Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tunduk! pesawat nak mendarat

Posted: 13 May 2013 09:23 AM PDT

Philipsburg (St Maarten): Berjemur di bawah cahaya matahari bukan satu-satunya alasan pelancong bertumpu ke Pantai Maho di St Maarten - sebuah wilayah autonomi di bawah kerajaan Belanda.

Bagi kebanyakan orang, Pantai Maho adalah tempat cukup unik untuk melihat kapal terbang dari jarak dekat tanpa perlu membahayakan diri. Seperti yang dapat disaksikan pada gambar ini, Pantai Maho terletak di hujung landasan kecil Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.


Ketenangan yang sepatutnya dialami di kawasan pantai sering terganggu oleh deruan enjin pesawat Boeing 747 yang membawa ramai pelancong dari seluruh dunia ke pulau seluas 34 kilometer persegi itu.

Pada masa tertentu, sesetengah pengunjung dapat dilihat cuba menyentuh badan kapal terbang bersedia untuk mendarat di permulaan landasan berhampiran, manakala sebahagian yang lain jelas tidak terganggu dengan bunyi bingit pesawat berkenaan. Walaupun gambaran yang dipaparkan seolah-olah bencana boleh berlaku pada bila-bila masa, rekod keselamatan pihak berkuasa menunjukkan sebaliknya. Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, pentadbir St Maarten meletakkan papan tanda di kawasan itu untuk mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati.


Menurut papan tanda itu, sesiapa yang berani berdiri di hujung landasan lapangan terbang mungkin boleh terhumban jatuh akibat ledakan enjin pesawat.


Selain boleh menyebabkan kecederaan, ia juga mungkin boleh meragut nyawa. Seorang jurugambar Amerika Syarikat, Paul Souders, dapat merakamkan beberapa imej pengunjung pantai yang menikmati keunikan St Maarten itu.

Foto

PELANCONG mengambil gambar ketika kapal terbang penumpang bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana.

Foto

PAPAN amaran mengingatkan bahaya yang mungkin dialami pelancong akibat ledakan enjin pesawat.

Menurut Souders, Pantai Maho memang unik berbanding kawasan percutian lain. - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Kapal terbang tanpa pilot buat penerbangan sulung

Posted: 13 May 2013 09:15 AM PDT

London: Sebuah pesawat udara tanpa juruterbang melakukan penerbangan sulung di ruang udara Britain semalam, sekali gus membuka jalan kepada permulaan operasi kapal terbang penumpang tanpa juruterbang.

Kapal terbang eksekutif BAE Jetstream itu terbang sejauh kira-kira 483 kilometer dari Warton, Lancashire ke Inverness di Scotland.


Pesawat itu dikendalikan sepenuhnya melalui komputer oleh seorang juruterbang di darat.

Jurucakap BAE berkata, ada dua juruterbang menaiki pesawat berkenaan untuk mengendalikan pesawat itu ketika berlepas dan mendarat.


"Bagaimanapun, selain daripada berlepas dan mendarat, pesawat berkenaan - yang terbang pada ketinggian 20,000 kaki - dikendalikan pakar di Warton serta dipantau pengawal trafik udara," katanya. Pengarah BAR, Lambert Dopping-Hepenstal berkata, projek bernilai £62 juta (RM 285 juta) itu adalah detik baru dalam sejarah penerbangan.


"Pesawat tanpa juruterbang bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tidak lama lagi," katanya. Lebih banyak penerbangan percubaan dijangka dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Haiwan liar dijual melalui Internet

Posted: 13 May 2013 09:14 AM PDT

Jakarta: Penjualan haiwan spesies terlindung menerusi Internet masih berleluasa di Jawa Tengah, kata pegawai Agensi Konservasi Sumber Alam Semula Jadi Jawa Tengah (BKSDA)semalam.

Ketua agensi itu di wilayah 1, Johan Setiawan berkata, tahun ini saja agensi terbabit melakukan tujuh serbuan terhadap penjualan haram haiwan spesies terlindung. Pihaknya juga merampas lebih 15 haiwan liar spesies terlindung termasuk orangutan, burung Jalak Bali, burung kakatua dan kokang. Agensi itu bersama Pusat Perlindungan Orangutan baru-baru ini memberkas seorang peniaga yang menjual burung helang dan kokang di pasar burung Ambarawa, di Jawa Tengah.


Johan berkata, penahanan itu dibuat ekoran pemantauan laman web yang menjual haiwan liar. Suspek dikenali sebagai Paryono dilaporkan menjual haiwan spesies terancam di pasar berkenaan sejak enam tahun lalu.

Berikutan penahanan itu, mereka turut merampas dua helang Bido dan enam kokang. Haiwan berkenaan biasanya dijual dengan harga antara 600,000 rupiah (RM 184) dan 1 juta rupiah (RM307). Paryono disifatkan melanggar Akta 1/1990 konservasi sumber biologi dan ekosistem yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda 100 juta rupiah (RM 30,769).


Johan berkata, peniaga haiwan liar beroperasi dalam rangkaian dan serbuan dapat memperlahankan kegiatan mereka.


"Sebaik saja kami menghentikan serbuan, mereka menjadi aktif semula," katanya. Dia menyalahkan bahaya peningkatan perniagaan haiwan liar berikutan bahawa ramai orang masih gemar mengumpul dan memeliharan haiwan itu. Sesetengahnya malah meganggap hobi sedemikian berprestij. Keadaan ini menyebabkan permintaan tinggi untuk haiwan liar. "Pembekal akan melakukan apa saja bagi membekalkan permintaan bagi haiwan berkenaan dengan memburunya di habitat semula jadi mereka," katanya. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Pengantin perempuan lapor polis bakal suami 'hilang'

Posted: 13 May 2013 09:13 AM PDT

Lop Buri: Seorang pengantin perempuan membuat laporan polis apabila pengantin lelaki gagal muncul dalam majlis perkahwinan mereka di Lop Buri semalam.

Pegawai polis bertugas di balai polis Muang Lop Buri, Leftenan Supachai Deemongkol berkata, Tatchaya Prachumsarn, 21, masih memakai pakaian pengantin ketika tiba di balai polis. Dia meminta polis menjejaki Natchapat Olarn, 29, dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana menipu dan memalukannya.


Tatchaya tiba di balai polis dengan ibu, saudara dan rakannya iaitu kira-kira 10 orang.

Tatchaya memberitahu polis, dia dan Natchapat yang bekerja di Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian sudah berpacaran selama lebih setahun. Ketika Natchapat meminta keizinan ibunya untuk berkahwin dengan Tatchaya, wanita itu memberikan persetujuannya.


Natchapat menawarkan untuk memberikan pengantin perempuan sebanyak 300,000 baht (RM30,295) dan barang kemas. Bagaimanapun, dia meminta ibu Tatchaya membayar wang itu terlebih dulu ketika upacara perkahwinan itu dan dia akan membayar wanita terbabit kemudian. Pasangan itu kemudian bersetuju majlis perkahwinan diadakan di kediaman ibu Tatchaya di Lop Buri pada 12 Mei. Tatchaya memberitahu polis, dia dan keluarganya menunggu dari pagi kehadiran Natchapat tetapi lelaki terbabit tidak muncul. Dia turut menghubunginya di telefon tetapi panggilannya tidak dijawab. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Cubaan 5 banduan lari dari penjara gagal

Posted: 13 May 2013 09:12 AM PDT

Nakhon Sitamarat: Percubaan lima banduan untuk melarikan diri dari penjara Thung Song menemui kegagalan apabila seorang daripada mereka ditembak pengawal penjara ketika cuba memanjat tembok pusat tahanan itu.

Sirichai Pechsri, 32, yang mati di hospital mempunyai lima kesan tembakan di tubuhnya.


Ketika berusaha untuk melarikan diri, lima banduan itu menahan seorang warden sebagai tebusan sebelum menikam mangsa.

Srichai bersama empat lagi rakannya iaitu Suriya Chu-in, Suraches Sornmanee, Suriya Kraithaworn dan Sahas Muenrueang menawan warden penjara, Somboon Saengsidam, 56, ketika cuba melarikan diri.


Kelima-lima tahanan menjalani hukuman penjara ekoran pelbagai kesalahan termasuk dadah, penyeludupan senjata dan pembunuhan.


Somboon berkata, lima tahanan itu tiba-tiba menangkapnya sebelum seorang daripada mereka menikamnya dengan objek logam tajam di bahu dan mengikat tangannya. Dua daripada mereka memerhatikannya, manakala tiga yang lain mengambil tangga buatan sendiri untuk digunakan bagi memanjat tembok dari dalam penjara. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

3 beranak mati dikelar perompak

Posted: 13 May 2013 09:11 AM PDT

Medan: Tiga beranak maut selepas dibunuh dalam satu insiden rompakan di desa Suka Mulia Hilir, Deli Serdang di Sumatera Utara semalam.

Patar Ginting, 50, isterinya, Handayani, 45, dan anak mereka Aisyah yang berusia tujuh tahun maut akibat kecederaan di leher selepas diserang kumpulan perompak berkenaan. Polis berkata, mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Adam Malik untuk bedah siasat. Ketua Polis Deli Serdang, Adjutan Komisioner Kanan Dicky Patrianegara berkata, pembunuhan tiga beranak itu berlaku kira-kira jam 3 pagi. Menurutnya, pembunuhan dilakukan lebih daripada seorang kerana mangsa ditemui mati di tempat berasingan dalam rumah itu.


Dicky berkata, Patar ditemui terjelepuk di kerusi di ruang depan rumah itu. Dia mungkin menjadi mangsa pertama dibunuh. Handayani dibunuh di depan bilik air dan Aisyah dibunuh di bilik tidur.

"Kesemua mangsa mati selepas leher mereka dikelar," katanya kepada wartawan.


Rompakan menjadi motif pembunuhan kerana polis mendapati beberapa barangan berharga milik keluarga itu, termasuk sejumlah wang tunai lesap. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Upah bunuh bapa, kakak

Posted: 13 May 2013 09:10 AM PDT

Beijing: Seorang pelajar sekolah di China ditahan kerana mengupah dua lelaki untuk membunuh bapa dan kakaknya kerana tekanan diberikan mereka terhadapnya supaya belajar, lapor akhbar semalam. Insiden itu mendedahkan tekanan pendidikan di negara itu.

Remaja itu ditahan di wilayah tengah Hunan ekoran kematian bapanya Gao Tianfeng - pegawai kanan mahkamah - dan kakaknya yang berusia 20 tahun, lapor agensi berita kerajaan Xinhua, memetik kenyataan polis tempatan. "Menurut polis, siasatan terhadap pelajar lelaki berkenaan mendapati dia mengupah dua lelaki dikenalinya melalui Internet untuk membunuh bapa dan kakaknya kerana tertekan dengan sikap mereka," lapor Xinhua. Kamera pengawasan menunjukkan dua lelaki memanjat tembok dan memasuki kediaman keluarga itu di Zhoukou ketika kejadian awal kelmarin, kata laporan itu sambil menambah dua daripada tiga suspek yang terbabit termasuk anak lelaki Gao sudah ditahan.


Polis tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut.

China sudah lama dikenali dengan pendekatan disiplin tinggi terhadap pendidikan dan kaedah keibu bapaan mencetuskan kritikan kerana memberikan terlalu banyak tekanan terhadap anak mereka agar lulus dalam peperiksaan yang sukar dan mencabar. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Budak 7 tahun tertembak adik sendiri

Posted: 13 May 2013 09:09 AM PDT

Moscow: Seorang kanak-kanak lelaki Russia berusia tujuh tahun memberitahu polis, dia menembak dan membunuh adik lelakinya yang berusia empat tahun secara tidak sengaja dengan raifal datuk mereka, semalam.

Kanak-kanak itu berkata, dia dan adiknya menemui senjata api itu di bawah katil di rumah datuk dan nenek mereka di bandar Bukachacha, Siberia. Mereka bermain dengan senjata itu ketika datuk dan nenek mereka sedang ridur, kata Jawatankuasa Siasatan Persekutuan.


Kanak-kanak itu berkata, dia secara tidak sengaja tertarik picu ketika cuba mengambil raifal berkenaan dari tangan adiknya.

Pihak berkuasa berkata, mereka mengesyaki seseorang menembak mangsa dari luar halaman rumah yang tertutup itu. Jawatankuasa Siasatan berkata, pihak berkuasa akan membuka kes jenayah terhadap datuk dan nenek mangsa ekoran memiliki raifal tidak berdaftar. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Tentera Bangladesh henti operasi cari mangsa runtuhan

Posted: 13 May 2013 09:09 AM PDT

Dhaka: Tentera Bangladesh semalam mengumumkan pihaknya akan mengakhiri operasi mencari mayat ekoran runtuhan kompleks kilang pakaian bulan lalu, mengatakan ia kini percaya jumlah keseluruhan mangsa yang terbunuh ialah 1,127 orang.

Jeneral tentera yang bertanggungjawab dalam usaha mencari itu berkata, dia kini menyerahkan operasi kepada pentadbir awam dan berharap pasukannya akan kembali ke berek mereka dalam tempoh 24 jam. "Operasi mencari pihak tentera sudah hampir tamat," kata Brigadier Jeneral Siddiqul Alam. "Kami dalam proses menyerahkan operasi seterusnya kepada pentadbiran daerah dan beredar pada jam 2 petang esok (hari ini)," katanya sambil menambah jumlah keseluruhan kematian akibat malapetaka 24 April lalu kini mencecah 1,127. "Kami tidak fikir ada mayat lagi di bawah sisa runtuhan. Kami kini mengalihkan kereta dari tingkat bawah tanah," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

Mati akibat mengaku gay

Posted: 13 May 2013 09:08 AM PDT

Moscow: Seorang lelaki Russia berusia 23 tahun dibelasah dengan kejam dan dibiarkan mati oleh rakannya selepas memberitahu mereka ketika mabuk bahawa dia seorang gay.

Bekas rakan sekolah mangsa dan seorang lagi lelaki ditahan ekoran pembunuhan itu yang berlaku Jumaat lalu.


Agensi berita RIA Novosti semalam memetik kenyataan polis di bandar selatan Volgograd mengatakan seorang suspek mengakui bahawa dia dan rakannya memutuskan untuk mengenakan mangsa dengan menghantarnya pulang dalam keadaan bogel. Dan ia tidak akan berhenti setakat itu saja. Polis berkata, mangsa cedera parah, termasuk di alat sulitnya hingga dia dia tidak dapat dikenal pasti pada awalnya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14

No comments:

Post a Comment