Harian Metro: Global |
- Cikgu Kenit tidak kisah
- Veneno berharga RM15 juta
- Polis Indonesia siasat Densus
- Megawati tidak akan jadi calon PDI-P
- Wabak selsema burung kembali
- Usul batal undang-undang darurat
- Mengaku terlanjur dengan pelajar
- Pejuang pemisah bakar tayar di 40 lokasi
| Posted: New Delhi: Azad Singh, 22, mencapai impiannya untuk menjadi guru walaupun dia hanya setinggi 0.94 sentimeter. Azad mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku dan ini bermakna dia berhenti membesar pa da usia lima tahun dan ketika berusia 22 tahun dia terperangkap dalam saiz tubuh kanak-kanak. Dia kini mengajar kemahiran komputer di sekolah perempuan di Haryana, yang pelajarnya jauh lebih tinggi daripadanya. Ketika mengajar, dia terpaksa berdiri di atas meja agar cukup tinggi untuk mencapai papan putih. AZAD duduk di atas meja bersebelahan komputer di sekolah perempuan dekat Haryana, India. BERDIRI di atas meja ketika mengajar. CIKGU Kenit didukung ibunya.
"Saya tidak kisah kerana saya sudah mencapai impian saya. Orang kini lebih menghormati saya kerana saya sudah mempunyai pekerjaan," katanya. Ketika berusia 18 tahun, seorang pengawal stesen kereta api menyangka dia masih bayi. Di sekolah, dia dibuli kerana saiznya. Dia juga sangat takut diculik kumpulan sarkas sehingga enggan keluar rumah. Bagaimanapun, Azad berkata, semua pengalaman pahit itu membantunya menjadi dirinya hari ini. "Sering dibuli menjadikan saya lebih bersemangat untuk mencapai cita-cita saya," katanya. Adik perempuannya, Laxmi, 19, turut mengalami gangguan hormon yang sama, tetapi ibu bapa mereka tidak mampu untuk mendapatkan suntikan hormon diperlukan bagi menggalakkan pembesaran. Adik perempuan bongsunya, Suman, 15, belajar di sekolah tempat Singh mengajar di Gurgaon, Badshapur dan memandunya ke tempat kerja setiap hari menaiki skuter. "Dia membuatkan saya berasa bangga," kata Suman. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Posted: Geneva: Sebuah kereta baru ekslusif yang boleh memecut selaju 352 kilometer sejam akan berada di jalan raya dengan harga jualan RM15 juta. Namun, tiga saja kereta Lamborghini Veneno itu akan dikeluar dan dijual. Kereta itu yang disifatkan sebagai 'kereta lumba yang dibenarkan di jalan raya' sudah mempunyai pembeli. Kereta itu dibina khusus meraikan ulang tahun kelima syarikat kereta Itali itu dan setiap satu mempunyai warna berbeza, berdasarkan warna bendera Itali iaitu hijau, putih dan merah.
|
| Posted: Jakarta: Polis Indonesia semalam berkata, mereka akan menyoal puluhan pegawai Densus 88, unit antikeganasannya ekoran penyeksaan terhadap suspek militan. Satu video yang dimuat naik di YouTube menunjukkan seorang suspek ditembak, manakala yang lain didera. Video kabur selama 14 minit itu dimuat naik beberapa kumpulan Islam di laman web mereka dan YouTube memaparkan beberapa pegawai memaksa seorang lelaki menanggal pakaiannya dan hanya berseluar dalam sebelum mereka menembaknya di dada. Mereka terus menyoalnya sementara anggota lain unit itu memijak tiga lagi suspek keganasan yang tidak berpakaian yang meniarap di atas rumput dengan tangan mereka diikat sebelum menembak tanah untuk menakutkan mereka.
Menurutnya, sumber video itu masih belum diketahui. Boy Rafli berkata, lelaki yang ditembak itu dikenal pasti sebagai Wiwin yang dipenjarakan kerana memancung tiga gadis Kristian di Poso pada 2005, manakala beberapa yang lain dipenjarakan lebih 10 tahun ekoran kes keganasan lain, termasuk pengeboman. Hampir semua pegawai bersenjata, memakai jaket kalis peluru dan topi keledar itu dikenal pasti sebagai anggota skuad Detachment 88 atau Densus 88, manakala beberapa yang lain ialah anggota Briged Mobile atau Brimob. Kejadian itu berlaku di Poso, lokasi yang terkenal dengan kegiatan militan di kepulauan Sulawesi, tempat polis menjadi sasaran utama militan dan beberapa rancangan pengeboman digagalkan. Video itu mencetuskan kemarahan aktivis dan kumpulan Islam serta mencetuskan kebimbangan serangan balas dendam di Poso. Tahun lalu, dua pegawai yang menyiasat kem latihan militan Oktober lalu ditemui ditanam dengan tekak mereka dikelar. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Megawati tidak akan jadi calon PDI-P Posted: Jakarta: Speaker Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) yang juga anggota kanan Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP), Taufiq Kiemas semalam meminta isterinya, Megawati Sukarnoputri memberi peluang kepada calon muda bertanding jawatan Presiden Indonesia tahun depan. "Saya ingin melihat calon muda mewakili PDIP," kata Taufiq kepada wartawan selepas majlis merasmikan buku mengenai kisah hidup dan perjuangannya berjudul '70 Tahun Taufiq Kiemas, Gelora Kebangsaan Tak Kunjung Padam,' di Jakarta, semalam. Beliau menjawab soalan wartawan sama ada isterinya yang juga bekas Presiden Indonesia dan pengerusi PDI-P akan menjadi calon parti itu pada pilihan raya presiden tahun depan. Menurutnya beliau yakin PDI-P dapat mencari calon muda di kalangan anggotanya. "Setakat ini belum ada nama yang dicadangkan. Yang pasti calon kami kelak adalah orang muda. "Kami sudah tidak bemerima orang tua untuk dicalonkan. "Saya menjangka parti lain juga akan meletakkan orang muda," katanya. Apabila ditanya kemungkinan anaknya yang juga ketua wakil PDI-P di Parlimen, Maharani, akan dinamakan sebagai calon, Taufik menjawab sambil tersenyum: 'Kami belum membuat sebarang keputusan mengenainya." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Posted: Bangkok: Pegawai kesihatan di seluruh Thailand diarahkan berjaga-jaga dengan wabak selesema burung ekoran kematian lapan orang akibat virus itu di Kemboja. Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Kemboja untuk biro pemantauan wabak, Ly Sovann mengesahkan sembilan kes selesema burung dilaporkan sejak 1 Januari lalu dengan lapan kematian.
|
| Usul batal undang-undang darurat Posted: Bangkok: Majlis Keselamatan Nasional (NSC) akan mengadakan rundingan dengan kumpulan pejuang Barisan Revolusi Nasional (BRN) mengenai cadangan membatalkan undang-undang darurat di lima daerah di selatan Thai. Ia akan menjadi pertemuan rasmi pertama antara kerajaan dengan kumpulan pemisah itu sejak kedua-dua pihak menandatangani perjanjian minggu lalu untuk mengadakan rundingan damai.
|
| Mengaku terlanjur dengan pelajar Posted: Singapura: Seorang bekas guru sekolah rendah di republik ini mengaku melakukan seks dengan pelajarnya dalam satu perbicaraan di mahkamah kelmarin. Guru wanita berusia 32 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu berdepan enam pertuduhan sebagaimana dilaporkan akhbar Straits Times. Suspek mengaku melakukan seks dengan pelajarnya yang berusia 13 tahun itu di Sembawang Park pada Mei 2011. Kedua-duanya juga melakukan hubungan seks sebanyak dua kali lagi dua bulan kemudian.
Ketika itulah masing-masing meluahkan perasaan saling menyayangi antara satu sama lain. Pad akhir Mei 2011, guru terbabit dan pelajarnya itu pergi bersiar-siar ke Sembawang Park sebelum melakukan seks buat kali pertama. Mereka kemudian mengulangi perbuatan itu sebanyak dua kali lagi di kediaman guru berkenaan di Cho Chu Kang Loop. - Straits Times Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/06 |
| Pejuang pemisah bakar tayar di 40 lokasi Posted: Bangkok: Pejuang pemisah dikatakan membakar tayar di 40 lokasi di tujuh daerah di Yala malam semalam. Tindakan itu dipercayai untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka masih aktif di kawasan itu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Polis percaya kumpulan pemisah itu yang dibahagikan kepada tujuh orang bersenjata setiap kumpulan, melakukan perbuatan itu.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment