Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kerat tekak, kemaluan doktor

Posted: 28 Jul 2013 09:57 AM PDT

New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis.

Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra.


Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa.

"Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.


"Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. "Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual," katanya.


Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.

Foto

PREETI yang menutup mukanya diiringi anggota polis ke penjara.

"Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu," katanya.


Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: "Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. "Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. "Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Padah suap harimau makan

Posted: 28 Jul 2013 09:55 AM PDT

Dubai: Seorang lelaki warga Asia yang cuba memberi makan harimau ketika pesta Ramadan di Ras Al Khaimah dibaham haiwan itu.

Polis berkata, mangsa mengalami kecederaan di tangannya. Lelaki berusia 37 tahun itu menghulur makanan ke arah haiwan itu yang dikurung apabila dia diserang di pesta Ramadan yang sesak Khamis lalu, lapor akhbar harian Alkhaleej. Ia memetik polis dan pegawai pertahanan awam sebagai berkata, lelaki terbabit menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Sabq. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Budak diperkosa sampai mati dicampak dalam perigi

Posted: 28 Jul 2013 09:54 AM PDT

New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diperkosa dan dicekik hingga mati sebelum mayatnya dibuang dalam sebuah perigi di Jaipur.

Mayatnya ditemui sekumpulan kanak-kanak lain yang bermain berhampiran kawasan itu.


Mangsa dikatakan hilang sehari sebelum kejadian, tetapi keluarganya tidak melaporkan kehilangannya kerana menyangka dia berada di rumah saudara mereka.

Setakat semalam, polis belum lagi membuat sebarang tangkapan.


Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dicekik hingga mati selepas dirogol.


"Kami menerima maklumat bahawa satu mayat dibuang dalam perigi yang terbiar tidak jauh dari tempat kejadian. "Anggota kami bergegas ke tempat itu sebelum menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan oleh ahli keluarganya," kata penolong komisioner polis Narpat Singh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Amah Indonesia sihir keluarga Saudi diburu

Posted: 28 Jul 2013 09:53 AM PDT

Riyadh: Polis Arab Saudi memburu seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dituduh mengenakan ilmu hitam terhadap semua ahli keluarga majikannya hingga mereka pengsan dan terkena sawan.

Majikan lelaki itu berkata, pembantu rumah terbabit bekerja di kediaman keluarganya di Riyadh sejak tiga tahun lalu dan dia dilayan dengan baik oleh semua ahli keluarganya.


"Bagaimanapun, baru-baru ini semua ahli keluarga saya mula pengsan dan terkena sawan. Selepas pembantu rumah itu melarikan diri, kami temui barangan ilmu hitam ditanam di pelbagai lokasi di kediaman kami," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Penipuan makin teruk

Posted: 28 Jul 2013 09:53 AM PDT

Phnom Penh: Parti Pembangkang Kemboja semalam mendakwa penipuan pada pilihan raya parlimen semalam berlaku secara berleluasa dan menyifatkannya sebagai lebih teruk berbanding sebelum ini.

"Keadaan lebih teruk berbanding pilihan raya sebelum ini," kata jurucakap Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja, Yim Sovann.


Menurutnya, banyak nama hilang dari senarai pengundi sementara beribu-ribu lagi penduduk tidak boleh mengundi kerana ada pihak sudah menggunakan undi mereka.

"Dakwat digunakan untuk mengundi juga mudah dibersihkan," katanya.


Perdana Menteri Hun Sen dijangka menang lagi untuk melanjutkan lagi pemerintahannya selama 28 tahun dalam pilihan raya kali ini yang tercemar dengan pengharaman bertanding ke atas ketua pembangkang Sam Rainsy.


Rainsy yang hidup dalam buangan sejak beberapa tahun lalu kembali ke Kemboja pada 19 Julai lalu selepas menerima pengampunan mengejut berkait kes jenayah yang didakwanya bermotif politik.

Bagaimanapun, dia dilarang bertanding kerana pihak berkuasa berkata, ia sudah terlalu lewat untuk memasukkan namanya di dalam daftar pemilih.


Partinya sebelum ini berkata, ia mengesan salah laku seperti puluhan nama bertindih yang akan membolehkan ada orang mengundi dua kali.

Pemantau pilihan raya tempatan, Jawatankuasa Bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil Untuk Kemboja mendakwa, kira-kira 1.25 juta orang yang layak mengundi tidak termasuk dalam senarai pengundi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Lagi lelaki Saudi mati kerana MERS

Posted: 28 Jul 2013 09:53 AM PDT

Riyadh: Seorang lagi rakyat Saudi mati akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), sementara seorang lagi disahkan dijangkiti wabak itu.

Kematian terbaru itu yang disahkan Kementerian Kesihatan negara itu semalam menjadikan jumlah mereka yang mati akibat MERS meningkat kepada 39 orang.


Mangsa terbaru itu meninggal dunia di Asir, barat daya Arab Saudi. Seorang lagi lelaki berusia 83 tahun di wilayah sama disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Arab Saudi menjadi negara paling teruk berdepan dengan MERS yang setakat ini sudah menyebabkan 46 kematian di seluruh dunia. Daripada 89 orang yang dijangkiti, 68 orang didaftarkan di Saudi.


Pakar masih berusaha untuk memahami wabak itu yang setakat ini masih belum ada ubat. Ia dianggap sama seperti virus Sindrom Pernafasan Akut Yang Teruk (SARS) yang merebak di Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang, sembilan peratus daripada mereka mati. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Pacquiao mahu jawatan presiden

Posted: 28 Jul 2013 09:52 AM PDT

Macau: Petinju kesayangan rakyat Filipina, Manny Pacquiao memiliki impian untuk menjadi presiden negaranya apabila bersara daripada bertinju.

Pacquaio membayangkan hasratnya itu dalam satu wawancara, di sini, semalam.


Menurut anggota kongres itu, dia sudah memikirkan untuk menjadi presiden kepada 95 juta rakyat Filipina sejak beberapa tahun lalu.

"Ya!" saya ada memikirkan mengenainya," kata Pacquiao, 34, apabila ditanya mengenai impiannya memegang jawatan presiden.


Menyamakan karier sukan dan politiknya, petinju itu berkata: "Apabila saya mula bertinju, sudah tentu saya merancang menjadi juara. "Apabila saya memasuki politik, saya melakukan perkara sama. Jika diizinkan Tuhan, saya akan jadi presiden," katanya.


Bagaimanapun, perjalanan itu mungkin jauh lagi. Pacquiao yang mempunyai rekod 54 menang, lima kalah dan dua seri kini perlu memberi perhatian kepada perlawanan akan datangnya dengan petinju Amerika Syarikat Brandon Rios di Macau 24 November depan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Thaksin tak takut ancaman al-Qaeda

Posted: 28 Jul 2013 09:52 AM PDT

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thai Thaksin Shinawatra tidak cemas selepas dimaklumkan mengenai ancaman membunuhnya yang dibuat sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota al-Qaeda.

"Thaksin tidak cemas atau takut dengan ancaman disiarkan menerusi YouTube itu," kata penasihatnya, Noppadon Pattama dalam laman Facebooknya, semalam.


Menurut Noppadon, bekas perdana menteri itu langsung tidak kisah mengenai video yang melihatkan tiga lelaki berpakaian Arab mengancam membunuhnya sebagai tindak balas terhadap pembunuhan masyarakat Islam di selatan Thai pada 2004.

"Thaksin kini menetap (hidup dalam buangan) di Asia Barat dan mempunyai ramai rakan baik yang beragama Islam. Niatnya juga baik," kata Noppadon.


Video dua minit 45 saat itu berjudul 'Video al-Qaeda untuk bekas Perdana Menteri Thailand."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Jual bayi RM1,878

Posted: 28 Jul 2013 09:51 AM PDT

Surabaya: Seorang bayi tiga bulan dilahirkan hasil hubungan tanpa nikah dijual sendiri ibunya dengan harga 6 juta rupiah (RM1,878) kepada sindiket perdagangan bayi melalui orang tengah di sebuah rumah anak yatim, di sini, semalam.

Jual beli bayi itu dikesan berlaku di Yogyakarta. Bagaimanapun, pembeli bayi ditahan di Tegalsari, Surabaya ketika dia ingin membawa bayi itu ke Sumatera.


"Ada maklumat mengatakan terdapat urusan jual beli bayi dilaporkan ke balai polis Yogyakarta sebelum dirujuk ke sini," kata pegawai kanan polis Surabaya kepada wartawan semalam.

Pegawai itu berkata, polis menahan tiga suspek dalam kes jual beli bayi itu iaitu pembelinya, Nanik Sri Wahyuni, 38, dari Padang Lawas, Sumatera Utara, penjual bayi, SL, 16, dari Bantul, Yogyakarta dan orang tengah, Sunyoto, 57, juga dari Bantul, Yogyakarta. Nanik ketika disoal berkata, dia membeli bayi itu kerana mahu menjadikannya anak angkat selepas gagal memperoleh anak. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

Maut cuba musnah bom

Posted: 28 Jul 2013 09:51 AM PDT

Manila: Seorang pakar bom tentera Filipina terbunuh dan dua lagi cedera apabila sebutir bom cuba dimusnahkan di sebuah kediaman meletup di Pulau Jolo.

Kolonel Jose Cenabre berkata, pasukan pemusnah bom dikerah ke kediaman ketua kampung di Panglima Estino, wilayah Sulu kelmarin. Penduduk melaporkan menemui lebih 10 butir bom di sekitar kediaman itu.


Mereka berjaya memusnahkan sebutir bom dan cuba memusnahkan yang kedua apabila ia meletup.

Cenabre semalam berkata, bom itu mungkin diletakkan sebagai perangkap berikutan perang suku kaum membabitkan ketua kampung itu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/29

No comments:

Post a Comment