Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Wanita mati jatuh dari roller coaster

Posted: 21 Jul 2013 12:25 PM PDT

Arlington (Texas): Seorang wanita yang menaiki roller coaster di Taman Hiburan Six Flags di Texas Utara terbunuh semalam selepas dipercayai terjatuh dari alat itu.

Kemalangan berlaku petang kelmarin di Arlington.


Jurucakap taman hiburan itu, Sharon Parker mengesahkan seorang wanita terbunuh ketika menaiki roller coaster Texas Giant yang dianggap binaan besi seumpamanya yang tertinggi di dunia. Bagaimanapun, Sharon tidak menjelaskan bagaimana wanita terbabit terbunuh.

Saksi Carmen Brown berkata, wanita itu terjatuh dari roller coaster berkenaan. Kata Carmen dia sedang berbaris menunggu giliran menaiki permainan itu apabila kejadian berlaku.


"Mula-mula roller coaster itu naik dan apabila turun, palang keselamatan terbuka dan wanita terbabit terjatuh," katanya. Six Flags menyatakan kesedihan atas kematian itu dan berkata, sebahagian daripada taman hiburan itu ditutup sementara.


Tidak dapat dipastikan berapa lama penutupan itu berjalan. Texas Giant dibina setinggi bangunan 14 tingkat dan mempunyai rel menurun 79 darjah selain laluan berpusing 95 darjah.

Foto

TEXAS Giant, roller coaster paling tinggi di dunia.

Ia boleh membawa sehingga 24 penumpang.


Texas Giant dibuka pada 1990 sebagai binaan yang dibina dengan kayu tetapi melalui ubah suai bernilai AS10 juta (RM30 juta) pada 2011, pengendalinya menggunakan besi hibrid. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Budak cedera parah diserang monyet

Posted: 21 Jul 2013 12:21 PM PDT

Bhopal: Seekor monyet menyerang seorang budak yang mengunjungi sebuah zoo di Ratlam, Madhya Pradesh, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Raghav dilaporkan cedera parah. Gambar diambil pengunjung menunjukkan Raghav terjatuh akibat serangan monyet berkenaan, manakala tangan dan kaki mangsa berdarah.


Haiwan itu juga kelihatan tetap menyerang Raghav walaupun ketika itu ia ditarik bapa mangsa. Seorang petugas zoo kemudian memukul monyet berkenaan dengan kayu beberapa kali. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Jay Z, Beyonce bantah pembebasan Zimmerman

Posted: 21 Jul 2013 12:20 PM PDT

New York City: Pasangan selebriti Jay Z dan Beyonce Knowles menyertai penunjuk perasaan di seluruh AS bagi membantah pembebasan Geoge Zimmerman daripada sabitan membunuh seorang remaja kulit hitam.

Gesaan supaya diadakan perkabungan seluruh negara bagi mendesak kerajaan bertindak dalam isu itu mendorong orang ramai berkumpul dalam perhimpunan berkenaan.


Kemunculan dua penyanyi itu mengejutkan orang ramai, sekali gus menghangatkan lagi protes yang berlaku di Manhanttan.

Ia turut dihadiri ibu remaja terbabit, Sybrina Fulton dan pemimpin gerakan hak asasi manusia, Al Sharpton.


Terharu dengan sokongan orang ramai, Sybrina berkata, kematian anaknya, Trayvon Martin tidak akan sia-sia, tetapi merayu supaya protes itu dijalankan dengan aman. "Trayvon pasti bangga, bukan kerana apa yang saya lakukan, tetapi terhadap apa yang akan saya lakukan untuk anak-anak anda," katanya.


Zimmerman mendakwa sebagai pengawas kejiranan didakwa menembak mati Martin selepas remaja terbabit didakwa memasuki kawasan kejiranan berpagar di Florida pada 26 Februari 2012.

Enam juri lima berkulit hitam dan seorang berkulit putih membebaskan Zimmerman daripada tuduhan membunuh tahap kedua pada 13 Julai lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Marilyn Monroe hiasi sawah padi

Posted: 21 Jul 2013 12:20 PM PDT

Tokyo: Gambar Marilyn Monroe berdiri di jalan raya sambil menekup gaunnya yang terbang adalah antara babak filem paling terkenal pada abad ke-20.

Saat paling diingati dalam filem The Seven Year Itch yang diterbitkan pada 1955 itu sudah dianggap sebagai ikon sejarah filem.


Pakaian Marilyn rekaan William Travillaup itu dijual pada harga RM15 juta pada 2011. Dan baru-baru ini, sebahagian penduduk Jepun memberi penghormatan kepada pelakon itu dalam bentuk seni di sawah padi mereka.

Imej Marilyn Monroe yang dibuat daripada sembilan spesies beras dengan tujuh warna berbeza muncul di sawah padi di Inakadatemura, wilayah Aomori di utara Jepun, sebahagian daripada pameran ternama di kawasan itu.


Pengunjung datang untuk melihat sendiri hasil kerja seni yang mengagumkan di seluruh lanskap berkenaan yang akan berterusan hingga pertengahan Ogos depan.


Kampung Inakadatemura mula mengadakan pemeran seumpama itu sejak 21 tahun lalu untuk menarik pelancong.

Penduduk kampung berkenaan menggunakan sembilan spesies padi dengan tujuh warna untuk menghasilkan karya seni di sawah seluas sepanjang 140 meter dan lebar 100 meter.


Tahun ini, dua mural gergasi, menggambarkan gundik tradisional Jepun dan ikon Hollywood Marilyn Monroe berjaya menarik ramai pengunjung. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Suspek serang masjid disyaki membunuh

Posted: 21 Jul 2013 12:19 PM PDT

London: Polis semalam berkata, seorang suspek dalam serangan bom berhampiran tiga masjid di Britain ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki tua keturunan Asia.

Polis di West Midlands berkata, suspek berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan kerana dipercayai akan melakukan lebih banyak keganasan.


Dia akan disiasat berhubung kematian Mohammed Saleem yang ditikam ketika berjalan pulang dari sebuah masjid pada 29 April lalu.

Suspek berkenaan ialah seorang daripada dua warga Ukraine yang ditahan polis berhubung letupan berhampiran tiga masjid di tengah England.


Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan itu.


Satu daripada letupan itu berlaku pada hari pengebumian anggota tentera Britain, Lee Rigby yang dibunuh pada siang hari oleh pelampau Islam di London. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Nafi langgar perjanjian

Posted: 21 Jul 2013 12:18 PM PDT

Bangkok: Pihak berkuasa semalam menyangkal tuduhan kumpulan pemisah kononnya pasukan keselamatan Thai mencabul gencatan senjata bulan puasa.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) Lt Jeneral Paradorn Pattanathabutr berkata Thailand tidak mencabuli perjanjian yang dipersetujui dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN).


Menurutnya, pembunuhan seorang suspek militan di Narathiwat Jumaat lalu adalah sebahagian daripada operasi yang menyusuli serangan militan ke atas tentera Thai.

Paradorn membuat kenyataan itu selepas perunding BRN Hassan Taib mengadu kepada fasilitator rundingan damai dari Malaysia Ahmad Zamzamin Hashim, mendakwa Thailand mencabuli perjanjian berkenaan hingga memaksa BRN melancarkan serangan balas.


Paradorn berkata, beliau belum menerima surat bantahan rasmi daripada BRN tetapi sudah dimaklumkan mengenainya oleh Ahmad.


Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pemimpin kumpulan pemisah Masupian Mama terbunuh selepas ditembak di Narathiwat.

Menurut Paradorn, Masupian mati dalam kejadian berbalas tembak dengan anggota tentera, "Tentera kami tidak mempunyai jalan lain untuk mempertahan diri kecuali menembak Masupian," kata Paradorn.


Menurutnya, pemimpin BRN sudah dimaklumkan dalam rundingan sebelum ini bahawa operasi menjejaki mereka yang mempunyai waran tangkap perlu diteruskan. "Ini termasuk Masupian," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

2 keluarga bergaduh, 7 mati

Posted: 21 Jul 2013 12:18 PM PDT

Cagayang De Oro: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh apabila dua keluarga yang sudah sekian lama bertelagah bertempur menggunakan senjata api.

Kumpulan bersenjata dan pengikut keluarga Macugar dan Capal bertempur di sebuah kampung di bandar Bayang, menyebabkan kejadian tembak-menembak yang membunuh tujuh orang dan menyebabkan lima yang lain cedera, kata pegawai polis Ansari Musa.


Polis dan tentera dikerah ke kawasan yang terletak 840 kilometer ke selatan Manila itu sebagai usaha mengelak keadaan bertambah buruk.

Bagaimanapun, menurut Ansari, sehingga ini masih tidak dapat diketahui punca pergaduhan kedua-dua keluarga itu.


Keganasan antara keluarga seumpama itu yang dikenali sebagai 'rido' meningkatkan lagi kebimbangan mengenai keselamatan di selatan Filipina yang sudah sekian lama terperangkap dalam keganasan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Lelaki cincang ibu bebas

Posted: 21 Jul 2013 12:17 PM PDT

Jakarta: Polis semalam menggugurkan tuduhan jenayah ke atas seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa membunuh ibunya sebelum mengerat mayat mangsa.

Keputusan dibuat selepas pakar jiwa yang dilantik polis mengesahkan lelaki itu tidak sihat untuk dibicarakan.

Sigit Indra Tayana sebelum ini ditangkap selepas adiknya menemui cebisan mayat ibu mereka di kediaman keluarga itu di Jakarta Tengah.

Sigit memberitahu polis dia bertindak demikian kerana terlalu sayang untuk mengebumikan ibunya.


Polis tidak dapat memastikan mangsa dicincang selepas atau sebelum mati.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

No comments:

Post a Comment