Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Islam dijangka 'tawan' Britain

Posted: 30 May 2013 08:53 AM PDT

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain.

Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian.

Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary's di Jalan Cable amat hambar.

Foto

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.


Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.


Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik.

Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion.

Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang.

Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849.

Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi 'masalah' sendiri akibat dikunjungi orang ramai.

Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang.

Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi 'agama silam' dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang.

Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Maut dikelilingi ular peliharaan

Posted: 30 May 2013 08:37 AM PDT

Berlin: Pencarian polis untuk mengesan seorang lelaki yang hilang berakhir dengan kejutan apabila mereka menemui mayatnya dikelilingi 40 ular, lapor media semalam.

Kebanyakan reptilia itu - termasuk seekor anakonda sepanjang sembilan meter dan empat ekor ular sawa 10.5 meter - berlingkaran di sekitar mayat reput itu.


Jurucakap bomba di bandar Straubing berkata, mayat lelaki itu ditemui di apartmen di Heiko Rieder.

"Sekurang-kurangnya seekor daripada ular itu sebesar paha orang dewasa," katanya.


Sebelum itu, polis dimaklumkan mengenai kehilangan lelaki terbabit apabila dia tidak hadir bekerja selama seminggu.


Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mati akibat serangan jantung ketika memberi makan ular peliharaannya.

"Dia bernasib baik kerana badannya terlalu besar untuk ditelan ular berkenaan," katanya. Pakar reptilia pula berkata, ada dua sebab mengapa ular itu tidak memakan tuannya.


"Pertama, ular itu lebih gemar memakan mangsa yang hidup, dan kedua, lelaki terbabit terlalu besar untuk ditelan sekaligus," katanya. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Gonzalez tawan Everest dari dua sisi berbeza

Posted: 30 May 2013 08:35 AM PDT

Kathmandu: Seorang pendaki veteran dari Mexico disahkan sebagai orang pertama mendaki Everest dari dua sisi berbeza gunung itu pada musim yang sama.

David Liano Gonzalez, 33, tiba di puncak Everest dari bahagian selatan pada 11 Mei lalu dan beberapa hari kemudian, memulakan pendakian kedua - dan berjaya - dari arah utara. Gonzalez yang mendakwa sudah lima kami tiba di puncak Everest itu menerima sijil pengiktirafan daripada pegawai Rekod Dunia Guinness dalam satu majlis di ibu negara Nepal, semalam. Menurut Gonzalez, dia sangat gembira dengan catatan rekod dunia itu.


Pengesahan berkenaan dibuat sehari selepas ulang tahun ke-60 pendakian pertama manusia ke gunung tertinggi di dunia itu dan memberi penghormatan kepada pendaki legenda, Edmund Hillary dan Tenzing Norgay.

Kira-kira 3,500 pendaki tiba ke puncak Everest sejak kali pertama ia ditakluk pada 1953.


Aktiviti itu juga menjadi industri yang menguntungkan kepada Nepal.


Sementara itu, pengasas Asian Trekking, Ang Tshering Sherpa berkata, Gonzalez tiba di puncak Everest dari Nepal (bahagian selatan) pada 11 Mei.

"Gonzalez kemudian tiba sekali lagi di situ pada 19 Mei dari arah Tibet (bahagian utara), menjadikan dia pendaki pertama melakukan pendakian berulang pada musim sama," katanya. Gonzalez pula berkata, selepas berjaya dalam misi pertama, dia turun dan terbang ke Kathmandu sebelum pergi ke Tibet untuk pendakian kedua. Ada sekurang-kurangnya empat laluan ke puncak Everest tetapi kebanyakan pendaki melalui Rabung Tenggara di Nepal dan Rabung Timur Laut di Tibet. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Ubat tahan sakit boleh menyebabkan serangan jantung

Posted: 30 May 2013 08:33 AM PDT

London: Penggunaan ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi dan berterusan dianggap "sama bahaya" dengan sejenis ubat yang ditarik dari pasaran kerana boleh menyebabkan risiko serangan jantung, kata penyelidik semalam.

Ketika membentangkan keputusan kajian antarabangsa mengenai penahan sakit dikenali sebagai ubat bukan steroid antiradang (NSAIDs), penyelidik berkata, dos yang tinggi boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit kardiovaskular sehingga satu per tiga.


Data itu bermaksud, bagi setiap 1,000 orang yang berdepan risiko biasa serangan yang mengambil ubat itu dalam dos yang tinggi selama setahun, mereka berdepan dengan kemungkinan mengalami serangan jantung yang boleh dielakkan. Keadaan itu sama dengan risiko dibawa ubat penahan sakit dikenali sebagai Vioxx - dikeluarkan syarikat Merck di Amerika Syarikat - yang ditarik balik penjualannya pada 2004 kerana dikaitkan dengan risiko serangan jantung. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

77% pasangan mahu lebih lama di atas ranjang

Posted: 30 May 2013 08:33 AM PDT

Singapura: Kaji Selidik Tingkah Laku Seksual Dan Kepuasan Asia Pasifik menunjukkan, 77 peratus pasangan di Asia dan Australia mahukan masa lebih lama di atas ranjang dengan lelaki memiliki keinginan lebih kuat (84 peratus) berbanding wanita (69 peratus).

Keputusan juga menunjukkan, lelaki juga melakukan hubungan seks pada kekerapan lapan kali sebulan berbanding purata 7.4 kali untuk wanita. Kajian sama mendapati, tingkah laku bersahaja bukan sesuatu yang lazim ketika mana-mana pasangan berada di atas ranjang. Penyelidik berkata, pasangan biasanya tahu dua atau tiga jam lebih awal jika mereka akan mengadakan hubungan seks. "Nampaknya kepuasan di dalam bilik tidur mendorong pasangan mahukan sesuatu yang lebih," katanya. Hanya kira-kira 50 peratus responden mengaku benar-benar atau sangat puas dengan kehidupan seksual masing-masing. Bagi lelaki yang mengalami masalah ejakulasi awal, kepuasan seksual merudum kepada 39 peratus untuk lelaki dan wanita. Kaji selidik itu dijalankan pada 18 Mac sehingga 2 April lalu dengan responden berusia antara 18 hingga 45 tahun. Lebih 6,000 responden dari lima bandar raya utama Australia, selain lapan negara di Asia - termasuk Singapura - terbabit dalam kaji selidik itu. -AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Pengarang akhbar didenda siar gambar mangsa bunuh

Posted: 30 May 2013 08:32 AM PDT

Port Louis (Mauritius): Mahkamah semalam mendenda seorang pengarang akhbar kerana menyiarkan gambar mangsa bunuh dalam satu daripada kes berprofil tinggi pernah berlaku di negara itu.

Pengarang akhbar mingguan Sunday Times, Imraan Hosany, didenda RM4,879 selepas disabitkan kesalahan menerbitkan gambar warga Ireland, Michaela McAreavey.


Hakim Wendy Rangan berpendapat, penyiaran gambar itu menyalahi moral awam. "Gambar ini tidak perlu disiarkan untuk memberikan kefahaman pembaca kepada apa yang berlaku," katanya. McAreavey, 27, adalah seorang guru dan anak kepada pemilik kelab bola sepak Tyrone Gaelic, Mickey Harte.

Dia dicekik mati sebelum mayatnya ditinggalkan dalam tab mandi di bilik hotelnya pada Januari 2011.


Imraan didapati bersalah kerana "menimbulkan kemarahan terhadap moral yang baik" selepas menyiarkan sejumlah gambar didakwa diambil jurugambar polis ketika menyiasat kes berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Haramkan iklan rokok

Posted: 30 May 2013 08:31 AM PDT

Jakarta: Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) dan Suruhanjaya Nasional untuk Perlindungan Kanak-Kanak (Komnas PA) menggesa Dewan Perwakilan mengharamkan iklan rokok.

Anggota KPI Ezki Suyanto berkata dalam satu perbincangan semalam yang diadakan sebagai memperingati "Hari Tidak Merokok Sedunia" yang diraikan pada 31 Mei setiap tahun - bahawa kajian semula draf Undang-Undang Penyiaran 2002 patut mengharamkan sepenuhnya iklan rokok di televisyen dan radio.

"Rakyat berhak untuk tidak disajikan dengan sesuatu yang membahayakan kesihatan mereka. Undang-undang sedia ada yang mengehadkan iklan rokok tidak mencukupi," katanya.

Lisda Sundari daripada Komnas PA menyuarakan tuntutan sama mengatakan bahawa syarikat rokok tidak wajar mensasarkan generasi muda pada acara sukan atau kebudayaan, termasuk siaran di televsiyen pada siang hari.


"Syarikat rokok mentafsirkan tanggungjawab sosial korporat secara salah, dengan menaja acara sukan atau biasiswa untuk mendekati generasi muda," katanya. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Doktor, isteri ditembak mati dalam kereta

Posted: 30 May 2013 08:29 AM PDT

Manila: Seorang doktor dan isterinya terbunuh selepas ditembak oleh lelaki bermotosikal petang kelmarin di La Union, kata polis semalam.

Pegawai dari balai polis Bauang Christopher Nuesca mengenal pasti mangsa sebagai Dr Mario dan Viana Valera yang diserang lelaki bersenjata di Kampung Barangay, Acao, La Union kira-kira jam 7.40 petang.

Menurutnya, pasangan itu menaiki Mitsubishi Montero apabila penyerang menunggang berhampiran kenderaan mereka sebelum melepaskan tembakan, mengenai Viana di beberapa bahagian tubuhnya.

Ketua balai polis Bauang, Cif Inspektor Reynaldo Lizardo berkata, tujuh kelongsong peluru dari pistol .38 ditemui di tempat kejadian.


Mangsa dikejarkan ke pusat perubatan latihan dan daerah Ilocos tetapi disahkan maut sebaik tiba. - Philippines Inquirer

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Ekonomi Filipina tumbuh 7.8% pada suku pertama

Posted: 30 May 2013 08:28 AM PDT

Manila: Filipina menunjukkan pertumbuhan ketara yang mengejutkan sebanyak 7.8 peratus dalam suku pertama tahun ini, dedah data rasmi semalam, mengukuhkan statusnya sebagai satu daripada ekonomi Asia paling dinamik.

Perkembangan itu yang terpantas sejak Presiden Benigno Aquino memegang kuasa pada 2010, meningkatkan harapan bahawa satu daripada negara di rantau ini yang kurang memperoleh pencapaian berjaya memasuki fasa pertumbuhan pantas. "Kami kini akan bergerak seiring dengan trajektori pertumbuhan baru. Keyakinan perniagaan dan optimisme konsumer menyemarakkan pertumbuhan ini," kata Setiausaha Perancangan Sosioekonomi, Arsenio Balisacan kepada wartawan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Pelawak Filipina dikecam kerana jenaka isu rogol

Posted: 30 May 2013 08:27 AM PDT

Manila: Pelawak paling popular Filipina mencetuskan kemarahan dan bukannya ketawa apabila berjenaka mengenai isu rogol.

Vice Ganda sedang bercakap kepada penonton di gelanggang yang sesak apabila dia memperlekehkan penyampai berita yang kian dikenali daripada rangkaian televisyen pesaingnya dengan menyentuh mengenai berat badannya dan dirogol secara berkumpulan. ABS-CBN TV, tempat dia bekerja tidak menyiarkan siaran itu tetapi petikan daripada rancangan berkenaan dimuat naik di YouTube.


Ganda sudah meminta maaf kepada Naib Presiden rancangan berita GMA Network, Jessica Soho.

"Sebagaimana yang saya katakan, ia bukan mengenai saya, tetapi mengenai isu rogol yang tidak sesuai dijadikan bahan jenaka. Isu rogol menjangkaui usia, kelas ekonomi, jantina - dan malah berat badan seseorang," katanya dalam satu kenyataan. Polisi kerajaan mengenai tubuh wanita dan persamaan jantina semalam menggesa tokoh masyarakat agar tidak membesar-besarkan hal rogol. Suruhanjaya Filipina untuk Wanita meminta pekerja dalam bidang hiburan dan media agar menapis diri mereka ketika bercakap mengenai penderaan. Ia menyelar bicara Ganda sebagai "kasar dan memualkan". - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

No comments:

Post a Comment