Harian Metro: Arena |
- Ranking tak berubah
- Terengganu ungguli carta kedudukan
- Zhang Yu taruhan Pulau Pinang
- Gergasi baru renang berirama
- Melaka kekal penguasaan polo air
- Bantuan asing
- Puyol enggan bersara
- England layak
- Selangor tekad gempur
- PAFA hati-hati pilih pemain
| Posted: 04 Jul 2013 10:10 AM PDT Kuala Lumpur: Walaupun tidak menyertai perlawanan persahabatan sejak akhir-akhir ini, kedudukan skuad bola sepak kebangsaan tidak berubah dalam ranking bola sepak dunia. Berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kekal di kedudukan ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).
HARIMAU Malaya kekal di tangga kelima Asia Tenggara. Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,532 mata manakala Jerman kekal di tangga kedua, 1,273 mata.
Argentina pula turun ke tangga keempat selepas mengumpul 1,204 mata. Kedudukan ranking FIFA itu membabitkan 209 negara. - BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
| Terengganu ungguli carta kedudukan Posted: 04 Jul 2013 10:08 AM PDT Kuala Lumpur: Terengganu terus mendahului carta pungutan pingat walaupun sekadar menambah satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16, semalam. Pingat emas tunggal kontinjen pantai Timur itu diperoleh menerusi skuad bola sepak pantai wanita yang mengalahkan Sabah, 6-5 pada perlawanan akhir di Pantai Morib, Banting.
Selain itu, Terengganu turut menambah sebutir pingat gangsa melalui acara Kabaddi wanita.
Sementara acara Kabaddi yang menutup tirainya semalam menyaksikan perebutan pingat emas antara Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk dua pingat emas yang ditawarkan.
Hari ini hanya dua pingat emas menjadi rebutan acara ping-pong berpasukan, lelaki dan wanita. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
| Posted: 04 Jul 2013 10:07 AM PDT Kuala Lumpur: Peserta Pulau Pinang, Seah Zhang Yu akan bertemu Mohammad Taufiq Othman dari Negeri Sembilan pada peringkat separuh akhir kategori 51-54kg acara Muaythai Sukan Malaysia (SUKMA XVI) di South City Plaza, Seri Kembangan, hari ini. Turut melangkah ke separuh akhir adalah Mohamad Firdaus Mohd Jinai dari Johor yang akan menanti cabaran Kamarul Azrul Samsudin dari Selangor, selepas mereka menewaskan lawan masing-masing semalam.
"Saya harap dapat ke final hari ini dan meraih pingat emas untuk Pulau Pinang," kata Zhang Yu.
|
| Posted: 04 Jul 2013 10:06 AM PDT Kuala Lumpur: Negeri Sembilan (NS) melabuhkan tirai acara renang berirama Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 penuh kegembiraan apabila menyekat dominasi Selangor dalam acara berpasukan. Barisan atlet NS yang dilatih bekas jurulatih kebangsaan Hu Shu Xia menyapu bersih kesemua tiga pingat emas acara berpasukan dan semalam meraih emas terakhir ditawarkan di kolam renang Pusat Akuatik Nasional dalam acara kombinasi.
"Kami hanya mensasarkan dua emas sebelum ini namun berjaya membawa pulang tiga emas. Ia satu pencapaian yang baik berbanding SUKMA lalu apabila hanya membawa pulang satu emas. "Kejayaan ini hasil usaha keras semua atlet yang sanggup turun berlatih enam hari seminggu. Mereka banyak berkorban dan lebih menggembirakan atlet ini berjaya menewaskan atlet kebangsaan," katanya.
|
| Melaka kekal penguasaan polo air Posted: 04 Jul 2013 10:06 AM PDT Kuala Lumpur: Melaka mengekalkan penguasaan dalam sukan polo air Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 apabila meraih emas berganda menerusi skuad lelaki semalam selepas barisan wanitanya turut berjaya melakarkan kejayaan sama. Perlawanan akhir di Pusat Akuatik Nasional menyaksikan Melaka melakar kemenangan bergaya apabila membelasah Negeri Sembilan (NS), 14-5.
Pada suku ketiga, Melaka terus melebarkan penguasaan, 10-2 dan akhirnya NS terpaksa menyerah kalah apabila jauh ketinggalan biarpun cuba mengejar di babak keempat dengan menjaringkan tiga gol.
"NS adalah rakan sepelatih. Kami sering berlatih bersama dan tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika mahu dibandingkan, kedua-dua pasukan ini tidak jauh beza," katanya. Soh Yong Wee dan Fam Jia Yi menjadi wira skuad Melaka selepas masing-masing menjaringkan empat gol.
|
| Posted: 04 Jul 2013 10:05 AM PDT Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan wanita Wong Tat Meng mengambil langkah bijak menjemput pemain nombor empat dunia, Juliane Schenk dari Jerman berlatih bersama pemain wanita negara bagi memastikan Sonia Cheah dan Tee Jing Yi meningkatkan prestasi menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China 5-11 Ogos depan. Tat Meng berkata, Schenk akan berlatih selama sebulan di Bukit Kiara.
Juliane tiba di Kuala Lumpur kelmarin, segera turun menjalani latihan bersama pasukan negara pagi semalam.
"Saya yakin jika berlatih bersama Juliane, keyakinannya pasti meningkat kerana bermain menentang pemain bertaraf dunia setiap hari," katanya.
"Untuk Jing Yi pula, corak permainannya dengan Juliane lebih kurang sama, lebih kepada fizikal. Jing Yi boleh belajar daripada Juliane bagaimana menjadi seorang pemain yang bagus." Selain latihan sebulan di Bukit Kiara, Juliane juga dijangka menyertai skuad negara menjalani latihan pusat di Hong Kong bermula 25 Julai ini.
|
| Posted: 04 Jul 2013 10:00 AM PDT Madrid: Pertahanan utama Barcelona, Carles Puyol yang dibelenggu masalah kecederaan tidak berhasrat untuk bersara sebaliknya berharap dapat menyambung kontraknya bersama juara Sepanyol itu. Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 35 tahun itu tidak beraksi sejak menjalani pembedahan lutut kanan Mac lalu.
Namun ketika ditanya akhbar sukan harian Catalunya El Mundo Deportivo sama ada dia akan bersara, Puyol berkata: "Kini bukan masanya. Saya tidak akan bersara. Sekalipun saya banyak merana, kemeriahan dan keghairahan untuk bermain tetap ada.
|
| Posted: 04 Jul 2013 09:56 AM PDT Johor Bahru: England secara matematik sudah layak ke Piala Dunia 2014 di Belanda menerusi Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya selepas mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Jepun pada saingan suku akhir semalam. Berdasarkan format Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), hanya satu pasukan yang mengakhiri saingan di tempat keempat pada dua kejohanan separuh akhir iaitu di Belanda dan Malaysia, akan terpilih beraksi di Piala Dunia sekiranya menduduki ranking lebih baik.
"Secara matematik kami sudah layak ke Piala Dunia kerana menduduki ranking lebih baik berbanding New Zealand," kata ketua jurulatih England Bobby Crutchley.
"Kami muncul juara kumpulan tapi perlu juga turun pada perlawanan suku akhir bertemu pasukan tercorot satu lagi kumpulan (Afrika Selatan).
Saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di sini menawarkan tiga tiket ke Piala Dunia di Belanda. Jumlah sama juga ditawarkan pada satu lagi saingan separuh akhir di Belanda, bulan lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
| Posted: 04 Jul 2013 09:55 AM PDT Kuala Lumpur: Selangor melaungkan amaran akan menggempur habis-habisan kubu Johor Darul Takzim (DT) bagi memburu kemenangan biarpun satu mata pada aksi terakhir Liga Super di Larkin, esok sudah memadai untuk skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim muncul naib juara sekali gus meraih slot ke Piala AFC musim depan. Menurut Irfan, beliau tidak akan memperjudikan nasib pasukannya dengan bermain secara bertahan memandangkan skuad Red Giants memiliki rekod baik di gelanggang lawan itu.
Selepas LionsXII mengesahkan kejuaraan apabila mengum pul 43 mata Selasa lalu, kemuncak perlawanan akhir liga kini lebih terarah kepada perebutan tempat kedua antara Selangor dan pasukan tangga ketiga Johor DT kendalian Fandi Ahmad.
Pada aksi Piala FA, Selangor berjaya mencatat kemenangan 2-1 di gelanggang itu dan untuk memastikan misi itu berjaya Irfan sedia menurunkan penyerang import, Francis Forkey Doe daripada hukuman untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama kali ini.
"Kami pernah menang di sana dan tiada apa perlu ditakutkan walaupun kami tahu Johor DT pasti mahu menebus kehampaan kalah di final Piala FA dengan Kelantan. Bagi perlawanan Sabtu ini saya akan menurunkan Doe dalam kesebelasan utama dan saya percaya hukuman yang dikenakan kepadanya sudah cukup untuk memberi peringatan kepadanya," jelas Irfan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/05 |
| Posted: 04 Jul 2013 09:54 AM PDT Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan lebih berhati-hati membentuk pasukan menghadapi kempen musim hadapan termasuk semasa proses meminjam pemain bagi kempen Piala Malaysia. Presiden PAFA Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, penelitian terhadap setiap pemain akan dibuat membabitkan pegawai perubatan dan pakar sains sukan.
"Ketika menyertai pasukan Perak pemain terbabit tidak berterus terang mengenai keadaan sebenar dan apabila diturunkan dia mudah mengalami semula kecederaan," katanya selepas majlis penyerahan imbuhan kepada pemain skuad belia Perak yang menduduki tempat ketiga Piala Presiden.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment