Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Ibu buta jual empat anak

Posted: 31 May 2013 09:36 AM PDT

Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.

Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.


Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.

"Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain," katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.


"Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak," katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.


"Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka," katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. "Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang," katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

Foto

DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya.

Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.


"Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.

"Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju," katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.


Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.


Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.


Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Perancis haram rokok elektronik di tempat awam

Posted: 31 May 2013 09:29 AM PDT

Paris: Perancis akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik di semua tempat awam dan mengawalnya sama seperti rokok biasa.

Menteri Kesihatan Perancis, Marisol Touraine berkata, rokok elektronik bukan produk biasa dan perlu diletakkan di bawah kawalan seperti rokok tembakau.


"Maksudnya, kerajaan akan pastikan ia tidak digunakan di tempat awam, penjualannya dikawal daripada pengguna kurang daripada 18 tahun dan pengeluar produk itu tidak boleh mengiklankannya," katanya.

Pengumuman itu mencetuskan kemarahan di kalangan penjual dan pengguna alat berbateri itu.


Tidak seperti rokok biasa, produk elektronik itu menggunakan cecair nikotin yang berubah menjadi wap apabila disedut. Ketika ini rokok elektronik dibenarkan diguna di bar dan restoran serta tempat awam lain, berbeza daripada rokok tembakau yang diharamkan sejak lima tahun lalu. Penjual berkata, kira-kira 500,000 orang menggunakan rokok elektronik di Perancis ketika ini. Seorang daripada penjual produk itu, Darren Moon berkata, dia akan menutup kedai jika larangan itu berkuat kuasa.


"Saya mungkin akan berpindah ke tempat lain yang tidak mengharamkan penggunaannya," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Mangsa ke-3 nahas lif

Posted: 31 May 2013 09:27 AM PDT

Beijing: Seorang pelayan dihimpit hingga mati selepas dia menjenguk ke lubang laluan sebuah lif restoran untuk memeriksa kerosakan alat itu, lapor media semalam.

Ia adalah nahas ketiga membabitkan lif di China dalam tempoh dua minggu lalu.


Pada 28 Mei lalu seorang jururawat Wang Fang, 24, turut terbunuh disepit lif. Nahas terbaru dipercayai berlaku akibat satu daripada kabel lif berkenaan terputus. Saksi berkata, kabel lif makanan itu terhempas dan menghempap kepala Zhang Zhe, 23.

"Dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya.


Ia kemalangan membabitkan lif ketiga di laporkan di China baru-baru ini.


Terdahulu, seorang jururawat berusia 24 tahun terputus badannya ketika cuba melangkah keluar dari lif rosak yang dinaikinya di Shenzhen pada 15 Mei lalu. Sebelum sempat dia keluar sepenuhnya, lif itu bergerak naik dan menghimpitnya di antara bahagian lantai dan siling bangunan. Kejadian kedua berlalu membabitkan seorang wanita yang menolak kereta sorong yang turut tersepit dan badan terputus dua. Saksi berkata, Zhang baru bekerja di restoran itu sejak empat hari dan dia dikenali sebagai pemuda yang berjimat-cermat membantu ibu bapanya di kampung. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Penjara sedia bilik hubungan intim

Posted: 31 May 2013 09:26 AM PDT

Pontianak: Badan pemantau Ombudsman Indonesia mendedahkan, sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat melanggar undang-undang dengan menyediakan bilik khas untuk membolehkan tahanan mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

Timbalan ketuanya, Azlaini Agus berkata, bilik itu disewa pada harga Rp100,000 (RM31.48) satu malam.


"Kemudahan itu memang jelas bercanggah dengan peruntukan undang-undang," katanya. Azlaini berkata, seseorang banduan tidak mempunyai kebebasan kerana ia sudah dihadkan oleh kerajaan kerana melakukan jenayah. "Penemuan salah laku di Pontianak telah dilaporkan kepada Unit Kerja Presiden Bidang Pengawasan Dan Pengendalian Pembangunan untuk tindakan susulan," katanya. - JP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Yu aset pelancongan

Posted: 31 May 2013 09:26 AM PDT

Oslo: Ikan yu yang berenang bebas di lautan dianggap lebih bernilai sebagai tarikan pelancong berbanding jika ia ditangkap untuk mendapatkan siripnya sebagai hidangan sup.

Kajian global yang didedahkan semalam menunjukkan, aktiviti pelancongan melihat ikan yu menjana perolehan kira-kira AS$314 juta (RM973 juta) setahun.


Ia dijangka meningkat kepada AS$780 juta (RM2.4 bilion) setahun dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Kajian disiarkan jurnal Oryx - The International Journal of Conservation itu menunjukkan industri ikan yu bernilai AS$630 (RM1.9 bilion) setahun dan semakin menurun.


Data itu diberikan pakar perikanan di Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico. Sejak beberapa tahun lalu, Palau, Maldives, Honduras, Tokelau, Bahamas, Kepulauan Marshall, Kepulauan Cook, Polynesia dan New Caledonia menyediakan peruntukan undang-undang bagi mengharamkan penangkapan yu untuk tujuan komersial. Pengkaji turut mendesak supaya ikan jerung dari Australia hingga ke Caribbean perlu diberi perlindungan bagi mengurangkan penangkapannya.


Ketika ini dianggarkan 38 juta ikan yu ditangkap setiap tahun untuk memenuhi permintaan sup siripnya, terutama dari China. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Pemimpin BRN dituduh tipu

Posted: 31 May 2013 09:23 AM PDT

Bangkok: Menteri Pertahanan Sukumpol Suwanatat melabel dua pemimpin pemisah di selatan negara ini sebagai pembohong kerana menuduh pihak berkuasa Thai menggunakan kekerasan terhadap penduduk di selatan.

"Kami tidak melakukannya. Ia satu pembohongan. Pegawai kerajaan tidak melakukan sebarang kesalahan. Kamu yang melakukannya," katanya semalam. "Pihak berkuasa sangat berdisiplin dan mengawal keadaan. Rundingan boleh diteruskan dan kami sudah bertolak-ansur dalam banyak perkara, tetapi tidak betul membuat tuduhan sedemikian," katanya. Dia membuat kenyataan itu sebagai reaksi terhadap klip video terbaru yang dimuat naik oleh Hassan Taib dan Adulkareem Kalib, pemimpin Barisan Revolusi Nasional (BRN) Selasa lalu yang menuduh pegawai kerajaan mencederakan penduduk tempatan di selatan.


Mengenai keganasan yang berterusan di wilayah selatan walaupun rundingan damai berlangsung antara pihak berkuasa Thai dan wakil BRN, menteri pertahanan itu berkata, penduduk tempatan meragui jika tindakan BRN ikhlas.

Sukumpol turut berkata, dia bersetuju dengan cadangan ketua tentera Prayuth Chan-ocha agar kerajaan membina pagar di sempadan Thai-Malaysia.


Prayuth mengemukakan cadangan itu ketika majlis menjamu selera bersama perdana menteri Ahad lalu. Pagar sempadan dapat menghalang anggota pemisah melarikan diri dengan mudah, selain menyekat penyeludupan dadah, tetapi perbelanjaannya mungkin mahal. Dia menegaskan bahawa kebanyakan negara mempunyai pagar sempadan. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Penjawat awam rasuah seks oral

Posted: 31 May 2013 09:22 AM PDT

Singapura: Seorang penjawat awam kanan republik ini semalam didapati bersalah menerima rasuah melalui perbuatan seks oral bersama seorang eksekutif wanita daripada pembekal pertahanan sebagai balasan terhadap kontrak perniagaan.

Hakim mahkamah daerah menolak penafian Peter Lim, bekas ketua Pasukan Pertahanan Awam Singapura bahawa tiada rasuah terbabit kerana dia dan wanita berkenaan menjalin hubungan intim.


"Saya berpuas hati kerana ada elemen rasuah dan rasa bersalah di pihak tertuduh ekoran perkaitan dengan seks oral yang diterimanya pada 2 Mei 2010 daripada Pang Chor Mui, kata hakim Hamidah Ibrahim. "Sejajar dengan itu, saya dapati pendakwa raya telah membuktikan kesnya terhadap tertuduh menjangkaui keraguan munasabah dan saya dapati dia bersalah atas pertuduhan itu," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Lelaki bakar isteri dijel enam tahun

Posted: 31 May 2013 09:22 AM PDT

Semarang: Mahkamah daerah Semarang, semalam menjatuhkan hukuman enam tahun penjara terhadap seorang lelaki, Teguh Irwandaru kerana membakar isterinya.

Hukuman itu lebih ringan daripada saranan pendakwa raya iaitu tujuh tahun ke atas defendan yang menimbangkan membuat rayuan.


"Defendan telah melakukan keganasan fizikal kepada isterinya dan dijatuhkan hukuman enam tahun penjara, dikurangkan dengan tempoh tahanannya," kata hakim Supriyono ketika membacakan keputusan ke atas defendan. Teguh disaman polis selepas dua anaknya membuat laporan mendakwa dia sering mengasari mereka dan ibu mereka.

Berang dengan laporan dibuat anaknya, Teguh membakar isterinya. Mangsa kini menderita kecacatan kekal dan masih menjalankan rawatan sebagai pesakit luar. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

Tiga kenderaan terbakar dalam terowong

Posted: 31 May 2013 09:21 AM PDT

Bangkok: Tiga kenderaan terbakar dalam nahas membabitkan enam kenderaan yang menyekat sebuah terowong di Jalan Ratchadapisek awal pagi semalam, mencederakan tiga orang dan menyebabkan kesesakan jalan yang teruk.

Polis dan petugas penyelamat melaporkan mereka dihubungi selepas berlaku nahas di terowong Huay Khwang kira-kira jam 4.30 pagi. Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah trak enam roda dan trak pikap sudah terbakar sebelum api merebak ke sebuah teksi. Ketika api merebak, berlaku beberapa letupan. Petugas penyelamat mengambil masa 30 minit untuk memadamkan kebakaran. Tiga kenderaan rentung dan tiga orang cedera akibat nahas itu.


Saksi memberitahu polis, nahas berlaku ketika hujan lebat apabila trak terbabit memasuki terowong dan berlanggar dengan teksi menyekat kedua-dua laluan dalam terowong berkenaan. Kemudian sebuah trak pikap dan sebuah lagi teksi merempuh teksi pertama menyebabkan kebakaran. Nahas mengakibatkan kesesakan teruk di kawasan itu sementara polis mengambil masa tiga jam untuk mengalihkan keenam-enam kenderaan berkenaan. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/01

No comments:

Post a Comment