Harian Metro: Global |
- Gadis ketagih pewangi ketiak
- Pelajar dipaksa lakukan seks oral
- Keganasan ragut 52 nyawa
- Netanyahu marah kenyataan PM Turki
- Bashar takut orang mati
| Posted: Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak. Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.
Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.
"Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza," katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.
|
| Pelajar dipaksa lakukan seks oral Posted: Seorang penuntut wanita semalam mendakwa, timbalan pengetua sekolahnya mengancam menahan diplomanya jika dia enggan melakukan seks oral. Hanya didedahkan identitinya sebagai MA, penuntut terbabit berkata, timbalan pengetua itu mengugut, dia tidak akan menerima kad laporan dan sijil tamat pembelajaran jika enggan mengikut kemahuannya.
Penuntut sekolah menengah di Matraman berusia 17 tahun itu berkata, lelaki itu - dikenali sebagai T - memaksanya melakukan seks oral empat kali antara Jun dan Julai tahun lalu.
"T kemudian memberi saya Rp50,000 (RM16) sebagai tambang teksi," katanya.
Bagaimanapun, kata MA, dia menolak.
|
| Posted: Pertempuran baru meletus, semalam di Bangladesh menjadikan jumlah korban meningkat kepada 52 orang dalam keganasan berpunca daripada sabitan kesalahan seorang pemimpin Islam dalam jenayah perang pada era perang merdeka 1971. Ketua polis tempatan, Nahidul Islam berkata, seorang penarik beca maut apabila ratusan penyokong kerajaan dan pengikut Jamaat-e-Islami bertempur menggunakan kayu di sebuah pasar di Gaibandha.
Pertempuran berlaku di seluruh negara selepas Naib Presiden Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayedee didapati bersalah atas tuduhan membunuh, merogol dan jenayah lain ketika Bangladesh memperjuangkan kemerdekaannya.
Seorang lelaki penganut Hindu turut terbunuh.
|
| Netanyahu marah kenyataan PM Turki Posted: Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam menyelar menyelar Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana menyamakan Zionis dengan Fasis. Ia adalah perkembangan terbaru berkait dengan hubungan diplomatik kedua-dua negara yang semakin retak sejak tiga tahun lalu.
Recep dilapor membuat kenyataan menyamakan Zionis dengan Fasis ketika mempengerusikan forum Ketamadunan Sekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna baru-baru ini.
Keganasan tentera Zionis itu menyebabkan sembilan aktivis Turki terbunuh. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
| Posted: Rejim Presiden Bashar al-Assad bukan sasaja takut kepada kumpulan penentang yang berjuang untuk menumbangkannya. Malah, mereka yang terbunuh juga mencetuskan ketakutan kepada rejim itu.
Pihak berkuasa negara itu kini melarang keranda yang hendak dikebumikan ditutup.
Keranda yang sudah sedia terbuka turut diperiksa anggota keselamatan sebelum dibenar melakukan pengebumian.
Upacara pengebumian secara tradisional yang memakan masa panjang juga dilarang sejak beberapa bulan revolusi bermula kerana ia kerap berakhir dengan demonstrasi menentang rejim. Ketika ini, hanya dua kereta dibenarkan dalam upacara pengebumian, sebuah membawa jenazah dan satu lagi membawa keluarga si mati. Kedua-duanya akan diperiksa dengan rapi. "Anda tidak akan tahu apa syaitan ini boleh lakukan," kata seorang anggota keselamatan kepada pemandu kereta jenazah ketika dia memeriksa keranda seorang pemuda yang terbunuh.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment