Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Aksi karaoke paling bahaya

Posted: 18 Jul 2013 07:52 AM PDT

London: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aksi berani yang dilakukan di depan kamera.

Tetapi, kini dia pula mengenakan orang lain.

Steve kini menjadi pengacara bagi rancangan baru, Killer Karaoke yang menyaksikan enam peserta menjadi mangsa bulinya.

Peserta akan dipaksa menyanyi sementara diserang anjing yang mengawal atau berjalan melalui pokok kaktus.

Foto

SEORANG peserta membuat persembahan dalam tangki berisi ular.


Gambar ini menunjukkan seorang wanita menangis selepas dimasukkan dalam tangki berisi ular untuk persembahannya. Seorang lagi dikenakan renjatan elektrik.


Tiga peserta akan mengambil bahagian dalam persembahan peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai £7,000 (RM34,000). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Lakukan seks dengan kucing

Posted: 18 Jul 2013 07:43 AM PDT

Oklahoma City: Disebabkan berasa terancam, seorang wanita mengugut untuk menikam jirannya kerana menyangka lelaki warga emas itu membocorkan rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing.

Menurut media, Kristina Michelle Brown, 23, dituduh menyerang Elmer Morrison, 72, menggunakan sebilah pisau.


Ketika disoal siasat polis, Kristina berkata, dia berang apabila rahsianya mengadakan hubungan seks dengan kucing diketahui ramai. Morrison pula mendakwa, Kristina berdiri di tepi pagar yang memisahkan rumah mereka sambil menjerit meminta dia keluar. Kata Morrison, Kristina ketika itu memegang sebilah pisau dan bertanya: "Adakah anda mahu mati?" Kristina dari Oklahoma City berkata, dia sangat berang apabila Morrison membongkar rahsianya kepada orang lain di kawasan mereka menetap.

Namun Morrison yang merupakan pesara jurujual menafikan perkara itu.


"Saya tidak tahu menahu apa-apa mengenai aktiviti Kristina dengan kucingnya," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

RM386,000 dalam stokin

Posted: 18 Jul 2013 07:42 AM PDT

San Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stokinnya.

Antonio Rakigjija, 51, dan anaknya, Franco sebelum itu ditahan untuk pemeriksaan selepas pegawai kastam menemui sebotol kecil ganja di tempat duduk belakang keretanya.


Kedua-dua lelaki itu yang berkata tidak mempunyai apa-apa untuk diisytiharkan, memberitahu pegawai mereka berada di Mexico atas urusan perniagaan. Ketika pegawai melakukan pemeriksaan, Rakigjija tiba-tiba mengaku ada wang dalam stokin yang didakwa untuk urusan perniagaan. Jumlah wang itu mengejutkan pegawai dan dia ditahan atas tuduhan menyeludup wang tunai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Cadangan saja

Posted: 18 Jul 2013 07:42 AM PDT

Jakarta: Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia tetap membenarkan semua jemaah haji yang sudah diluluskan pemergian mereka berlepas ke tanah suci Oktober ini.

Ia akan dilakukan walaupun pegawai Arab Saudi mengeluarkan amaran tegas mengenai kemungkinan ada jemaah yang mudah dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) yang setakat ini sudah meragut 40 nyawa.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi, menerusi laman sesawangnya Sabtu lalu menggesa golongan tua, yang sakit tenat, wanita hamil dan kanak-kanak menangguhkan hasrat mereka untuk menunaikan haji tahun ini kerana bimbang dijangkiti virus itu.

Indonesia yang sudah dikenakan pengurangan 20 peratus dalam bilangan jemaah tahun ini tidak merancang melaksanakan syarat tambahan ke atas calon haji.

Setakat ini, kementerian itu sudah pun menyekat bakal jemaah yang sakit tenat daripada menunaikan ibadah itu.

Ketua Pengarah kementerian, Anggito Abimanyu, menyifatkan amaran Kementerian Kesihatan Arab Saudi itu sebagai cadangan.

"Apa yang saya tahu, ia hanya cadangan. Kita tidak perlu patuh. Semua yang tersenarai akan menunaikan haji tahun ini," kata Anggito.

Kira-kira 168,000 penduduk Islam Indonesia akan berlepas ke Makkah Oktober ini. Negara itu memegang kuota terbesar haji di dunia, tetapi giliran menunggu untuk melaksanakannya boleh melebihi 10 tahun.

Tahun lalu, 382 jemaah Indonesia meninggal dunia di tanah suci. Kebanyakannya sudah melebihi 60 tahun.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Indonesia berkata, ia memantau keadaan di Makkah sejak awal Ramadan. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Penerbit video cinta Yingluck akan disaman

Posted: 18 Jul 2013 07:41 AM PDT

Bangkok: Tentera Thai semalam mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit video muzik yang mempamerkan panglima tentera negara itu, Prayuth Chan-ocha dan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Video itu yang dimuatnaik ke Youtube oleh 'korkon astv,' mengandungi pelbagai gambar Prayuth dan Yingluck menghadiri acara rasmi bersama diiringi dengan lagu cinta 'Song Rao' (Kita Berdua).


Timbalan Jurucakap Tentera Winthai Suwaree menyifatkan mereka yang bertanggung jawab menerbitkan video itu sebagai biadap kerana menggunakan imej pemimpin negara dan ketua tentera yang bekerja untuk kepentingan rakyat dan cuba memfitnah kononnya mereka mempunyai hubungan sulit.

"Tindakan ini bukan untuk memberi penghormatan kepada orang yang bertanggung jawab itu. Pihak tentera mahu mereka menarik balik video itu atau berdepan tindakan undang-undang," kata Winthai. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Jokowi akan menang mudah

Posted: 18 Jul 2013 07:40 AM PDT

Jakarta: Gabenor Jakarta Joko Widodo atau Jokowi masih menjadi orang yang perlu ditumpaskan pada pilihan raya presiden tahun depan, menurut hasil kaji selidik yang disiarkan semalam.

Jokowi dari Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) menjadi calon pilihan untuk 26 peratus 1,200 responden di 30 wilayah yang diliputi kajian Pusat Data Bersatu (PDB).


Menjadi pilihan kedua ialah Prabowo Subianto, pesara tentera berpangkat jeneral dan pengasas bersama parti Gerakan Indonesia Raya (20 peratus) dan Pengerusi PDI-P, Megawati Sukarnoputri (13 peratus).

Kedudukan itu tidak berubah daripada kajian yang dilakukan PDB pada Januari.


Pakar ekonomi yang juga pengerusi PDB Didik Rachbini berkata, sekiranya pilihan raya diadakan semalam, Jokowi dengan mudah akan menang.


"Beliau individu mempunyai peluang terbaik memenangi pilihan raya itu ketika ini. Tetapi, keadaan boleh berubah, seperti jika beliau dilihat gagal mentadbir Jakarta atau momentum media dan media sosial dibelakangnya mengubah haluan," katanya. Kajian PDB itu juga mengenalpasti PDI-P dan Golkar akan menang pada pilihan raya umum tahun depan, meninggalkan Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Boleh terus bekerja

Posted: 18 Jul 2013 07:39 AM PDT

Kuala Lumpur: Thailand dan Malaysia mencapai kata sepakat membenarkan penduduk Islam Thai yang tidak mempunyai dokumen perjalanan terus bekerja di restoran Tom Yam di Malaysia.

Duta Thai ke Malaysia Krit Kraichitti berkata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra baru-baru ini membangkitkan isu berkenaan dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, kerajaan Thai meminta bantuan Kuala Lumpur memberi perjatian kepada nasib rakyat muda negara itu yang bekerja di rangkaian restoran terbabit.

Terdapat sekurang-kurangnya 150,000 penduduk Islam Thai bekerja di restoran berkenaan tanpa permit.


Sebahagian mereka disyaki terbabit dengan gerakan pemisah di wilayah Selatan Thai. Perisik Thai mengesan beberapa penduduk Islam negara itu melarikan diri ke Malaysia bagi mengelak daripada ditangkap.


Namun, ada yang hanya menyeberang sempadan semata-mata untuk bekerja. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Pulau makanan diberi percuma

Posted: 18 Jul 2013 07:38 AM PDT

Patna: Beribu-ribu murid semalam enggan makan makanan percuma kerana bimbang mengalami keracunan sama seperti 22 kanak-kanak yang mati selepas makan hidangan tengah hari yang mengandungi racun serangga.

Murid berusia empat hingga 12 tahun itu mati selepas makan nasi, sayur dan kekacang yang dimasak di sebuah sekolah di kampung dekat Bihar Selasa lalu.

Kira-kira 30 murid masih dirawat di hospital.

Kanak-kanak lain di negeri itu semalam membuang makanan mereka ke dalam tong sampah atau langsung tidak menyentuhnya walaupun pihak sekolah menegaskan tragedi itu tidak akan berulang.


"Ibu bapa mengingatkan anak mereka supaya tidak menyentuh makanan disediakan di sekolah," kata pengarah skim hidangan tengah hari di Bihar, Lakshmanan.


"Sesetengah murid membuang makanan itu ke dalam tong sampah," katanya.

Ketika kebimbangan mengenai rancangan makanan percuma itu meningkat, polis memperhebatkan siasatan terhadap tragedi kelmarin, termasuk melakukan serbuan di Saran, tempat sekolah itu terletak.

Antara yang menjadi sasaran ialah kediaman pengetua sekolah, Meena Kumari yang melarikan diri selepas murid mula mati, kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan.

"Kami menemui dua bekas berisi racun serangga di kediaman pengetua itu di samping sayur, kekacang dan beras yang diperuntukkan untuk menyediakan makanan percuma itu.

"Hanya pengetua itu boleh memberitahu sama ada kejadian berkenaan adalah konspirasi atau tidak disengajakan akibat kecuaian," kata pegawai penyiasat.

Seorang menteri kerajaan negeri sebelum ini berkata, tukang masak yang turut mati dalam kejadian itu mengadu mengenai bau busuk dalam minyak masak kepada pengetua terbabit.

Kerajaan India melaksanakan program makanan percuma yang terbesar di dunia membabitkan 120 juta kanak-kanak sebagai cara untuk menggalakkan mereka hadir di sekolah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Lelaki tua tak laku

Posted: 18 Jul 2013 07:37 AM PDT

London: eBay, laman lelong yang terkenal kerana menawarkan barangan pada harga murah, minggu lalu menyiarkan tawaran unik untuk dijual: lelaki tua berkulit putih dan botak.

Steve Sewell, penganggur warga Britain yang berusia 58 tahun bagaimanapun gagal melelong dirinya, dalam apa yang dikatakannya sebagai cubaan mendapat perhatian majikan.

Dengan harga yang amat rendah, hanya 99 pence (RM4.50), pemburu tawaran harga murah eBay boleh memiliki seorang manusia.

Walaupun tawaran itu amat murah, ia ditutup tanpa sebarang bidaan. Mungkin pengalaman dan sejarah sudah membuktikan memiliki manusia selalunya tidak berakhir dengan baik. Atau mungkin tawaran itu tidak mempunyai polisi untuk mengembalikan 'barang rosak.'


Menurut laporan Daily Mail, Sewell mendakwa usianya menyebabkan dia tidak laku dan sukar mencari pekerjaan. Atau mungkin harga yang ditawarkan itu terlalu rendah hingga menyebabkan dia dilihat tidak mempunyai harga diri. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Upah tukang masak racun musuh

Posted: 18 Jul 2013 07:36 AM PDT

Multan: Polis di wilayah Punjab menangkap seorang tukang masak selepas 22 anggota keluarga seorang tuan tanah mati diracun, dipercayai berkait dengan sengketa keluarga.

Arsal Khan Khichi yang kalah dalam pilihan raya merebut kerusi dewan tempatan kepada sepupunya, Jahanzeb Khan Khichi Mei lalu dituduh mengupah tukang masak berkenaan 50,000 rupi (RM1,500) untuk meracun makanan di rumah Jahanzeb, menyebabkan kematian itu.


Kejadian berlaku minggu lalu di Mailsi, 80 kilometer dari bandar Multan.

"Sekurang-kurangnya 22 orang mati selepas makan makanan beracun di kediaman Jahanzeb. "Kira-kira 30 lagi anggota keluarga itu dimasukkan ke hospital," kata jurucakap polis, Sadiq Ali Dogar.


Mahkamah di Multan semalam mengarahkan tukang masak itu, Mohammad Rafiq ditahan selama lima hari untuk disoal siasat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

No comments:

Post a Comment