Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Mangkuk RM7 juta

Posted:

New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai 'Ding' berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.


Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.

Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.


Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.


Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Sumbat kokain dalam perut anjing

Posted:

Rome: Satu sindiket dadah antarabangsa dilapor memaksa anjing menelan bungkusan mengandungi kokain dan kemudian membunuh haiwan itu untuk mengeluarkan dadah berkenaan.

Polis berkata, mereka menangkap 75 orang di utara Itali dan Rome kerana menggunakan anjing untuk menyeludup dadah. Sekurang-kurangnya 50 haiwan berkenaan mati dikelar untuk mengeluarkan kokain itu.


Anjing berbadan besar seperti Great Dane, Labrador dan Mastiff digunakan oleh kumpulan itu untuk memaksimumkan kegiatan penyeludupan mereka.

Anjing itu dipaksa menelan bungkusan mengandungi sehingga 2.8 paun kokain, lapor agensi berita Itali, Ansa.


Apabila mahu mengeluarkan dadah berkenaan, mereka membunuh dan mengelar anjing itu. Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan bagaimana anjing itu dipaksa menelan bungkusan sebesar itu.


Suspek adalah sebahagian anggota kumpulan yang ada hubungan dengan kartel dadah Amerika Selatan.

Mereka berdepan dengan tuduhan jenayah, menyeludup dadah dan memiliki senjata secara haram, lapor Ansa.


Orang yang menjadi keldai dadah biasanya menelan bungkusan bahan itu secara berhati-hati atau melekatkannya pada tubuh mereka bagi mengelak daripada dikesan pengawal keselamatan lapangan terbang atau di sempadan.

Kerap berlaku keldai dadah itu mati selepas bungkusan dadah berkenaan bocor dalam perut mereka.


Ini bukan kali pertama anjing digunakan sebagai keldai dadah. Beberapa tahun lalu, seekor anjing diterbangkan dari Colombia ke New York dengan kokain dijahit dalam perutnya.


Pegawai kastam berkata, anjing itu membawa 10 kondom berisi kokain dalam perutnya sebagai cara untuk menyeludup dadah ke Amerika Syarikat.


Pegawai yang mengesyaki sesuatu mengarahkan anjing itu menjalani pemeriksaan sinar-X selepas menyedari anjing itu tidak sihat.


Mereka kemudian mengesan kondom itu yang menyebabkan jangkitan kepada anjing berkenaan hingga ia tidak berselera makan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Wanita cuba seludup berudu dalam mulut

Posted:

Beijing: Seorang wanita Korea Selatan ditahan di Lapangan Terbang Guangzhou selepas cuba menyeludup puluhan berudu di dalam mulutnya.

Kejadian aneh itu bermula apabila pengawal mendapati wanita itu membawa sebotol cecair dalam bagasi tangan ketika hendak menaiki pesawat untuk pulang ke Seoul.


Kerana mematuhi peraturan penerbangan antarabangsa yang melarang penumpang membawa cecair menaiki pesawat, pengawal berkenaan mengarahkan wanita itu minum cecair yang dibawanya atau membuangnya.

Tetapi wanita itu yang namanya tidak disiarkan, memilih pilihan pertama dengan meminum cecair itu dengan sekali teguk.


Menyedari dia tidak menelan cecair itu, pengawal berkenaan mengarahnya membuang cecair itu ke dalam gayung yang disediakan.


Apa yang keluar dari mulut wanita itu memeranjatkan pengawal dan juga penumpang lain, berudu.

Apabila disoal siasat, wanita itu berkata, rakannya memberikannya anak katak itu dan dia berhasrat untuk membawanya pulang ke Korea Selatan.


Dia bagaimanapun dipaksa membuang berudu itu sebelum menaiki pesawat.

Ini bukan kali pertama penumpang pesawat cuba menyeludup amfibia hidup menerusi kawalan keselamatan lapangan terbang.


Pada 2011, dua lelaki ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles selepas cuba menyeludup lebih 50 kura-kura hidup dalam kotak bijirin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Cerai kerana anu kecil

Posted:

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.

Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.


Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: "Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami," katanya.

Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.


Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.


Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

"Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan," kata wanita itu. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Presiden Bangladesh meninggal dunia

Posted:

Dhaka: Presiden Bangladesah, Zillur Rahman meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura semalam pada usia 84 tahun.

Dia diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 10 Mac lalu untuk rawatan selepas menghadapi masalah pernafasan. Kematian Zillur tidak menjejaskan kerajaan kerana Bangladesh adalah negara demokrasi berparlimen dengan perdana menteri yang memegang kuasa pemerintahan.


Pejabat presiden berkata, speaker Parlimen Abdul Hamid akan bertindak sebagai pemangku presiden hingga pemilihan presiden baru dibuat. Zillur ialah ketua pemimpin parti Liga Awami yang memerintah Bangladesh sebelum Parlimen memilihnya menjadi presiden pada 2009.

Perdana Menteri Sheikh Hasina menyifatkan Zillur sebagai pemimpin pejuang kebangsaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Skuter elektrik boleh lipat

Posted:

London: Kepada mereka yang sukar mencari tempat parkir pastinya pengangkutan mudah alih penemuan baru skuter elektrik yang boleh dilipat menjadi penyelesaian terbaik.

Skuter praktikal itu boleh dilipat di bahagian tengah, membolehkan pengguna membawanya dalam kereta api atau di belakang kereta dan ditunggang dengan kelajuan 45 kilometer sejam.


Skuter inovatif itu mempunyai tempat duduk kulit, memastikan penunggangnya selesa ketika menunggang. Ia seberat 25 kilogram dan mempunyai hayat bateri hingga 35 kilometer dan mengambil masa sejam untuk dicaj sepenuhnya.

Skuter yang dikenali sebagai Moveo itu digerakkan oleh motor di kedua-dua tayar dan boleh dilipat dalam tempoh beberapa saat saja.


Motosikal itu juga boleh ditarik pada pemegangnya seperti bagasi.


Syarikat yang mereka cipta Moveo berharap ia dapat dijual mulai awal tahun depan dengan harga 2,000 pound (RM9,454).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Menyesal keluar dengan Taylor Swift

Posted:

Bintang kegilaan ramai itu berpacaran selama dua bulan dengan penyanyi country dari Amerika Syarikat itu akhir tahun lalu.

Styles dilaporkan memberitahu rakannya, dia kesal berpacaran dengan penyanyi berusia 23 tahun berkenaan selepas Taylor mengecamnya dalam muzik video terbarunya.


Taylor mengaku lagu I Knew You Were Trouble dalam album terbarunya ditulis berdasarkan kisah cintanya dengan Styles.

Satu sumber yang rapat dengan Styles, 19, memberitahu RadarOnline: "Styles mungkin menerima kritikan Taylor secara bermaruah, tetapi dia amat kesal menjalin hubungan dengan Taylor. "Styles ketika itu hanya ingin keseronokan dan akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.


"Tetapi dia tidak sampai terfikir untuk berbuat seperti Taylor kerana dia sudah matang dan hanya ingin meneruskan hidup seperti sediakala. Mungkin Taylor pun perlu berfikiran sama." - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

No comments:

Post a Comment