Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Tayang barang curi di FB

Posted: 26 Apr 2013 10:40 AM PDT

London: Sekumpulan pencuri yang melarikan beberapa kereta mewah dan berprestasi tinggi daripada sebahagian penduduk paling kaya di bandar raya ini ditangkap selepas memuatnaikkan gambar dalam Facebook.

Ia termasuk gambar yang menunjukkan seorang anggotanya memakan sandwic 'wang.' Menurut sumber polis, lapan lelaki itu mencuri sembilan kereta, termasuk BMW, Range Rover, Porsche dan sebuah Mercedes berharga RM500,000 di samping barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dalam 15 rompakan berasingan.


"Polis akhirnya berjaya menangkap mereka selepas seorang anggota memuatnaikkan gambarnya duduk di atas bonet sebuah Range Rover curi dalam Facebook", katanya.

Gambar itu membolehkan polis menemui beberapa gambar lain dalam laman sosial itu dan pada telefon kumpulan berkenaan yang menunjukkan mereka berbangga mengenai kekayaan masing-masing. Ia menunjukkan mereka duduk di atas kereta curi, minum arak, memakai jam Rolex dan Cartier serta bergaya bersama-sama longgokan not £20 dan £50.


Satu daripada gambar itu menunjukkan Conor Murphy, 19, menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.


Polis turut menemui rakaman video pada telefon mereka yang menunjukkan anggota kumpulan itu berlumba dengan kereta yang mereka curi. Mesej Blackberry yang digunakan oleh anggota kumpulan itu untuk mengatur rompakan juga ditemui.

Foto

MURPHY menggigit wang berjumlah ratusan paun yang dikepitkan dengan dua roti.

Foto

MURPHY di depan kereta Porche yang dicuri.

Foto

ANGGOTA kumpulan itu hidup mewah dengan kegiatan jenayah mereka.

Tujuh anggota kumpulan itu mengaku bersalah terhadap jenayah itu. Seorang lagi, Rory Mason, 18, menafi terbabit dalam rancangan untuk mencuri kereta. Dia bagaimanapun didapati bersalah.


Mahkamah Isleworth diberitahu mengenai bagaimana kumpulan terbabit memberi tumpuan terhadap kediaman yang memiliki kereta mewah.

Kegiatan itu dijalankan antara April dan September tahun lalu dan kawasan yang menjadi sasaran ialah di Notting Hill, Kensington dan Kensal Green. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Peragut berbasikal sasar telefon bimbit

Posted: 26 Apr 2013 10:22 AM PDT

London: Peningkatan dalam kes kejadian meragut kebanyakannya membabitkan pencuri berbasikal yang menyasarkan telefon bimbit mewah.

Jumlah kejadian itu di jalan raya semakin meningkat, menurut angka rasmi dan tahun lalu, hampir 300 orang menjadi mangsa sehari.


Polis memberi amaran, penjenayah terbabit menyasarkan telefon bimbit, iPad dan barangan elektronik lain untuk dijual di pasar gelap di seberang laut, di mana harganya dua kali ganda berbanding di United Kingdom.

Mereka juga berkata, orang awam mendedahkan diri mereka kepada serangan apabila menaip dan membaca mesej atau melayari Internet sambil berjalan, selalunya dengan fon telinga di telinga masing-masing, menyebabkan mereka tidak menyedari apa yang berlaku di kawasan sekeliling.


Pejabat Statistik Kebangsaan berkata, jumlah kecurian seumpama itu meningkat sebanyak lapan peratus tahun lalu. Polis mencatatkan 107,471 kes sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu, berbanding 99,396 tahun sebelumnya.


Bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai mangsa ragut tidak melaporkan kejadian yang menimpa mereka kepada pihak polis. - Dailymail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

13 korban serang hendap

Posted: 26 Apr 2013 10:21 AM PDT

Iligan: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati 13 orang dalam satu serang hendap terhadap seorang datuk bandar, keganasan terburuk yang mencemarkan kempen menjelang pilihan raya Mei depan.

Penyerang bertindak melepaskan tembakan ke arah sebuah trak membawa Datuk Bandar Abdulmalik Manamparan dan penyokongnya di Pulau Mindanao, selatan Filipina, kelmarin, kata panglima tentera tempatan, Kolonel Ricardo Jalad.


"Mereka membunuh cucu perempuan saya," kata Abdulmalik, 62, di hospital, tempat dia dirawat akibat kecederaan di kepala.

Menurut Jalad, anak perempuan datuk bandar itu turut terbunuh.


Tujuh orang juga cedera dalam serangan yang dikatakan polis berpunca daripada pertelingkahan antara suku kaum di kalangan anggota keluarga Islam di selatan negara itu.


Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Abigail Valte berkata, pihak berkuasa berusaha mengenalpasti identiti dan motif penyerang.

"Kami mengecam keras tindakan keganasan itu. Kami merayu kepada penyokong calon yang bertanding supaya bertenang dan meneruskan sokongan kepada calon pilihan mereka," katanya kepada wartawan.


Serang hendap di jalan raya di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang berhampiran bandar Nunungan dilakukan ketika Abdulmalik dan penyokongnya dalam perjalanan pulang selepas berkempen dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 13 Mei ini.

Menurut polis, 30 orang mati dalam 45 kejadian keganasan sejak kempen bermula Februari lalu.


Abdulmalik ialah Datuk Bandar Nunungan yang mana majoriti penduduknya beragama Islam dan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Datuk Bandar. Sementara itu, anaknya bertanding untuk mengambil alih jawatannya selaku datuk bandar, terselamat dalam serang hendap itu.


Keluarga berkenaan menghadapi tentangan daripada calon yang disokong oleh Parti Liberal pimpinan Benigno. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Peniaga mi cincang mayat kekasih homoseks

Posted: 26 Apr 2013 10:21 AM PDT

Bangkok: Seorang peniaga mi dituduh membunuh seorang kerani bank dan mencincang mayat mangsa kepada beberapa bahagian sebelum mencampaknya ke dalam tali air kering, minggu lalu.

Pradit Suwannaphak, 36, ditahan di rumahnya di Uthai Thani di daerah Muang semalam. Kaki dan perut mangsa, Kriangkrai Khwan-on, 24, ditemui 18 April lalu.


Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Nares Nonthachote berkata, Pradit mengaku melakukan kekejaman itu.

Penyiasat berkata, mereka menemui beg plastik serupa dengan yang digunakan untuk mengisi anggota tubuh mangsa. Menurut peniaga mi itu, dia menjalinkan hubungan homoseks dengan mangsa selama kira-kira setahun selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.


Pradit memberitahu penyiasat, dia memberikan ratusan ribu baht kepada Kriangkrai. Pada malam pembunuhan, mangsa datang meminta 20,000 baht (RM2,000) untuk menjalani pembedahan hidung tetapi lelaki itu enggan memberikannya.


Kriangkrai mengancam menyebarkan klip video yang menunjukkan mereka mengadakan seks. Ini menyebabkan Pradit menembak mangsa di kepala. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Indonesia miliki 4 juta penagih dadah

Posted: 26 Apr 2013 10:20 AM PDT

Jakarta: Kajian yang dijalankan Universiti Indonesia dan Biro Narkotik Nasional (BNN) pada 2012 mendapati terdapat hingga empat juta penagih dadah di Indonesia.

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan berusia antara 10 dan 59 tahun.


"Mereka memerlukan pemulihan dari segi sosial dan perubatan. BNN kini berusaha menggalakkan pentadbiran tempatan menyediakan klinik pemulihan penagih," kata ketua biro itu, Komander Jeneral Anang Iskandar di Mataram, semalam.

Menurutnya, pemulihan amat penting bukan sahaja untuk memulihkan mereka tetapi juga untuk mengurangkan penyeludupan dadah ke negara itu.


Timbalan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Denny Indrayana berkata, sehingga April, Indonesia mempunyai 52,661 pesalah dan tahanan yang terlibat dengan dadah.


Daripada jumlah itu, 14,154 orang ialah penagih dadah dan bakinya pengedar.

Mereka ditahan di 550 penjara di seluruh negara.


"Penyalahgunaan dadah terus menunjukkan peningkatan. Sepanjang Januari hingga April, terdapat peningkatan 10 peratus dalam penyalahgunaan dadah berbanding dengan tahun lalu," kata Denny. - Jakarta Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Bakar bayi hidup-hidup

Posted: 26 Apr 2013 10:20 AM PDT

Santiago: Polis Chile semalam menahan empat orang yang dituduh membakar seorang bayi hidup-hidup dalam satu upacara kerana pemimpin ajaran sesat itu percaya akhir zaman semakin hampir dan bayi terbabit adalah seorang antiChrist.

Bayi berusia tiga hari itu dibawa ke bukit di bandar Colliguay dekat pelabuhan Valparaiso, Chile pada 21 November lalu dan dibaling ke dalam unggun api. Ibu bayi terbabit, Natalia Guerra, 25, didakwa membenarkan pengorbanan itu dilakukan dan antara suspek yang ditahan.


"Bayi itu bogel. Mereka melekatkan pita di mulutnya untuk mengelak dia menjerit. Kemudian mereka meletakkannya di atas papan. Selepas memanggil roh mereka melontarnya ke dalam unggun api," kata Miguel Ampuero daripada unit Siasatan Polis.

Pihak berkuasa berkata, kumpulan ajaran sesat itu ditubuhkan pada 2005 dan diketuai oleh Ramon Gustavo Castillo Gaete, 36, yang masih bebas.


"Setiap anggota ajaran sesat itu terdiri daripada golongan profesional. Kami ada pakar veterinar dan juga yang bekerja sebagai kru kabin, penerbit filem dan pendraf. Setiap orang memiliki ijazah universiti," katanya ketika ditemui, semalam. Anggota polis berkata, ketua rangkaian berkenaan, Castillo Gaete kali terakhir dilihat membuat perjalanan ke Peru untuk membeli ayahuasca, tanaman halusinogenik yang digunakannya untuk mengawal anggota kumpulan terbabit. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

Hospital psikiatri terbakar: 38 terbunuh

Posted: 26 Apr 2013 10:17 AM PDT

Moscow: Satu kebakaran dengan pantas membakar sebuah hospital psikiatri di luar Moscow awal pagi semalam membunuh 38 orang, kebanyakannya di katil, kata pihak berkuasa.

Bangunan batu dan kayu hospital setingkat itu menempatkan pesakit yang mengalami masalah mental.


Seorang pegawai kementerian kecemasan berkata, kebakaran bermula di ruang kayu tambahan sebelum merebak ke bangunan batu yang mempunyai alang kayu.

Pesakit dirawat dengan sedatif dan kebanyakan mereka tidak sedarkan diri, kata Yuri Deshevykh daripada kementerian kecemasan kepada RIA Novosti. 29 orang terbakar hidup-hidup, menurut jurucakap Jawatankuasa Siasatan Russia, Irina Gumennaya.


Polis berkata, 38 orang, termasuk 36 pesakit dan dua doktor maut. Mereka berkata, seorang jururawat berjaya melarikan diri dan menyelamatkan seorang pesakit, manakala seorang lagi pesakit dapat keluar sendiri. Perkhidmatan kecemasan turut memuat turun senarai pesakit yang menunjukkan mereka berusia antara 20 hingga 76 tahun. Irina berkata kebanyakan pesakit maut di katil mereka. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/27

No comments:

Post a Comment