan kebenaran untuknya melalui ruang udara masing-masing.
Sejak menjadi buruan AS, Snowden cuba mencari mana-mana negara yang sanggup memberi perlindungan kepadanya. Bagaimanapun, sehingga ini masih belum ada negara yang bersedia menimbang permohonannya jika dia berbuat demikian. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
| Amah saji teh dicampur air kencing Posted: 03 Jul 2013 08:36 AM PDT Hong Kong: Kerana tidak tahan dipaksa bekerja dengan teruk, seorang pembantu rumah menyajikan air teh yang dicampurkan dengan air kencingnya dan air bekas basuh baju kepada majikannya. Akhbar South China Morning Post melaporkan, pembantu rumah berusia 22 tahun itu ditangkap selepas majikannya menyedari bau ganjil pada minumannya.
Pembantu rumah terbabit kini berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah terhadap tuduhan mencampurkan bahan berbahaya ke dalam makanan.
"Saya hanya mencampurkan sesudu air kencing ke dalam teh sebelum menyajikan minuman kepada keluarga itu. Saya lakukannya tujuh hari sebulan," kata amah terbabit.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment