Harian Metro: Arena |
- Caturan taktikal jadi taruhan
- SUKMA makin positif
- Kelantan lakar kejutan
- WP, Sabah tentu juara futsal wanita
- 'Saya minta maaf': Azlan
- Norfarhan terus bernafsu
- Shahurain tekad bantu Jang
- Perak buru tiga mata penuh di Paroi
- Saiful Nizam tekad benam ego PKNS
- Sarawak Raja Bola Borneo
| Posted: 05 Jul 2013 09:45 AM PDT Johor Bahru: Percaturan taktikal yang ampuh menjadi penentu buat Johor Darul Takzim (DT) untuk memintas Selangor bagi merebut slot ke saingan Piala AFC musim depan apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Larkin, malam ini. Apapun semua bergantung kepada kesebelasan pemain untuk menyamai pencapaian Johor FC yang pernah beraksi di pentas sama pada musim 2009 dan kemenangan ke atas Selangor mampu mengubat duka kelab dari selatan tanah air itu yang terlepas menjulang Piala FA, baru-baru.
Namun pengendali Harimau Selatan, Fandi Ahmad tampak sudah bersedia berdepan Gergasi Merah itu dan mahukan kemenangan sebagai hadiah buat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut hari keputeraan, baru-baru ini.
PEMAIN Johor DT mendengar arahan Fandi pada sesi latihan. "Atas kertas kita ada kelebihan beraksi di laman sendiri namun saya ingatkan pemain beri sepenuh tumpuan kerana saya tahu lawan bijak mengambil kesempatan," katanya.
"Saya tidak mahu ambil risiko menurunkan mereka kerana ia pasti memburukkan lagi keadaan. Kamarul Afiq Kamarudin juga belum pasti diturunkan." Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06 |
| Posted: 05 Jul 2013 09:42 AM PDT Kuala Lumpur: Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 yang rancak berlangsung kini mempamerkan komitmen negeri mempertingkatkan persiapan dalam acara sukan bukan pilihan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong. "Daripada sudut positif, penganjuran SUKMA kali ini menunjukkan bahawa negeri-negeri kini sudah semakin serius menbangunkan acara sukan bukan pilihan (acara sukan yang tidak dipilih oleh tuan rumah SUKMA).
Menurut Zolkples, kebanyakan sukan yang dipertandingkan pada temasya SUKMA kali ini pencapaian atlet tidak boleh diukur dari segi masa atau jarak, sebaliknya ia lebih bersifat subjektif dan acara berpasukan.
Temasya SUKMA 16 akan menutup tirai esok dan setakat ini, Terengganu mengungguli kedudukan pingat dengan 17 pingat emas, 11 perak dan sembilan gangsa.
Sebanyak 39 pingat emas ditawarkan esok dan kontinjen seperti Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Selangor dijangka bersaing hebat merebut pingat emas yang ditawarkan.
|
| Posted: 05 Jul 2013 09:41 AM PDT Kuala Lumpur: Pasukan Bola Baling Kelantan melakarkan kejutan menewaskan pasukan pilihan Terengganu apabila mara ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Dewan Seri Putra, semalam. Skuad Kelantan bimbingan Syihabuddin Ismail merangkul kemenangan 25-21 sekali gus berjaya menebus kekalahan kepada pasukan yang sama pada temasya dua tahun lalu dengan defisit tiga gol.
"Pada peringkat ini (separuh akhir) semua pasukan sama hebat. Peluang untuk menang 50-50. Namun mana-mana pasukan yang boleh membaca kelemahan dan mengambil kesempatan daripada kesilapan taktikal lawan merekalah yang akan menang," katanya.
Menanti Kelantan pada perlawanan akhir adalah Perak yang menewaskan Johor pada satu lagi saingan separuh akhir dengan jaringan 21-14.
Biarpun sedar akan saingan yang bakal diterima namun Syihabuddin sudah bersedia dengan mengkaji kekuatan pasukan itu.
|
| WP, Sabah tentu juara futsal wanita Posted: 05 Jul 2013 09:40 AM PDT Kuala Lumpur: Wilayah Persekutuan akan menentang Sabah pada perlawanan akhir acara futsal wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di gelanggang futsal KSL Sports Puchong, hari ini. Pada perlawanan separuh semalam, Wilayah Persekutuan dengan mudah mengalahkan Perak 7-0 manakala Sabah mengatasi Kedah 4-2.
Penjaring lain ialah Siti Syarizan Mohd Sani (12), Noor Azizah Shahrani (16) dan Siti Asnidah Zamri (17).
|
| Posted: 05 Jul 2013 09:40 AM PDT Johor Bahru: "Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah jemu menyokong kami." Demikian ayat pertama yang keluar daripada mulut pertahanan skuad hoki negara, Azlan Misron (gambar) selepas menyaksikan Malaysia gagal memenuhi misi untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Belanda menerusi Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia selepas dibelasah 0-6 oleh Jerman pada aksi suku akhir kelmarin.
"Pada awal permainan kita tidak bermula dengan baik, itu yang terus 'kena' enam gol. Bagi saya kekalahan ini amat memalukan.
Bagaimanapun Azlan berharap semua penyokong negara dapat terus memberi sokongan untuk perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan bertemu gergasi Asia dan juga pasukan ranking kelima dunia Pakistan, hari ini.
|
| Posted: 05 Jul 2013 09:39 AM PDT Kota Bharu: Pemain sayap Kelantan, Mohd Norfarhan Muhammad tekad mencipta jaringan pada perlawanan terakhir saingan Liga Super ketika melayani kunjungan LionsXII di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini. Norfarhan yang menjadi penjaring tunggal ketika menewaskan Johor Darul Takzim (JDT), 1-0 pada final Piala FA mahu meneruskan sentuhan berbisanya berdepan pasukan kendalian V Sundramoorthy.
"Terpulang kepada jurulatih namun saya sedia menggalas tugas. Jika dapat beraksi saya akan membalas kepercayaan jurulatih dan ingin menghadiahkan jaringan.
Kelantan yang mengejar tiga mata bagi memastikan berada dalam kelompok empat terbaik musim ini juga terpaksa menggalas tanggungjawab negara untuk menewaskan pasukan dari seberang tambak Johor yang berjaya merampas trofi Liga Super musim ini.
"Kelantan perlu menewaskan LionsXII meskipun mereka sudah dinobat juara Liga Super. Jika Kelantan menang, sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah negara." Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06 |
| Posted: 05 Jul 2013 09:38 AM PDT Seremban: Selepas mensia-siakan banyak peluang jaringan ketika menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Selasa lalu, pemain sayap Shahurain Abu Samah berazam memperbaiki persembahan apabila Negeri Sembilan turun menentang FELDA United FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Dia kecewa Negeri Sembilan tunduk 0-2 dan pemain kelahiran Kajang berusia 25 tahun itu kini fokus membantu Negeri Sembilan mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir liga.
"Walaupun keputusan perlawanan tidak mampu mengubah kedudukan liga, kemenangan amat penting demi maruah," katanya. Dia yang hanya menjaringkan satu gol musim ini bersedia bergandingan dengan Leandro Barbosa Fabio dan Mohd Nazrin Mohd Nawi bagi menggerakkan jentera depan lebih mantap. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06 |
| Perak buru tiga mata penuh di Paroi Posted: 05 Jul 2013 09:37 AM PDT Ipoh: Perak memburu mata penuh berdepan ATM di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk memperbaiki kedudukan Liga Super 2013 yang melabuhkan tirai malam ini. Seladang kini menduduki kedudukan kelapan dan mampu melonjak satu anak tangga jika mencatat kemenangan dengan syarat PKNS kecundang di tangan Pahang.
"Matlamat kami ialah menamatkan cabaran di kedudukan terbaik. Tangga ketujuh tetap pencapaian baik buat saya kali ini. Apa yang boleh dilakukan ialah berusaha dalam Piala Malaysia pula," katanya.
Bagi menghadapi perlawanan malam ini, Perak tidak dapat menurunkan kapten, Shahrulnizam Mustapa yang masih cedera.
"Apapun saya sudah bersedia menghadapi perlawanan terakhir ini tanpa khidmatnya. Mujur ini perlawanan liga terakhir.
|
| Saiful Nizam tekad benam ego PKNS Posted: 05 Jul 2013 09:36 AM PDT Kuantan: Pemain pertahanan Pahang, Mohd Saiful Nizam Miswan ingin memastikan mereka menang aksi terakhir Liga Super bertemu PKNS Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini. Pada masa sama, Saiful berkata, misi utama ialah membalas dendam kekalahan 1-3 pada pusingan pertama di Stadium Darul Makmur, 8 Mac lalu. Menurutnya, kemenangan 2-1 ke atas ATM dinantikan selepas pasukan gagal mempamerkan aksi meyakinkan sebelum itu.
"Sebagai pemain pertahanan, saya serta rakan lain akan berusaha menyekat jentera serangan tuan rumah.
Dia mengharapkan keputusan positif dicapai menjelang persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia 17 Ogos ini.
"Misi kami kini menduduki kelompok lima pasukan terbaik liga dan perlu mengatasi PKNS untuk mencapainya," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/06 |
| Posted: 05 Jul 2013 09:34 AM PDT Kota Kinabalu: Sarawak semestinya layak dinobat Raja Bola Sepak Borneo apabila mengekalkan rekod tanpa kalah saingan Liga Perdana musim ini selepas menewaskan jiran, Sabah 2-1 di Stadium Likas, petang semalam. Gah dengan status selaku juara Liga Perdana, Sarawak memulakan aksi bertenaga apabila lebih banyak melakukan serangan ke kubu tuan rumah.
Namun, tuan rumah enggan mengaku kalah apabila menyamakan kedudukan m-36 menerusi Mohd Fazlidin Khalid yang melepaskan rembatan kencang dari jarak 25 meter untuk menewaskan penjaga gol Bujang Senang, Saiful Amar Sudar.
Usaha Sabah menyamakan kedudukan turut buntu dan sepakan percuma Zainizam pada minit akhir perlawanan melewati palang gol sekali gus memastikan Sarawak pulang penuh bergaya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment