Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Padah ingin pinggul menarik

Posted: 26 May 2013 08:43 AM PDT

Los Angeles: Seorang ibu kepada dua anak semalam menceritakan bagaimana impiannya untuk memiliki pinggul lebih menarik berakhir dengan tragedi apabila dia terpaksa membuang kedua-dua tangan dan kakinya, selain hampir-hampir menemui ajal.

Apryl Michelle Brown tidak menyangka keputusannya memilih suntikan silikon di pasaran gelap menyebabkan dia berdepan maut.

Semua gara-gara bahan yang digunakan untuk menyuntik pinggul Apryl bukan silikon sebenar, sebaliknya hanya sejenis pelekat industri yang cuma sesuai digunakan di bilik mandi.

Sebelum itu, Apryl berasa pinggulnya tidak cukup menarik dan mahu menukarnya melalui suntikan silikon.

Foto

APRYL kini terpaksa meneruskan hidup tanpa tangan dan kaki.


Kata Apryl, 46, dia menyangka prosedur itu tidak membahayakan walaupun ketika itu dia mendapatkan khidmat daripada pihak yang tidak bertauliah.


"Hakikatnya, bahan yang digunakan itu tidak sesuai untuk manusia," katanya.
Insiden yang mengubah keseluruhan hidup Apryl mengalami itu berlaku pada 2004 apabila dua wanita menemuinya di salun kecantikan yang diusahakannya.

Kata Apryl, wanita terbabit datang ke situ untuk mencantikkan rambut mereka.

"Seorang daripada mereka menawarkan suntikan silikon tanpa lesen yang sedia memberikan khidmat ke rumah pelanggan.

"Untuk membuktikan keberkesanan suntikan itu, wanita terbabit menunjukkan rakannya yang memiliki pinggul menarik," katanya.

Melihat keadaan itu, Apryl berkata, dia menyangka keajaiban berlaku dalam hidupnya.

Namun, keputusan Apryl mempercayai wanita terbabit ternyata membawa dia ke ambang maut.

Apryl membayar upah kira-kira RM3,000 untuk dua suntikan pada pinggulnya.

Selama dua tahun selepas itu, kawasan suntikan berkenaan menjadi keras dan warna kulit menjadi kehitaman.

Tahun-tahun berikutnya, Apryl terpaksa menanggung kesakitan yang berterusan dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana doktor berpendapat, terlalu bahaya jika silikon itu dibuang.

"Saya terseksa sentiasa dan menjadi pengunjung biasa hospital kerana terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit.

Pada 2011, satu pembedahan bagi membuang bahan itu dijalankan tetapi gagal, menyebabkan pinggul Apryl berlubang dan menjadi punca kepada jangkitan kuman yang nyaris meragut nyawanya.

Doktor terpaksa meletakkan Apryl dalam keadaan koma selama dua bulan dan sepanjang tempoh itu menjalankan 27 pembedahan - bermula dengan memotong pinggulnya.

"Mereka menyelamatkan nyawa saya tetapi berlaku gangren pada tangan dan kaki, memaksa doktor memotong kedua-dua tangan dan kaki saya," katanya.

Di sebalik insiden itu, Apryl mengakui tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan kecuali dirinya sendiri.

"Semuanya bermula kerana saya mahukan pinggul lebih besar," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Lahir anak kedua atas kerusi roda

Posted: 26 May 2013 08:36 AM PDT

Tallahassee (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu 'tidak sabar' menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital.

Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin.

Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital.

Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan.


Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital.


Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Wanita Islam jadi mangsa tentera Thai

Posted: 26 May 2013 08:34 AM PDT

Bangkok: Pejuang hak asasi untuk penduduk Islam Thai, Angkhana Neelaphaijit menyuarakan kebimbangan mengenai serangan seksual berterusan terhadap wanita Islam oleh anggota keselamatan di Yala, Pattani dan Narathiwat.

Angkhana, isteri peguam yang diculik, Somchai Neelaphaijit, yang menyediakan bantuan guaman kepada suspek Muslim di tiga wilayah paling selatan Thai itu berkata demikian pada sidang akhbar oleh Amnesty International untuk melancarkan laporan tahunannya, kelmarin.

Menurutnya, wanita Islam yang diperkosa oleh tentera Thai dibayar Bt200,000 (RM20,000) dan dipaksa merahsiakan hal itu atau dipaksa berkahwin dengan tentera terbabit yang kemudian tidak didakwa.

"Tiada anggota keselamatan yang melakukan pencabulan hak asasi didakwa. Apabila mereka mengakhiri tugasan di selatan, mereka akan dipindahkan ke tempat lain.


"Wanita Islam itu akan dibawa bersama. Tetapi kebanyakan perkahwinan itu berakhir dengan perceraian kerana mangsa tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempat baru," katanya.


Angkhana berkata, penduduk Islam termuda yang dirogol sehingga hamil ialah kanak-kanak berusia 10 tahun dari Yala.

Meskipun jumlah pencabulan hak asasi, termasuk penderaan, penculikan dan pembunuhan berkurangan, tindakan membunuh oleh anggota tentera terhadap suspek yang dibebaskan mahkamah semakin meningkat.

Angkhana juga berkata, penduduk tempatan tidak lagi mempercayai sistem kehakiman kerana penyiasat sering gagal mencari bukti untuk mendakwa anggota tentera yang terbabit dengan jenayah sehingga membolehkan mereka dibebaskan.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan membayar wang sebagai ganti rugi kepada mangsa.

"Wang tidak boleh mengganti nilai dan maruah manusia. Masyarakat yang tidak diberi keadilan tidak akan mencapai keamanan," katanya. - The Nation

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Peperiksaan sekolah dalam talian

Posted: 26 May 2013 08:32 AM PDT

Jakarta: Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan mempertimbangkan cadangan menukar peperiksaan sekolah tinggi Indonesia daripada kaedah konvensional kepada dalam talian.

Idea itu dikemukakan selepas peperiksaan tahun ini dicemari dengan masalah kelewatan serta soalan bocor.


Timbalan Menteri, Musliar Kasim berkata, cadangan itu boleh dilaksanakan kerana kementerian itu mampu mengendalikannya.

"Sebelum ini ujian untuk guru dijalankan secara dalam talian.


"Justeru, peperiksaan untuk sekolah tinggi juga boleh dilaksanakan melalui kaedah itu, sekali gus dapat mengurangkan kos," katanya kepada media semalam.


Menurut Musliar, pelaksanaan ujian secara dalam talian itu boleh dimulakan tahu depan.

Untuk permulaan, katanya, Kementerian Pendidikan Dan Kebudayaan akan menguji sistem itu untuk peperiksaan pertengahan semester penuntut sekolah tinggi tahun ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Penunggang bogel ditangkap

Posted: 26 May 2013 08:30 AM PDT

Chiang Mai: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan berbogel di banda raya ini ditangkap selepas polis mengetahui mengenai kegiatannya menerusi klip video yang dimuatnaikkan dalam laman sosial media.

Polis mengambil masa lima jam untuk menangkap lelaki berkenaan selepas perbuatan lelaki itu muncul di laman web pagi kelmarin.

Lelaki terbabit, Jetpol Chanboontawee, 24, akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Jurucakap polis tempatan, Chamnan Ruodreaw berkata, pihaknya melancarkan siasatan terhadap kes berkenaan selepas menerima aduan daripada orang ramai yang menonton klip video itu.


Polis menjejaki Jetpol dengan mengesan alamat IP individu yang memuat naik video itu. Individu terbabit kemudian mengenalpasti Jetpol sebagai penunggang motosikal itu.


Jetpol yang mengaku melakukan perbuatan itu pada 30 April lalu berkata, dia dicabar dan ditawar hadiah Bt1,000 (RM100) oleh rakannya untuk berbuat demikian. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Amir Khan nikah hujung bulan

Posted: 26 May 2013 08:29 AM PDT

London: Petinju terkenal berasal Pakistan, Amir Khan, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita pilihan, Faryal Makhdoum, akhir bulan ini.

Menurut laporan media Pakistan, Amir kini bertunang dengan Faryal.

Pasangan itu dijadual dinikahkan pada 31 Mei ini.

Pengumuman itu dibuat Amir melalui sebuah laman sosial semalam.


Amir dan Faryal - penuntut universiti di New York dan berasal dari Pakistan - akan dinikahkan dalam majlis penuh meriah di Hotel Waldorf Astoria.


Sumber berkata, sejurus selepas pernikahan itu, pasangan terbabit akan kembali ke tempat Amir tinggal ketika ini, Bolton, untuk menghadiri kenduri besar-besaran.

"Dianggarkan kira-kira 4,000 orang akan meraikan majlis itu," katanya.

Sementara itu, Amir, 26, memuat naik gambar dia bersama rakannya belajar tarian Bollywood untuk mengejutkan tetamu yang datang ke majlisnya nanti.

Menulis di Twitter, Amir berkata: "Saya dalam perjalanan ke gimnasium. Rakan-rakan berlatih menari untuk majlis akan datang. Ia tentu menyeronokkan."
Amir dan Faryal bertemu Julai tahun lalu tetapi hubungan mereka melalui pelbagai dugaan sebelum kedua-dua mereka bertunang di depan 1,000 tetamu di Stadium Reebok yang menjadi gelanggang pasukan bola sepak kegemaran petinju itu, Bolton Wanderers.

Disebabkan Faryal menuntut di New York, hubungan cinta mereka berlangsung dari jarak jauh.

Selepas dinikahkan, Faryal dijangka akan menetap bersama Amir di Bolton.

Amir dan Faryal menjalin hubungan cinta sejak bertemu Julai tahun lalu. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Filipina tingkat kawalan keselamatan di Sulu

Posted: 26 May 2013 08:28 AM PDT

Cotabato: Pihak berkuasa Filipina semalam meningkatkan keselamatan di wilayah Sulu di selatan negara itu.

Ia bagi menghadapi kemungkinan serangan balas kumpulan Abu Sayyaf selepas angka kematian akibat pertempuran antara tentera dengan kumpulan berkenaan meningkat 14 orang.

Tentera Filipina melancarkan gerakan memburu militan terbabit dan serangan balas mungkin berlaku selepas ramai anggota Abu Sayyaf terbunuh ketika pertempuran di Patikul, kata Ketua Polis Wilayah Autonomi Mindanao, Ketua Superintendan Noel Delos Reyes.

Dia mengarahkan semua anggota tentera di wilayah berkenaan supaya meningkatkan tahap berjaga-jaga memandangkan antara yang terbunuh dalam pertempuran terbabit ialah anak pemimpin Abu Sayyaf, Adzmar Sawadjali.


"Mereka mungkin akan melancarkan serangan bom dan menculik sebagai usaha mengalihkan tumpuan polis dan tentera yang memburu mereka," kata Reyes.


Sekurang-kurangnya tujuh anggota Marin dan tujuh pejuang Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tugas kelmarin. Sembilan tentera dan kira-kira 10 anggota Abu Sayyaf cedera.

Abu Sayyaf yang dipercayai dianggotai 380 orang diasaskan oleh kumpulan pelampau pada awal 1990 an dan menjadi antara kumpulan antikerajaan yang utama.

Mereka terkenal kerana kegiatan menculik, mengebom dan juga memenggal mangsa mereka di selatan Filipina sepanjang dekad lalu. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Bandar di Asia paling ramai orang kaya

Posted: 26 May 2013 08:27 AM PDT

Seoul: Beberapa bandar raya di Asia disahkan memiliki populasi orang terkaya di dunia paling ramai berbanding tempat lain.

Berdasarkan senarai dikeluarkan sebuah agensi perundingan kekayaan London, Wealth Insight, enam daripada 10 bandar raya teratas memiliki hartawan paling ramai adalah dari Asia.

Berada di kedudukan teratas ialah Tokyo yang mempunyai 461,000 jutawan dengan nilai aset tanpa hutang lebih AS$1 juta (RM3 juta).

New York dan London masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.


Tokyo berada di tempat pertama kerana kepadatan penduduknya di kawasan bandar dan 20 peratus daripada hartawan Jepun tinggal di Tokyo.


Sementara itu, Seoul berada di tempat ke-11 dalam senarai tu dengan 131,000 jutawan.

Wealth Insight meramalkan China akan mengatasi Jepun dalam senarai jumlah jutawan dan berada di kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat menjelang 2020. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Harga iPhone 5 mula merudum

Posted: 26 May 2013 08:26 AM PDT

Dubai: Ketika khabar angin mengenai kemunculan iPhone 5S semakin kuat, harga iPhone 5 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mula merosot - dengan sesetengah tempat mencatatkan penurunan 19 peratus.

Apple Store di UAE kini menjual iPhone 5 pada harga RM2,146 untuk model 16GB dengan janji produk itu akan diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, harga purata produk sama di kedai utama lain di UAE adalah kira-kira RM2,270.

Bagaimanapun, mulai semalam, rangkaian pasar raya Carrefour di UAE menawarkan iPhone 5 pada harga RM2,047 dengan tambahan kupon bernilai RM206 - menjadikan produk itu bernilai hanya RM1,841. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

Minta polis tangkap anak

Posted: 26 May 2013 08:25 AM PDT

Charlotte: Seorang ibu menelefon polis supaya menangkap anaknya kerana mencuri kuih tartnya.

Polis di bandar di Carolina Utara berkata, Latasha Renee Love, 37, menghubungi pihak berkuasa untuk mengadu mengenai kuih tartnya hilang dicuri oleh anaknya.

Dia bertindak demikian selepas berdepan dengan masalah untuk mendisiplinkan budak itu.

Media tempatan melaporkan, polis menahan anak Latasha atas tuduhan mencuri.


Polis menganggarkan nilai tart berkenaan RM15. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/26

No comments:

Post a Comment