Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Drebar bas kesal menang loteri

Posted: 22 Apr 2013 10:02 AM PDT

London: Di sebalik 'tuah' kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya.

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.


"Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan," katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang.

Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan.


Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire.


Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire.

Foto

NOAKES bersama isterinya, Jean.

Foto

SEJURUS selepas memenangi loteri, Noakes dan rakanya meraikan kemenangan mereka pada Mac tahun lalu.

"Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain.


"Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus," katanya.

Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. Noakes sendiri mula menjadi perokok baru-baru ini akibat dilanda kemurungan. "Walaupun saya gembira memenangi wang yang banyak, perubahan daripada hidup susah menjadi kaya-raya sebenarnya mencabar," katanya. Antara kesulitan yang dialaminya, dia terpaksa meneliti segala wang yang dibelanjakan bagi memastikan ia bertahan.


"Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi," katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.


Majikan Noakes juga menolak tawarannya untuk membantu syarikat pengangkutan itu secara percuma ketika London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tahun lalu.


Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa.


Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.


Kata Noakes, sejak memenangi loteri itu, dia berhenti kerja tetapi menafikan hidup mereka berubah.


"Kami masih berbelanja di kedai sama, menggunakan kereta terpakai dan tetap cuba tawar-menawar ketika membeli pakaian," katanya ketika ditemui, semalam. Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

Anak itik dibakar untuk cegah H7N9

Posted: 22 Apr 2013 09:55 AM PDT

Beijing: Penternak terpaksa membunuh semua anak itik peliharaan mereka ketika wabak selesema burung kembali merebak di China.

Setakat ini seramai 20 orang disahkan terbunuh dan 70 lagi dirawat di hospital kerana dijangkiti virus baru selesema burung, dikenali sebagai virus H7N9.


Bagi mengelak virus itu merebak, pekerja ladang ternakan itik di wilayah Fujian membunuh beribu-ribu anak itik yang baru menetas. Dengan menutup hidung, mereka menggunakan penyodok untuk mengangkat anak itik itu dan mencampaknya ke relau bagi memastikan tiada virus yang terselamat.

Beberapa hari lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberi amaran, lebih ramai manusia akan dijangkiti virus H7N9. - The Sun

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

4 tentera maut dalam letupan

Posted: 22 Apr 2013 09:49 AM PDT

Bangkok: Empat anggota tentera terbunuh dan enam lagi cedera parah dalam satu letupan bom di pangkalan tentera Briged 32 Narathiwat di daerah Bacho, Narathiwat tengah hari semalam.

Bom seberat 25 kilogram dalam silinder gas itu dibawa ke pangkalan tentera berkenaan untuk dilupuskan oleh unit pemusnah bahan letupan.


Ia ditemui awal pagi sebelumnya oleh unit terbabit dekat jambatan di Ban Champako di tambon Kayomati, di mana sepanduk dengan mesej membantah rundingan damai antara kerajaan dan pejuang pemisah ditemui tergantung pada sebatang pokok besar.

Bom terbabit meletup dalam pangkalan tentera berkenaan ketika diperiksa.


Empat anggota tentera terbunuh akibat letupan kuat itu. Dua daripada mereka mati di tempat kejadian, manakala dua lagi maut di Hospital Ratchanakarin, Narathiwat. Enam yang lain pula cedera parah. Dipercayai bom itu disasarkan kepada anggota polis atau tentera yang dihantar ke kawasan terbabit untuk memeriksa sepanduk yang digantung itu.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Narathiwat, Kolonel Krisda Kaewchandee berkata, sepanduk sama turut ditemui di lebih 60 lokasi di 11 daerah kecuali di Tak Bai dan Sungai Golok.

Dua butir bom ditemui bersama sepanduk, satu di tambun Todeng di daerah Sungai Padi dan sebutir lagi di daerah Bacho, Ban Champako. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

Penyampai radio ditembak mati

Posted: 22 Apr 2013 09:49 AM PDT

Zamboanga: Kumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang penyampai radio di selatan Filipina semalam, kata polis ketika kebimbangan mengenai keganasan yang kian memuncak menjelang pilihan raya umum bulan depan.

Mario Baylosis Vendiola, 33, pengacara DXLM, ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di bandar Kabasalan di Pulau Mindanao, kata ketua polis bandar itu, Inspektor Kanan Rico Pondol.


Mangsa baru pulang daripada mengacarakan rancangan radionya ketika dia dibunuh, kata Pondol. Polis berkata, Vendiola mengacarakan rancangan hiburan dan mereka masih tidak tahu motif di sebalik serangan itu. Tetapi mangsa sebelum ini telah beberapa kali melaporkan mengenai ancaman terhadap nyawanya itu.

Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina, Rowena Paraan berkata, kesatuan masih menyiasat mengenai insiden itu.


"Kami mahu mengesahkan dengan teliti jika kejadian itu berkaitan dengan pekerjaannya. Kami masih menyiasat jika mangsa mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik atau menyokong sebarang calon dalam pilihan raya 13 Mei depan," katanya.


Jika pembunuhan Vendiola berkaitan dengan pekerjaannya sebagai penyampai radio, ia menjadi pembunuhan pertama yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan sebagai wartawan tahun ini dan yang keenam sejak pilihan raya Presiden Benigno Aquino pada 2010, menurut perkiraan kesatuan itu.

Vendiola juga akan menjadi wartawan ke-155 yang dibunuh ekoran pekerjaannya sejak demokrasi dikembalikan di Filipina pada 1986. - Manila Times

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

Rakyat Singapura pelancong paling jujur

Posted: 22 Apr 2013 09:48 AM PDT

Singapura: Satu kaji selidik dilakukan perkhidmatan tempahan penginapan di Internet, Hotels.com mendapati rakyat Singapura adalah antara pelancong paling jujur di rantau Asia Pasifik.

Lebih tiga perempat warga Singapura yang mengambil bahagian dalam kaji selidik itu menyatakan mereka tidak pernah mengambil apa-apa yang tidak boleh diambil dari bilik hotel.


Menurut kaji selidik berkenaan, mereka yang membawa pulang barangan kemudahan hotel tiada bezanya dengan kebanyakan pelancong yang panjang tangan di seluruh dunia.

Dengan kebanyakan daripada mereka paling kerap mengambil barangan seperti majalah dan buku dalam bilik hotel.


Lebih 8,600 orang dari 28 negara dan bandar raya mengambil bahagian dalam kaji selidik itu. - AsiaOne

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

Jual dadah di bawah jenama sendiri

Posted: 22 Apr 2013 09:48 AM PDT

Bangkok: Seorang lelaki yang mengakui menjual dadah di jalanan di bawah jenamanya sendiri semalam ditahan di kediamannya di Jalan Rama 9, kata polis.

Kamsan Collin, 50, memiliki peralatan untuk mencampur dadah, bahan kimia, sepucuk pistol, 241 pil ecstasy, 76 botol cecair ketamin dan enam gram serbuk methamphetamine.


Collin memberitahu polis dia berasal dari Hong Kong dan berpindah ke Thailand sejak 20 tahun lalu.

Dia mengakui mampu menghasilkan dadah sendiri dengan mencampurkan pelbagai bahan kimia dengan ecstasy. Produknya kemudian dijual kepada golongan muda oleh pengedar mengikut jenamanya sendiri.


Collin berkata, dia membeli mesin dari kawasan Klong Thom di daerah Samphantawong dan menyesuaikannya untuk kegunaan menghasilkan dadah buatan sendiri.


Timbalan Ketua Polis Bangkok, Mejar Jeneral Prinya Chansuriya berkata, seorang pengedar dadah yang ditahan pada 20 April lalu memberi maklumat kepada polis hingga membawa kepada penahanan Collin. - Bangkok Post

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/23

No comments:

Post a Comment