Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Motor terbang atasi kesesakan

Posted: 06 Dec 2012 11:35 AM PST

AUSTIN (Texas): Terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas bukan lagi halangan untuk Larry Neal dan masalah itu tinggal kenangan sejak dia menggunakan kenderaan roda tiga bermotor.

Menurut Neal, kenderaan unik itu membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke tempat lain tanpa berdepan kesesakan.


Apa yang perlu, katanya, cuma hidupkan enjin dan terbang ke destinasi pilihan.

Digelar Super Sky Cycle, kenderaan Neal dilengkapi enjin 582 kuasa kuda dan tiga kipas sepanjang 173 sentimeter setiap satu.


Dengan kemudahan itu, Neal boleh terbang setinggi enam meter pada kelajuan maksimum 56 kilometer sejam.


Apabila di atas jalan raya, kenderaan itu boleh mencapai kelajuan maksimum 105 kilometer sejam.

Kenderaan berharga �46,000 (RM226,000) itu boleh terbang sehingga lima jam sebelum perlu diisi minyak semula.


Pengendalinya pula mesti memiliki lesen juruterbang sebelum boleh menggunakannya. Kakitangan The Butterfly Aircraft LLC itu baru saja memperoleh paten kenderaan berkenaan bagi membolehkan dia menghasilkannya secara besar-besaran. Setakat ini, kata Neal, dia menerima beberapa tempatan, sama ada dari syarikat tempatan atau firma antarabangsa. "Projek ini bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi pernah tergendala seketika apabila saya gagal mencari jawapan mengenai apa yang perlu dilakukan kepada kipasnya selepas Super Sky Cycle mendarat," katanya. Namun, Neal - berasal dari Aurora - berjaya mencari jawapan kepada kebuntuan itu dengan mencipta kipas yang boleh dilipat.

Katanya, pengubahsuaian pada kipsa berkenaan membolehkan kenderaan itu dipandu di jalan biasa apabila keadaan mengizinkan. "Pasukan peronda sempadan Texas antara pihak yang membuat pesanan dalam jumlah besar bagi kenderaan ini," katanya. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Pakar antivirus AS ditahan di Guatemala

Posted: 06 Dec 2012 11:33 AM PST

GUATEMALA CITY: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara haram.

Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize.


Dia dianggap "individu berkepentingan" dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull.

Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City.


Menjadi seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Kumpulan Tablighi Jamaat dilarang bina masjid terbesar Britain

Posted: 06 Dec 2012 11:33 AM PST

LONDON: Sebuah pertubuhan dakwah Islam dinafikan hak mereka untuk membina masjid dengan saiz empat kali ganda lebih besar berbanding Gereja St Paul.

Keputusan itu dibuat Majlis Perbandaran Newham, semalam.


Jika pembinaan itu dibenarkan, Masjid Abbey Mills juga dikenali sebagai Pusat Riverine akan menjadi pusat Islam terbesar di Britain dan Eropah Barat.

Kumpulan Tablighi Jamaat berkata, mereka bercadang membina masjid dengan kapasiti 9,000 orang di West Ham tetapi tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketika ini, kumpulan berkenaan menggunakan sebahagian daripada tapak seluas enam hektar di Abbey Mills sebagai pusat ibadah, dikenali Masjid Ilyas yang dapat menampung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa. Pada awalnya, majlis perbandaran mempertimbangkan cadangan perluasan masjid di tapak industri itu.


Selepas bermesyuarat, PBT berkenaan menolak permohonan itu dengan memberi alasan, ia terlalu besar dan memberi kesan kepada bangunan bersejarah berhampiran. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


PSY jutawan YouTube

Posted: 06 Dec 2012 11:31 AM PST

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.

Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.


Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.

Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.


Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.


Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

PSY memperoleh laba apabila muziknya yang menarik dan gerakan tarian unik itu menjadikan videonya paling banyak ditonton dalam sejarah YouTube.


Sejak dimuat naik Julai lalu, klip itu ditonton lebih 880 juta kali, mengalahkan lagu Baby oleh Justin Bieber (808 juta kali) sejak Februari 2010.

Saluran rasmi PSY di YouTube pula ditonton hampir 1.3 bilion kali.


Agensi penyedia perkhidmatan teknologi untuk agensi pemasaran, TubeMogul, menganggarkan PSY dan ejennya, YG Entertainment, memperoleh AS$870,000 (RM 2.6 juta) sebagai sebahagian daripada pulangan daripada iklan yang muncul di video YouTube.


PSY dan YG Entertainment juga mendapat bayaran daripada video parodi lagu itu setiap kali ia ditonton pengguna Internet. Google mengesan sebarang video yang mengandungi bahan dilindungi hak cipta dan ia boleh dibuang - jika mendapat permintaan daripada pemilik hak cipta terbabit - atau mengekalkannya di laman sesawang itu dan perolehan bayaran iklan daripada video berkenaan dikongsi secara bersama. Pada minggu terakhir September, lebih 33,000 video dikenal pasti mengandungi bahan menggunakan unsur Gangnam Style dimuat naik di YouTube. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Enjin jet F-16 Israel kena curi

Posted: 06 Dec 2012 11:29 AM PST

BAITULMAQDIS: Sekumpulan pencuri melarikan beberapa enjin jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat (AS) bernilai berpuluh juta ringgit dari sebuah pangkalan udara di tengah Israel.

Radio tentera melaporkan, siasatan awal mendapati pencuri mendapat bantuan dalaman, sama ada di kalangan anggota keselamatan atau kakitangan awam. "Polis tentera percaya enjin berkenaan dicuri untuk dijual sebagai besi buruk," lapor radio berkenaan.


Tidak diketahui bila kecurian itu berlaku. Menurut radio tentera, jurucakap pasukan itu enggan memberi komen, kecuali mengatakan laporan rasmi mengenai insiden itu akan dihantar kepada pendakwa. Tahun lalu, polis tentera Israel melancarkan siasatan selepas komponen jet perang F-15 dan F-16 ditemui di sebuah gudang besi buruk. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Warga China protes lagi

Posted: 06 Dec 2012 11:28 AM PST

SINGAPURA: Dua pengendali kren melancarkan bantahan dari atas kren di tapak pembinaan di republik ini semalam.

Insiden itu adalah yang kedua membabitkan pekerja warga China kurang daripada dua minggu.


Pekerja terbabit dilaporkan menuntut bayaran gaji tertunggak sebelum pulang ke negara asal, menaiki kren secara berasingan sebelum bersetuju untuk turun beberapa jam selepas berunding dengan petugas penyelamat, kata media.

Protes kren itu berlaku 10 hari selepas mogok dilancarkan pekerja China yang tercetus di sektor pengangkutan yang juga mogok industri pertama sejak 1986.


Protes itu berlaku ketika empat pemandu yang dituduh terbabit dalam mogok pada 26 dan 27 November lalu di firma pengangkutan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, SMRT muncul di mahkamah. Liu Xiangying, 33, Gao Yue Qiang, 32, Wang Xianjie, 39, dan He Jun Ling, 32, yang muncul dengan tangan bergari memberitahu mahkamah, mereka akan mendapatkan khidmat peguam untuk pembicaraan. - AsiaOne

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Aktivis kutuk dakwaan kerajaan ke atas drebar China

Posted: 06 Dec 2012 11:28 AM PST

SINGAPURA: Kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan semalam mengutuk pendakwaan terhadap pemandu bas China yang terbabit dalam mogok pertama di republik ini sejak 1986. Badan itu menggesa dakwaan itu digugurkan dan diskriminasi dihentikan.

Empat lelaki warga China yang didakwa mencetuskan mogok dua hari itu yang turut disertai puluhan lagi rakan sekerja lain minggu lalu meminta untuk diwakili peguam dalam kes yang mengetengahkan ketegangan terhadap imigresen di Singapura dan layanan kepada pekerja asing.


Pemandu kelima yang mengaku bersalah dan tidak diwakili oleh peguam dihukum penjara enam minggu pada Isnin lalu. Singapura, pusat kewangan tanpa gaji minimum yang mempunyai undang-undang ketat menghantar pulang 29 lagi pekerja China ke negara asal mereka Ahad lalu. - ST

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Ratusan sekolah di selatan Thai ditutup kali kedua

Posted: 06 Dec 2012 11:28 AM PST

BANGKOK: Guru di wilayah selatan negara ini menggantung sesi pembelajaran di ratusan sekolah semalam selepas serangan bersenjata dilakukan terhadap dua pendidik minggu ini. Ia adalah tindakan kedua untuk menghentikan sesi pembelajaran di wilayah itu ekoran bimbang dengan tahap keselamatan.

Persatuan pendidik tempatan di Narathiwat, satu daripada tiga wilayah selatan yang menjadi sasaran kumpulan pemisah berkata, pihaknya menyeru semua sekolah kerajaan di kawasan itu ditutup selepas seorang guru ditembak mati Isnin lalu.


"Kami menuntut langkah keselamatan efektif untuk guru. Agensi kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap insiden ini," kata pengerusinya, Sanguan Intarak sambil menambah persatuan terbabit akan memantau situasi itu sebelum membuka semula sekolah awal minggu depan. Chatsuda Nilsuwan, 32, yang ditembak mati ketika beredar dari sekolah menjadi pendidik ke-155 yang dibunuh di selatan Thailand yang menjadi sasaran kumpulan pemisah sejak hampir sembilan tahun lalu. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


Abhisit berdepan tuduhan bunuh penyokong Baju Merah

Posted: 06 Dec 2012 10:32 AM PST

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berdepan tuduhan membunuh ekoran kematian seorang pemandu teksi yang ditembak tentera ketika perhimpunan "Baju Merah" pada 2010, kata pihak berkuasa semalam.

Jabatan Penyiasatan Khas (DSI), polis dan pendakwa raya Thai mengumumkan keputusan itu yang menandakan pertuduhan pertama dibuat terhadap kes kematian dalam perhimpunan besar-besaran di Bangkok yang menentang kerajaan pimpinan Abhisit.


"Pertemuan tiga pihak itu memutuskan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Abhisit dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban mengikut Akta 288," kata Ketua DSI, Tarit Pengdith merujuk kepada kes bunuh di bawah kod jenayah Thailand. - BP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/07


No comments:

Post a Comment