Harian Metro: Setempat |
- Sempat ajar suami mengucap
- Maut didera kekasih ibu
- Amukan pengkid kerana cinta terlarang
- Tak sempat bunuh diri
- Empat perompak ditahan dalam tempoh 12 jam
| Posted: 06 Jul 2013 12:33 PM PDT Port Dickson: Perjalanan sepasang suami isteri untuk membeli barangan keperluan menyambut Ramadan berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Teluk Temang berdepan Sekolah Agama Rakyat Awaludin, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi, penunggang motosikal, Zakaria Tamin, 66, maut di tempat kejadian manakala isterinya yang juga pembonceng, Sariah Kantan, 58, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Sariah berkata, dia bersama suami dalam perjalanan ke Teluk Kemang dari rumah mereka di Kampung Sungai Raya, di sini, untuk membeli barangan keperluan bagi menyambut Ramadan. "Motosikal ditunggang suami bergesel dengan sebuah lagi motosikal, menyebabkan suami hilang kawalan dan terjatuh. SARIAH di sisi mayat suaminya, Zakaria yang maut dalam kemalangan di Telok Kemang.
Katanya, dia tidak menyangka ajakan suaminya untuk pergi membeli barang adalah petanda dia akan kehilangan ketua keluarga itu.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan awal mendapati, motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang Zakaria dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha dari arah sama. "Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala isterinya cedera ringan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
|
| Posted: 06 Jul 2013 12:28 PM PDT Padawan: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan akhirnya menghembus nafas terakhir selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Umum Sarawak (HUS) dipercayai didera teman lelaki ibunya di rumah mereka di Batu 15, Jalan Kuching-Serian, di sini. Mangsa dikenali sebagai Dennis dimasukkan ke hospital berkenaan, Khamis lalu, oleh ibu saudaranya selepas menemui kesan lebam di dada dan mukanya.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Pauzi Bujang berkata, ibu mangsa berusia 28 tahun tinggal bersama teman lelakinya dan seorang lagi anak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Batu 15 di sini.
"Apabila ditanya, suspek tidak mengendahkannya dan wanita itu membawa bayi terbabit ke HUS untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.
Doktor menasihatkan wanita itu membuat laporan di Balai Polis Batu 10, kelmarin.
|
| Amukan pengkid kerana cinta terlarang Posted: 06 Jul 2013 12:27 PM PDT Muadzam Shah: Berang apabila hubungan terlarangnya tidak mendapat restu, seorang pengkid mencurah petrol ke rumah teman wanitanya sebelum membakarnya dengan niat mahu membunuh keluarga teman wanitanya di FELDA Keratong, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 2 pagi, suspek berusia 21 tahun datang ke rumah teman wanitanya sambil membawa sebotol petrol.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Ahmad Johari Jahaya berkata, selepas meninjau lokasi rumah mangsa, suspek mencurah petrol ke sebuah bilik rumah mangsa sebelum menyalakan api.
"Siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal di FELDA sama bertindak sedemikian selepas hubungannya ditentang keluarga mangsa.
Ahmad Johari berkata, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 06 Jul 2013 12:27 PM PDT Sibu: Suspek utama yang juga suami serta bapa kepada tiga beranak yang dibunuh di sebuah rumah di Pulau Li Hua, di sini, pagi kelmarin, tidak sempat membunuh diri selepas kehadirannya disedari orang awam sebelum ditahan berdepan stesen minyak di Batu 5, Jalan Sibu-Bintulu, malam kelmarin. Suspek dikatakan tertidur dalam pacuan empat roda dipandunya, dipercayai akibat keletihan, malah sempat membeli hos untuk menyalurkan asap daripada ekzos ke dalam kenderaan dalam cubaan membunuh diri.
Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diketuai Asisten Superintendan Yeoh Chun Shyan bergegas ke lokasi dimaklumkan sebelum menahan suspek jam 7.30 malam.
"Ketika ditahan, enjin dimatikan dengan barang berkenaan masih disimpan dalam kenderaan.
Polis mendapat perintah reman tujuh hari bermula semalam di Mahkamah Majistret Sibu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
|
| Empat perompak ditahan dalam tempoh 12 jam Posted: 06 Jul 2013 12:26 PM PDT Baling: Keseronokan empat lelaki melarikan wang tunai dan barangan lain termasuk telefon bimbit bernilai RM700, dari sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin, tidak bertahan lama apabila dicekup polis dalam tempoh hanya 12 jam. Kejadian dipercayai berlaku jam 5.45 pagi apabila empat lelaki berusia 19 hingga 26 tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora meluru masuk ke premis terbabit dengan seorang bersenjatakan parang.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, mangsa berada di kaunter juruwang, manakala rakannya menyusun barang apabila empat lelaki itu masuk dengan mengacu parang serta meminta wang.
"Sebelum melarikan diri, lelaki berkenaan turut merampas telefon bimbit mangsa bernilai RM600 dan menaiki kenderaan Proton Exora berwarna hitam dengan nombor pendaftaran KCT 2112 menuju ke arah Sungai Petani," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, suspek pertama berusia 19 tahun ditahan di depan Kompleks Centre Square Sungai Petani, jam 3 petang, dan polis turut menemui parang, rokok, kondom serta coklat yang dicuri di premis berkenaan yang disimpan di rumahnya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment