Harian Metro: Global |
- 5 terperangkap atas pokok
- Sengaja mahu dijangkiti HIV
- Ditahan dua kali jalin hubungan seks dengan kuda
- Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000
- ElBaradei tidak diterima
- Ikhwan gesa teruskan protes
- Penjara Aleppo dibedil, 6 banduan mati
- Pengadil bola kena penggal
- Penyeludup terbesar kokain diusir ke Itali
- Pengikut Naqsyabandiah mula berpuasa semalam
| Posted: 07 Jul 2013 09:12 AM PDT Banda Aceh: Lima lelaki terperangkap di atas pokok sejak tiga hari lalu selepas dikejar oleh beberapa ekor harimau Sumatera. Seorang rakan mereka mati dibaham haiwan berkenaan.
Kejadian berlaku selepas lelaki itu yang mencari kayu gaharu di Taman Negara Hutan Leuser di puncak Sungai Rengas, Tenggulun, kawasan Aceh Tamiang, membunuh seekor anak harimau secara tidak sengaja.
HARIMAU Sumatera. Harimau dewasa itu menyerang keenam-enam lelaki terbabit dan membaham seorang daripada mereka yang dikenali sebagai David. Lima yang lain - Adi Susilo, Mujiono, Budi Setiawan, Suriadi dan Awaludin - menyelamatkan diri dengan memanjat pokok, kata Dicky.
Dicky juga berkata, usaha untuk mendapatkan khidmat pawang harimau sehingga semalam masih belum berhasil.
|
| Posted: 07 Jul 2013 09:08 AM PDT London: Sejenis 'kegilaan' baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV. Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.
Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.
"Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan," katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.
Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab. "Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara," katanya dalam satu kenyataan. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08 |
| Ditahan dua kali jalin hubungan seks dengan kuda Posted: 07 Jul 2013 09:07 AM PDT Austin (Texas): Seorang lelaki dari Hidalgo ditahan dua kali dalam tempoh dua minggu kerana didakwa mengadakan hubungan seks dengan seekor kuda, lapor media semalam. Minggu lalu Cirilo Castillo, 43, didakwa menceroboh harta persendirian dan berkelakuan kejam ke atas haiwan milik jirannya.
Ekoran sabitan itu, jiran Castillo mengambil sikap lebih berhati-hati dan memasang kamera litar tertutup (CCTV).
"Jika tidak, dia akan terus melakukan perbuatan itu," katanya.
|
| Budak 12 tahun diarah bayar RM765,000 Posted: 07 Jul 2013 09:06 AM PDT Riyadh: Mahkamah mengarahkan seorang budak didenda sebanyak SR900,000 (RM765,511) kerana membakar rakannya ketika mereka menikmati barbeku tiga tahun lalu. Fayez Mohammed Awwad yang berusia 12 tahun mendakwa kejadian itu berlaku secara tidak disengajakan.
Fayez mendakwa sedang memanggang kentang dan mahu menjadikan api lebih marak. Dia kemudian mengambil petrol dari rumahnya dan mula mencurah bahan berkenaan ke api, tetapi sebahagian daripadanya terpercik ke badan mangsa. - AN Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 07 Jul 2013 09:05 AM PDT Kaherah: Pemilihan pemenang Anugerah Keamanan Nobel Mohamed ElBaradei sebagai perdana menteri sementara Mesir gagal menyatukan gabungan pembangkang Mohamed Mursi ketika penyokong kedua-dua kumpulan merangka perhimpunan masing-masing hari ini. Agensi berita rasmi MENA semalam berkata, presiden sementara Adly Mansour melantik tokoh liberal dan pengkritik tegas Mohamed Mursi sebagai perdana menteri peralihan.
"Namanya berada di kedudukan teratas dalam senarai calon," katanya. Namun, petang semalam seorang ahli politik kanan Salafi berkata, parti diwakilinya, al-Nour, menolak ElBaradei.
|
| Posted: 07 Jul 2013 09:04 AM PDT Kaherah: Ikhwanul Muslimin menyeru rakyat Mesir terus mengadakan protes selepas berpuluh-puluh orang terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera akibat pergaduhan di antara penyokong gerakan Islam itu dengan penentang serta tentera. Keganasan di antara kumpulan berbeza itu berlaku di tengah Kaherah dan banyak bandar lain, sekali gus menegaskan perlunya penyelesaian politik dicari segera. Akhbar milik kerajaan, al-Akhbar melaporkan beberapa kanak-kanak dibunuh oleh anggota Ikhwanul Muslimin sambil menyiarkan gambar seorang pemuda ditolak dari atas bangunan konkrit di Iskandariah.
Sementara itu, pejabat presiden menawarkan perdamaian dengan penyokong Mohamed Mursi dalam Ikhwanul Muslimin ketika pemimpin pertubuhan berkenaan berjanji terus menolak rampasan kuasa tentera berkenaan. Jurucakapnya berkata, pejabat presiden mempelawa Ikhwanul Muslimin untuk berdamai. "Saya fikir Ikhwanul Muslimin mempunyai banyak peluang pada masa depan untuk menyertai pilihan raya," katanya.
|
| Penjara Aleppo dibedil, 6 banduan mati Posted: 07 Jul 2013 09:03 AM PDT Beirut: Beberapa tahanan di penjara Aleppo terbunuh apabila pusat tahanan itu dibedil. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, setakat ini, enam banduan disahkan mati dalam serangan Jumaat lalu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak yang membedilnya.
Menurut kumpulan pemerhati itu, kira-kira 120 orang mati di penjara di Aleppo itu sejak April lalu, akibat pertempuran, sakit dan menjalani hukuman mati.
Jurucakap kumpulan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman berkata, daripada semua bandar di Syria, Homs mengalami tahap kemusnahan tertinggi. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/07 |
| Posted: 07 Jul 2013 08:17 AM PDT Brasilia: Seorang pengadil bola sepak amatur dikerat kepada empat bahagian dan dipenggal selepas dia menikam seorang pemain hingga mati di padang bola dalam satu perlawanan. Perlawanan itu berlangsung di Stadium Pius XII di Maranho, timur laut Brazil minggu lalu.
Pertengkaran sengit kemudian meletus antara mereka sebelum pengadil terbabit mengeluarkan pisau saku dan menikam Santos Abreu berulang kali.
Setakat ini, polis di Santa Ines, Maranhao menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza, 27, berhubung kejadian ngeri itu dan masih memburu dua lagi lelaki bernama 'Chiquinho' dan 'Pirolo,' menurut beberapa blog Brazil.
|
| Penyeludup terbesar kokain diusir ke Itali Posted: 07 Jul 2013 08:17 AM PDT Rome: Seorang lelaki yang dipercayai penyeludup terbesar kokain di dunia tiba di bandar raya ini semalam selepas diusir dari Colombia setelah ditahan di sebuah pusat beli-belah di Bogota dengan pasport palsu Venezuela. Roberto Pannunzi yang melarikan diri dari penjara di Itali pada 2010 kelihatan tersenyum sambil berbual dengan anggota polis ketika tiba di lapangan terbang di Rome.
Penyiasat berkata, Panunnzi, 65, yang dikenali oleh orang sekelilingnya sebagai 'Bebe' (Baby) terlibat merancang penghantaran kokain secara besar-besaran dari Amerika Selatan ke Eropah.
|
| Pengikut Naqsyabandiah mula berpuasa semalam Posted: 07 Jul 2013 08:15 AM PDT Padang: Pengikut jemaah Tarekat Naqsyabandiah di sini dan beberapa daerah lain di Sumatera Barat mula menjalani ibadah puasa Ramadan semalam. Mereka dilapor menunaikan solat Tarawih berjemaah di beberapa surau di kawasan terbabit kelmarin.
Beliau juga menjelaskan, penetapan awal ibadah itu juga berdasarkan cara Hisab Munjid yang diajar Sheikh Haji Muhammad Tayib sejak 1906 lagi.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment