Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penggulingan Mursi bertentangan dengan ajaran Islam: Qaradawi

Posted: 07 Jul 2013 09:04 AM PDT

Riyadh: Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaradawi semalam berkata, campur tangan tentera dalam penggulingan Mohamed Mursi bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai demokrasi.

Kata Yusuf, tentera Mesir perlu menarik diri daripada pentas politik.


Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan semalam, Yusuf berkata, rakyat Mesir perlu bangkit mencari penyelesaian segera bagi konflik di negara berkenaan.

"Sheikh Yusuf berfatwa bahawa rakyat perlu menyokong Presiden Mohamed Mursi dan mempertahankan perlembagaan," katanya dan disiarkan akhbar Egypt Independent.


Kata beliau, Jen Abdel Fattah al-Sisi dan pegawai kanan tentera perlu memberi ruang dialog di antara kumpulan politik di Mesir untuk mencari penyelesaian kepada masalah semasa.


"Kami meminta Abdel Fattah dan pegawai kanan tentera berundur daripada politik dan mempertahankan kesahihan demokrasi," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

92 kahwin 22

Posted: 06 Jul 2013 11:03 AM PDT

Baghdad: Seorang petani Iraq berusia 92 tahun melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita 70 tahun lebih muda daripadanya di majlis perkahwinan bersama dua cucunya yang berusia belasan tahun, Khamis lalu.

Musali Mohammed al-Mujamaie mengahwini Muna Mukhlif al-Juburi dalam majlis yang berlangsung selama empat jam. Dua cucu Musali yang berusia 16 dan 17 tahun juga melangsungkan perkahwinan di majlis yang diadakan di utara Baghdad.


Musali berkata, hari istimewa itu sekian lama dinantikan dan perkahwinan cucunya ditangguhkan beberapa kali supaya mereka dapat berkahwin serentak.

"Saya gembira dapat berkahwin pada majlis yang turut menyaksikan perkahwinan cucu saya. Saya berasa seperti berusia 20 tahun," katanya.


Musali mempunyai 16 anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu di Samarra.


Majlis diserikan persembahan muzik dan tarian serta tembakan senjata api selain dihadiri beberapa kabilah dan pemimpin agama tempatan. - AFP

Foto

MAJLIS perkahwinan Musali dan isteri barunya turut melangsungkan perkahwinan bersama dua cucunya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Pengemis kecil merokok, bogel

Posted: 06 Jul 2013 10:56 AM PDT

Nanjing: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditemui mengemis dalam keadaan bertelanjang dan merokok di bandar raya ini sudah dihantar pulang ke kampungnya.

Gambar menunjukkan kanak-kanak itu melutut meminta sedekah di jalan raya di ibu negeri wilayah Jiangsu itu mengejutkan penduduk China sejak dua hari lalu.


Gambar kanak-kanak terbabit dan bapanya, Zhou Chonggao mengemis dikongsi puluhan ribu kali di laman sosial popular China, Weibo.

Polis menahan kanak-kanak itu serta bapanya, Rabu lalu dan menghantar mereka pulang ke kampung di Chenlong, 200 kilometer ke utara Nanjing.


Seorang pegawai kampung berkenaan berkata, pihak berkuasa tidak dapat memberi elaun bantuan kepada kanak-kanak itu kerana dia tiada surat beranak.


Usaha mendapatkan dokumen berkenaan bagaimanapun sudah dijalankan.

Sementara itu, kanak-kanak terbabit ketika ditanya mengenai tindakannya mengemis dalam keadaan bertelanjang berkata, dia lebih mudah mendapat wang daripada orang ramai dengan berbuat demikian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Gempa 6.4 magnitud gegar Sumatera lagi

Posted: 06 Jul 2013 10:55 AM PDT

Jakarta: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan pulau Sumatera semalam, beberapa hari selepas gegaran di pulau berkenaan menyebabkan 36 orang terbunuh di Aceh dan beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Dalam kejadian semalam, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada laporan diterima mengenai kerosakan. Gempa itu berlaku di kawasan cetek 23 kilometer di pesisir pantai barat daya Sumatera. Pusat gempa itu begitu hampir dengan Mentawai yang pernah dilanda bencana sama pada 2010 hingga menyebabkan lebih 400 orang mati.


Pegawai agensi meteorologi, iklim dan geofizik tempatan, Suharjono berkata, gempa semalam tidak mungkin menyebabkan kerosakan dan mencetuskan ancaman tsunami.

"Melihat magnitud gempa itu dan jaraknya dari pusat gempa dengan kawasan darat, saya tidak fikir ia memberi kesan mendalam," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

'Superman' tangkap pencuri daging

Posted: 06 Jul 2013 10:54 AM PDT

Sheffield: Dengan pergerakannya yang lebih pantas daripada troli, Luke Junior mempamerkan aksi serta-merta berpakaian Superman untuk menangkap seorang pencuri daging.

Orang ramai bersorak apabila Luke menangkap pencuri berkenaan.


Luke, 24, berada di situ secara kebetulan untuk menjadi model super hero berkenaan bagi satu acara kebajikan. "Dia keluar dari pusat beli-belah ketika saya bergambar dengan beberapa kanak-kanak.

"Saya mendengar pengurus pusat itu menjerit 'Tangkap orang itu!'" katanya.


Selepas pasti apa sebenarnya berlaku, 'Superman' itu betindak pantas dan menangkap pencuri berkenaan.


Pengacara di majlis kebajikan yang dihadiri Luke itu kemudian memainkan lagu tema filem Superman dan orang ramai bertopak sorak untuk meraikan kejayaan Luke.

"Saya kembali kepada kanak-kanak berkenaan dan memberitahu mereka supaya jangan melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Askar mara di Homs

Posted: 06 Jul 2013 10:54 AM PDT

Beirut: Tentera rejim Bashar al-Assad semalam dilapor sudah memasuki beberapa bahagian bandar raya Homs yang dikuasai kumpulan penentang.

Aktvis yang berpangkalan di bandar raya berkenaan, Tarik Badrakhan berkata , tentera Syria berjaya menawan beberapa bangunan di daerah Khaldiyeh.


Ini kali pertama tentera Bashar memasuki Homs selepas dikuasai penentang sejak lebih setahun lalu.

Tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar raya itu sejak tujuh hari lalu. Media yang dikuasai rejim Bashar melaporkan tentera negara itu menembak mati beberapa penentang ketika memasuki Khaldiyeh.


Menurut Tarik, tentera Syria memasuki bandar raya berkenaan sejak malam kelmarin dan sehingga lewat semalam, masih lagi mengebom beberapa kawasan dengan mortar dan misil.


Serangan besar-besaran terhadap Homs sebahagian usaha Bashar menawan wilayah dikuasai penentangnya.

Homs ialah bandar raya strategik terletak antara Damsyik dan kawasan pantai Syria yang menjadi kubu kuat rejim Bashar.


Dalam perkembangan lain, pesawat tentera Syria juga melancarkan beberapa serangan ke atas kawasan pinggir Damsyik, khususnya di Assali, di selatan ibu negara Syria itu dan Qaboon, di timur.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Bagi Syria melaporkan, serangan udara tentera Bashar turut menyasarkan kawasan dikuasai penentang di timur Damsyik, antaranya kubu kuat kumpulan berkenaan di Zamalka.


Keganasan merebak lebih jauh di Damsyik sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa daerah hampir musnah sama sekali akibat pengeboman dan pertempuran.


Perang saudara yang meletus di Syria sejak 27 bulan lalu meragut lebih 100,000 nyawa sementara puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Snowden ditawar suaka Venezuela, Nicaragua

Posted: 06 Jul 2013 10:53 AM PDT

Managua: Presiden Nicaragua dan Venezuela semalam menawarkan suaka kemanusiaan kepada pembocor perisikan Amerika Syarikat, Edward Snowden.

Tawaran berkenaan dibuat sehari selepas pemimpin Amerika Selatan berkumpul untuk mengecam tindakan beberapa negara Eropah menghalang pesawat Presiden Bolivia melalui ruang angkasa mereka kerana menyangka Snowden berada dalam pesawat terbabit Presiden Nicaragua Daniel Ortega dan rakan sejawatannya dari Venezuela Nicolas Maduro mengemukakan tawaran berkenaan dalam ucapan berasingan di negara masing-masing.


Snowden sebelum ini meminta suaka kemanusiaan di beberapa negara, termasuk Nicaragua dan Venezuela.

"Selaku ketua negara, kerajaan Venezuela mengambil keputusan menawarkan perlindungan atas peri kemanusiaan kepada Edward Snowden supaya dia boleh menetap di tanah tumpah darah pemimpin kemerdekaan Simon Bolivar dan mendiang Presiden Hugo Chavez 'tanpa dianiaya empayar,'" kata Maduro, merujuk kepada Amerika Syarikat.


Kerajaan Amerika Syarikat berusaha menahan Snowden selepas dia mendedahkan kegiatan pengintipan yang dilakukan Washington, termasuk terhadap beberapa negara Eropah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Setengah juta tunai solat Jumaat terakhir Syaaban

Posted: 06 Jul 2013 10:52 AM PDT

Makkah: Kira-kira setengah juta umat Islam menunaikan solat Jumaat terakhir Syaaban di Masjidil Haram kelmarin.

Menurut pihak berkuasa Masjidil Haram, keadaan itu berlaku memandangkan peningkatan jemaah umrah ketika ini, berbanding beberapa minggu lalu.


Jumlah jemaah yang menunaikan solat Jumaat itu meliputi hampir 80 peratus kawasan Masjidil Haram.

Bilangan dijangka meningkat 10 hingga 15 peratus minggu depan sempena solat Jumaat pertama bulan Ramadan apabila semakin ramai umat Islam tiba untuk menunaikan umrah.


Sehubungan itu, semua agensi kerajaan digerakkan untuk menyediakan yang terbaik bagi tetamu Allah itu.


Pengarah Polis Makkah, Mejar Jeneral Assaf Al-Qurashi berkata, belum ada masalah keselamatan atau kemalangan jalan raya dilaporkan sejak langkah keselamatan sempena Ramadan dilancarkan Khamis lalu.

Kira-kira 6,000 anggota polis ditempatkan di seluruh bandar suci itu untuk mengawal keselamatan, termasuk mencegah kegiatan penyeluk saku. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Tarikh mohon visa umrah dilanjut

Posted: 06 Jul 2013 10:51 AM PDT

Makkah: Menteri Haji Arab Saudi, Bandar Hajjar semalam melanjutkan tarikh akhir permohonan visa umrah kepada 10 Ramadan bersamaan 18 Julai depan.

Bercakap kepada wartawan, Bandar berkata, langkah itu bagi membenarkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah berkenaan.


Pihak berkuasa Saudi sebelum ini menetapkan 8 Julai sebagai tarikh akhir memohon visa itu.

"Meskipun kami mengehadkan jumlah yang mahu menunaikan umrah tahun ini kerana projek pembesaran Masjidil Haram, kami tidak mahu menghalang umat Islam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.


Bandar sebelum ini mengumumkan tempoh visa umrah tahun ini hanya dua minggu, tidak lagi 30 hari bertujuan mengurangkan kesesakan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

Gaji pembantu rumah Ramadan RM2,940 sebulan

Posted: 06 Jul 2013 10:51 AM PDT

Dammam: Gaji pembantu rumah di Arab Saudi menjelang bulan puasa ini meningkat mendadak, daripada SR1,500 kepada SR3,500.

Ini akibat permintaan terlalu banyak hingga syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembantu rumah tidak dapat memenuhi permintaan itu.


Broker, Umm Haidar memberitahu akhbar Alsharq, dia menerima permohonan untuk pembantu rumah bagi Ramadan sejak tiga bulan lalu.

"Kami kehabisan pembantu rumah. Cuma ada pembantu untuk disewa, tetapi upahnya lebih mahal iaitu hingga SR6,500 sebulan," katanya.


Seorang lagi broker Abu Lara berkata, dia terpaksa mencari rakyat Habsyah dan Nepal untuk memenuhi permintaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07

No comments:

Post a Comment