Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


‘Wajah cantik macam bidadari’

Posted: 12 Dec 2012 11:00 AM PST

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.

Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran.


Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. "Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari," katanya.


Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.


Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka. "Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang," katanya. Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya.

Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Lelaki seterika muka sangka telefon

Posted: 12 Dec 2012 10:58 AM PST

EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.

Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.


Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.

Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.


Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. "Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.


"Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen," katanya.

Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.


"Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini," katanya. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Mandela kena jangkitan paru-paru

Posted: 12 Dec 2012 10:57 AM PST

PRETORIA: Bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dirawat kerana menghidap jangkitan paru-paru. Dia dilaporkan menjalani rawatan untuk hari keempat di hospital semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas isterinya, Grace Machel berkata, suaminya semakin 'hilang semangat dan seri.' Kenyataan daripada pejabat Presiden Jacob Zuma hari ini (semalam) berkata: "Doktor menjalankan ujian dan mendapati ada jangkitan di paru-paru Mandela. Dia menjalani rawatan bersesuaian dan bertindak balas dengan baik terhadap rawatan diberikan." Grace memberitahu saluran berita televisyen Afrika Selatan: "Saya lihat 'semangat dan seri' pada wajah Mandela kian pudar.


"Menyaksikan dia semakin tua menyakitkan saya, tetapi kita tahu dan faham keadaan itu pasti berlaku," katanya. Cucu perempuan Mandela, Ndileka memberitahu saluran berita sama bahawa ikon antiapartheid itu dapat menerima keadaannya. "Dia boleh terima hakikat ia sebahagian daripada kehidupan manusia untuk menjadi semakin tua. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Jennifer dinobat wanita paling diidam lelaki

Posted: 12 Dec 2012 10:57 AM PST

LOS ANGELES: Aktres Amerika Syarikat, Jennifer Lawrence, diumumkan wanita paling diidamkan lelaki dalam senarai dikeluarkan laman sesawang AskMen.com, semalam.

Menurut undian dilakukan 2.4 juta orang itu itu, bintang filem The Hunger Games itu mengetepikan penyandang 2012, Sofia Vergara.


Pada 2011, bintang Gossip Girl, Blake Lively, dinobatkan sebagai Wanita Paling Diidam Di Dunia, selepas Emmanuelle Chriqui (2010) dan Eva Mendes (2009).

Jennifer 22, mula mencipta nama selepas muncul dalam filem Winter's Bone pada 2010.


Filem itu membolehkan Jennifer dicalonkan untuk anugerah Oscar. Tempat kedua adalah Mila Kunis, diikuti Kate Upton, Rihanna dan Emma Stone. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Kate diramal lahir bayi perempuan

Posted: 12 Dec 2012 10:56 AM PST

LONDON: Walaupun usia kandungan Catherine Middleton baru beberapa minggu, sesetengah pihak meramal Duchess of Cambridge itu bakal melahirkan bayi perempuan.

Menurut pemerhati, gejala muntah-muntah kronik dialami Kate setiap pagi menjadi satu daripada bukti kukuh mengenai jantina anaknya. Selain itu, kelaziman Kate mengambil makanan rendah kalori juga didakwa menjadi ciri seorang ibu yang hamil anak perempuan.


Menurut sumber, janin berjantina perempuan biasanya mampu bertahan dengan makanan bernutrisi rendah.

Sementara itu, pemerhati turut mengambil kira kerjaya suami Kate, Putera William, sebagai juruterbang.


Menurut kajian dijalankan di Amerika Syarikat, kadar radiasi dalam pesawat boleh mengurangkan jumlah sperma seseorang lelaki. -Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Palmer letak jawatan elak aib

Posted: 12 Dec 2012 10:56 AM PST

SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura semalam mengumumkan peletakan jawatannya selepas mengaku menjalin hubungan sulit dengan seorang pekerja komuniti.

Michael Palmer, 44, mempunyai seorang isteri dan anak, baru saja mengangkat sumpah jawatan pada Oktober tahun lalu.


Peletakan jawatan Palmer turut membabitkan kerusi parlimen diwakilinya.

Palmer turut melepaskan keahliannya dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang membentuk kerajaan Singapura.


Dalam sidang medianya, Palmer berkata, dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan menjalin hubungan sulit itu. "Perbuatan saya tidak wajar dan ia salah pertimbangan yang besar.


"Peletakan jawatan ini dibuat bagi mengelakkan lebih banyak aib ditanggung PAP dan parlimen," katanya. Mengenai hubungan sulitnya dengan kakitangan pertubuhan Persatuan Rakyat itu, Palmer berkata, dia sangat kesal kerana mengecewakan penyokong dan keluarganya.

Persatuan Rakyat dipimpin Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP.


Sementara itu, Lee mengumumkan penerimaannya terhadap peletakan jawatan Palmer.

"Ahli parlimen perlu sentiasa mengekalkan standard tingkah laku yang tinggi," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, meminta maaf kepada penduduk yang diwakili Palmer.


Katanya, keadaan akan diperbetulkan dan PAP tetap menjaga kepentingan pengundi di kawasan berkenaan.


Tidak dapat dipastikan sama ada pilihan raya kecil akan diadakan bagi mencari pengganti Palmer.


Di Singapura, keputusan mengadakan pilihan raya kecil adalah kuasa mutlak perdana menteri. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Setuju tambah

Posted: 12 Dec 2012 10:56 AM PST

MANILA: Pentagon dan Manila dijangka mencapai persetujuan untuk meningkatkan kehadiran tentera, kapal dan pesawat Amerika Syarikat (AS) untuk meronda di Filipina, kata pegawai semalam.

Penolong Setiausaha Kementerian Luar Filipina, Carlos Sorreta, berkata pegawai kedua-dua negara bertemu di Manila bagi membincangkan langkah mengukuhkan hubungan keselamatan serta ekonomi ketika ketegangan terhadap wilayah dipertikaikan di Laut China Selatan terus memuncak. Katanya, lebih banyak kapal perang, pesawat dan latihan tentera akan diadakan di perairan Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Nafi subahat

Posted: 12 Dec 2012 10:55 AM PST

MANILA: Seorang ahli politik yang dituduh bersubahat dalam satu daripada pembunuhan politik terburuk di Filipina, mengaku tidak bersalah di mahkamah, semalam.

Pegawai mahkamah, May Datuon, berkata Zaldy Ampatuan membuat pengakuan itu selepas mahkamah menolak usaha tertuduh mencabar kesahihan penahanannya.


"Tertuduh mencuba semua ikhtiar yang ada," katanya.

Zaldy didakwa merancang pembunuhan sekurang-kurangnya 57 orang yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan seorang ahli keluarganya.


Insiden itu berlaku pada November 2009 ketika kumpulan yang tidak sehaluan dengan suku Ampatuan cuba menghantar borang pencalonan untuk menyertai pilihan raya tempatan pada 2010. Ketika kejadian, Zaldy adalah gabenor di Mindanao. Beberapa suku Ampatuan, termasuk anak Zaldy, Andal Ampatuan Jr, adalah antara 75 suspek dalam perbicaraan berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


Minta cerai 12-12-12

Posted: 12 Dec 2012 10:55 AM PST

PURWOKERTO: Ketika ramai pasangan mahu dikahwinkan pada tarikh unik 12 Disember tahun ini (12-12-12), sebahagian yang lain mahu mengingati tarikh itu dengan mendapat pengesahan cerai.

Di mahkamah syariah Purwokerto misalnya, 32 pasangan diadili sebelum status perkahwinan mereka ditentukan sama ada terus bertahan atau sebaliknya.


Beberapa pasangan mengakui mereka berharap hakim membenarkan mereka semalam, sempena tarikh unik itu. Antara mereka ialah penduduk Baturraden, Ani Yuliani.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/13


No comments:

Post a Comment