Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


2 kepala 1 badan

Posted: 26 Jul 2013 09:32 AM PDT

New Delhi: Pasangan bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan dilahirkan di Jaipur, Rajashtan, kelmarin.

Bagaimanapun, kepala, sistem saraf dan tulang belakang bayi lelaki itu didapati berasingan.

Tulang belakangnya bersambung di bawah pelvik dan mereka turut berkongsi sangkar rusuk dan belingkung bahu.

Doktor berkata, mereka percaya bayi itu boleh dlselamatkan.

Foto

BAYI kembar siam yang berkongsi satu tubuh yang dilahirkan di India pada Rabu lalu.


Penyelia Perubatan Hospital JK Lone, Dr SD Sharma berkata, kes sedemikian yang dikenali sebagai Cisephalic Parapagus jarang berlaku terutama di kalangan bayi lelaki.


Menurutnya, ia adalah kes pertama di Rajasthan dan kedua di India.

Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan sedemikian mati ketika dilahirkan dan kebanyakan kes membabitkan bayi perempuan.

Satu lagi kes yang terkenal membabitkan kembar dicephalic parapagus ialah bayi rakyat Amerika iaitu Abigail dan Brittany Hensel dengan kisahnya dipaparkan dalam siri realiti televisyen Abby & Brittany baru-baru ini.

Awal September 2011, dua bayi perempuan berusia 11 bulan dari Sudan yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan di Hospital Kanak-Kanak Great Ormond di London.

Bayi dari Sudan itu adalah kembar craniopagus yang berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran.

Mereka dilahirkan dengan bahagian atas kepala bercantum - keadaan yang jarang berlaku dan hanya satu daripada 10 juta kelahiran seumpama itu hidup.

Kembar siam berlaku pada satu dalam 100,000 kelahiran.

Ia terjadi apabila satu telur yang subur gagal berpisah dengan sempurna atau telur berkenaan berpisah tetapi bercantum semula dalam rahim. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Laman web Putera George milik ahli perniagaan Switzerland

Posted: 26 Jul 2013 09:25 AM PDT

Zurich: Seorang ahli perniagaan Switzerland mendaftarkan nama bayi diraja Britain sebagai alamat laman web sebelum nama bayi itu diumumkan.

Luc-Andre Biggs mendaftarkan nama georgealexanderlouis.com pagi Rabu lalu, hanya beberapa jam sebelum pengumuman nama putera diraja Britain yang baru itu dibuat.


Biggs berbuat demikian selepas mencampurkan nama yang diramalkan agensi judi yang berpangkalan di Britain, lapor akhbar mingguan Switzerland Handelszeitung. Biggs, 32, menyara hidup dengan meneka nama alamat laman web yang bakal menjadi popular sebelum menjualnya kepada pelanggan. Dengan mendaftarkan nama anak lelaki Duke dan Duchess of Cambridge, George Alexander Louis dua hari selepas kelahirannya pada 22 Julai lalu, bekas ejen hartanah berkenaan sudah menambah satu lagi nama alamat kepada 600 nama yang sudah dimilikinya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Harry mahu George seronok

Posted: 26 Jul 2013 09:25 AM PDT

London: Putera Harry yang kelihatan ceria tersenyum ketika bercakap mengenai ahli baru dalam keluarganya buat kali pertama sejak kelahiran Prince George of Cambridge Isnin lalu.

Menghadiri pameran fotografi di London untuk sebuah badan kebajikannya, Sentebale, Harry mengakui tugasnya sebagai bapa saudara ialah: "Memastikan George dibesarkan dengan baik dan melindunginya daripada bahaya, selain memastikan dia sentiasa seronok." Harry juga menjelaskan dia akan menyerahkan tugas lebih berat kepada William dan Kate apabila dia berkata: "Yang selebihnya saya akan serahkan kepada ibu bapanya." Dia juga mengesahkan sudah mendukung George dan tidak sabar untuk membantu menjaga anak saudaranya itu.


"Bila saya melihatnya, dia menangis seperti kebanyakan bayi lain menangis - memang seronok mendapat ahli keluarga baru." "Saya berharap abang saya tahu betapa mahalnya caj menjaga bayi yang akan saya kenakan," katanya. Dan apabila ditanya bagaimana rupa anak saudaranya, Harry menunjukkan dengan isyarat tangannya: "Dia panjang sebegini dan selebar ini." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

5.5kg emas dalam dubur

Posted: 26 Jul 2013 09:24 AM PDT

Seoul: Pihak berkuasa kastam Korea Selatan semalam menahan sembilan warga Taiwan yang menyembunyikan 24 keping emas dalam dubur mereka.

Kesemua mereka ditahan ketika melalui pusat pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa Seoul.


Setiap keping emas itu seberat 225 gram, bermakna setiap penyeludup membawa 5.5 kilogram logam berkenaan.

Menurut kastam, penyeludup warga Taiwan itu dijangka bertemu seseorang di stesen kereta api bawah tanah Seoul selepas keluar dari lapangan terbang itu.


Di situ emas berkenaan akan diserahkan sebelum mereka pulang ke Taiwan keesokan harinya. Jumlah keseluruhan semua emas diseludup itu adalah AS$3 juta (RM9.62 juta). Kastam Korea berkata kejayaan rampasan itu adalah hasil maklumat daripada beberapa penumpang selepas mereka melihat "tingkah laku mencurigakan" warga Taiwan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

AK-47 Osama jadi pameran

Posted: 26 Jul 2013 09:23 AM PDT

New York: Sepucuk raifal AK-47 yang ditemui di sisi mayat Osama bin Laden ketika dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat dipamerkan di ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Koleksi artifaks unik CIA daripada insiden bersejarah utama sejak 70 tahun, termasuk senjata api Osama hanya dipamerkan kepada kakitangan CIA di pengkalan rahsia mereka di Langley, Virginia.

Senjata api AK-47 itu ditemui disisi Osama selepas beliau dibunuh dalam serangan Mei 2011.

Ia kemudian dianalisis dan didapati jenis buatan Russia AK-47 dengan tanda palsu China.


Kurator muzium CIA, Toni Hiley memberitahu stesen televisyen NBC lambang China pada senjata itu kekal misteri.


Strategi serbuan itu turut dijadikan koleksi CIA dengan membina semula model halaman kediaman Osama yang diserbu dalam misi diketuai bekas pengarah CIA Leon Panetta.

Model halaman kediaman di Abbottabad itu kelihatan seolah-olah seperti kediaman sebenar Osama,

Hiley memberitahu NBC ketika membawa kakitangan badan penyiaran itu untuk meninjau pameran berkenaan, anda boleh berbangga kerana seolah-olah pernah berada di tempat itu sebelumnya.

Walaupun mengetahui Osama berada di Abbottabad sejak 2010, CIA menunggu sehingga Mei 2011 untuk melancarkan serangan itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

YB tersilap siar kemaluan

Posted: 26 Jul 2013 09:22 AM PDT

Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.

Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar 'burungnya' juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.


Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.

Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: "Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya." Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini. "Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Lelaki mengamuk tikam 5 mangsa diburu

Posted: 26 Jul 2013 09:21 AM PDT

Beijing: Polis di tengah China memburu seorang lelaki berbahaya yang menikam mati lima orang dan mencederakan tiga yang lain dalam kejadian amuk terbaru di negara itu semalam.

Pegawai polis wilayah Henan berkata, Ding Jinhua membunuh tiga mangsa di sebuah kampung di Dazhuzhuang sebelum memandu kenderaannya ke sebuah pasar perabot berhampiran dan membunuh seorang pemilik kedai kelmarin.


Dia juga menikam hingga mati seorang pemandu teksi sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

Satu kenyataan polis menyebut, pihak berkuasa menawarkan imbuhan kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat bagi menangkap Ding, 38.


Menurut polis Ding seorang jurujual perabot. Keganasan itu adalah kejadian terbaru membabitkan serangan maut individu bermasalah mental ke atas orang awam.


Pada 20 Julai lalu seorang pemandu teksi motosikal yang cacat akibat dibelasah polis meletupkan bom buatan sendiri di lapangan terbang selepas gagal mendapat keadilan daripada kerajaan selama lapan tahun. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Lelaki maut terjatuh dari pesawat

Posted: 26 Jul 2013 09:21 AM PDT

Niamey (Niger): Seorang lelaki yang mencuri masuk ke pesawat Air France di Niger kelmarin ditemui mati di pinggir barat bandar raya ini.

Dia dipercayai terjatuh dari pesawat berkenaan, kata pihak berkuasa.


Seorang penduduk berkata, dia berada hanya beberapa meter dari tempat individu itu jatuh kira-kira jam 5 pagi, kata Menteri Dalam Negeri Niger, Abdou Labo. "Polis menemui tubuh seorang individu kulit hitam yang berlumuran darah sudah tidak bernyawa," katanya.

Beliau juga memberitahu darah turut dikesan di sayap kiri pesawat berkenaan.


Maklumat awal menunjukkan mayat itu ialah individu yang jatuh dari pesawat berkenaan, kata jurucakap Air France, Christophe Paumier di Paris. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Polis Saudi tumpaskan kumpulan perompak antarabangsa

Posted: 26 Jul 2013 09:20 AM PDT

Riyadh: Polis Arab Saudi menahan 22 anggota kumpulan penjenayah terdiri daripada rakyat pelbagai negara yang dipercayai pakar pecah masuk kediaman.

Kementerian Dalam Negeri Saudi dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, unit siasatan jenayah polis Riyadh berjaya menahan ahli kumpulan itu selepas serbuan secara besar-besaran dilancarkan.

Polis menjalankan operasi berkenaan selepas menerima pelbagai aduan daripada penduduk di utara dan timur Riyadh mengenai kumpulan itu.

Hasil siasatan polis kemudian menahan 22 orang termasuk empat wanita.


Penjenayah berkenaan berasal dari Pakistan, Bangladesh, Mesir, Maghribi, Indonesia dan warga tempatan.


Menurut kementerian itu, hasil siasatan menunjukkan bahawa kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap 20 kejadian merompak kediaman dan melarikan barangan serta wang tunai berjumlah lebih SR2 juta (RM1.7 juta). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

Aceh tetap mahu kibar bendera GAM

Posted: 26 Jul 2013 09:19 AM PDT

Jakarta: Kerajaan Indonesia mengecam pentadbir wilayah Aceh kerana bertegas mahu mengibarkan bendera sendiri sebagai pengenalan mereka.

Menteri Dalam Negara Gamawan Fauzi berkata, dia akan mengambil semua langkah perlu bagi memastikan bendera yang digelar "pemisah" itu tidak dinaikkan pada 15 Ogos ini.


"Saya akan menulis surat kepada Gabenor Aceh dan menteri penyelaras politik, perundangan dan hak ehwal keselamatan," katanya. Menurut Gamawan, pasukan perunding dihantar ke Aceh untuk bertemu pentadbiran wilayah itu pada 31 Ogos nanti, Sehingga itu, katanya, pentadbiran wilayah itu dilarang mengibarkan bendera berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Aceh mengumumkan untuk mengibarkan bendera itu untuk pertama kali pada 15 Ogos nanti bagi memperingati ulang tahun kelapan perjanjian damai dengan Jakarta yang menamatkan pemberontakan selama tiga dekad oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM).


Kata Gamawan, peruntukan undang-undang Islam wilayah itu belum dianggap rasmi, sekali gus bendera berkenaan tidak boleh dikibarkan.


Sama seperti wilayah lain di Indonesia, kata Gamawan, undang-undang Aceh juga tertakluk kepada undang-undang Indonesia. Gabenor Aceh Zaini Abdullah dan wakil rakyat lain - yang didominasi Parti Aceh diasaskan bekas anggota GAM - mempertahankan keputusan mengibarkan bendera itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27

No comments:

Post a Comment