Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Taliban ancam bunuh Musharraf

Posted:

Islamabad: Taliban semalam mengancam membunuh Pervez Musharraf jika bekas Presiden Pakistan itu kembali daripada buangan.

Dalam kenyataan dibuat melalui rakaman video itu, Taliban berkata, mereka akan menggunakan pengebom berani mati dan penembak tepat membunuh Pervez.


Ancaman disuarakan Adnan Rasheed yang pernah cuba membunuh Pervez.

Kata Adnan, 'Mujahidin Islam' sudah menyediakan skuad khas untuk menghantar Musharraf "ke neraka." "Ada pengebom berani mati, penembak tepat, unit serangan khas dan pasukan penyerang hebat sedia menjalankan misi itu," katanya.


Musharraf mencetuskan kemarahan Taliban dan kumpulan lain apabila menyertai AS melancarkan perang terhadap keganasan ekoran insiden serangan 11 September dan melancarkan pembanterasan besar-besaran terhadap kumpulan militan di Pakistan. Dia dijangka pulang ke Pakistan dari Dubai hari ini selepas hampir empat tahun hidup dalam buangan. - REUTERS

Foto

Pervez Musharraf

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

45 maut terbakar

Posted:

Bangkok: Lebih 40 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam kebakaran di khemah pelarian di utara Thailand, kata pihak berkuasa Thailand semalam.

Jurucakap pasukan penyelamat berkata, ratusan khemah perlindungan untuk pelarian Myanmar musnah dalam kejadian di Mae Surin di wilayah Mae Hong Son itu.


Katanya, sebahagian besar mangsa maut adalah wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Gabenor Mae Hong Son, Narumol Paravat berkata, jumlah kematian setakat tengah hari semalam 45 orang. "Ia mungkin meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan," katanya. Kebakaran malam kelmarin itu dipercayai berpunca daripada api yang menyambar khemah itu ketika pelarian memasak.


Keadaan cuaca panas, kering dan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat membakar khemah diperbuat daripada buluh itu. Polis semalam berkata, kira-kira 400 khemah perlindungan rentung, manakala Biro Pencegah Bencana berkata, sekolah dan klinik serta dua gudang makanan turut musnah.


Kerajaan Thai mengarahkan siasatan segera dibuat berikutan kejadian kebakaran itu yang menempatkan secara kasar 3,700 pelarian. Terdapat 10 khemah di sempadan Thailand-Myanmar yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 130,000 pelarian yang mula-mula tiba di situ pada 1980-an.

Kebanyakan pelarian berasal dari Karen, negeri di timur Myanmar yang menjadi kubu kuat pemberontak Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU). - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

Puting beliung ragut 20 nyawa

Posted:

Dhaka: Puting beliung melanda dua kampung di tenggara Dhaka dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, menerbangkan bumbung kediaman, menyebabkan pokok tumbang dan tiang elektrik tercabut, kata pihak berkuasa.

Jumlah kematian mungkin meningkat berikutan lebih 300 penduduk turut cedera apabila puting beliung melanda daerah Brahmanbaria, lebih 100 kilometer di tenggara Dhaka petang kelmarin.


Lebih 500 kediaman rosak teruk. Penyelamat dikejarkan ke kawasan itu tetapi pokok tumbang dan kenderaan yang musnah menghalang laluan dan landasan kereta api. Antara bangunan rosak ialah penjara Brahmanbaria dengan sebahagian bangunannya runtuh menyebabkan seorang pengawal penjara terkorban. Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata, semua tahanan masih berada di penjara dan dalam keadaan selamat.

Penduduk, Mohammad Nizam memberitahu media, semua hartanya musnah dan dia tinggal sehelai sepinggang. - REUTERS

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

Tebusan Abu Sayyaf bebas

Posted:

Pagadian (Filipina): Warga Australia, Warren Rodwell, dibebaskan semalam selepas 15 bulan menjadi tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Rodwell, 54, bekas tentera bergurau dengan anggota polis dan wartawan yang merakam video eksklusif dirinya di balai polis Pagadian di Mindanao sejurus dibebaskan sebelum Subuh.


Rodwell yang kelihatan kurus kering dengan tulang rusuk tersembul masih sempat berjenaka dan tersenyum.

"Hilang berat badan... macam tengkorak," katanya sambil tersenyum ketika dia menanggalkan kemeja-T dipakainya dan menunjukkan tulang rusuknya yang tersembul. Tentera Filipina berkata, Rodwell dibebaskan di Pagadian, bandar pelabuhan di timur Mindanao, tempat dia tinggal bersama isterinya yang juga rakyat tempatan sebelum dia diculik pada 5 Disember 2011. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

Meteor bagai bulan mengambang

Posted:

Washington: Kilauan cahaya yang dilaporkan menerangi langit di pantai timur Amerika Syarikat (AS) ada kaitan dengan 'insiden meteor'," kata Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa), semalam.

Pegawai Alam Sekitar Nasa Bill Cooke berkata, cahaya meteor itu dilaporkan begitu terang seolah-olah bulan mengambang.


Katanya, orang ramai dari New York hingga Washington menulis mengenai fenomena itu di media sosial. Cooke berkata, pada asasnya Nasa mendapati ada batu besar yang memasuki atmosfera di bahagian timur laut AS.

"Meteor itu dilihat secara meluas dengan lebih 350 laporan dikesan di laman sesawang Persatuan Meteor Amerika," katanya.


Ahli persatuan itu, Robert Lunsford berkata, mereka melihat kilauan seperti tahi bintang yang sangat terang.


Cahaya terang-benderang di langit itu dapat dilihat sehingga jauh ke selatan di Florida dan hingga ke utara di New England, lapor akhbar USA Today.

Pengarang berita AP, Matt Moore berkata, dia sedang beratur untuk menonton konsert di Philadelphia ketika senja apabila ternampak "kilatan cahaya yang terang bergerak di langit sepantas kilat...dan secara senyap." "Ia jelas kelihatan sangat tinggi di atmosfera.


"Tetapi dari cara ia muncul, kelihatan seperti sebuah pesawat yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang," katanya. Moore berkata, imbasan cahaya itu kelihatan kira-kira dua hingga tiga saat dan kemudian menghilang. "Ia berbentuk bulat kekuningan dan anda boleh tahu ia terbakar," katanya.

Ketua astronomi di Institut Franklin di Philadelphia, Derrick Pitts bersetuju dengan pendapat bahawa cahaya itu mempunyai tanda seakan-akan 'bola api'. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

Budak terbunuh ditimpa papan tanda

Posted:

Mobile (Alabama): Sekeping papan tanda terjatuh dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di lapangan terbang diubah suai dekat Birmingham, Alabama kelmarin.

Beberapa orang yang lain turut cedera, termasuk ibu budak terbabit.


Luke Bresette dari Overland Park, Kansas disahkan meninggal dunia oleh pejabat koroner daerah Jefferseon.

Jurucakap polis berkata, insiden berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Birmingham-Shuttlesworth. Pengesahan mengenai identiti mereka yang dilaporkan cedera tidak dapat dipastikan. Akhbar The Birmingham News melaporkan Bresette dalam perjalanan bersama ibu bapa dan tiga adik beradiknya. Ibunya, Heather Bresette, dan tiga adik beradiknya dikejarkan ke Hospital Birmingham untuk rawatan.


Jurucakap hospital berkata, Heather masih diperiksa tetapi enggan memberi ulasan lanjut mengenainya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

Badwi culik pelancong

Posted:

Kaherah: Sekumpulan kaum Badwi menculik dua pelancong asing membabitkan lelaki Israel dan wanita Norway di Semenanjung Sinai, semalam.

Jurucakap polis berkata, mangsa diculik kumpulan bersenjata itu ketika mereka dalam perjalanan dari Taba ke Dahab.


Kedua-dua bandar itu adalah destinasi pelancongan popular di Mesir. Menurut jurucakap polis, enam lelaki bersenjata menahan kenderaan dinaiki pelancong terbabit dan memaksa mangsa menaiki trak mereka. "Wanita Norway itu berusia 31 tahun," katanya. Kes culik mula berlaku di Sinai selepas tercetus kebangkitan Arab pada awal 2011 yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak.

Sebelum ini, dua warga Britain turut diculik puak Badwi 7 Mac lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas rundingan dengan pegawai keselamatan. Polis percaya, penculik mahu menukar tebusan dengan pembebasan beberapa tahanan dari puak itu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

4 penyanyi rap hina polis dijel

Posted:

Tunis: Empat penyanyi rap yang dituduh menghasilkan klip video menghina polis dijatuhi hukuman dua tahun penjara tanpa kehadiran mereka, kata seorang daripada peguam tertuduh semalam.

Mahkamah di wilayah Ben Arous di utara Tunisia menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap Sabrine Klibi dan Mohamed Elhedi Belgaied Hssine, manakala empat lagi, termasuk penyanyi rap Weld El 15 dihukum dua tahun penjara, kata Ghai Mrabet kepada stesen radio Kalima. Mereka dituduh "bersekongkol melakukan keganasan dan menghina penjawat awam," selain menjejaskan ketenteraman awam. Hanya Sabrine aktres dalam video itu dan jurukamera, Mohamed Elhedi yang ditahan pada awal Mac lalu hadir di mahkamah, manakala tertuduh yang lain masih bebas. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24

No comments:

Post a Comment