Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Bergaduh sampai bogel

Posted: 25 Jul 2013 01:32 PM PDT

Beijing: Sepasang kekasih muda China bergaduh dengan menanggalkan pakaian dan berbogel di tengah jalan raya yang sibuk, semalam.

Sambil berdiri di tengah jalan dan menjerit ke arah satu sama lain si lelaki bertindak menanggalkan pakaian terlebih dulu sebelum diikuti teman wanitanya.


Insiden memalukan itu berlaku di jalan raya di Dongguan, wilayah Guangdong. Yang peliknya, pengguna jalan raya dan orang yang lalu lalang di situ tidak mempedulikan kelakuan mereka walaupun wanita terbabit bertelanjang bulat di tengah jalan. Saksi, Jiang Dayu sempat merakam aksi pasangan berkenaan dengan menggunakan telefon bimbitnya. "Pasangan itu mula bergaduh di tepi jalan sebelum beralih ke tengah jalan.

"Mereka tidak mengendahkan kesesakan jalan raya walaupun pemandu membunyikan hon dan terpaksa mengelak daripada melanggar mereka," katanya.


Walaupun pergaduhan agak sengit, tetapi pasangan terbabit akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar dari tempat itu.


Wanita terbabit dilihat masih tidak berpakaian ketika meninggalkan tempat berkenaan. - Agensi

Foto

SI lelaki mula menanggalkan pakaian sebelum diikuti oleh teman wanitanya.

Foto

PASANGAN itu akhirnya berdamai dan saling berpelukan sebelum beredar.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

William, Kate namakan anak George Alexander Louis

Posted: 25 Jul 2013 09:45 AM PDT

London: Putera William dan isteri, Kate semalam menamakan anak mereka George Alexander Louis.

George, nama enam raja Britain sebelum ini menjadi pilihan ketika spekulasi beredar mengenai nama putera itu.

Nama itu diberikan kepada putera berkenaan mungkin juga sebagai penghormatan terhadap nama bapa Ratu Elizabeth iaitu Raja George VI yang memerintah dari 1936 hingga kematiannya pada 1952.

Bayi baru dilahirkan itu yang juga pewaris ketiga takhta Britain kini secara rasminya dikenali sebagai Prince George of Cambridge sempena bapa dan ibunya, Duke dan Duchess of Cambridge.


Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam selepas ratu bertemu dengan cicitnya di Istana Kensington buat kali pertama selepas dilahirkan Isnin lalu.


Ia mendorong kepada spekulasi bahawa Elizabeth merestui nama itu.

Kate dan William, masing-masing berusia 31 tahun dan putera cilik mereka berlepas ke kediaman ibu bapa Kate di Berkshire, pinggir London selepas singgah di Istana Kensington sebaik keluar dari hospital.

"Duke dan Duchess of Cambridge gembira untuk mengumumkan bahawa mereka menamakan anak lelaki mereka George Alexander Louis.

"Bayi itu akan dikenali sebagai Prince George of Cambridge," menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Kensington.

Media Britain menyokong keputusan William dan Kate, dengan Daily Telegraph semalam berkata, nama itu menandakan "kuasa mutlak raja".

Bayi itu secara automatik tidak akan menjadi Raja George VII apabila menaiki takhta, kerana terdapat laporan bahawa bapa William, Putera Charles akan menggunakan gelaran itu apabila dia menggantikan Ratu Elizabeth kelak. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Hempas budak sebab tak dapat parkir

Posted: 25 Jul 2013 09:44 AM PDT

Beijing: Seorang lelaki China sanggup menghempas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ke tanah, menyebabkan mangsa mati selepas ibunya enggan memberi laluan kepada lelaki itu meletakkan keretanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Han mahu meletakkan keretanya dekat perhentian bas, tetapi kereta wanita terbabit tidak bergerak kerana dia sedang melayan anak perempuannya ketika itu, lapor Beijing Times.

Han, 40, keluar dari kereta Hyundai Sonata dan memukul wanita itu sebelum merenggut kanak-kanak berkenaan dari tempat duduk bayi, mengangkatnya lalu menghempasnya ke tanah.

"Kanak-kanak itu tidak bersuara ketika jatuh ke tanah, malah tidak menangis pun," lapor akhbar itu.


Seorang lagi lelaki keluar dari kereta itu dan turut membelasah ibu mangsa sebelum mereka melarikan diri.


Polis berjaya menahan Han yang dikatakan baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman kerana mencuri. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

78 maut dalam nahas kereta api

Posted: 25 Jul 2013 09:42 AM PDT

Santiago de Compostela: Seramai 77 orang terbunuh selepas sebuah kereta api tergelincir di satu selekoh sebelum tiba di bandar raya ini, semalam.

Jurucakap pegawai kehakiman, Maria Pardo Rios berkata, 73 mayat ditemui di tempat kejadian sementara lima mati di hospital.


Sekurang-kurangnya 141 orang cedera apabila kereta api lapan gerabak itu yang membawa 218 penumpang tergelincir kira-kira jam 8.41 malam kelmarin (2.41 pagi waktu Malaysia semalam.) Ia adalah kemalangan kereta api paling buruk di Sepanyol sejak 1972 apabila sebuah kereta api bertembung dengan sebuah bas di barat laut negara itu, menyebabkan 86 orang mati dan 112 cedera.

Pasukan penyelamat menghabiskan masa sepanjang malam menyelongkar gerabak yang terbalik di sepanjang landasan di tempat kejadian. Maria tidak menolak kemungkinan banyak lagi mayat ditemui di tempat kemalangan.


Pemandangan di tempat kemalangan sebaik kejadian disifatkan sebagai mengerikan dengan sekurang-kurangnya sebuah gerabak terbakar dan sebuah lagi pecah dua ketika penduduk di kawasan sepanjang landasan cuba membantu mengeluarkan mangsa.


Pekerja menyelamat menempatkan mayat yang diselubung di sepanjang landasan dan beberapa penumpang ditarik keluar dari tingkap yang pecah.

Rakaman televisyen menunjukkan seorang lelaki di atas sebuah gerabak cuba memecahkan tingkap dengan mengguna kapak. Penduduk berkata, penyelamat lain menggunakan batu.


Syarikat pengendali kereta api Renfe dalam satu kenyataan berkata, beberapa kakitangannya juga berada dalam kereta api itu ketika ia tergelincir kira-kira 4 kilometer dari Santiago de Compostela, yang juga menjadi tempat kelahiran Perdana Menteri Mariano Rajoy.

Sementara itu, pegawai membatalkan festival keagamaan yang menarik kunjungan puluhan ribu penganut Kristian dari seluruh dunia. Mereka berhimpun di situ untuk menghomati St James, pengikut Jesus yang mayatnya dikatakan dikebumikan di bandar itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Mahu eksport kahwin sejenis

Posted: 25 Jul 2013 09:42 AM PDT

London: David Cameron semalam berikrar untuk "mengeksport" perkahwinan sejenis ke seluruh dunia ketika mengadakan parti meraikan kejayaan perundangan mengenai isu itu.

Menurut Perdana Menteri Britain itu, kelulusan perundangan yang menghalalkan perkahwinan sejenis di negara berkenaan menjadi kebanggaan peribadinya. Bercakap kepada hadirin, Cameron berkata, Britain kini menjadi "tempat terbaik di dunia bagi golongan gay, lesbian atau transgender (golongan yang menjalani pembedahan menukar jantina)." "Secara peribadi saya berbangga dengan kejayaan ini.


"Saya fikir ia adalah langkah yang sangat baik dan pasukan yang mengelolakan proses kelulusan undang-undang itu akan diberi tugasan semula kerana, sudah pasti, seluruh dunia sedang menyaksikan ini dan kita menetapkan satu contoh bagaimana meluluskan undang-undang yang baik pada waktu yang baik," katanya.

Antara tetamu majlis itu ialah penyampai BBC, Clare Balding dan teman wanitanya - bekas penyampai berita - Alice Arnold.


Kata Cameron banyak negara mahu meniru langkah Britain ketika ini.


"Saya bercakap mengenai cara mengeksportnya dengan lebih. Justeru saya akan mengeksport pakar penggubal undang-undang ini.

"Saya yakin mereka mampu ke seluruh dunia," katanya. Undang-undang mengenai perkahwinan sejenis diluluskan Parlimen walaupun mendapat bantahan keras pembangkang, termasuk ahli politik dari Parti Konservatif yang diwakili Cameron sendiri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

Mujur tidak putus kepala

Posted: 25 Jul 2013 09:36 AM PDT

Samut Prakan: Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.


Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius.

Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/26

No comments:

Post a Comment