Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Lindsay 'dikurung' 90 hari di pusat pemulihan

Posted:

Los Angeles: Aktres bermasalah, Lindsay Lohan semalam mengelak hukuman penjara, sebaliknya dikenakan hukuman menjalani pemulihan selama 90 hari di sebuah pusat terkurung.

Hukuman itu adalah sebahagian daripada persetujuan rayuan yang diputuskan ketika perbicaraannya berkait dengan kes menipu polis hendak dimulakan.


Selebriti berusia 26 tahun itu yang tiba di mahkamah sejam lewat, juga diletakkan di bawah perhatian mahkamah selama dua tahun selepas merayu tidak akan mencabar tuduhan berkait dengan kemalangan kereta di Santa Monica pada Jun 2012.

"Di pusat pemulihan itu, anda tidak dibenarkan keluar. Anda perlu menghabiskan masa dengan menjalani program di pusat itu selama 90 hari sehingga tamat," kata Hakim Mahkamah Los Angeles, James Dabney.


Masalah perundangan terbaru Lindsay itu berkait dengan kemalangan Jun lalu apabila kereta Porsche yang dipandunya melanggar sebuah trak.


Lohan mulanya mendakwa bukan dia yang memandu kenderaan itu.

Foto

LINDSAY di mahkamah, semalam.

Bagaimanapun, siasatan dijalankan menunjukkan Lindsay yang memandu kereta berkenaan.


Pelakon itu dituduh menghalang polis menjalankan siasatan, memberi kenyataan palsu dan memandu secara cuai.

Tuduhan itu bermakna dia melanggar syarat pengawasan yang dikenakan ke atasnya selepas dia didapati bersalah mencuri rantai pada 2011. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Payudara terkoyak

Posted:

London: Walaupun menghabiskan wang sehingga £4,000 (RM18,888) untuk mencantikkan payudaranya, seorang wanita terpaksa berdepan dengan realiti menakutkan.

Bagi Lauren Yardley, 25, ia memang pengalaman amat pahit apabila payudaranya tiba-tiba terkoyak dan menyebabkan implan yang dimasukkan ke situ terkeluar. Kata Lauren, pada awalnya dia mendapatkan khidmat pakar untuk membesarkan payudara daripada saiz A kepada DD.


"Saya malu kerana dada saya seperti budak lelaki," katanya.

Dua bulan selepas memperoleh saiz yang diidamkan, Lauren menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila payudara kanannya lebih besar berbanding kiri.


Katanya, payudara itu juga lebih keras daripada sepatutnya.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan Lauren berasa tidak selesa.

"Apabila dirujuk kepada doktor, saya diberitahu implan berkenaan tidak diterima badan dan pembedahan semula terpaksa dilakukan," katanya.


Walaupun baru dua bulan, tisu di sekitar implan itu mengetat dan menolaknya ke luar melalui kesan jahitan di bahagian bawah payudara Lauren. Selepas diperiksa, doktor berkata, implan itu tidak boleh dimasukkan semula kerana tubuh Lauren perlukan masa untuk sembuh.

Justeru, Lauren terpaksa hidup dengan payudaranya tidak seimbang selama enam bulan. Disebabkan malu, Lauren - berasal dari Coventry - menggunakan potongan daging ayam untuk dimasukkan ke colinya bagi menyeimbangkan payudara berkenaan sementara menunggu waktu dibedah semula. Hasil pengalaman pahit dan menyakitkan itu, Lauren menasihati wanita lain supaya lebih berhati-hati.


"Saya sendiri tak percaya apabila implan itu mula keluar sedikit demi sedikit dari payudara," katanya. Ketika diperiksa, doktor sendiri mengakui tidak pernah melihat insiden itu berlaku.


Bagaimanapun, Lauren bersyukur kerana keadaan masih boleh diselamatkan.


"Perkara paling menakutkan ialah apabila saya hanya mempunyai satu payudara selama tujuh bulan," katanya. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Tiger Woods bercinta dengan juara ski

Posted:

Los Angeles: selepas beberapa bulan tersebarnya khabar angin, bintang golf, Tiger Woods akhirnya mengesahkan hubungan cintanya dengan juara peluncur salji dunia, Lindsey Vonn.

Lebih menarik lagi, wanita itu mirip bekas isterinya, Elin Nordegren. Woods mengesahkan hubungannya itu dalam laman Facebooknya yang mempunyai 2.7 juta 'like': "Musim ini amat memberangsangkan setakat ini dan saya gembira menang di Torrey dan Doral. Apa yang menggembirakan di luar padang ialah hubungan saya dengan Lindsey Vonn. "Kami sudah lama berkawan tetapi sejak beberapa bulan lalu semakin intim dan kini kami adalah pasangan kekasih." Juara golf itu turut menyiarkan beberapa gambar dia dan Lindsey, 28, yang sebelum ini pernah berkahwin selama empat tahun dengan Thomas Vonn tetapi bercerai Januari lalu.


Dalam laman Facebooknya pula, Lindsey menulis: "Mungkin sudah bukan rahsia lagi. Ya, saya berpacaran dengan Tiger Woods. Bermula dengan berkawan, kini kami bercinta dan saya amat gembira." Woods menceraikan Elin, 33, pada 2010 selepas berkahwin enam tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Jupe jalani hukuman jel

Posted:

Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez atau Jupe akhirnya dihantar ke penjara Pondok Bambu di sini semalam untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan.

Dia sebelum itu ditahan kira-kira 12 jam di lokap sebuah mahkamah di Jakarta Timur setelah ditangkap di Cibubur oleh pegawai mahkamah malam kelmarin.


Penyanyi lagu 'Belah Duren' itu dilihat dibawa keluar dari bangunan mahkamah itu dengan kawalan ketat pada jam 10.50 pagi (waktu tempatan).

Jupe dijatuhi hukuman penjara tiga bulan berkait dengan kes serangan ke atas rakan penyanyi dangdut Dewi Persik ketika penggambaran filem 'Arwah Goyang Karawang' pada 2010. Mereka benar-benar bertumbuk dalam satu babak yang sepatutnya menjadi lakonan saja. Rakaman itu kemudian dimasukkan dalam filem berkenaan.


"Terima kasih jika anda bertanyakan khabar saya. Ya, Alhamdulillah sudah mula pulih," kata Jupe kepada wartawan dan orang ramai yang berkerumun menanti kemunculannya di luar mahkamah.


Turut berada di situ ialah teman lelakinya, Gaston Castano.

Mahkamah sebelum ini pernah mengisytiharkan penyanyi itu yang nama sebenarnya Yuli Rahmawati sebagai orang buruan selepas dia gagal menyerah diri kepada polis pada 25 Februari. Jupe tidak banyak bercakap selain meluahkan rasa terima kasihnya itu sebelum dia dibawa ke penjara. Dia sebelum ini mendakwa gagal menyerah diri kerana berdepan dengan masalah kesihatan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Kedudukan Yingluck tergugat kerana 2 isu

Posted:

Bangkok: Hanya 18 bulan menjadi perdana menteri wanita pertama di Thailand, Yingluck Shinawatra kini berdepan beberapa masalah perundangan serius yang mungkin menyebabkan dia kehilangan kerusi sebagai ahli parlimen.

Dua isu utama yang menggugat kedudukan Yingluck ketika ini ialah kecelaruan data dalam pengisytiharan hartanya serta cadangan kerajaan mengeluarkan pasport baru kepada abangnya, Thaksin, yang disabitkan bersalah atas tuduhan penyelewengan oleh mahkamah. Dalam keadaan begitu, pemerhati berpendapat, seorang lagi adik Thaksin, Yaowapa Wongsawat bakal menceburi politik tidak lama lagi. Berdasarkan kenyataan kewangan diserahkan oleh Yingluck kepada Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) selepas menjadi perdana menteri, suaminya, Anusorn Amornchat, memiliki 4.01 juta saham Ad Index Co Ltd dan setiap satunya bernilai Baht10 (RM1).


Yingluck juga menyatakan, dia meminjamkan Baht30 juta (RM3 juta) kepada firma itu, tetapi rekod syarikat berkenaan tidak menunjukkan ia berlaku sehingga 2007. Anusorn juga memegang 10,000 saham firma itu pada 16 Julai 2003 dan secara beransur-ansur pegangan itu meningkat lebih banyak sehingga 4.01 juta pada 20 April 2011. Yingluck dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh Parti Pheu Thai pada 16 Mei 2011. Mengenai isu pasport Thaksin, jurucakap badan pemantau kerajaan, Raksakecha Chaechai berkata, Yingluck masih menangguhkan penjelasan mengenainya sejak 30 hari lalu.

Dalam pada itu, Thaksin semalam dilapor menelefon ketika mesyuarat anggota Parlimen Parti Phue Thai untuk menawarkan nasihat dan pandangannya mengenai isu berkait dengan keamanan di wilayah selatan dan pindaan perlembagaan.


Beliau juga menolak spekulasi bahawa adiknya Yaowapa yang akan bertanding pada pilihan raya di Chiang Mai bulan depan akan menjadi 'perdana menteri pengganti' sekiranya Yingluck dipecat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Tangguh undang-undang kawal hamil

Posted:

Manila: Mahkamah tertinggi Filipina semalam menangguhkan undang-undang kontroversi mengenai kawalan kehamilan selepas mendapat kecaman hebat daripada pemimpin gereja Katolik yang berpengaruh.

Dengan undi 10 berbanding lima, Mahkamah Agung mengeluarkan perintah pembekuan selama empat bulan ke atas peraturan berkenaan.


Menurut peruntukan undang-undang itu, kerajaan dikehendaki mengedarkan kondom percuma dan menyediakan pendidikan seks di sekolah.

Jurucakap mahkamah, Theodore Te berkata, perintah menghentikan pelaksanaan undang-undang kesihatan kelahiran itu dibuat selama 120 hari. Bagaimanapun, Te tidak menyatakan asas kepada keputusan berkenaan.


"Hanya mahkamah boleh mengemukakan hujah lisan mereka pada 18 Jun," katanya. Sementara itu, Pejabat Presiden Filipina berkata, kerajaan menghormati keputusan berkenaan tetapi yakin Mahkamah Agung akhirnya akan mengesahkan undang-undang berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

Pencalonan Ibu Ani tunggu restu Susilo

Posted:

Jakarta: Cadangan untuk mencalonkan Ani Yudhoyono, isteri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Ketua Umum Parti Demokrat perlu mendapat restu daripada pemimpin Indonesia itu yang juga Ketua Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pimpinan Pusat Parti Demokrat, Jafar Hafsah. Menurutnya, Ani memang layak untuk menjadi ketua umum dan telah dicalonkan oleh pelbagai pihak dalam parti berkenaan.


"Keupayaannya memimpin tidak perlu dipersoalkan. Dia pernah menjadi Timbalan Ketua Umum ketika Demokrat dipimpin oleh Hadi Utomo. Ani boleh menyatukan seluruh komponen parti. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dengan setiap lapisan masyarakat. Kini, kita hanya tunggu restu daripada Majlis Tertinggi dan Susilo sendiri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/20

No comments:

Post a Comment