Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Barang kemas artis Cannes dicuri

Posted: 17 May 2013 09:42 AM PDT

Cannes (Perancis): Sejumlah barang kemas bernilai lebih RM3 juta yang sepatutnya dipakai selebriti di permaidani merah sempena Festival Filem Cannes hilang dilarikan penyamun, semalam.

Seluruh peti keselamatan yang berisi barang berharga itu dicuri selepas sekumpulan penjenayah memecah masuk bilik hotel digunakan seorang pekerja syarikat barang kemas eksklusif Switzerland, Chopard.


Sumber berkata, penjenayah terbabit menanggalkan peti keselamatan berisi barang kemas itu dari dinding hotel sebelum melarikan diri.

Antara isi peti keselamatan itu ialah rantai, gelang dan pelbagai barang kemas berhias batu permata.


Secara kebetulan, kejadian itu berlaku pada hari sama filem baru The Bling Ring ditayangkan di festival filem yang elit itu.


The Bling Ring mengisahkan sekumpulan remaja memecah masuk rumah selebriti yang dijadualkan membuat kemunculan di majlis gilang gemilang untuk melarikan barang kemas mereka.

Foto

ANTARA selebriti yang memakai barang kemas Chopar tahun ini ialah Cara Delevigne (kiri), Lana Del Rey (tengah) dan Cindy Crawford.

Chopard adalah satu daripada penaja utama festival filem yang dilangsungkan kali ini.


Sumber berkata, penyiasat giat mencari petunjuk di bilik terletak di tingkat dua Hotel Novotel itu dan pada masa sama menyoal siasat kakitangan syarikat berkenaan yang menyewa di situ.

"Ketika kejadian, bilik itu dikatakan kosong dan peti keselamatan berkenaan ditanggalkan dari dinding sebelum dipecahkan," katanya ketika ditemui, semalam. Pada festival kali ini, barang kemas Chopard turut dipakai aktres Julianne Moore, Cindy Crawford dan Cara Delevingne.


Tahun lalu, duta Chopard, termasuk Eva Herzigova, Jessica Chastain, Reese Witherspoon dan Marion Cotillard adalah antara nama yang memperagakan barang kemas berkenaan.


Kejadian semalam adalah insiden berprofil tinggi terbaru dilaporkan di Perancis.


Februari lalu, perompak bersenjata menyerbu kedai berlian De Beers di tengah Paris dan melarikan pelbagai barang kemas bernilai lebih RM11.5 juta. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Pelajar miliki empat buah pinggang

Posted: 17 May 2013 09:33 AM PDT

London: Seorang pelajar wanita yang menjalani pembedahan pada satu buah pinggangnya terkejut apabila diberitahu dia sebenarnya memiliki empat organ berkenaan.

Jessica Curphey, 20, dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesakitan melampau pada bahagian kanan pinggangnya.


Hanya beberapa minggu sebelum ini, doktor mengesan berlaku jangkitan pada air kencingnya dan dia diberi antibiotik.

Bagaimanapun, imbasan di Hospital St Helier di Surrey menunjukkan ada imej 'gelembung' sebesar 17 sentimeter pada buah pinggang kanannya.


Sebelas hari kemudian, ujian lanjut menunjukkan gelembung itu sebenarnya adalah buah pinggang kedua di bahagian kanan Jessica.


Namun, ia telah rosak dan mesti dibuang.

Ketika pembedahan membuang buah pinggang rosak itu dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati ada satu lagi buah pinggang lain.


Jurucakap hospital berkata, penemuan itu menjadikan Jessica sebenarnya memiliki empat buah pinggang.

"Kejadian begini sangat jarang berlaku," katanya. Selepas berjaya menjalani pembedahan membuang buah pinggang rosak itu Jun tahun lalu, Jessica kini aktif dalam kegiatan amal bagi mengumpul dana untuk badan kebajikan.


Kata Jessica, sebelum ini dia tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi apabila dimaklumkan memiliki empat buah pinggang. "Kini agak seronok melihat reaksi orang lain apabila saya memberitahu saya ada buah pinggang tambahan," katanya ketika ditemui. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Kerabat Ampatuan menang besar

Posted: 17 May 2013 09:31 AM PDT

Manila: Kaum kerabat ketua suku kaum yang berdepan perbicaraan ekoran insiden pembunuhan beramai-ramai yang terburuk di Filipina, menang besar dalam pilihan raya tempatan minggu ini, berdasarkan keputusan semalam.

Keadaan itu meningkatkan kebimbangan bahawa keadilan mungkin tidak dapat ditegakkan. Pemimpin keluarga Ampatuan dan kumpulan lelaki bersenjata yang menjadi orang suruhan mereka dituduh membunuh 58 orang, termasuk 32 wartawan di selatan wilayah Maguindanao lebih tiga tahun lalu dalam usaha untuk menghalang pesaingnya menjadi gabenor. Isteri kepada tiga tokoh kanan keluarga terbabit yang berdepan perbicaraan atas tuduhan pembunuhan itu dipilih semula untuk jawatan datuk bandar di Maguindanao pada pilihan raya pertengahan penggal Isnin lalu, menurut laman web keputusan rasmi.


Sekurang-kurangnya 16 lagi kaum kerabat keluarga Ampatuan dipilih atau dipilih semula sebagai datuk bandar, naib datuk bandar dan kaunselor di wilayah itu, menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Keadaan ini mungkin menghancurkan harapan orang ramai bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai itu patut dihukum," kata Noemi Parcon, di mana suaminya yang juga seorang wartawan mati dalam insiden pembunuhan berkenaan.


Seorang lagi yang dipilih semula sebagai datuk bandar di Maguindanao ialah Benzar Ampatuan, 27, cucu lelaki kepada Andal Ampatuan Snr yang menjadi ketua keluarga terbabit dan antara yang ditahan di Manila dan dibicarakan ekoran pembunuhan itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

932 kes mangsa perbankan Internet di Singapura

Posted: 17 May 2013 09:30 AM PDT

Singapura: Terdapat 932 kes mangsa perbankan Internet di republik ini dikesan untuk suku pertama tahun ini, daripada 112,981 kes seumpamanya di dunia.

Laporan terbaru dikeluarkan Rangkaian Perlindungan Pintar Micro Trend menyatakan bahawa hampir separuh responden yang menjalani kaji selidik tidak menutup akses mereka selepas membuat transaksi di Internet, menyebabkan maklumat peribadi mereka terdedah kepada penjenayah siber yang berniat jahat.


"Maklumat kewangan kita sangat berharga, tetapi sangat bermakna buat penjenayah yang tidak dapat kita lihat," kata Pengarah Kawasan Perniagaan Konsumer dan Pemasaran Digital Micro Trend, Terrence Tang. Sebanyak 85 peratus pengguna di Singapura melakukan transaksi kewangan mereka di Internet, di mana 40 peratus dibuat menerusi peralatan mudah alih mereka. Satu pungutan pendapat di Internet baru-baru ini dilakukan Micro Trend menjalankan kaji selidik terhadap 1,810 pengguna di Singapura menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan responden sedar bahawa kata laluan adalah kunci utama keselamatan, empat daripada 10 menegaskan bahawa mereka tidak pernah menukar kata laluan akaun kewangan mereka. - Straits Times

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Lelaki tembak sami kerana cemburu

Posted: 17 May 2013 09:29 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Chiang Rai: Seorang lelaki ditahan dan didakwa kerana menembak seorang sami gara-gara cemburu apabila bekas isterinya sering mengunjungi kuil, kata polis Chiang Rai semalam.

Pekerja Filipina di Taiwan dinasihat elak keluar rumah demi keselamatan

Posted: 17 May 2013 09:28 AM PDT

Manila: Utusan Filipina ke Taiwan semalam menasihatkan beribu-ribu pekerja negara itu agar makan di rumah dan mengelakkan diri berada di jalanan ketika kemarahan masih memuncak di pulau itu ekoran insiden nelayan yang ditembak mati oleh pengawal pantai Filipina.

Wakil Filipina, Amadeo Perez berkata, selepas kembali ke Manila dari Taiwan, kerajaan mengesahkan sekurang-kurangnya ada satu serangan di mana seorang rakyat Filipina dibelasah dengan kayu besbol. "Mangsa sudah dibawa ke hospital dan polis masih menyiasat. Kami sedang meneliti kes itu," katanya.


Taiwan membekukan pengambilan pekerja Filipina, menghentikan pertukaran perdagangan dan tidak menggalakkan rakyatnya membuat perjalanan ke Filipina ekoran insiden kematian nelayan itu. Kerajaannya turut menolak permohonan maaf presiden Filipina sebagai tidak mencukupi.

Taipei menuntut bayaran pampasan, siasatan, hukuman dan rundingan mengenai perjanjian perikanan. Perez berkata, terdapat tuntutan tambahan tetapi tidak dijelaskannya sebelum dia membuat laporan kepada Presiden Filipina, Benigno Aquino III. "Ketika ini, rakyat Taiwan sangat emosi dan ketegangan memang tinggi," katanya.


"Kami menasihati rakyat Filipina di sana agar tidak keluar rumah terlalu kerap. Makanlah di rumah dan hanya berulang-alik antara kediaman dan tempat kerja buat masa ini," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Dadah dalam kotak syampu

Posted: 17 May 2013 09:27 AM PDT

Sydney: Dua lelaki dari Hong Kong semalam ditahan di Australia selepas methamphetamine dengan nilai Aus$43 million (RM126 juta) ditemui dalam kotak produk dandanan rambut, kata polis.

Dadah dalam bentuk cecair 72 liter itu dirampas hujung minggu lalu apabila pegawai kastam memeriksa bungkusan produk syampu, perapi dan pewarna rambut yang tiba melalui jalan laut di Sydney dari China.


Polis menahan warga Hong Kong berusia 35 dan 43 tahun selepas memantau penghantaran barangan itu. "Kami diberitahu mengenai pelbagai cara berbeza penjenayah menyembunyikan dadah berbahaya itu dalam percubaan untuk mengelak dikesan," kata pegawai kastam Paul Willard.

Penjenayah patut sedar kami mempunyai kemahiran dalam pemeriksaan, disokong oleh teknologi terkini untuk mengesan walaupun melalui cara penyembunyian tercanggih," katanya.


Dua lelaki itu didakwa dengan tuduhan memiliki dadah terkawal dengan kuantiti untuk komersial dan berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Ahli Parlimen cedera diserang kanggaru

Posted: 17 May 2013 09:26 AM PDT

Canberra: Seorang ahli Parlimen Australia cedera selepas dia diserang kanggaru ketika berjoging pada waktu pagi di bandar raya ini.

"Diserang oleh kanggaru!" tulis menteri perkhidmatan majlis perbandaran Wilayah Ibu Negara Australia, Shane Rattenbury di Twitter.


Rattenbury mengalami luka yang dalam dan lebam di kakinya selepas diserang haiwan itu pagi kelmarin.

"Saya tidak pasti siapa yang lebih terkejut, saya atau kanggaru berkenaan," katanya.


"Haiwan itu sedang meragut rumput dan saya sibuk berlari. Malangnya, kanggaru itu terus melompat dan ketika berbuat demikian ia agak terkejut. Ia mengambil langkah membela diri dan menyerang saya hingga saya mengalami luka di belakang kaki," katanya dalam satu kenyataan media.


Luka Rattenbury kemudia dibersihkan dan dia terus diberikan suntikan tetanus. Dia kemudian berjenaka di Twitter: "Saya percaya haiwan itu baik-baik saja - dengan pantas melarikan diri dari tempat kejadian tetapi gagal mengambil jam tangan atau dompet saya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Lelaki berusia 80 tahun daki Gunung Everest

Posted: 17 May 2013 09:25 AM PDT

Nepal: Pendaki gunung Jepun yang berusia 80 tahun sudah memulakan pendakian Gunung Everest, lapor laman webnya, dalam usaha untuk menjadi lelaki tertua menakluki puncak tertinggi dunia itu.

Dalam pesanan suara dirakam di laman webnya, Yuichiro Miura berkata, ekspedisi itu bermula kelmarin dalam pendakian yang dijangka mengambil masa lebih seminggu.


"Kami bercadang untuk sampai di puncak pada 24 Mei...Kami semua dalam keadaan baik, dalam posisi untuk menakluki gunung itu," katanya.

Miura cuba menebus kembali Rekod Dunia Guiness yang dipegangnya kali pertama pada 2003 apabila menjadi lelaki tertua mendaki Everest.


Rekod itu diatasi oleh seorang lagi lelaki Jepun pada 2007 yang menakluki puncak gunung berkenaan pada usia 71 tahun.


Gelaran itu kini dipegang min Bahadur Sherchan dari Nepal yang menjejaki puncak setinggi 8,848 meter itu pada Mei 2008 ketika berusia 76 tahun.

Pengembara veteran, Miura mendapat perhatian di seluruh dunia pada 1970 apabila dia menjadi individu pertama yang meluncur turun dari Everest. Luncurannya yang dibantu payung terjun ketika menuruni gunung itu didokumentasikan dalam filem terbitan 1975 "The Man Who Skied Down Everest" yang memenangi Anugerah Academy untuk Dokumentari Terbaik.


Semangat tingginya itu mengalir dalam darah apabila bapanya Keizo turut meluncur turun Mont Blonc pada usia 99 tahun. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

Pelancong biadab jejaskan imej China

Posted: 17 May 2013 09:24 AM PDT

Beijing: Tiada adab dan "tingkah laku yang tidak bertamadun" beberapa pelancong China di luar negara menjejaskan imej negara itu, kata seorang pegawai tinggi yang mengecam kualiti dan cara didikan mereka yang buruk, menurut media kerajaan.

Seorang daripada empat Timbalan Perdana Menteri China, Wang Yang mengkritik perbuatan seperti "bercakap dengan kuat di tempat awam, melintas jalan sesuka hati, meludah dan mengukir karakter pada barangan di tempat tarikan pelancong".


"Tingkah laku tidak bertamadun" seperti itu "sering dikecam oleh media dan merosakkan imej rakyat China dan memberikan kesan yang tidak baik," katanya, menurut laman web People's Daily, medium penyebaran parti komunis yang memerintah.

China mengsiytiharkan negara itu mempunyai tamadun berusia 5,000 tahun tetapi pada mesyuarat kerajaan kelmarin mengenai undang-undang baru pelancongan Wang berkata: "Kualiti dan cara didikan sesetengah pelancong tidak tinggi." - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/18

No comments:

Post a Comment