Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Otak Zombi

Posted: 01 Jun 2013 12:17 PM PDT

London: Graham Harrison, 57, yakin dia sudah mati walaupun gagal dalam cubaan membunuh diri.

Keyakinan itu begitu mendalam sehingga dia menghabiskan masa sembilan tahun berkeliaran di tanah perkuburan.


Dia percaya otaknya sudah hangus selepas cuba membunuh diri dengan kejutan elektrik walaupun masih bernafas.

Doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Cotard atau dikenali sebagai sindrom mayat hidup penyakit yang paling jarang ditemui di dunia.


Hanya ratusan orang di dunia menghidap penyakit berkenaan yang menyebabkan mereka percaya bahawa mereka sudah mati, atau bahagian tubuh mereka tidak lagi berfungsi dan sering mati akibat kebuluran kerana merasakan mereka tidak perlu lagi makan.


Harrison, bekas kontraktor bekalan air dari Exeter, Devon yang sedar selepas cuba membunuh diri hairan kerana masih boleh bercakap selepas yakin tidak lagi mempunyai otak.

Foto

HARISON percaya otaknya sudah hangus selepas cuba membunuh diri dengan kejutan elektrik walaupun masih bernafas.

"Saya betul-betul terganggu. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bercakap atau melakukan perkara lain tanpa otak kerana setahu saya, saya tidak lagi memilikinya.


"Otak saya benar-benar kosong. Saya tidak dapat mengingat sebarang maklumat. Saya tidak gembira melakukan apa saja.

"Saya hilang deria bau dan rasa. Tiada gunanya makan kerana saya sudah mati. Buang masa saja bercakap kerana tidak ada apa yang hendak dibualkan," katanya.


Kemuncak kejadian muncul apabila dia merasa perlu pergi ke tanah perkuburan kerana merasakan hanya tempat itu saja yang sesuai untuknya.


"Saya hanya merasakan saya patut tinggal di sana. Ia tempat paling dekat kepada kematian," katanya.


Doktor yang bingung membantu Harrison berhubung dengan ahli neurologi, Adam Zeman dan Steven Laurey. Proses pemulihan Harrison bermula selepas pemeriksaan imbasan mendapati tahap aktiviti otaknya sangat rendah, hampir menyamai otak orang yang sudah tidak berfungsi.


"Fungsi otak Harrison menyerupai seseorang yang tidur atau diberikan ubat bius." Selepas beberapa tahun rawatan psikoterapi Harrison pulih.


"Saya tidak lagi merasakan otak saya sudah mati sekarang.


"Saya tidak kata yang saya sudah benar-benar kembali normal, tetapi berasa lebih baik sekarang," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Tumpang kasih pada anak patung beruang

Posted: 01 Jun 2013 12:09 PM PDT

London: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.

Breeze ditemui terbiar di Taman Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.


Dia cuba menyusui kuda betina lain sebelum pasukan petugas penyelamat menemuinya rebah akibat kejutan klinikal dan dehidrasi. Walaupun usaha mencari kuda betina yang melahirkan Breeze dilakukan di kawasan itu, tetapi ibunya tidak dapat ditemui. Petugas penyelamat merawat Breeze hingga sihat di pusat perlindungan kuda betina dan anak kuda di Devon, dan ia diberikan anak patung beruang itu untuk mendapatkan belaian.

Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan berkenaan dilihat berpuas hati.


Eksekutif pusat berkenaan, Syra Bowden berkata: "Apa yang menyedihkan, Breeze tidak mempunyai ibu untuk menemaninya.


"Walaupun ada penjaga di pusat ini yang bekerja 24 jam sehari untuk menjaganya, tetapi ia tidak sama.

"Justeru, kami memberikannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman."- Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Oklahoma jadi sasaran lagi

Posted: 01 Jun 2013 12:08 PM PDT

Oklahoma City: Bandar raya Amerika Syarikat ini dibadai puting beliung sekali lagi, kurang daripada dua minggu selepas dilanda bencana itu.

Lima dilapor terbunuh dalam kejadian terbaru itu, semalam.

Polis peronda lebuh raya Oklahoma berkata, seorang ibu dan bayinya antara yang terkorban dan pihak berkuasa kecemasan melaporkan kecederaan begitu meluas.

Puting beliung itu membadai bandar raya Oklahoma petang kelmarin, meranapkan kenderaan di sepanjang lebuh raya utama ketika waktu puncak.


Anggota polis, Betsy Randolph berkata, pihaknya menemui seorang wanita dan bayinya dalam sebuah kenderaan di lebuh raya.


Kira-kira 50 orang cedera, lima parah.

Tetapi ahli meteorologi berkata, keganasan ribut semalam tidak setanding dengan yang membadai Moore, pinggir bandar apabila puting beliung berskala tinggi meragut 24 nyawa pada 20 Mei lalu.

"Tidak hampir pun," kata ahli meterologi Rick Smith untuk Khidmat Cuaca Kebangsaan dalam mesej pesanan ringkas disampaikan Pusat Ramalan Ribut.

Angin kencang turut bergerak melalui kawasan St Louis, menerbangkan bumbung sebuah kasino di pinggir bandar.

Penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Will Rogers di bandar raya Oklahoma diarah memasuki terowong bawah tanah dan penerbangan masuk dan keluar dibatalkan.

Kamera televisyen menunjukkan serpihan jatuh dari langit.

Oklahoma terletak di bahagian Midwest Amerika Syarikat terkenal sebagai Lorong Tornado.

AS secara purata mencatat 1,200 puting beliung setahun dan kebanyakannya kecil.

Dalam pada itu, banjir sedalam 1.2 meter menghalang usaha menyelamat.

"Kami terpaksa berhempas-pulas," kata Lara O'Leary, jurucakap untuk agensi ambulans tempatan.

"Tahap penglihatan amat rendah dengan hujan lebat. Kerosakan yang berlaku amat serius," katanya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Indonesia mahu peserta Ratu Cantik berkebaya, bukan bikini

Posted: 01 Jun 2013 12:07 PM PDT

Denpasar: Meskipun secara teknikal ia tidak boleh melarang peserta Ratu Dunia daripada memakai bikini pada pusingan akhir di Bali, kerajaan Indonesia mencadangkan peserta berkenaan memakai kebaya atau batik daripada pakaian renang yang ketat dan seksi itu.

"Kami mencadangkan supaya mereka tidak memakai bikini. Jika mereka mengenakan pakaian demikian, ia perlu di bilik yang tertutup," kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Sapta Nirwanda.


Pertandingan Ratu Dunia itu berlangsung di Bali dan di Jakarta September depan. Menurut Sapta, pihak berkuasa Indonesia mencapai persetujuan dengan penganjur pertandingan Ratu Dunia supaya meminimumkan pemakaian bikini dengan berkata, peserta hanya boleh ditonton oleh juri apabila berpakaian demikian.

Beliau mencadangkan peserta memakai pakaian tradisional Indonesia.


Pertubuhan Islam di negara itu menyelar acara berkenaan dengan menyifatkannya sebagai tidak menghormati nilai masyarakat Indonesia.


Ketua Majlis Ulama Indonesia cawangan Jawa Timur Abdusommad Bukhori berkata baru-baru ini, sebagai negara Islam, Indonesia sepatutnya tidak terbabit menganjur acara seperti itu.

Sapta menggesa kontroversi berhubung pemakaian bikini ditamatkan serta-merta.


"Mereka yang membantah hanya ingin mendapatkan perhatian. Kita menganjurkan Ratu Indonesia, Putri Indonesia dan ratu cantik lain sekian lama," katanya.

Dia juga berkata, acara Ratu Cantik itu sepatutnya digunakan untuk menggalakkan industri pelancongan Indonesia.


"Ia disiarkan di 170 negara. Ini bermakna Indonesia ditonton oleh rakyat di 170 negara," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Bebas tuduhan selepas 10 tahun

Posted: 01 Jun 2013 12:07 PM PDT

Colombo: Seorang suspek yang dituduh mencuri Rs50 (RM1.20) daripada seorang wanita, dibebaskan daripada tuduhan itu semalam, 10 tahun selepas kejadian berlaku.

Menurut laporan akhbar Sri Lanka, suspek ditahan tiga bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Dia bagaimanapun ditahan berulang kali selepas itu atas tuduhan tidak menghadiri perbicaraan.


Majistret di mahkamah Colombo, Thilina Gamage ketika mengumumkan keputusan itu semalam berkata, dia terkejut kerana kes itu berlarutan begitu lama. Indika Maduranga mengaku bersalah mencuri. Bagaimanapun, selepas mengambil kira tempoh dia ditahan, hakim berkenaan mengarahkan dia dibebaskan - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Sami ikrar usir umat Islam

Posted: 01 Jun 2013 12:06 PM PDT

Yangon: Seorang pemimpin Buddha semalam mendedahkan hasratnya meniru Liga Pertahanan Inggeris (EDL) dalam usaha mengusir penduduk minoriti Islam dari Myanmar.

Ashin Wirathu mengetuai kempen '969' untuk memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan menamatkan perkahwinan campur antara penduduk minoriti itu dengan penganut Buddha.


"Saya tidak peduli dengan gelaran diberikan kepada saya, termasuk Osama bin Laden Myanmar atau neo-Nazi berkepala botak," kata Ashin.

Kumpulan '969' yang diketuainya bertanggungjawab terhadap keganasan bulan lalu antara pengikutnya dengan penduduk Islam yang menyebabkan 43 terbunuh di bandar Meiktila.


Dan Khamis lalu, ratusan penyokong kempen berkenaan yang bermotosikal dan membawa batang besi merusuh di bandar di timur laut Myanmar untuk membakar premis perniagaan penduduk Islam dalam keganasan terbaru di negara itu.


Kejadian di Lashio itu berlaku sehari selepas pengikut sami pelampau itu membakar masjid dan rumah anak yatim Islam.

Wirathu, sami yang amat membenci Islam, dipenjara pada 2003 kerana menghasut keganasan terhadap penduduk Islam negara itu, tetapi dibebaskan tahun lalu sebagai sebahagian daripada pengampunan untuk banduan. Dia mengaku berada di Meiktila bulan lalu ketika penduduk Buddha mengganas.


Dia menggesa penduduk Buddha di seluruh Myanmar memulaukan perniagaan masyarakat Islam dan mengagihkan pelekat '969,' simbol elemen ajaran Buddha.

Sami itu, seperti kebanyakan penduduk Buddha dilihat bimbang dengan kejayaan masyarakat Islam Myanmar.


"Mereka (penduduk Islam) pandai berniaga. Mereka menguasai perniagaan pengangkutan dan pembinaan. Kini, mereka mengambil alih parti politik. Jika mereka berjaya, kami akan berakhir seperi Afghanistan atau Indonesia," kata Wirathu.


Myanmar ialah negara Buddha, tetapi sembilan peratus daripada 60 juta penduduknya beragama Islam.


Bulan lalu, tersebar rakaman video menunjukkan anggota polis berdiri kaku sambil menyaksikan anggota 'skuad 969' membakar seorang lelaki Islam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Yusuf Qaradawi gesa Sunni bangkit perangi Bashar

Posted: 01 Jun 2013 12:05 PM PDT

Doha: Ulama berpengaruh, Sheikh Yusuf al-Qaradawi semalam menggesa pengikut Sunni menyertai kumpulan penentang dalam memerangi rejim Syria.

Beliau menggesa demikian ketika menyelar kumpulan Hizbullah Lubnan yang berfahaman Syiah kerana menghantar anggota memerangi kumpulan penentang yang kebanyakannya berfahaman Sunni.


Yusuf, tokoh kontroversi di Barat tetapi mempunyai jutaan penyokong, kebanyakannya anggota Ikhwanul Muslimin, turut mengecam Iran kerana menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad.

"Setiap umat Islam yang dilatih untuk berperang dan berupaya melakukannya wajib menawar diri menyokong penentang Syria," kata ulama itu di satu perhimpunan di Doha.


"Iran memberi sokongan dari segi senjata dan tentera untuk menyokong rejim Syria. Mengapa kita pula berdiam diri," katanya sambil menyifatkan kumpulan Hizbullah yang bermakna Parti Tuhan dalam bahasa Arab sebagai 'Parti Syaitan.' Hizbullah, sekutu rapat Iran dan rejim Syria, secara terbuka terbabit memerangi kumpulan penentang Syria. "Pemimpin Parti Syaitan sudah memerangi pengikut Sunni. Kita kini tahu apa yang dimahukan Iran. Mereka terus membunuh pengikut Sunni," kata Yusuf.


"Bagaimana 100 juta Syiah di seluruh dunia boleh mengalahkan 1.7 bilion Sunni. Ini kerana pengikut Sunni lemah," kata Yusuf.

Ulama berkenaan turut menyalahkan dirinya kerana menyokong Hizbullah dan pemimpinnya, Hassan Nasrallah sebelum ini.


"Saya mempertahankan Hassan di hadapan ulama Arab Saudi sebelum ini. Kini saya sedar ulama Saudi lebih matang daripada saya," kata Yusuf.

Bagaimanapun, beliau berkata, gesaannya supaya memerangi Hizbullah bukan disasarkan kepada semua Syiah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

AS tuduh China aktif dalam pengintipan siber

Posted: 01 Jun 2013 12:03 PM PDT

Singapura: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel semalam menuduh Beijing terbabit dalam pengintipan siber.

"Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan dalam pencerobohan siber, sebahagiannya dikaitkan dengan kerajaan dan tentera China," kata Hagel dalam ucapannya di persidangan keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura.


Kenyataan Hagel itu juga dibuat menjelang sidang kemuncak pemimpin kedua-dua negara minggu depan.

Hagel mendesak Beijing supaya mematuhi 'norma' antarabangsa mengenai tindakan bertanggung jawab dalam dunia siber.


Kenyataan Hagel mencetuskan tindak balas sinis daripada ketua perwakilan China, Mejar Jeneral Yao Yunzhu Pengarah Pusat Latihan Hubungan China-Amerika.


Yao mencabar Hagel menjelaskan niat Amerika dalam membina kekuatan tentera di rantau berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

Tunjuk perasaan di Turki merebak

Posted: 01 Jun 2013 12:02 PM PDT

Istanbul: Polis Turki melepaskan gas pemedih mata dan meriam air terhadap sekumpulan penunjuk perasaan yang cuba berarak ke dataran utama bandar raya ini dalam tunjuk perasaan antikerajaan yang masuk hari kedua, semalam.

Tunjuk perasaan terbaru itu diadakan bertujuan membantah tindakan keras polis menyuraikan demonstrasi aman di sebuah taman kelmarin yang kemudian merebak menjadi tunjuk perasaan besar-besaran di beberapa daerah.


Puluhan orang dilapor cedera dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan untuk membantah pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Dalam kejadian semalam, polis juga bertempur dengan kumpulan remaja yang cuba menjejaki Dataran Taksim. Sebahagian mereka melontar batu ke arah polis.


Ribuan lagi penunjuk perasaan berarak di sepanjang jambatan Bosporus yang menghubungan pantai Asia dan Eropah bandar raya itu.


Agensi berita Dogan melaporkan, 81 penunjuk perasaan ditahan di Istanbul.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/02

No comments:

Post a Comment