Harian Metro: Arena

Harian Metro: Arena


'Semua peserta dihidangkan kari'

Posted: 12 Apr 2013 01:24 PM PDT

"Saya sebenarnya sudah mengemukakan masalah berkaitan makanan yang disediakan kepada penganjur dan tiada apa boleh saya lakukan jika mereka tidak mengubahnya".

Penjelasan itu diberikan pengurus skuad trek negara pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India, Ibrahim Mustapa berhubung isu makanan yang dibangkitkan jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang semasa skuad negara menyertai kejohanan itu bulan lalu.


Menurut Ibrahim, makanan berasaskan kari menjadi kebiasaan di negara itu dan semua atlet negara lain turut dihidangkan menu sama.

"Saya sudah panjangkan kepada jawatankuasa terbabit semasa di New Delhi dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus, tindakan selepas itu terpulang kepada penganjur sepenuhnya. "Saya lihat semua pelumba negara lain turut mendapat menu sama kecuali beberapa pelumba yang membawa makanan sendiri," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


Ibrahim yang sebelum ini dipalit kontroversi membabitkan lagu NegaraKu apabila didakwa berada di Taj Mahal hingga menimbulkan kekalutan semasa penyampaian pingat emas pertama skuad trek negara menjurus PKBM menghadapkan beliau kepada Jawatankuasa Disiplin.


Ibrahim terus dikaitkan dengan beberapa insiden lain dengan Azizulhasni kelmarin mendedahkan mereka disajikan masakan kari sepanjang hari selain masalah berkaitan dobi.

"Kadang kala kita perlu mengikut pemakanan negara terbabit. Tidak boleh terlalu memilih," kata Ibrahim.


Menjelaskan masalah berkaitan dobi, Ibrahim berkata, sememangnya tiada peruntukan disediakan untuk pelumba dan pegawai pada kejohanan itu.

"Pelumba negara lain turut membasuh sendiri pakaian mereka, begitu juga saya. Malah setiap pelumba negara sudah diberikan duit poket bagi kegunaan mereka." Selain kepincangan membabitkan skuad trek negara, beberapa insiden membabitkan pelumba lebuh raya negara yang gagal didaftarkan untuk bertanding sudah mendapat perhatian PKBM untuk tindakan susulan Jawatankuasa Tatatertib.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Israel tangkap remaja warga AS

Posted: 12 Apr 2013 10:29 AM PDT

Baitulmaqdis: Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin warga Amerika Syarikat sejak seminggu lalu selepas menyerbu kediaman keluarganya dan menangkapnya atas dakwaan melontar batu pada kenderaan Israel.

Bapa remaja itu, Abdelwahab Khalek berkata, anaknya, Mohammad, 14, ditangkap Jumaat lalu oleh lapan anggota tentera rejim Zionis.


Tentera Israel mengesahkan tangkapan itu dan berkata penahanan Mohammad dilanjutkan sehingga esok.

Abdelwahab, peniaga kereta yang berulang-alik antara Tebing Barat dan New Orleans kerana urusan perniagaan, tidak dibenarkan melawat anaknya di penjara.


Bagaimanapun, dia berjaya bercakap dengannya tiga kali ketika di mahkamah dengan yang terbaru apabila remaja itu didakwa secara rasmi kelmarin, Peguam Mohammad, Randa Wahbe berkata, remaja itu disoal siasat selama beberapa jam dan pada satu peringkat, diserang sehingga pendakap giginya patah. Menurutnya, Mohamad diberitahu oleh penyiasat Israel dia akan dibebaskan jika mengaku melakukan kesalahan itu.


Pegawai pejabat konsular Amerika Syarikat enggan mengulas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Palestin bina muzium terbesar

Posted: 12 Apr 2013 10:29 AM PDT

Birzeit (Tebing Barat): Penduduk Palestin semalam mula membina muzium terbesar yang akan memberi tumpuan kepada sejarah mereka.

Ia juga diisi dengan cerita dari pelbagai sudut daripada rakyat Palestin yang tinggal di negara itu dan jutaan lagi yang menetap di luar negara.


Projek itu adalah sebahagian daripada langkah rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka dengan mewujudkan sebuah tempat untuk mempamerkan sejarah 200 tahun mereka di samping galeri dan ruang untuk perbahasan berkait dengan perjuangan mereka, kata Pengarahnya, Jack Persekian (gambar).

"Saya berharap muzium ini mampu memberi peluang kepada ramai rakyat Palestin menceritakan pengalaman mereka," katanya.


Beliau juga menaruh harapan ia akan mendedahkan kisah bukan saja mengenai penduduk Islam dan Kristian Palestin, tetapi juga mengenai Yahudi yang pernah mendiami wilayah itu ketika ditadbir oleh Britain sebelum pembentukan Israel pada 1948.


Muzium yang dibiayai secara persendirian itu dan mendapat sokongan kerajaan adalah projek terbesar pernah dilaksanakan oleh penduduk Palestin dari segi skala, ruang dan bajet.

Ketika ini terdapat 30 muzium Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis Timur, kawasan yang mereka harap untuk dijadkan sebuah negara Palestin merdeka. Bagaimanapun, semua muzium itu jauh lebih kecil berbanding muzium yang hendak dibina itu.


Fasa pertama dijadual mengambil masa dua tahun untuk siap dan meliputi kawasan seluas 3,000 meter persegi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Pyongyang miliki bom nuklear

Posted: 12 Apr 2013 10:28 AM PDT

Sebuah agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam berkata, Korea Utara memiliki senjata nuklear yang mampu dipasang pada misilnya.

Kenyataan yang dikeluarkan Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) Pentagon itu bagaimanapun dinafikan serta-merta oleh beberapa pegawai Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Bercakap di Washington, wakil Republikan, Doug Lamborn memetik DIA sebagai berkata, ia sudah merumuskan bahawa Korea Utara sudah menghasilkan sebutir bom nuklear yang boleh dipasang pada misil balistik.


Bagaimanapun, menurut laporan itu, Pyongyang mungkin tidak boleh bergantung pada senjata itu.

Pegawai Korea Selatan dan AS percaya Pyongyang sudah bersedia untuk melancarkan ujian misil jarak sederhana sebagai usaha untuk menunjukkan kekuatannya sempena ulang tahun kelahiran pengasas Korea Utara Kim Il-Sung. Negara itu sudah menjalani tiga ujian nuklear sebelum ini tetapi dipercayai masih jauh daripada berupaya mengguna senjata nuklear.


Dalam pada itu, jurucakap Pentagon dan Pengarah Perisikan Kebangsaan AS berkata, adalah silap untuk berkata Pyongyang sudah memiliki keupayaan untuk melancarkan misil nuklear.


DIA diselar selepas perang Iraq pada 2003 kerana meramalkan Baghdad mungkin mempunyai senjata pemusnah besar.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada peperangan pasti meletus, seorang pegawai AS yang mengiringi Setiausaha Pertahanan John Kerry ke Seoul berkata, "Tidak sama sekali." Bagaimanapun, menurut pegawai itu, kebimbangan Washington ialah mengenai kemungkinan di luar jangka yang ada hubungan dengan kekurangan pengalaman pemimpin negara itu yang baru berusia 30 tahun, Kim Jong-un.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Woods, Lindsey meriahkan Augusta

Posted: 12 Apr 2013 10:27 AM PDT

Augusta, Georgia: Tiger Woods memulakan kempen Masters AS dengan mantap semalam namun pemain nombor satu dunia itu dipaksa berkongsi tumpuan di Augusta.

Apabila aksi pusingan pertama bermula, buat seketika pemenang 14 kejuaraan utama itu menjadi sebahagian daripada 'Vonn-tourage' teman wanitanya Lindsey Vonn ketika beratus-ratus media dan beribu-ribu penonton berkerumun menyaksikan kelibat juara ski Olimpik itu.


Ketika Lindsey mencuri tumpuan di lapangan Augusta National, ia memberikan sentuhan selebriti bagi kejohanan utama pertama tahun ini.

Kehadiran Lindsey mencuri tumpuan penonton, namun Woods tenang berdepan tugasnya dan tiga birdie dengan satu bogey bagi catatan pusingan pertama dua bawah par 70 membolehkannya ketinggalan hanya empat pukulan di belakang pendahulu bersama Marc Leishman dari Australia dan pemain Sepanyol, Sergio Garcia.


Catatan itu satu petanda baik buat Woods, yang mencatat 70 pada pusingan pertama dalam tiga daripada empat kemenangannya pada Masters. Hanya sekali dalam 19 penampilan Masters, Woods bermula lebih teruk daripada catatan 70.


"Permulaan yang baik," kata Woods. "Beberapa tahun lalu ada pemain bermula dengan 65 di sini. Tapi ketika ini saya hanya ketinggalan empat pukulan dan berada di landasan yang baik. Hari yang bagus dan mantap." Ia juga hari yang amat bagus buat Lindsey, yang kini memulihkan diri daripada pembedahan lutut namun tetap hadir di Augusta untuk menyokong teman lelakinya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Garcia, Leishman unggul hari pertama

Posted: 12 Apr 2013 10:27 AM PDT

Sergio Garcia (gambar) dan Marc Leishman menguasai pusingan pertama Masters AS semalam tapi pilihan utama kejohanan Tiger Woods kini hanya ketinggalan empat pukulan.

Pada hari mendung di Augusta National dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, Garcia dari Sepanyol dan Leishman dan Australia mencatat enam bawah par 66 untuk mendahului dengan satu pukulan.


Pemain Amerika Syarikat, Dustin Johnson yang terlepas Masters tahun lalu kerana kecederaan belakang, turut melakar enam bawah par namun bogey pada lubang ke-17 menyebabkannya berakhir di tangga ketiga dengan 67.

Bekas juara Fred Couples, 53, mengimbau kejayaan silamnya apabila mencatat 68 untuk berkongsi kedudukan dengan rakan senegara Rickie Fowler, Matt Kuchar, pemain England David Lynn, pemain Afrika Selatan Trevor Immelman dan Gonzalo Fernandez-Castano dari Sepanyol.


Namun, tiada siapa di kalangan pendahulu mampu mengetepikan kehadiran juara empat kali Woods, yang ditemani teman wanita Lindsey Vonn, bermula dengan 70.


Pemain nombor satu dunia itu bermula dengan 70 dalam laluan tiga kejuaraan di Augusta National dan kelihatan berada di landasan terbaik dalam usaha memburu kejuaraan utama pertama sejak Terbuka AS 2008.

Satu daripada persembahan paling mengagumkan semalam dicipta pemain China berusia 14 tahun, Guan Tianlang yang menolak masuk birdie dari jarak 14 kaki dari tepi green pada lubang terakhir untuk mencatat 73, keputusan terbaik di kalangan enam pemain amatur yang bertanding minggu ini.


Garcia, 33, masih memburu kejuaraan utama sulungnya, gembira melengkapkan pusingan tanpa bogey di lapangan yang tidak pernah mencetus keceriaan buatnya.

"Hari ini amat bagus," kata pemain Sepanyol yang melakar hanya dua keputusan 10 terbaik manakala terlepas had kelayakan dalam 14 penampilan. "Ia bukan lapangan kegemaran tapi saya cuba menikmatinya setiap kali ke sini.


"Saya bermain dengan amat bagus bagi 10 lubang pertama dan kemudian bergelut dengan pukulan tee pada enam atau tujuh lubang terakhir."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

United hilang khidmat Young

Posted: 12 Apr 2013 10:27 AM PDT

Manchester, England: Manchester United beraksi tanpa pemain sayap Ashley Young selama dua minggu kerana kecederaan buku lali namun masalah kecederaan benteng pertahanan pendahulu Liga Perdana itu semakin berkurangan.

Young terhencut-hencut ketika kalah 1-2 di tangan Manchester City Isnin lalu, membenarkan pasukan tangga kedua itu merapatkan jurang dengan United kepada 12 mata sekalipun sudah menyerah kalah buruan kejuaraan dengan baki tujuh perlawanan.


"Dia mengalami kesakitan di buku lali, mungkin tidak beraksi dua minggu," kata pengurus Alex Ferguson.

Namun berita lebih gembira buat pertahanannya selepas pertahanan tengah Nemanja Vidic kembali berlatih, begitu juga Jonny Evans dan Chris Smalling yang boleh berlari semula.


Pemain tengah Paul Scholes turut kembali berlatih bersama pasukan utama Isnin ini, kata Ferguson.


United berkunjung ke Stoke City malam esok dengan sasaran mengukuhkan pendahuluan kepada 15 mata di puncak carta ketika Manchester City beraksi separuh akhir Piala FA menentang Chelsea di Wembley. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

'Kami masih bimbang'

Posted: 12 Apr 2013 10:26 AM PDT

Antonio Valencia mengaku Manchester United masih berasa bimbang dengan ancaman Manchester City yang menyaksikan kelebihan mereka di tangga teratas liga berkurangan kepada 12 mata.

United kekal di tangga teratas liga tapi kekalahan kepada City Isnin lalu menyaksikan lawan mereka itu berjaya merapatkan jurang.


Andai Red Devils gagal memanfaatkan tujuh lagi baki perlawanan liga, peluang kembali terbuka untuk City mempertahankan kejuaraan, namun apa saja boleh berlaku.

Valencia sedar situasi itu dan masih segar dalam ingatannya penamat mengecewakan di Old Trafford pada musim 2011-12.


"Kami bimbang sedikit. Tahun lalu kami lebih lapan mata ketika baki tujuh perlawanan dan akhirnya tewas saingan liga dan kini, situasi hampir sama tapi kami tidak mahu peristiwa lalu berulang lagi.


"Kami mahu segera menamatkan saingan ini pada dua perlawanan selepas ini," katanya.

Valencia hanya beraksi 10 minit ketika tewas 1-2 kepada City dan mengaku kecewa kerana gagal berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan sebesar itu.


"Ia keputusan pengurus tapi saya masih berasa kecewa. Pada perlawanan penting, tidak berada dalam kesebelasan utama adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

"Sepuluh minit sangat singkat apabila beraksi pada perlawanan sukar. Yang penting dapat beraksi tapi anda akan berasa keletihan pada perlawanan seterusnya." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

'Berjuang mati-matian'

Posted: 12 Apr 2013 10:25 AM PDT

Arsene Wenger (gambar) mencabar Arsenal untuk berjuang mati-matian apabila menanti kunjungan Norwich pada aksi Liga Perdana, malam ini.

Gunners pasti meneruskan usaha merebut kelompok empat teratas apabila skuad kendalian Chris Hughton bertandang ke Stadium Emirates.


Arsenal melakar rentetan tujuh kemenangan dalam sembilan perlawanan terakhir selain kemenangan manis ke atas Bayern Munich sekalipun tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Andai skuad kendalian Wenger menewaskan Norwich yang kurang menyerlah dalam saingan utama selepas mencatat tujuh keputusan seri pada 2013, mereka mungkin mampu mengatasi Chelsea dan Tottenham yang berada di kedudukan ketiga apabila dua kelab London itu tidak beraksi minggu ini kerana saingan separuh akhir Piala FA.


Arsenal mudah menang perlawanan terakhir di laman sendiri menentang kelab bawahan, Reading dengan meledak jaringan awal untuk mencatat kemenangan 4-1.


Wenger menjangkakan situasi hampir sama malam ini.

"Sekali kami mendahului, lawan yang biasanya bertahan pasti terpaksa menyerang dan memberi kami ruang untuk mempamerkan permainan lebih baik. Apabila kami memulakan perlawanan dengan positif, kami mampu mendominasi," kata Wenger.


"Itu menunjukkan kepada anda betapa pentingnya kembali meraih keyakinan dan bermula dengan bagus." Arsenal tewas 0-1 di Norwich November lalu, mencetus 10 perlawanan tanpa tewas skuad kendalian Chris Hughton, sesuatu yang mereka gagal lakukan pada pusingan kedua.

Sebaliknya, selepas rentetan aksi tidak konsisten, skuad kendalian Wenger kini akhirnya menghasilkan tahap permainan terbaik dan dijangka mampu memastikan tiket ke Liga Juara-Juara sekali lagi.


"Saya yakin kami sentiasa meningkat untuk menjadi lebih kuat sepanjang musim ini. Ia mungkin salah satu kesannya, kami terus mempamerkan peningkatan."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Lallana ikat kontrak lima tahun

Posted: 12 Apr 2013 10:07 AM PDT

London: Kapten Southampton Adam Lallana menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama kelab Liga Perdana itu, kelmarin.

Pemain tengah menyerang itu yang berusia 25 tahun bulan depan, mengikut jejak penjaga gol Kelvin Davis, penyerang Rickie Lambert, pemain tengah Morgan Schneiderlin dan Jason Puncheon yang menandatangani kontrak baru dalam tempoh beberapa bulan ini.


Lallana meledak jaringan ketiga Liga Perdana hujung minggu lalu untuk menewaskan Reading, mengumpul jaringan ke-50 kariernya untuk kelab selepas 200 kali tampil bersama skuad utama.

Selepas bersama pasukan remaja di Southampton, Lallana membantu kelab itu meninggalkan saingan bahagian tiga kepada kedudukan ke-11 Liga Perdana ketika ini.


"Saya sememangnya gembira," katanya. "Untuk memberi tumpuan kepada masa depan bagi tempoh lima tahun untuk kelab ini amat menggembirakan.


"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengurusan baru dan pemain bagi meneruskan kemaraan di Liga Perdana. Ia keputusan yang mudah buat saya dengan hala tuju pasukan ketika ini." Lallana yang dipanggil untuk menyertai skuad utama England buat kali pertama bagi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Ukraine September lalu, bergelut dengan kecederaan pada awal musim.

Bagaimanapun pengurus Southampton Mauricio Pochettino mempercayainya untuk mengetuai pasukan bersaing mengelak zon penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

No comments:

Post a Comment